Sesekali matanya mengerling ke dalam rumah. Memerhati gadis yang sedang termenung di dalam sana. Mak Jah mencuit lutut Pak Din yang sedang ralit membaiki pukat. Hanya matanya yang berbicara. Takut jika dia bersuara akan mengganggu ketenangan gadis itu.
Dah dekat dua minggu dia macam tu. Awak tak risau ke, bang Mak Jah meluahkan juga kebimbangan yang bersarang dalam dadanya.
Hatinya risau memikirkan gadis yang dijaganya itu tak berubah laku. Lebih banyak termenung dan menangis. Tidak pernah mahu berbual dengan dia. Nak kata bisu, gadis itu sering meracau dalam tidurnya. Entah apalah yang gadis itu fikirkan agaknya.
Pak Din mengerling dengan ekor mata. Dibiarkan sahaja pertanyaan Mak Jah. Dia berhenti membaiki pukat yang terkoyak. Menyisip air kopi panas yang dihidangkan untuknya.
Ya Allah, orang tua ni. Kita bercakap dengan dia. Boleh pula dia diam aje. Mak Jah merengus. Geram dengan sikap sambil lewa Pak Din.
Nak suruh saya buat apa Pak Din menjeling.
Tipulah kalau dia tidak risau pasal gadis yang sudah dua minggu duduk dengan mereka. Entah kenapa dia suka isterinya menjaga gadis itu. Dia sudah jatuh sayang dengan gadis itu macam anak sendiri memandangkan dia dan isterinya tidak dikurniakan cahaya mata. Rasa macam Tuhan memakbulkan doanya untuk punya zuriat sendiri.
Awak tanyalah dengan dia. Asal mana, ada keluarga ke tidak. Risau saya kalau-kalau keluarga dia mencari. Buatnya keluarga dia buat laporan polis. Dah macam kes menculik pula kita ni, panjang lebar Mak Jah membebel.
Inilah yang dia tidak suka dengan perangai suaminya. Suka sangat bertindak sambil lewa kalau ada apa-apa masalah yang menimpa. Nasiblah dia memahami. Kalau tidak rumahtangga yang sudah 40 tahun dibina ini mudah saja porak peranda.
Hesy, jauh sangat fikiran awak tu. Nak kata terpengaruh dengan cerita dalam TV, rumah kita tak ada TV. Membaca pun awak tak pandai. Pak Din menggeleng dengan nada mengusik isterinya.
Kenalah fikir macam tu, bang oiii. Dah dua minggu budak tu tak bercakap, naik bimbang saya.
Dicubitnya paha Pak Din sebelum mata Mak Jah merenung gadis itu lagi. Kali ini dia lihat gadis itu sedang bermain-main dengan hujung rambutnya. Dia perasan gadis itu lebih banyak termenung selain menangis dalam tidur. Seperti meratapi seseorang.
Ya Allah, kau pulihkanlah semangat gadis ini, doanya dalam hati.
Anak, kenapa Dia menyoal.
Bisu. Tiada jawapan. Hanya tangisan sahaja yang kedengaran. Jemari Mak Jah memicit pelipis. Naik pening dia dengan tingkah gadis itu. Nasib tak kena darah tinggi aje.
Abang Din, takkanlah nak biarkan dia macam tu. Fikirlah sesuatu. Mak Jah menepuk paha Pak Din. Menggesa suaminya bertindak segera. Bimbang nanti kalau bertangguh-tangguh semakin lambatlah gadis itu akan pulih.
Yalah, yalah. Nanti aku tanya imam. Minta pendapat dia, akhirnya Pak Din mengalah selepas penat mendengar bebelan Mak Jah.
Bukan Pak Din sengajakan pasal hal ini tetapi dia tiada masa untuk memberitahu kisah gadis ini kepada orang lain. Dia sibuk turun ke laut. Mencari sesuap nasi untuk dia dan Mak Jah. Kini bertambah lagi seorang.
