Macam mana Jadi tak Lan nak suruh mak dan ayah pergi pinang Ika Soalnya sambil melabuh duduk sebelah Idlan.
Idlan membetul duduk sambil melepas keluh panjang. Tak jadilah, mak...
Mulut Che Jah membulat.
Kenapa tak jadi Kalau Ayah Wan dan Mak Wan tahu sikap sambil lewa Lan macam ni, jangan kata nak terima pinangan, nak tengok muka kita pun mereka dah tak kuasa, bebel Che Jah sambil menggeleng. Lelah betul dengan sikap Idlan.
Idlan garu kepala. Dia pun nampak serba salah untuk jelaskan keadaan. Ika yang tak mahu. Dah puas saya cakap dengan dia.
Bila Lan jumpa dia
Semalam. Dah lama saya beritahu dia tentang hajat saya, tapi entahlah Ika tu, susah sangat dia nak terima.
Che Jah tersenyum tawar. Memang dari awal dia dah jangkakan penolakan Ika.
Lan fikir, senang ke Ika nak terima Mak ni perempuan, Lan. Mak faham perasaan Ika. Tak mungkin dia nak kahwin dengan lelaki dah ada isteri.
Kenapa susah sangat perempuan nak terima poligami Idlan menyoal tak puas hati. Tiba-tiba menyentuh isu sensitif depan ibunya.
Jiwa orang perempuan ni lembut. Mereka mudah cemburu, hati mudah terluka. Cuba letak diri Lan di tempat Ika. Kamu berdua suka sama suka, tapi dalam masa sama, ada lelaki lain sukakan Ika. Kalau Lan ternampak Ika berkepit dengan lelaki tu, Lan marah tak Cemburu tak
Idlan mencebik. Mahunya dia tak cemburu
Tahu pun Lan cemburu, ya Samalah kalau Ika bermadu dengan Irdiana. Kalau Ika ternampak Lan berkepit dengan Irdiana, apa dia akan rasa Dah tentu dia cemburu. Walau tak banyak cemburunya, sikit mesti ada. Tapi, kalau Irdiana, mak tak tahulah. Apa yang mak boleh agak, Irdiana dah tak sayangkan Lan. Kalau Lan bermesra dengan Ika depan dia sekali pun, mak tak yakin dia masih ada perasaan iri hati, ujar Che Jah. Bukan niat nak menambah rasa tak senang di hati Idlan apabila nama Irdiana disebut-sebut. Jauh sekali ada niat menyuruh Idlan ceraikan Irdiana. Dia cuma nak Idlan buka mata. Itu saja.
Idlan mengetuk dahi berulang kali. Sulit kondisinya sekarang. Nak mengalah dari terus mengharapkan Ika, dia tak rela sebenarnya.
Sudahlah, Lan. Dari terus buang masa, baik Lan buat keputusan sekarang. Samada Lan nak terus bersama Irdiana ataupun, Lan ceraikan saja dia. Mak dah tak sanggup tengok Lan merana dengan isteri macam tu. Lan satu-satunya anak mak. Teringin sangat mak nak tengok Lan bahagia. Soal Ika, biarkan dulu. Bila keadaan dah reda dan masalah Lan dah selesai, baru Lan fikirkan semula.
Kalau Ika kahwin dengan orang lain, macam mana mak
Ya Allah, budak ni. Masih nak fikirkan fasal Ika Dah mak katakan tadi, Lan lupakan dulu soal tu. Kenapa susah sangat Lan nak faham ni Suara Che Jah meninggi. Sakit hatinya dengan kedegilan Idlan. Nak dikatakan budak-budak, umur dah capai angka 29!
Idlan tersengih. Pura-pura ceria depan ibunya sedang dalam hati, bimbang kalau Ika terlepas ke tangan orang lain.
