M. BUTTERFLY - 24
Paris. 1968 70 Gallimard masuk.

GALLIMARD: Dan aku pun baliklah ke Paris. Balik kepada kehidupan lama aku. Makan masakan Cina yang jauh lebih sedap dari apa yang ada di china sendiri. Ada kawan-kawan, saudara-mara. Bendabenda biasa. Kerja, simpan duit, komplen pasal trafik dan sekali-sekali terserempak dengan budakbudak university melaung-laungkan kempen Mao tapi dalam bahasa perancis!

HELGA: Rene!Rene! (Helga masuk dengan basah kuyup) ada masalahlah.. (Helga bersin)

GALLIMARD: Kenapa kau basah kuyup ni

HELGA: Aku pergi pasar tadi. Lepas tu ada budak-budak universiti ni berdemo. Diaorang pakai bendera merah kemudian.. (Gallimard mengambil tuala) dalam kecoh-kecoh tu, aku termasuk dalam kumpulan diaorang. (Gallimard menghulurkan tuala)

terima kasih. Kemudian polis tembak meriam air. Aku cuba nak jerit pada diaorang nak bagitau aku siapa.. ta[pi kau tau je lah.. (Senyap) habis barangbarang yang aku beli tadi. Hilang semuanya. Apa nak jadi dengan Perancis ni, rene RENE: Entah. Tak ada apa-apa, agaknya.

HELGA: Tak ada apa-apa kau kata Kedai depan tu habis terbakar, jalanraya kita penuh dengan kaca, dunia ni macam dah nak runtuh dah. Aku ni ha, basah kuyup!

RENE: Maksud aku tu, tak ada apa-apa yang penting untuk aku pikirkan pun.

HELGA: Ini ke sebabnya kau duduk je kat rumah ni

GALLIMARD: Ye lah tu.

HELGA: Dalam bilik yang penuh dengan colok ni! Kau tau tak.. aku benci colok! Busuk!

GALLIMARD: Samalah dengan orang-orang perancis pun! Busuk!

HELGA: Oh.. orang cina wangi lah..

GALLIMARD: Dah. Jangan nak mulakan..

HELGA: Rene, masa kita pergi dulu.. sama jugak keadaannya macam sekarang..

GALLIMARD: Taklah..

HELGA: Sama.. budak-budak berdemo, kedai kena pecah..

GALLIMARD: Helga..

HELGA: Samalah dengan China pun. Kau tak ingat ke

GALLIMARD: Helga! Tolonglah! (senyap) kau tak kenal pun diaorang tu.. kemudian kau kecoh-kecoh, menjerit-jerit tak tentu hala, merepek, kata dunia kita nak runtuh la, China ludah muka kita la, itu la ini

la, kemudian kau balik basah kuyup, bawak masuk semua sampah yang ada kat jalan tu, kotorkan lantai rumah aku..(gallimard merampas tuala Helga

dan mengelap lantai)

HELGA: Aku cakap yang betul.

GALLIMARD: Helga, aku nak bercerai! (Gallimard terus mengelap lantai)

HELGA: Aku tarik balik apa yang aku cakap tadi. China tu cantik. Colok kau tu wangi. Aku suka sangat bau colok kau tu.

GALLIMARD: Aku ni curang.

HELGA: Jadi

GALLIMARD: 8 tahun aku curang dengan kau, Helga.

HELGA: Aku dah lama tau dah, Rene. Sejak kita mulamula kahwin dulu aku tau satu hari nanti kau akan curang dengan aku. Lepas tu sekarang kau nak buat apa Nak kahwin dengan dia

GALLIMARD: Tak boleh. Dia kat sana. Di china sana tu.

HELGA: Oh.. sekarang baru aku faham. Kau tau kan kalau kau tinggalkan aku, takkan ada siapa lagi yang nak kahwin dengan aku..

GALLIMARD: Aku mintak maaf.

HELGA: Tapi kau tetap nak tinggalkan aku kan Untuk perempuan kau yang tak ada pun kat sini. Betul

GALLIMARD: Ya

HELGA: Walaupun kau tak boleh hidup dengan dia, kau tetap tak nak hidup dengan aku.

GALLIMARD: Ya.

HELGA: Kau tau tak betapa jahanamnya aku rasa masa aku bercakap dengan kau ni Tapi aku nak terus terang je dengan kau. Aku okei je kat sana. Walau-

pun aku tau kau taklah sebaik lakonan yang kau tunjukkan kat aku hari-hari tu tapi aku okei. Aku terima. Sebab aku suka dengan kehidupan kita kat sana. Aku suka bila kita pergi parti atau bila aku melawat kau di pejabat, pegawai-pegawai kau tegur aku selamat pagi. Selamat pagi puan gallimard!. Perasaan tu yang aku suka. Perasaan hidup dalam fantasi tu. (senyap) aku harap kau akan dibenci semua orang sepanjang hidup kau nanti. (Helga keluar)

GALLIMARD: Betul rupanya apa yang dia cakap tu. aku dibenci semua orang. (marc masuk dengan membawa dua gelas minuman. Kepada Marc) Di sana, aku ni dikenali sebagai lelaki yang lain dari yang lain.

MARC: Mestilah. Kau tu orang putih. Nah, minum!

GALLIMARD: Aku rasa.. lain..