Namun dia bersyukur. Sejak kehadiran gadis ini, rezeki dia dan isterinya semakin bertambah-tambah. Melimpah ruah. Mungkinkah ini hikmah yang Allah kurniakan selepas dia menyelamatkan gadis ini dua minggu lepas
Eh! Kelam-kabut Mak Jah bangkit dan masuk ke dalam rumah.
LAMUNAN Pak Din lenyap. Matanya menyorot langkah Mak Jah yang melintasi dia. Seketika dia terdengar seperti bunyi orang memuntahkan sesuatu. Dia membiarkan sahaja. Mungkin isterinya tersalah makan.
Abang Din oiii! Mak Jah melaung dari dalam rumah. Kuat suaranya seperti cemaskan sesuatu. Ya! Pak Din bingkas bangun.
Dia berlalu masuk mendapatkan Mak Jah. Risau juga kalau terjadi apa-apa pada isterinya itu. Lagilah bila terdengar suara isterinya itu macam putus nafas. Jangan penyakit semput isterinya menyerang sudahlah. Maklum sekarang musim hujan.
Ada apa Kepala Pak Din hanya menjenguk ke ruang dapur dari atas rumah.
Berkerut dahinya melihat Mak Jah dan gadis itu di depan sinki. Isterinya sedang galak mengurut-urut belakang gadis itu.
Ni dari tadi muntah tak berhenti-henti. Badan dia pun panas ni. Mak Jah memandang risau. Bergilir melihat muka Pak Din dan gadis itu.
Muntah Apa yang tak kena dengan gadis itu Isterinya ada tersalah masak apa-apa ke Pak Din terkebil-kebil.
Ya Allah, Abang Din oiii! Boleh pula dia tercegat kat situ! Suara Mak Jah meninggi. Geram melihat suaminya masih lagi berdiri macam patung dekat atas tu.
Ya, ya. Saya pergi panggil imam sekarang. Minta tolong dia bawakan ke klinik. Pak Din bagaikan tersedar memberitahu dan terus berlalu.
Mak Jah menggeleng melihatkan tingkah suaminya. Matanya kembali memaku pandang pada gadis di sisinya ini.
Kenapa ni, nak Cuba cakap dengan Mak Jah. Janganlah diam aje. Mak Jah bersuara lembut dan memujuk.
Air air nak air, tangan gadis itu menggagau. Cuba mencari apa yang dia sebutkan tadi.
Mak Jah dudukkan gadis itu di atas kerusi sebelum cepat-cepat bergerak. Dia segera merapati para buruk yang ada di ruang dapur. Diambil sebiji gelas.
Dituangkan air masak ke dalamnya. Lalu mendekati semula gadis tadi.
Mari, dia suakan gelas berisi air masak pada bibir gadis itu.
Rakus air masak itu ditelan. Selesai minum, gadis itu menyerahkan kembali gelas kosong kepada Mak Jah. Gadis itu bersandar lemah pada belakang kerusi.
Alhamdulillah. Mak Jah tersenyum bila melihat keadaan gadis itu kembali pulih sambil tangannya masih lagi tak berhenti mengurut belakang gadis itu.
Jah! Jah! Suara Pak Din melaung kuat.
Mak Jah letak gelas kosong di tangannya ke atas meja. Wajah gadis itu dipandang.
Tunggu sekejap, nak. Mak Jah naik atas. Pak Dinnya dah panggil tu, beritahunya sebelum meninggalkan gadis itu sendirian di ruang dapur.
Ada apa, bang
Pak Din yang masih berdiri di beranda rumah memandang isterinya. Pergi siapkan budak tu. Awak pun sekali. Sekejap lagi imamnya datang, arah Pak Din.
Pak imam ada tanya apa-apa tak dekat abang Wajah Mak Jah berubah riak. Risau kalau-kalau pak imam akan menyalahkan mereka berdua bila tahu ada anak orang yang mereka sembunyikan.
