Abstrak Cinta Aku & Dia - 24
BAB 24

ZACK sudah hilang kiraan, berapa kali Joe Zulkifli mengulang lirik lagu Havoc dari Joe Flizzow. Kalau dengar sekali, tak kisah lagi.

Kalau dengar dua kali, mungkin Joe Zulkifli sengaja nak berlawak. Tapi kalau dah lebih sepuluh kali, itu bukan buat lawak. Itu memang sengaja cari pasal namanya dan dia memang tak suka lagu Havoc. Joe Zulkifli tahu tentang itu!

Woi! Memekaklah. Zack menyergah dari balik kubikel.

Nyanyian Joe Zulkifli terhenti.

RileklahZack. Balas Joe Zulkifli.

Zack mendiamkan diri lalu kembali menghadap komputer.

Zack. Panggil Joe Zulkifli. Zack tetap tak menyahut menyebabkan dia merasa pelik. Zack jarang nak ambil hati dengan sikapnya walaupun kadang-kadang, sengal-sengal ubi. Seteruk mana pun lawak yang dibuat, sekasar mana pun gurauannya,

Zack tak pernah terasa. Tetapi, hari ni, nampaknya Zack diserang angin kus-kus tanpa diketahui sebabnya.

Nak kata putus cintatak mungkin. Sejak putus dengan gadis yang bernama Liana, dia tak pernah melihat Zack berpacaran dengan mana-mana gadis.Period ke apa mamat ni

Zack. Joe Zulkifli memanggil sekali lagi. Intonasi suaranya juga berubah. Seperti mahu memujuk pun ada. Iyalah, manalah tau andai benar kawan itu terasa hati dengannya.

Oi. Joe Zulkifli sudah berada di sebelah Zack.

Kau ni apahal Dah macam hilang bini aje aku tengok Joe Zulkifli bersuara buat kesekian kali. Walaupun ada niat nak memujuk, tak mungkin dia mahu menggunakan ayat seperti ayat untuk memujuk gadis. Macam tak kena rasanya. Kalau pasal aku memekak tadi buat kau bengang, sorrylah bro.

Kali ini, Zack memandang Joe Zulkifli lalu menggeleng. Tanda dia tak sengaja meninggikan suara. Tanda dia rasa bersalah sebab memarahi lelaki itu tanpa sebab. Tanda dia memang bermasalah tapi puncanya bukan Joe Zulkifli. Tanda minta maaf dan dia tahu, Joe Zulkifli memahami walaupun dia tidak mengucapkannya secara lisan. Dia bukan bengang dengan lelaki itu. Punca angin kus-kusnya adalah mesej WhatsApp yang diterimanya awal sejam tadi.

(+0122817422)

Kates sick. Just thought you should know.

Dan setelah bersoal-jawab dengan pemilik nombor, baru dia tahu yang nombor itu adalah milik Audrey.Patutlah sudah dua hari dia tak nampak kelibat Kate. Sangkanya, Kate sibuk. Dan oleh kerana dia pun tidak mahu menyibuk sangat hal Kate, dia tidak menghubungi Kate mahupun menghantar sebarang mesej bertanya khabar. Lagipun, Kate bukan awek dia. Jadi untuk bertanyakan khabar setiap hari macam tak logik pula. Tapi bila Audrey menghantar mesej seperti itu tadi, dia rasa tak senang duduk. Rasa bersalah kerana tak mengambil berat perihal Kate.

Kau okey Soal Joe Zulkifli.

Zack angguk.

Aku okey, tak ada apa-apalah. Balas Zack.

Joe Zulkifli angkat bahu. Bila Zack sudah berkata begitu, bermakna Zack memang ada masalah cuma tak mahu meluahkan saja. Dan dia sebagai rakan yang memahami, tidak mendesak. Tapi kalau Zack mahu meluahkan masalah, dia sedia mendengar. Perbualan terhenti. Dia kembali ke mejanya dan membiarkan Zack memikirkan masalahnya sendiri.

