CARTA HATI - 24
LAMAN Instagram dibuka. Syakila pergi ke bahagian carian. Dia menaip sesuatu di situ.

#ZairisHaikal

Hashtag tersebut dicari. Gadis itu membaca pelbagai pos mengenai lelaki itu. Semuanya, bukan kerana minat. Tapi kerana benci dan menyampah! Gara-gara tersalah sangka, peminat-peminat tersebut menyangkakan Zairis mempunyai sikap yang buruk. Jadi, makin berkuranglah semua peminat lelaki itu.

^Baby_Gurl^: I benci dengan Zairis! Sia-sia I minat dia. Kalau macam nilah dia punya perangai, I tak minat dia pun tak apalah! Geli I!

D.YANA.teddy: Tak guna punya Zairis. Memang lelaki homoseksual betul. Dulu, aku tak percayalah dia ada hubungan dengan pembantu peribadi dia tu. Tapi, lepas tengok semua gambar ni memang betullah! Jijik aku. Dari aku minat dia, baik aku minat artis lain. Lagi baik!

Honey.Girl.Hot: Harap muka aje kacak, tapi perangai mengalahkan perogol bersiri!

MuslimahMasaDepan: Katakan tidak pada Zairis! Berhenti dari terus meminati lelaki seperti itu. Buang masa saja!

OT.Sajen: Zairis gay! Zairis suka kaum sejenis!

Berbagai reaksi yang diterima oleh Syakila. Hebat betul penangan gosip tersebut. Sehingga mengubah persepsi kesemuanya. Ada yang memaki hamun, ada yang buat video kerana kecewa sangat. Memang memberi impak yang sangat besar!

Kalau terus macam ni, makin parah jadinya. Aku kena lakukan sesuatu. Tapi, akaun Zairis dah kena godam. Jadi, apa yang aku patut buat Syakila berbicara sendiri. Kepalanya seperti sedang memproses sesuatu. Fikir, Syak. Fikir!

Bagaikan ada mentol di kepala Syakila. Spontan wajahnya berubah ceria. Jari dipetik. Seperti sudah mendapat idea.

Kali ni, Syakila akan pastikan perkara ini menjadi. Ya, buat sehabis baik sehingga menemui jalan penyelesaiannya! Good job, Syak!

ZAIRIS_SUPPORTER

Akaun ini adalah akaun rasmi bagi semua penyokong Zairis. Kami akan mengupdated perkembangan model tersebut dari semasa ke semasa.

Selesai membuat akaun tersebut, Syakila mencuba sesuatu. Pos gambar Zairis yang berada di komputer ribanya ke Instagram dan dia sengaja membuat hashtag #ZairisIskandar #MenatapmuIndah.

Tiba-tiba sahaja ada ramai yang mula follow akaun tersebut. Dari kosong, sekelip mata sahaja dia sudah ada berpuluh-puluh follower. Ada juga yang komen untuk pos pertama kali itu.

Vampire_xx: Kau ingat kau handsome Boleh jalanlah! Aku takkan terpikat dengan muka handsome kau tu!

Syakila menggelengkan kepalanya sebaik membaca komen tersebut. Nampaknya, susah juga nak beri kepercayaan kepada semua peminat lelaki itu. Boleh tahan pedas komen ni.

Irfan ada memberitahunya, bahawa Zairis jika sedih atau putus asa pasti akan bermain gitar. Kemudian, lelaki itu akan memuat naik video tersebut di laman Youtube. Jadi, Syakila rasa dia tahu apa yang perlu dibuat.

Laman Youtube dibuka. Syakila menaip sesuatu di bahagian carian. Sengaja taip Zairis Haikal.

Terpapar deretan video daripada lelaki itu. Banyak juga lagu-lagu yang dimainkan. Syakila klik pada salah satu video. Anak panah menekan video tersebut untuk melihat.

Nasib baik video yang dimaksudkan boleh disimpan ke dalam komputer riba. Tercari-cari juga, nak download macam mana. Mujur Syakila jumpa.

Video yang dimuat turun itu langsung tidak ditontonnya terlebih dahulu. Dia hanya menyimpan dan menyunting sahaja. Video yang panjang-panjang, dipotong untuk durasi 10 saat sahaja.

Selesai membuat kerja yang hampir memakan masa sejam, Syakila memuat naik video tersebut di laman Instagram. Pejam celik, follower kini sudah mencecah dua ratus. Tidak tahulah mereka mengikuti kerana nak menghentam atau minat. Tengok sajalah nanti.

Hai... lambat pula internet dekat kampung ni. Macam siput sedut aje, fuhh fuhhh... bolehlah, bolehlah. Kalau tak dapat upload ni, mahu dia nangis sebab dah separuh pun.

Ya Allah Ya Tuhanku, tolonglah hamba-Mu ini yang berniat baik. Aminnn... Fuhhhhh....

Hah! Nasib baik boleh! Pantas jemarinya menaip caption untuk video tersebut.

ZH Disaat Aku Mencintaimu Enjoy

Berjaya untuk pos yang kedua. Belum sempat Syakila mahu menutupnya, tiba-tiba ada beberapa orang yang komen. Yang menyukai juga ramai. Tapi, nanti-nantilah dia tengok. Nak rehat dulu. Letih dah ni!