Tika Cinta Berbisik - 24
Bab 23

ENAM tahun kemudian....

Hari ini Harlina benar-benar sibuk. Selepas habis waktu pejabat, Harlina pergi ke pasar untuk membeli bahan-bahan dapur yang sudah kehabisan. Sejak Nurul tiada, Harlina berusaha untuk menjadi isteri yang lebih baik. Pernah Khairul menegah Harlina daripada memasak kerana tahu jadual waktu mereka yang masing-masing tiada masa terluang untuk melakukan kerja-kerja di rumah.

Namun Harlina menolak. Harlina ada alasan untuk itu.

Abang, Harlina mahu jadi isteri yang solehah. Seperti Siti Fatimah dan Siti Khadijah. Harlina sedar selama ni Harlina banyak abaikan tanggung jawab seorang isteri. Isteri yang baik perlu menjaga makan minum suami dan kesihatan suami. Abang, izinkanlah Harlina buktikan kemampuan Harlina, ujar Harlina pada suatu hari.

Ternyata Khairul menyetujui pandangan isterinya. Khairul turut berjanji pada Harlina untuk menjadi seorang suami yang lebih bertanggungjawab.

Hari itu, Harlina bercadang mahu menyediakan masakan kampung. Harlina sudah mahir menyediakan masakan yang enak-enak berbanding semasa mula berkahwin dulu. Bila dikenang kembali terasa malu pula kerana dah ulu dia tidak tahu masak. Rasa kesal kerana waktu duduk dengan keluarga dia langsung tidak mahu belajar memasak. Sekarang baru menyesal.

Harlina sendiri ada terbaca dalam sebuah buku motivasi yang menyatakan salah satu cara nak pikat suami adalah dengan cara air tangan isteri. Harlina kini lebih yakin dapat memikat selera suaminya.

Setelah usai memasak, Harlina menyiapkan meja makan. Makanan diletakkan dengan teratur dan kemas.

Abang, makan, laung Harlina dari bawah tangga.

Okey...! Khairul menyahut sambil menuruni tangga.

Wah, sedapnya sayang masak. Ada sambal udang petai, sayur lemak. Mesti sedap ni.

Ish, abang. Tengok sedap di mata belum tentu sedap di lidah.

Harlina menghulurkan nasi yang sudah siap disenduk.

Hmm sedap..., luah Khairul setelah merasa lauk masakan Harlina.

Kalau sedap, abang makan kenyang-kenyang ya.

Khairul menganggukkan kepala. Nak menyahut, nasi penuh di mulut. Harlina melihat suaminya makan dengan penuh minat.

Kasihan sungguh, mungkin lapar agaknya, bisik Harlina dalam hati.

ABANG, kenapa dengan Harlina Lemah benar Harlina bersuara.

Jangan bergerak sayang.

Khairul menahan tubuh Harlina daripada banyak bergerak. Khairul berasa bersalah. Kerana dialah, Harlina jadi begini. Peristiwa semalam jelas di ingatan Khairul.

Setelah mereka siap makan, Khairul berlalu menghala ke ruang depan. Harlina pula mengemas meja dan lauk-pauk di dapur.

Sedang Khairul menonton drama bersiri Inggeris, tekaknya tiba-tiba kering.

Harlina abang nak air, laung Khairul.

Tiada sahutan. Khairul kembali melaung nama Harlina.

Ya, bang

Harlina yang terkejut mendengar suara Khairul berlari menuju ke ruang tamu. Pada waktu itulah Harlina tanpa sedar terpijak permaidani nipis sehingga menyebabkan dia hilang imbangan diri. Abang!

Jeritan Harlina mencemaskan Khairul. Dia ber lari mendapatkan Harlina.

Harlina!

Khairul ketakutan melihat darah mengalir keluar daripada seluar panjang yang dipakai Harlina. Tubuh Harlina sudah lemah tidak bergerak. Abang abang....

Harlina menggengam tangan suaminya. Khairul tersedar.

Apa sayang

Kenapa dengan Harlina, bang

Harlina tak apa-apa. Harlina terjatuh sema lam.

Apa kata doktor, bang. Harlina okey, kan

Harlina okey, sayang. Cuma.

Kata-kata Khairul terputus. Adakah ini masa yang sesuai untuk menyatakannya pada Harlina

Cuma apa, bang Cuma apa

Harlina mendesak Khairul. Air mata sudah me nga lir di pipi Harlina. Khairul tersenyum.

Doktor kata Harlina mengandung sayang.

Khairul membelai lembut rambut Harlina. Sayang benar dia pada isterinya.

Benar ke, bang Sungguh abang tak tipu

Harlina menggenggam erat tangan suaminya. Hatinya benar-benar gembira sekarang.

Sungguh, abang tak tipu. Takkan abang nak tipu dalam hal-hal macam ni.

Tapi Harlina tak tahu pun yang Harlina mengandung.

Hm doktor ada kata tak semua perempuan mengetahui yang dirinya mengandung. Ada yang dah nak masuk empat bulan baru tahu dia mengandung.

Oh habis kandungan Harlina dah berapa bulan, bang

Ish, baru empat minggu sayang. Masih awal lagi.

Tapi.... Wajah Harlina kembali muram. Ada sesuatu yang mengganggu perasaannya.

Kenapa sayang Khairul mula risau dengan perubahan sikap Harlina.

Tapi... darah, hari tu darah banyak bang. Harlina mengetap bibir. Dia takut jika darah itu menjejaskan kandungannya.

Sudah sayang, doktor kata takda apa yang nak dirisaukan. Hari tu kan Harlina jatuh, tek anan kuat menyebabkan darah keluar. Harlina tak gugur, sayang. Cuma doktor pesan Harlina kena jaga kandungan dengan baik. Sebab berisiko bila Harlina jatuh untuk kali kedua.

Harlina menganggukkan kepala. Risau benar dia jika kandungannya gugur. Tak sangka, ya bang. Sudah 12 tahun kita kahwin, baru sekarang kita dapat anak.

Alhamdulillah, kita patut bersyukur. Itu tandanya, Allah mahu menguji kesabaran kita. Jika dulu kita tak sabar, abang pun tak tahu bagaimanalah keadaan rumah tangga kita.

Hm nanti balik rumah kita buat sujud syukur, ya bang.

Yalah.

Malam itu, Khairul menemani Harlina di hos pital. Khabar gembira yang diperoleh membuahkan semangat dalam dirinya. Semangat untuk meneruskan hidup dengan lebih tenang dan yakin. Dia harus menjaga Harlina dan anak itu dengan selamat. Khairul berdoa agar anak itu akan dapat menjadi perantara yang baik dalam memulihkan hubungan Harlina dengan keluarganya.