PUKUL lapan malam. Agak lama juga Zack mengambil masa untuk berfikir sama ada mahu melawat Kate atau tidak. Akhirnya, dia membuat keputusan untuk mengikut kata hatinya walaupun otaknya melarang. Kereta dipecut ke rumah Kate.

Zack sudah pun berada di depan pintu pangsapuri, menanti Audrey membuka pintu. Kate tinggal bersama Audrey.

Hey Zack. Sapa Audrey setelah pintu terbuka.

Hello Doc. Jawab Zack, tersenyum sedikit memandang Audrey. Tanpa solekan dan memakai cermin mata empat segi, barulah nampak ciri-ciri seorang doktor pada Audrey.

Audrey tersenyum mendengar kata-kata Zack.

Andy dengan my brother pun ada di dalam. Ajak Audrey.

Ajakan Audrey mengurangkan sedikit rasa serba-salah Zack untuk melangkah masuk ke dalam rumah. Dia mengekori Audrey masuk.

Hi Andy. Sapa Zack tatkala melihat Andy di ruang tamu.

HeyZack. Whats up Balas Andy.

Zack sekadar mengukir senyuman. Matanya mengarah kepada seorang lelaki cina kurus yang duduk tidak jauh dari Andy. Pasti adik Audrey.

Hi. Call me Kit. Ah Kit. Katanya sambil mengangkat tangan, memperkenalkan diri secara ringkas.

Zack senyum lagi dan angguk. Berbanding Audrey, Kit nampaknya lebih gemar memakai nama cinanya.

Ikut I. Kate ada dalam bilik. Suara Audrey mengalih perhatian Zack.

Errbilik

Yes. Takkan you nak expect Kate tengok bola with the guys

Err..okay

Dalam keadaan serba salah, Zack ikut juga langkah Audrey sambil otaknya berfikir, patut atau

tidak dia ikut Audrey. Tak pernah dia masuk bilik anak dara orang

Bukanlah tak pernah langsung. Dulu, selalu juga dia curi-curi masuk bilik Amy. Kadang-kadang curi pensel, kadang-kadang curi pen, curi buku nota, buku rujukan. Pernah juga, dia curi-curi baca diari Amy, mencari bahan untuk mencari pasal. Tapi itu dulu. Zaman remaja. Memang agak kurang semenggah perangainya. Dah tua bangka macam ni, takkanlah nak buat perangai tak senonoh lagi

Dia bukanlah pemuda alim warak mana sangat pun. Memang tak ada langsung ciri-ciri Imam Muda padanya. Namun, dia tetap meletakkan sempadan sebagai peringatan untuk tidak menyimpang jauh. Karang, kalau dah menyimpang jauh, susah pula nak patah balik. Silap-silap, ke laut terus.

Jadi, sekarang nipatut atau tidak dia masuk bilik Kate Tapi, bukankah Kate sekadar kawan Dan dia datang nak melawat kawan yang sakit.

Kawan sekalipun, Kate tetap berjantina perempuan. Tahu mak aku ni, mati aku. Pada mak...takut. Pada Tuhan, tak takut

Kate. Ni de peng yu lai liao(Kate. Kawan awak datang.) Sekali lagi, suara Audrey mengalih perhatiannya. Mereka sudah berdiri di hadapan pintu bilik yang terbuka.

Wor de peng yu Shei lai de (Kawan saya Siapa) Kate menjawab dari dalam.

Peng Yu. Lai. Walaupun tak faham bahasa Mandarin, tapi Zack tahu Peng Yu bermaksud

Kawan dan Lai bermaksud datang. Kawan datang - teka Zack.

Hai Kate. Zack turut menyapa, memandang Kate yang sedang berbaring di atas katil. Pucat mukanya. Tampak lemah. Menurut Audrey, sakit sendi Kate datang lagi. Yang membuatkan keadaan lebih teruk, Kate juga diserang demam panas. Suhu badan Kate meninggi secara tiba-tiba.

Zack. Bibir Kate menguntum senyum tak percaya. Terkejut dan sedikit teruja. Kemudian, dia memandang Audrey dengan muka tanda tanya.

