Dude! I'm Getting Married - 24
BAB 24

ACIK kunci kereta. Dia pandang laman rumah bujangnya. Motosikal Kawasaki Jai dah ada tersadai di situ. Dia menapak perlahan ke dalam rumah. Tiada sesiapa di ruang tamu. Jam di dinding dijeling sekilas. Enam petang.

Acik menapak ke tingkat atas. Perlahan dia tolak daun pintu bilik Jai. Jai khusyuk di tikar sejadah.

Hmm..baru solat asar la ni..

Acik perlahan masuk dan duduk di kerusi meja studi. Dia belek satu persatu buku agama yang tersusun kemas di rak. Memang Jai rajin membaca. Apa jua jenis bacaan termasuk novel sekalipun, Jai akan baca. Untuk pengetahuan katanya. Sejak kenal Jai di universiti dan tinggal serumah, Jai banyak mengajarnya erti hidup.

Acik..awal kau balik Jai tegur Acik sebaik selesai solat.

Acik senyum. Dia hanya pandang Jai yang mula melipat sejadah.

Aku ada hal nak bincang dengan kau.

Apa dia Jai duduk atas katil. Bersila.

Sebelum tu..kau betul ke suka Lisa tu

Lisa

Acik angguk.

Kenapa Kau suka dia ke Jai sengih. Tak habis-habis tanya pasal Lisa.

Hish! Tak nak aku! Minah tu gedik macam belalang terloncat-loncat! Dah tu miang macam pacat.Acik mencebik.

Jai senyum. Tahu pun tak suka!

Kalau kau tak suka Lisa, kau suka siapa Acik mula korek rahsia.

Entah..aku sendiri pun masih mencari.. Jai berkata tanpa nada perasaan. Adik Acik, Koci dah suka. Seri pulak Acik dah sambar. Haihaku je yang masih sendiri.

Jadi..kau tak suka adik aku Acik cuba memancing perasaan Jai.

Adik kau Kenal pun tak! Macam mana nak suka Jai capai telefon bimbitnya dari atas meja studi. Bimbang Acik nampak foto Seri. Nanti muka aku yang lebam tak pasal-pasal. Simpan foto awek Acik.

Acik senyum. Nampaknya Jai tak tahu yang Seri tu adik aku.

Kalau aku kata kau kenal adik aku..kau berani bertaruh Acik kenyit mata.

Apa bertaruh pulak ni Aku mana kenal adik kau! Lagi pun, Koci dah mengaku, dia suka adik kau. Dia kata nak masuk meminang. Suara Jai dah lemah.

Masuk meminang Acik garu kepala. Pening.

Jai angguk.

Kau pasti Acik menelan liur.

Kenapa Jai pula berkerut dahi. Riak Acik dah lain. Acik macam tak suka.

Err..tak ada la. Bila dia cakap Acik gelabah.

Dua hari lepas. Dia kata mak dia datang sini. Maknanya bakal isteri dia tu..orang KL la. Jai renung muka Acik yang dah berkerut. Entah apa yang Acik fikir sampai dah berkedut dahi macam tu.

Oh Acik tunduk.

Eh, kau ni kenapa Pucat semacam je ni. Jai turut bingung dengan sikap Acik.

Adik aku..tadi ada orang datang merisik.. Suara Acik mula lemah.

Jai menelan liur. Merisik

Err..kau tahu ke siapa yang merisik Jai pandang Acik yang dah sugul.

Acik geleng.

Hah

Mama aku pun tak tanya siapa lelaki tu. Dia kata rombongan yang datang tu..wakil dari pihak lelaki..dari Kelantan. Acik berterus terang.

Kelantan Sekali lagi Jai terkejut.

Acik angguk.

Jai menelan liur. Takkan mak dan ayah aku Dia orang tu bagi aku masa enam bulan. Lagipun..mereka nak meminang semula bekas tunang aku tu.

Kau rasa siapaAcik tenung Jai.

Apa kau susah Kau suruh la mama kau tu tanya orang yang datang merisik tu.. Jai cuba tenteramkan Acik yang dah menggelabah.

Hmm..kautak nak merisik ke adik aku Acik usik Jai. Sengaja nak lihat reaksi Jai.

Merisik Kau ni..biar betul. Kalau kau beria nak aku merisik adik kau, aku kena kenal dia dulu.. Jai bagi syarat.

Kau memang dah kenal dia pun! Acik sekeh Jai.

Erk! Aku kenal adik kau Jai tenung Acik.

Acik angguk.