Saya gurau ajelah. Mak ni... jangan marah sangat. Tak kesian kat saya
Sebab mak kesianlah, mak marah. Fikirkan kebaikan kenapa mak suruh Lan lupakan Ika. Bukan mak suruh Lan lupakan terus niat nak peristerikan dia. Maksud mak, lupakan sementara niat baik Lan tu. Biar selesai masalah satu-satu. Jangan campur aduk dengan masalah sedia ada.
Idlan garu belakang leher. Dia mengangguk faham. Baiklah. Saya ikut nasihat mak.
Che Jah senyum puas. Akhirnya, Idlan mendengar kata. Apa yang dijelaskan tadi, mudah pula Idlan terima. Epintu. Macam orang mati suami.
LOK sangat anak dara termenung depan
Suara Mak Wan mengejutkan Ika.
Segera dia berpaling. Apa mak ni cakap macam tu Ika belum kahwin lagi. Ada pula cakap orang mati suami, rungut Ika dengan muka kelat.
Mak Wan menggeleng. Sejak tadi melihat perlakuan Ika. Puas berdiri, anak gadisnya duduk. Puas duduk, anak gadisnya berdiri. Entah apa yang tak kena.
Ika fikirkan apa Dari tadi mak tengok macam orang susah hati. Tak nak cerita apa-apa pada mak ke
Nak cerita apa Tak ada apa-apa pun. Ika cuba mengelak.
Segan nak membuka kisah dirinya dan Idlan. Tapi, sampai bila dia nak sembunyikan perkara itu Lambat laun, tentu dapat dihidu keluarganya.
Terus-terang dengan mak. Ika ada masalah ke ni
Tak ada. Ika cuma...
Mak Wan mengambil tempat di sisi Ika. Isi hati anak gadisnya dah lama tak diambil tahu. Sebelum ni, Ika tak pernah tunjuk sikap begini. Nampak susah hati macam ada perkara berlaku di luar pengetahuannya sebagai ibu.
Ika rindukan Abang Afi ke Dia dah lama tak balik. Itulah... masa Abang Afi ada, Ika bergaduh dengan dia. Dia bagi nasihat, dengar ajelah. Jangan melawan. Tak elok Ika lawan cakap dia. Dia tu abang, Ika ni adik. Apa yang dia nasihatkan, Ika kenalah patuh.
Apa pula mak fikir sampai ke situ Ika bukan rindu Abang Afi. Tapi, Ika fikir fasal perkara lain.
Perkara apa
Ika tutup mulut. Terlanjur berkata-kata.
Melihat perlakuan pelik Ika, Mak Wan menunjuk riak muka ragu-ragu, Ada apa-apa Ika sembunyikan dari mak
Ika garu dahi. Sah, ibunya mengesyaki sesuatu.
Tak... tak ada apa-apalah mak.
Ika tipu mak, ya. Cakap betul-betul. Ika jangan sorokkan apa-apa.
Ika tersenyum pahit. Lebih baik dia ceritakan saja apa yang membelenggunya saat ini. Kalau Ika cakap, mak jangan marah pula.
Cakap dulu. Marah ke tak marah ke, itu kemudian cerita, tegas Mak Wan.
Ika menelan liur. Wajahnya nampak serba salah. Nak dicerita, takut dia akan dimarahi. Kalau tak diceritakan, rasa macam tak kena. Sebenarnya... Abang Idlan...
Kenapa dengan dia Mak Wan lekas memotong. Sejurus nama Idlan disebut, wajahnya bertukar riak. Kalau tadi nampak tenang. Tapi, sekarang tidak.
Melihat kelakuan Mak Wan, Ika pula nampak resah.
Mak ni... Ika belum habis cakap lagilah.
Ika lambat sangat nak cakap. Hah, cepat cakap, gesa Mak Wan berbaur arahan.
Abang Idlan... dia ajak Ika kahwin...
Mak Wan terbelalak. Hah!
Apabila melihat wajah panik ibunya, Ika cuak.
Mak janganlah macam ni. Tunggulah Ika habis jelaskan. Mak ni cepat sangat melatah.