Wo ken Zack jiang, ni shenbing. Ha shuo, ha you lai ce pienkan ni(Saya beritahu Zack, awak sakit. Jadi, dia datang sini nak tengok awak.) Terang Audrey yang sudah semestinya, sepatah kata pun Zack tak faham.

Sorry Zack. Trouble you all the way to drop by Kata Kate.

Zack senyum.

How are youSoal Zack.

Im lying if I sayIm fine. But getting better now

Jawapan dari Kate menimbulkan rasa simpati dalam diri Zack. Dia pernah dengar tentang penyakit keradangan sendi tapi dia tidak pernah tahu ianya agak teruk. Penyakit ini tidak membawa maut tetapi sesiapa yang menghidap penyakit ini terpaksa menanggung kesakitan seumur hidup. Rheumatoid Arthritis ini belum ada ubatnya. Sekiranya diserang, pesakit perlu bergantung kepada ubat penahan sakit.

Masuklah. Suruh Audrey.

Zack angguk. Rasa serba salah hilang entah ke mana, berganti dengan rasa simpati yang membuak. Dia menarik kerusi di meja solek Kate lalu duduk di sebelah katil. Bibir Kate menguntum senyum.

I keluar dulu. Audrey meminta diri lalu terus beredar.

Zack dan Kate saling memandang tanpa suara untuk beberapa ketika.

Thanks for coming. Akhirnya, Kate memecah sunyi.

Why you didnt tell me that youre sick Soal Zack, agak serius nadanya.

Should I

Yeah. Kitakan kawan

Kate senyum tawar.

Patut tak nampak you dua tiga hari ni. I ingat you busy.

Kate kekal tersenyum.

Kalau you sakit, memang tiba-tiba macam ni ke Tanya Zack lagi.

Kate angguk.

Last two days, bila bangun tidurI tak boleh bergerak. My neckto here Kate menunjuk bahagian pinggang. Rasa kajang.

Kajang Berkerut kening Zack. Kenapa Kajang masuk dalam topik pula Kejang Zack meminta kepastian.

Kejang is it Please excuse my Bahasa Melayu

Zack tersengih.

My back feel kejang. I tak boleh bangun. Luckily, Audrey on night shift this week sodia bolehjaga I. Kate menarik nafas sebelum menyambung kata. I feel so bad sebab susahkan Audreyagain and again.

Zack mendiamkan diri melihak reaksi Kate.

See ... Kate menarik lengan jaket sebelah kanan.

Zack mengerutkan kening melihat pergelangan tangan Kate yang membengkak.

Its worse yesterday. Cant even move my hand

Sekali lagi, Zack memandang Kate dengan wajah simpati.

Ohdont give me that look, idiot. Makes me feel bad.even more

Sorry Balas Zack.

Kate menghembus nafas kasar.

Macam mana, you dapat tahu...you kena penyakit ni

Mula-mula tu, I rasa sakit pada tangan. The pain come and go. Sometimes sakit pada tangan, sometimes on my knees.I thought nothing serious, so I just ignore it. But the pain became worse, its swelling.I told Audrey about it. Audrey suruh I buat check-up andR.A is the answer.

Usually, it feels better lepas makan painkiller. Sambung Kate setelah menarik nafas seketika.

Zack terangguk-angguk.

Shes addicted to painkiller. She is afraid that she will be in pain, so she will eat painkiller in advance. That will affect her body in long term. I cant ask her to stop medication because she does need it. Dah banyak kali I nasihat, makan ubat bila sakit saja tapi Kate degil.

Kata-kata Audrey tempoh hari menjengah minda Zack.

Tapi, kalau tak sakit punyou makan juga painkillerkan Tanya Zack.

Kate mendiamkan diri, membiarkan soalan Zack tanpa jawapan.

Kate. Tak eloklah makan painkiller kalau you tak sakit. Nanti badan you

Sshhh Tiba-tiba Kate membuat bunyi.

Zack terdiam.

I heard it from Audrey already. Dont want to hear it from you

Kate. Boleh tak jangan degil sangat Rosak sistem badan you nanti. You dah macam drug addict, tau tak Secara tiba-tiba Zack meninggikan suara. Geram dengan sikap acuh tak acuh Kate.