Siapa adik kau

Belum sempat Acik jawab, Koci dah terpacak kat muka pintu bilik Jai.

Ehem! Siapa yang nak kenal adik kau tu AcikKoci menapak ke katil. Terus duduk di sebelah Jai.

Jai diam. Riak Koci macam cemburu.

Alah..aku tahu kau cemburu kan Jai sengih.

Mestilah! Koci turut sengih.

Acik diam. Nyata Koci suka Seri. Dia tak berani tanya Jai kalau Koci ada sekali. Silap hari bulan boleh jadi bertumbuk kerana seorang perempuan.

Yang kau senyum lain macam ni kenapa Acik pandang Koci yang dah sengih-sengih.

Dude! Im getting married! Koci angkat kening. Suaranya dah ceria. Tak usah ceritalah senyuman Koci yang dah sampai ke langit!

Acik dan Jai saling berpandangan.

Err..kau betul ke ni Jai berkerut kening.

Betullah! Apa korang ingat aku ni main-main ke Koci sengih.

Ya la..kau tu bukannya serius dengan perempuan. Alih-alih, nak kahwin! Acik mengiakan kata Jai. Selama ni Koci tak pernah nak serius dengan mana-mana perempuan.

Aku tahu la..aku ni suka pikat perempuan tapi aku pun ada perasaan. Hari ni mak aku pergi merisik.. Koci buka cerita sebenar.

Acik dah terbeliak. Macam nak tersembul biji matanya.

Jai pulak pandang Acik yang dah pucat. Matanya menala pula ke arah Koci.

Merisik siapa Serentak Jai dan Acik bertanya.

Koci ketawa. Eh..korang ni macam pucat lesi muka ni..kenapa

Tak ada la..tak boleh ke kawan sendiri tahu siapa bakal isteri kau Jai senyum. Acik dah diam.

Surprise! Koci ketawa. Dia mula keluar dari bilik Jai.

Jai dan Acik saling berpandangan. Koci dah pandai berahsia.

Kau rasa dia risik adik kau ke Jai pandang Acik yang dah terkedu.

Hoi! Aku tanya ni! Jai tepuk bahu Acik.

Hah Kau tanya apa Acik tersedar.

Tu la..mengelamun lagi. Kau rasa Koci tu risik adik kau ke Ulang Jai dengan suara agak kuat. Mamat ni..aku ketuk kepala tu baru tahu.

Err..entah..mungkin jugak sebab dia suka adik aku.. Acik masih tergamam.

Hmm..tahniah Acik! Kau bakal jadi abang ipar Koci la nanti! Jai hulur tangan.

Hish! Aku tengah pening ni. Adik aku tudia tak suka Koci. Acik raup muka. Dia tunduk.

Tak suka

Acik dongak. Dia suka orang lain..tapi ma aku macam nak terima je..

Laakesian adik kau. Boleh tolak apa Dia suka siapa sebenarnya Jai pandang Acik yang dah gelisah.

Belum sempat Acik jawab, telefon bimbit Jai berdering.

Err..aku jawab call dulu.. Jai bangun dari katil.

Acik mula beredar dari bilik Jai. Tak mahu ganggu privasi Jai. Dia sendiri pun tak suka kalau ada call, ada orang di sebelah.

Acik melangkah longlai ke dalam biliknya. Sempat dia jeling bilik Koci. Koci dah tersenyum atas katil. Dah angau la tu!

Hmm..takkan aku nak suruh Koci cancel pulak. Nanti apa pulak kata Koci nanti. Jai dan Koci dah lama berkawan, sejak sekolah lagi. Takkan kerana aku lebih suka pada Jai, aku nak hubungan persahabatan mereka terjejas. Biar Ucu je yang tentukan. At least, Koci boleh terimatak ada la dia salahkan aku nanti. Acik rebah di katil. Fikiran melayang pada perbualan antara dia dan mama tadi. Mati-mati aku ingat keluarga Jai yang datang merisik. Adoiyamacam mana ni

PAGI lagi Acik pulang ke rumah orang tuanya. Dia perlu beritahu mama dan papa pasal hal ni.

Ma.. Acik cium tangan mama sebaik melangkah masuk ke dalam rumah.

Awal sampai Breakfast belum siap lagi tu. Tunggu la kejap ya.

Acik sengih. Mama dah sibuk di dapur bersama Mak Timah, pembantu rumah yang dah lama berkhidmat di rumah tu.

ErrUcu mana Acik jenguk ke atas.

Ada..kejap lagi dia turun.. Papa muncul di muka pintu dapur.