Tak sempat, tapi muka dia tu macam tertanyatanya jugalah.
Mak Jah mengangguk.
Eh, elok awak pergi siapkan dia cepat, sekali lagi Pak Din memberi arahan.
Yalah. Cepat-cepat Mak Jah masuk ke dalam rumah. Turun ke ruang dapur dan membawa gadis itu naik ke atas.
Satu jam perjalanan yang diambil untuk sampai ke hospital. Mulanya mereka singgah di klinik desa yang memang terdapat di kampung itu, tetapi klinik tersebut tutup. Mahu atau tidak terpaksa juga mereka ke pekan.
Mari, nak. Mak Jah membantu gadis itu turun dari kereta.
Din, kau bawa dia orang ke dalam. Aku pergi cari parking. Nanti aku susul kemudian.
Yalah, imam. Pak Din mengangguk.
Mak Mak Mak Jah, ki kita n nak pergi mana soal gadis itu. Dia kelihatan takut tika matanya menerawang ke sekeliling.
Hospital, nak. Hospital. Anak sakit, terang Mak Jah. Bergenang air matanya bila mendengar gadis itu bersuara.
Akhirnya Allah makbulkan doa dia. Siang malam dia menjaga gadis ini. Perkembangan gadis ini juga dipantaunya. Cuma dia dan suaminya tidak mampu hendak membawa gadis ini ke klinik. Hospital pula letaknya agak jauh dari kampung mereka.
Ada natijahnya bila gadis ini muntah-muntah tadi. Dia dan suami tiada pilihan lain. Terpaksa minta tolong dengan Pak Imam. Puas juga mereka suami isteri dileteri dalam kereta tadi kerana menyembunyikan hal gadis ini.
Reen sakit Gadis itu memandang Mak Jah dengan kerutan di dahi. Jarinya menuding pada dirinya sendiri.
Nama anak Reen, ya tanya Mak Jah sambil tersenyum. Dia turut menoleh sekilas pada suaminya yang berjalan di belakang dia dan gadis ini. Dia nampak ada senyuman tersungging pada bibir suaminya. Mungkin berasa lega sama macam dia, bila gadis ini akhirnya mahu bercakap-cakap dengan mereka.
Qaireen mengangguk. Tersenyum sama.
Mak Jah bawa Qaireen ke tempat menunggu.
Pak Din pula mengambil nombor giliran.
AH, jom. Nombor kita dah naik tu. Pak Din
Jmenggamit.
Mak Jah membantu memapah Qaireen hingga ke kaunter.
Agak kecoh juga sewaktu mendaftar nama Qaireen sebab Qaireen tiada pengenalan diri. Puas Pak Din bertekak dengan staf hospital yang bertugas. Pelbagai alasan diberikan bila staf itu bertanyakan tentang kad pengenalan Qaireen.
Penat menjelaskan dia mahu Qaireen pulih terlebih dahulu selepas terselamat dari hanyut di lautan barulah laporan polis dibuat. Malas mahu berbalah lanjut, laju sahaja dia berjanji akan ke balai polis selepas urusan di sini selesai. Nasib baik salah seorang jururawat yang bertugas mengenali dia suami isteri. Alhamdulillah urusan mereka dipermudahkan oleh-Nya.
Selesai urusan di situ, mereka diminta tunggu sebentar sementara menanti untuk berjumpa dengan doktor.
Mak Jah, Reen nak pergi tandas.
Mak Jah pandang Pak Din dan Pak Din mengangguk.
Mari, sekali lagi Mak Jah membantu memapah Qaireen ke tandas. Berhati-hati dia menuntun Qaireen ke situ.
Elok sahaja mereka keluar dari tandas, nombor giliran mereka tertera di skrin. Segera Pak Din dan Mak Jah menemani Qaireen masuk ke bilik rawatan.
Qaireen terpaksa ditinggalkan di hospital. Dia kekurangan air dalam badan akibat dari muntahmuntah yang dia alami. Malah suhu badannya juga agak tinggi. Berat badannya yang kurang juga antara faktor dia terpaksa bermalam di hospital.