I knowZack. I am not that stupid. Jawab Kate. Suaranya mendatar

Kalau tak bodoh, kenapa buat juga Balas Zack, suara masih tinggi.

Kate angkat bahu. Zack angkat kening.

I just Kate melepaskan keluhan.

I dont know how to handle it, Zack. Can you imagine All of sudden you are sick. You have to accept the fact that you sick, nothing can be done. It is incurable and you have to live with it for the rest of your life. I am 26 this year and I feel like 70 years old. Do you know how it feels Zack It feels sucks!

Zack membatukan diri memandang wajah Kate. Lama.

Anything you want to say

Zack geleng.

If Audrey, she will continue by saying, its not so bad and Im not the only person yang sakit dalam dunia ni. Ramai lagi yang nasibnya lagi teruk. At least...it is not a cancer. At least, it is not AIDS. I should feel lucky, shouldnt I ButZack. I really dont know how to cope with this. I feel week. I feel useless. Kate meluahkan rasa. Ada sebak dalam suaranya namun dia tidak pula mengeluarkan air mata.

Im sorry. Setelah terdiam lama, Zack meminta maaf.

Kate mengangkat muka.

Sorry Kenapa

I dont know.I wish I could do something

Kate mengukir senyum tawar. Mereka terdiam lagi.

You pandai main gitar ke Tanya Zack, memerhatikan sebuah gitar yang kelihatan berhabuk di satu sudut.

Tak. Kate menggeleng perlahan. Thats Sedikit keluhan dilepaskan. Kevins

Ah Zack terangguk-angguk.

Thats the only Kevins stuff that I have. Andthis photo Kate mengambil bingkai gambar yang terletak di atas meja kecil di sebelah katil dan menghulurkannya kepada Zack lalu disambut.

Gambar Kevin diperhatikan. Muka selenga. Persis wajah artis Taiwan yang nama Jay Chou.

The rest of Kevins, Audrey dah buang. Sambung Kate.

Audrey buang Zack bertanya kembali.

Kate mengangguk. She wants me to forget Kevin, so she threw away Kevins stuff. I only managed to save this photoand guitar.

Please dont ask me to forget Kevin because I wont. Segera Kate memberi amaran sebelum sempat Zack berkata apa-apa.

Okay. I wont. Balas Zack. Kate mengangkat kening.

If thinking of Kevin will make you happier...if that will give you hope, then justyou knowsuka hati kaulah. Kata-kata Zack yang terakhir membuatkan Kate tergelak.

But...at the same time, ask yourself this question, Kate. Is it worth Zack menyambung kata menyebabkan Kate terdiam.

Anywaymay I Zack meminta kebenaran untuk mengambil gitar.

Kate senyum dan mengangguk. Zack bangun dan mencapai gitar lalu membuang habuk-habuk yang melekat.

Okey lagi ni Kata Zack setelah kembali ke kerusi. Tangannya memetik gitar dua tiga kali.

What is your love song

Soalan Zack membuatkan Kate terpinga. My love song

Pada I, setiap cerita mesti ada lagu. Like you and Kevinin love. Mesti ada lagukan

Kening Kate terangkat. Zack tersengih.

I dont know. I Love You Like A Love Songis one of it, maybe

Zack angguk, kekal tersengih. Tali gitar dipetik dua tiga kali.

Tiba-tiba, Zack ketawa. Petikan gitar terhenti.

Kenapa Kate memandang pelik.

I cant go on. This song sounds retarded

Idiot. Kate turut ketawa. What about you Kate menyoal setelah tawanya reda.

I Kenapa

What is your love song Kate menyoal balas. Ah..nope. Thats too common. What is your break-up song

Zack terkebil-kebil.

Come on.You cakap, setiap cerita mesti ada lagunya. What isyour break-up song

Zack senyum sumbing. Mestilah ada. Banyak. Dan dia akui, dia agak jiwang selepas putus dengan Liana. Dan ketika itu, kebanyakkan lagu yang dimainkan di The Nickys, lebih ke arah patah hati sehinggakan Joe Johari dan Anna menggelengkan kepala. Nak buat macam mana Cinta pertama katanya. Haruslah jiwangnya terlebih. Hampir sebulan juga dia begitu sebelum kembali kepada mood biasa.