Mahunya mak tak melatah Idlan tu dah kahwin. Amboi... nak ajak anak kita bermadu pula dengan isteri dia. Dulu masa bertunang elok-elok, dibuatnya anak kita macam tak ada nilai. Boleh pula kahwin dengan perempuan lain. Sekarang, terhegeh-hegeh pula Mana maruah dia Mak Wan bercekak pinggang. Marah benar nampaknya dia.
Heee... mak ni. Dengarlah dulu. Ika tarik lengan Mak Wan supaya memberi perhatian padanya semula.
Apa lagi Ika nak jelaskan Lebih baik jelaskan sekarang sebelum mak naik hantu dan pergi jumpa dia.
Kenapa mak jadi macam ni Hari tu masa Abang Idlan datang, bukan main baik mak layan dia. Sekarang bila Ika buka mulut fasal dia, mak marah pula. Ika tak fahamlah dengan mak ni, rungut Ika dengan kening berkerut-kerut.
Mak Wan diam tak membalas. Sebenarnya, dia taklah marah, tapi lebih pada rasa terkilan. Apa yang Idlan lakukan, seolah-olah anak gadisnya tiada harga diri. Boleh dibuat sesuka hati.
Ika tak terima pun niat dia tu. Awal-awal lagi Ika dah tolak, sambung Ika apabila melihat ibunya tiada modal nak membalas kata.
Memang patut Abang Afi tu marah Ika berkawan dengan dia. Tengok sekarang apa dah jadi Berani dia ajak Ika kahwin. Tak cukup dengan seorang isteri ke
Alasan apa dia nak kahwin dengan Ika tiba-tiba ni Katanya... dia tak bahagia, jawab Ika perlahan.
Alah, itu alasan orang lelaki aje. Bila dah jumpa perempuan lebih muda, mulalah buat alasan bukanbukan. Entah betul ke tak alasan dia tu, mana kita tahu, Mak Wan menebak sesuka hati.
Ika menggeleng. Tak bersetuju dengan telahan ibunya. Tapi, apa yang dia cakap, betul mak.
Buktinya
Hari tu Ika pergi rumah Che Jah hantar lauk kenduri yang mak suruh, Ika urut kaki Che Jah. Tibatiba Che Jah cakap, dia gembira kalau Ika jadi menantu dia. Lepas tu dia menangis. Muka dia nampak sedih sangat. Ika tak faham. Bila Abang Idlan hantar Ika balik, dia jelaskan keadaan sebenar. Dia ceritakan semuanya pada Ika. Ika memberi keterangan. Harap-harap kemarahan ibunya berkurangan.
Mak Wan tunduk merenung lantai. Nampak terkesan dengan penjelasan Ika. Kemudian, dia mengeluh.
Che Jah memang macam tu. Mudah sangat terasa.
Perkara dah lepas. Buat apa dikenang lagi. Dah jodoh Ika tak ada dengan Idlan, nak sedih kenapa Kalau betul apa yang Idlan jelaskan, kita boleh buat apa Kita tak boleh tolong dia kecuali dia yang kena tolong diri sendiri. Kalau dah tak bahagia, carilah penyelesaian. Jumpa kaunselor ke, berpisah ke... itu saja pilihan dia ada. Bukan menambah beban dengan niat nak kahwin dengan Ika. Tak ke bertambah masalahnya tu
Itulah Ika cakap pada dia. Sebab tu Ika tolak. Dahlah ada masalah rumahtangga, nak ajak pula Ika kahwin. Kalau masalahnya selesai, lainlah cerita.
Mak Wan kerutkan kening. Kata-kata Ika macam ada perkara yang tersembunyi. Kalau Idlan masih bujang atau duda. Ika nak ke kahwin dengan dia
Ika tunduk. Kedua-dua tangan diramas. Spontan dia tersenyum. Tak tahulah, mak...
Mak Wan mencebik. Tak tahu Erm... tapi, telinga mak ni lain macam aje dengar suara Ika tu...