Mahu atau tidak Pak Din dan Mak Jah terpaksa merelakan walau bimbang jika Qaireen tidak betah.
Maklumlah Qaireen sudah dua minggu tidak keluar ke mana-mana melainkan turun di halaman rumah mereka sahaja dengan wajah sugul.
Jangan risau, mak cik, pak cik. Saya dan jururawat ada untuk tengok-tengokkan puan ni. Doktor Syakir, doktor yang merawat Qaireen memberi jaminan. Tersenyum menambah keyakinan pada Mak Jah dan Pak Din.
Yalah. Pak Din akhirnya mengangguk dan mengalah.
Mak Jah balik dulu, Reen. Reen berehatlah. Esok kami datang lagi, ya nak Mak Jah mengurut lembut belakang Qaireen.
Qaireen mengangguk lemah. Sebenarnya badan dia terasa sangat lesu. Hanya menurut sahaja apa yang dicadangkan oleh doktor.
Kami pergi dulu, Reen. Pak Din menggamit Mak Jah untuk beredar.
Dengan berat hati Mak Jah bangkit dari duduknya. Pipi Qaireen dikucup. Kiri dan kanan sebelum dia dan suaminya pergi dari situ.
Puan, panggil Doktor Syakir selepas Pak Din dan Mak Jah keluar.
Sedari tadi dia merenung Qaireen. Terdetik sesuatu dalam hatinya. Cuma dia kurang yakin dengan telahannya sendiri. Adakah perempuan di depan dia ini sama dengan orang yang diberitahu temannya Apabila dia melihat gambar di dalam telefon bimbitnya berkali-kali, dia yakin yang telahannya tepat.
Qaireen panggung kepala. Merenung sayu muka Doktor Syakir.
Tika itu seorang jururawat menghampiri Doktor Syakir. Telefon bimbit di genggaman diletakkan semula di atas meja bila jururawat itu menyerahkan sesuatu kepadanya. Dia membacanya seketika sebelum kembali memandang Qaireen.
Tahniah. Puan mengandung.
Sebenarnya bukan itu yang ingin Doktor Syakir cakapkan. Tapi, selepas membaca keputusan ujian air kencing yang diberi kepadanya tadi, itulah yang terluah oleh mulutnya. Sekurang-kurangnya dia ada alasan untuk melanjutkan perbualan dengan Qaireen.
Qaireen diam. Doktor Syakir cuba menafsir reaksi Qaireen. Nak kata senyum, tidak. Nak kata suka, pun tidak. Macam orang tak ada perasaan
Suami puan dekat mana
Qaireen menggeleng. Susah ni kalau pesakit hanya tahu mengangguk dan menggeleng sahaja. Apa sebenarnya yang berlaku pada Qaireen hinggakan wanita ini kelihatan sukar untuk berterus-terang
Siapa orang tua berdua tadi
Qaireen diam. Dia tiada jawapan untuk pertanyaan itu. Doktor Syakir menghela nafas. Nak kata orang tua berdua tadi mendera, mustahil! Nampak macam baik-baik aje Pak Din dan Mak Jah tu. Kalau betul mereka berdua tu jahat, tentu Qaireen mengelak untuk bersentuhan dengan Mak Jah tadi.
Tak apalah. Puan ikut cik ni. Nanti dia tunjukkan katil puan. Puan berehat ya.
Qaireen angguk. Dia bangun selepas dibantu jururawat yang setia berdiri di sebelah meja sejak tadi.
Selepas sahaja pintu bilik rawatan ditutup, Doktor Syakir mencapai telefon bimbitnya.
Hello! Assalammualaikum, Affan.
Dia menanti temannya, Zuhayr Affan berbicara di hujung talian sebelum kembali menyambung bicaranya.
Aku rasa aku dah jumpa orang yang kau cari.