MARC: Dalam kepala kau ke Rene, boleh tak kalau kita jangan bercakap pasal perempuan kau tu boleh tak kali ni kita minum sampai mabuk dan muntah dan jangan bincang pasal apa pun

GALLIMARD: Kau tak percayakan aku, kan

MARC: Mestilah percaya. Dia lah perempuan paling cantik dalam dunia ni..bla bla bla..

GALLIMARD: Hancur lebur hidup aku kat sini.

MARC: Semua orang pun macam tu. kau Cuma kena biasakan diri je. Aduh.. kan aku dah cakap tadi.. Bosanlah.. malaslah nak lepak dengan kau lagi. Eh, aku ada date esok. Nak datang tak Aku boleh jumpakan kau..

GALLIMARD: Apa salahnya.. aku rasa aku nak..

MARC: Eh, tapi aku rasa elok tak payahlah. Kau uruskan lah dulu hidup kau tu. (Marc keluar. Gallimard minum bersendirian)

GALLIMARD: (kepada audiens) Kejam betul dunia ni kan Kau bercakap dan bercakap dan bercakap dan sebenarnya taka da orang pun yang dengar apa yang kau cakap. Susah sangat ke nak faham Yang aku ni dicintai oleh seorang perempuan yang paling sempurna dalam dunia ni. Susah sangat ke nak faham ayat yang mudah ni (Song masuk sebagai Butterfly di dalam busana kahwin kimono. Kepada Song) tolonglah, jangan buat macam ni lagi.. aku tau kau tak wujud.. aku tengah tidur sekarang ni.. atau aku mabuk..

SONG: Rene

GALLIMARD: Dia bercakap pulak! Tolonglah tuhan. Tolonglah jangan tambah sakit aku lagi.

SONG: Apa yang kau cakapkan ni, rene Pegang aku.

GALLIMARD: Untuk apa

SONG: Untuk aku buktikan yang aku ni wujud. Pegang tangan aku ni.

GALLIMARD: Untuk apa lagi Supaya kau boleh pergi dan tinggalkan aku lagi macam selalu Untuk jadi bahan gelak ketawa orang (Song memegang tangan rene)

SONG: Rene (Gallimard memegang tangan Rene. Senyap)

GALLIMARD: Butterfly Aku tau kau akan balik juga pada aku satu hari nanti.

SONG: Kau tak pernah.. lupakan aku

GALLIMARD: Siapa kata Aku lupa semuanya. Otak aku ni, tak muat untuk aku dan kau. Muat untuk aku sorang je. Kau tengoklah sendiri Nampak tak.. Nampak tak macaman aku hias bilik aku ni. Den-

gan gambar ksesukaan kau ni.. dengan colok yang kau bagi ni.

SONG: Aku.. aku tak tau nak cakap apa..

GALLIMARD: Tak payah cakap apa-apa pun. Aku tau kau letih. Jauh perjalanan kau. Kau nak minum teh

SONG: Mana isteri kau

GALLIMARD: Ada kat sini.Dia ada dengan aku sekarang ni. (Gallimard memeluk Song. Song menolak) apa lagi

SONG: (kepada audiens) Akhirnya aku sampai ke Paris. Sampai ke rumah Rene. Dan aku..

GALLIMARD: Kenapa kau tolak aku Tak boleh ke kita tunjukkan pada diaorang macamana kita berpisah petang tu

SONG: Boleh tak bagi aku peluang untuk bercakap..

GALLIMARD: Tak boleh. Kau kena ikut apa yang aku suruh. Sebab kau tu wujud dalam kepala aku je..

SONG: Kenapa pulak Selama ni aku tak pernah pun ikut cakap kau. Ini kan pulak bila aku ni hanya wujud dalam kepala kau je. Dah! Kita kena selesaikan cerita ni. Aku nak tukar kostum

GALLIMARD: Aku yang bawak kau masuk dalam rumah ni! Aku boleh je biarkan kau merempat kat jalan tu tapi tak aku tak sampai hati.. aku masih lagi nak selamatkan kau..

SONG: Untuk itu aku ucapkan terima kasih..

GALLIMARD: Jadi.. tolonglah.. tolonglah duduk di sini dengan aku ni.. tak payah lah nak tukar baju..

SONG: Kau tau aku kena buat tu, kan Dan kau tau aku akan buat juga. Lagipun, ia takkan mengubah apaapa yang dah berlaku pun, gallimard. Terimalah hakikat tu, gallimard. Terimalah hakikat yang apaapa pun yang berlaku depan mata kau sekarang ni.. semuanya tak benar.. kau dah lama tau tu. (Gallimard keluar. Song berpaling ke arah audiens) aku hanya perlukan masa 5 minit saja untuk menukar apa-apa yang patut. Jadi tuan-tuan dan puan-puan bolehlah ambik kesempatan ini untuk berehat seketika, minum-minum ataupun layan muzik yang akan dimainkan oleh pancaragam.

Sekembalinya anda dari semua itu, anda akan melihat saya kembali di sini, di tempat yang sama di mana anda tinggalkan saya tadi. (Song bergerak ke arah sebuah cermin dimana terletaknya sebuah besen berisi air. Dia membersihkan mekapnya. lampu pentas samar dan lampu dewan dibuka)