Yes. Ive got one. Zack berkata perlahan.

Kate memandang Zack tanpa suara.

Perlahan-lahan jari Zack kembali memetik gitar.

Although it hurts

I'll be the first to say that i was wrong

Oh, I know I'm probably much too late

To try and apologize for my mistakes

But I just want you to know

That I should 've bought you flowers

And held your hand

Should 've gave you all my hours

When I had the chance

Take you to every party

Cause all you wanted to do was dance

Now my baby's dancing

But she's dancing with another man

That bad, huh Tanya Kate setelah petikan gitar terhenti.

Ada ke putus cinta yang tak bad Zack menyoal.

Kate senyum paksa.

Anyway, what past is past. Im doing fine now.

Alasebab you dah jumpa Zareen kan

Zack ketawa. Kate juga. Zareen. Zack menghela nafas panjang. Teringatkan Zareen, hatinya berbunga dan merengsa pada masa yang sama.

We should have our song toodont you think so Kate berkata sambil tersengih.

Yeah we should.

Mereka melalak lagu entah apa-apa. Apa saja yang terlintas di fikiran, itu yang terkeluar di mulut walaupun adakalanya lirik dan nada tidak seiring. Ada kalanya, suara menjadi sumbang namun tidak dikisahkan. Gelak dan tawa mengiringi ulah mereka.

Dalam diam Zack memerhatikan Kate. Kelihatan lebih ceria walaupun muka gadis itu masih pucat. Keceriaan Kate mendatangkan rasa lega padanya.

UBAT yang dimakan oleh Kate mula mendatangkan kesan. Menurut Kate, dia sudah mula mamai. Zack juga turut meminta diri. Sudah hampir dua jam dia menghabiskan masa dengan Kate. Kate ditinggalkan supaya dapat kembali berehat dengan aman.

Thanks for coming, Zack. Audrey berkata ketika Zack keluar dari pintu rumah. She looks much better now

Zack senyum.

I ada something nak cakap dengan you. Audrey menutup pintu rumah. Hanya mereka berdua saja yang ada di luar pada waktu ini.

Yes Soal Zack apabila melihat Audrey merenungnya agak lama.

You tahu, I sayangkan Katekan

Zack angguk.

Tapi I tak tahu macam mana lagi nak nasihatkan dia Sambung Audrey, perlahan.

Zack angguk lagi.

Jadi, I nak minta tolong dari you

Kening Zack terangkat dan dia menanti Audrey meneruskan bicara.

Boleh tak, you pujuk Katesupaya dia setuju untuk balik ke UK Audrey menyampaikan permintaannya.

Kerutan di dahi Zack bertambah.

Shes alone here, Zack. Danlepas kahwin, I tak boleh nak jaga dia lagi macam sekarang. Cakap I, dia langsung tak mahu dengar.

Please Zack, its for her own good. Di UK, dia ada family. Dia tak boleh tinggal sini lagi

unless there is somebody looking after her Saat ini, pandangan mata Audrey menikam tepat ke mata Zack membuatkan Zack sedikit tidak tentu arah. Dah kenapa Audrey tenung macam nak telan

Ill try to talk to her Pendek balasan Zack.

Audrey tidak mengalihkan pandangan dari wajah Zack, seolah-olah mencari sesuatu.

Audrey. I saidIll try to talk to her Ulang Zack, agak tegas kali ini. Tidak selesa apabila Audrey berterusan merenungnya begitu.

Audrey melepaskan nafas panjang.Okay Zack. Please talk to her.

Zack angguk. I balik dulu.

Audrey mengukir senyuman. Bye Zack. And thanks again for coming.

No problem. Bye

Pintu rumah ditutup. Zack melangkah menuju ke arah lif sambil otaknya mengulang kembali ayat yang ditutur oleh Audrey sebentar tadi.

unless there is somebody looking after her

Entah mengapa, ayat ini berulang-ulang dalam mindanya.