Acik cium pula tangan papa.

Eh! Abang! Awalnya abang sampai Seri menapak ke dapur. Ceria.

Acik berkerut dahi. Apa kena adik aku ni Semalam bukan main hempas pintu bilik. Pagi ni..ceria pulak! Muka berseri-seri.

Acik melabuhkan punggung di kerusi. Sementara menunggu sarapan siap, dia berfikir mencari idea untuk menyelesaikan masalah Seri.

Pagi itu mereka sekeluarga menikmati sarapan bersama. Acik jeling Seri yang tidak seperti semalam. Biasa. Macam tak ada apa yang berlaku. Mama dan papa pula masing-masing diam.

Err..ma, pa, semalam siapa yang datang merisik sebenarnya Acik mulakan mukadimah.

Mama dongak, kemudian dia pandang papa. Matanya beralih pada Seri yang buat-buat tak dengar.

KenapaSepatah mama tanya.

Err..keluarga Jai ke Acik beranikan diri.

Kenapa Acik sibuk dengan Jai ni Siapa Jai sebenarnyaPapa mencelah. Dia teguk kopi panas perlahan.

Sebelum Acik jawab, Acik nak tahu siapa yang merisik Ucu Acik tak puas hati.

Abang ni..Ucu tak kisah dah sekarang ni. Siapa pun yang merisik Ucu, Ucu terima. Seri menyampuk. Kecewanya dah memenuhi segenap ruang hati. Tak ada ruang kosong dah!

Kenapa dengan Ucu ni Pernikahan yang tak ada perasaan, tak bahagia Ucu. Acik dah bengang dengan sikap Seri. Macam menyerah kalah.

Dah la tu..baru merisik bukannya meminang. Papa pandang Acik. Terdesak sangat budak ni. Ada yang tak kena ni.

Bagi tahu ma, apa yang Acik risaukan sangat ni Ucu dah setuju. Ma dan pa pun ikut je siapa pilihan Ucu. Dah ada orang berkenan tu, terima je la. Ma tak nak jadi macam dulu. Panjang kali ni mama membebel.

Acik diam. Dia jeling Seri yang dah tunduk.

Ucu..abang nak tanya sikit. Ucu kena jawab dengan jujur. Ucu suka siapa Acik renung tajam wajah milik Seri.

Seri dongak. Dia pandang mama dan papa yang dah menala ke arahnya juga. Alamakaku nak jawab apa ni. Semua duk tenung aku dah niharu macam ni

Err..kalau Ucu jawab pun, bukan boleh selesaikan masalah. Lagipun dia dah ada orang lain. Ucu tak nak musnahkan hidup orang. Seri tunduk semula. Erk..betul ke apa yang aku jawab ni. Eiibantai je la..

Tu bukan jawapan yang abang nak. Baiklah..Ucu suka Jai kan Acik terpaksa tanya.

Seri dongak lagi. Kali ni matanya dah bulat. Membuntang!

Apa Betul ke Ucu Mama pantas pandang Seri.

Abang ni..main teka je. Jai tu dah ada orang lain. Ucu ni tak bermakna bagi dia. Masa projek NHES dulu lagi. Seri juga terpaksa jawab.

Acik diam. Dia mengeluh.

Habis tu..Ucu terima Koci

Koci Serentak mama dan papa bersuara.

Apa bang Maksud abangyang datang merisik tu..Koci Mata Seri dah nak tersembul.

Acik sengih. Dia sendiri tak pasti.

Jadi..Ucu terima Koci Acik masih tak puas hati.

Kalau dah jodoh Ucu dengan Koci..lagipun baik Ucu terima orang yang sukakan Ucu daripada Ucu hidup bersama orang yang tak sukakan Ucu. Seri sedikit merajuk. Dia jeling mama dan papa. Nak merajuk lebih-lebih malu pulak.. Dahlah masa makan macam ni. Tak ada topik lain ke nak bincang.

Acik diam. Dia pun dah buntu. Rancangan yang diatur semuanya dah hancur. Seri dah buat keputusan. Mama dan papa pun dah setuju.

Seri jeling Acik yang dah sugul. Pelik abang aku ni..aku yang sepatutnya buat muka macam tu. Bukan dia yang nak nikah! Tak apa..aku akan cuba lupakan Jai..aku bukan siapa-siapa pada Jai. Dia pun tak pernah nak ambil tahu hal aku. Nama penuh aku pun dia tak tahu. Dah terang dan jelas..buat apa nak suluh bagai lagi! Biarlah.