Suara Ika biasa-biasa je. Kenapa mak cakap macam tu Ika mula gelisah. Tahu ibunya dapat menghidu sesuatu.
Terus-terang dengan mak. Ika sukakan Idlan Kalau tak suka, Ika tak kawan dengan dia.
Bukan itu maksud mak, suara Mak Wan mendatar. Tak faham-faham pula anak gadisnya ni.
Mak maksudkan apa Ika pura-pura bertanya. Sengaja dia buat bodoh.
Mak boleh nampak. Bukan susah sangat nak baca isi hati Ika. Ika ada perasaan istimewa pada Idlan, kan
Eh... tak! Lekas-lekas Ika menyangkal. Membulat matanya saat itu. Sekali lagi menipu diri sendiri.
Mak Wan picingkan mata. Dia tahu Ika berbohong. Ika sembunyikan perasaan sampai ke lubang cacing sekalipun, mak boleh hidu, tau.
Ika menelan liur. Terasa pahit dan payau. Telahan dibuat ibunya, memang tepat. Kalau dia mengaku sekarang, tentu dia akan dimarahi.
Cakap Ika, gesa Mak Wan.
Ika... Ika tak tahu.
Kalau Ika tak terus-terang dengan mak, lepas ni jangan pergi kelas menjahit. Kelas tarian MakYung pun mak tak benarkan Ika pergi, tegas Mak Wan sambil menyembunyi senyum. Sengaja dia buat ugutan kerana nak mengorek segala isi hati anak gadisnya itu.
Ika ternganga. Takkan sampai macam tu sekali mak buat keputusan
Cakap cepat. Betul ke Ika menaruh hati pada dia
Ika tarik muka ketat. Nak mengaku dia malu. Nak disembunyikan, Mak Wan pula dah syak sesuatu. Kalau menipu, tentu ibunya tahu. Nanti tak fasal-fasal dia terpaksa lupakan kedua-dua minatnya itu. Menjahit dan menari adalah dua bidang yang menjadi hobinya sejak dulu.
Ika cintakan Abang Idlan, mak.
Mak Wan tarik nafas dalam-dalam. Pengakuan Ika buat mukanya bertukar riak. Patutlah Afi Lukman melarang Ika rapat dengan Idlan. Rupanya, ini yang dibimbangkan Afi Lukman. Adiknya menyintai suami orang!
Mak... Ika memanggil apabila melihat kebisuan ibunya.
Mak Wan menoleh. Mata tuanya tertancap pada wajah Ika. Hati Mak Wan berbelah bahagi. Nak dimarah-marah, anak gadisnya dah besar. Nak dibiarkan, risau kalau ia membawa kemudaratan pada Ika.
Mak marah Ika Soal Ika. Ingin tahu macam mana penerimaan ibunya apabila rahsia hati kini terbongkar.
Mak Wan mengeluh. Entahlah. Mak tak tahu nak cakap apa bila melibatkan soal hati dan perasaan ni. Kalau Abang Afi tahu, mak boleh agak apa akan jadi. Apa yang Idlan buat sampai Ika boleh jatuh cinta pada dia
Abang Idlan tak buat apa-apa pun. Cuma... Ika nampak dia lelaki yang baik. Dia hormatkan orang tua. Dia hormatkan mak, hormatkan ayah. Ika berhenti memuji Idlan. Menarik nafas sebentar untuk menyambung kata. Mak tolong jangan beritahu pada Abang Afi, boleh Ini rahsia kita. Boleh kan, mak Soal Ika penuh mengharap. Bimbang kalau Afi Lukman dapat tahu. Teruklah dia kena leter. Mahu kena tadah telinga berbakul-bakul nanti.
Mak takkan ceritakan pada dia. Mak pun tak larat dengar dia marah-marah. Faham-faham sajalah perangai dia macam mana, ujar Mak Wan.
Ika mengangguk. Ika faham. Sebab tu Ika tak nak dia tahu. Nanti dia pergi jumpa dan marahkan Abang Idlan pula. Balas Ika. Menyatakan kebimbangan.