Haa... kenapa soal Shima di sebelah sana.
Eh, Encik Razali, bapa mentua aku nak balik, adu Arissa yang menghubungi teman baiknya sekejap tadi.
Haa!
Bapak mentua aku nak balik. Petang ni sampai, beritahu Arissa sambil melabuhkan punggungnya di bangku yang terdapat di anjung berhadapan ruang tamu.
Puan Hanim sudah naik ke bilik selepas Hakimi dan Badrul keluar bekerja dan bersarapan pagi sekejap tadi. Rasa lega sedikit dia tidak menghadap wajah wanita itu. Hatinya sentiasa berdebar-debar bila berhadapan dengan wanita itu. Tidak tahu mengapa.
Wah... ini betul-betul berat ni. Ada kes ke sampai dia balik ke Malaysia soal Shima.
Aah... memang berat sangat-sangatlah kes ni, sampai dia terpaksa balik ke Malaysia. Arissa mengajuk kata-kata Shima dengan keluhan panjang.
Ya! Terkejut sungguh-Shima di sebelah sana.
Umi Hakimi pernah janji nak bagi lima belas peratus syer dia pada Cik Wafa. Dah tak jadi nikah ni... orang tua Cik Wafa mengamuk, tetapi dia orang ada buat perjanjian. Aku pun tak pasti perjanjiannya macam mana. Encik Razali dapat tahu, dia mengamuklah... tu yang dia balik ke sini, cerita Arissa serba ringkas.
Shima senyap.
Macam mana ni rengek Arissa. Ini bukan dua tiga bulan punya kerja ni. Dah rasa macam... hidup mati aku dengan Encik Kimi je ni, keluhnya.
Siapa yang patut disalahkan dalam hal ni Puan Hanim Hakimi Wafa Atau dirinya sendiri
Semalaman dia asyik memikirkan perkara itu.
Tiba-tiba Shima ketawa. Baguslah tu.
Bagus kau kata! keras suaranya seperti memarahi teman di sebelah sana tetapi bukan itu maksudnya.
Shima terus menyambung tawanya. Habis apa
Encik Kimi cakap pasal hal tu
Tak tercakap.
Aku pun tak tahu nak cakap apa, Ris. Perkara macam ni dia terpaksa ikut rentak. Tak boleh buat sesuatu itu secara drastik. Tak apalah... kau bincang elok-elok dengan Encik Kimi. Pasti ada jalan keluar, pujuk Shima di sebelah sana.
Ya, harap-harap perkara itu dapat diselesaikan segera. Tidak tahu mengapa dia merasa tidak senang dan kurang enak berada di dalam keluarga Hakimi.
Nampaknya memang jodoh korang berdua panjanglah, Ris, kata Shima.
Jangan cakap macam tu! rengek Arissa tidak senang.
Kenapa Kau dah ada orang lain ke soal Shima ingin tahu.
Mana ada! sanggah Arissa geram. Habis tu
Arissa senyap.
Aku rasalahkan... Encik Kimi tu memang ada hati dengan kau. Shima sekali lagi ketawa.
Dah kau jangan nak merepek boleh tak. Jangan nak buat maharaja lawak pula! Ada rasa geram dengan usikan Shima namun dadanya terus berdebardebar dengan kata-kata Shima. Tidak tahu mengapa.
Mana ada lawaklah... betullah apa yang aku cakap ni. Aku rasa memang Encik Kimi tu suka dengan kau. Lagipun dia memang tak ada sesiapa lagikan Bertunang pun kena paksa. Kali ini panjang tawa Shima seperti mengusik.
Kau ni... Tidak dapat disudahkan ayat-ayatnya dan tidak tahu apa yang patut dikatakan.
Dahlah... ikutkan je dulu, tengok macam mana.
Masakan Encik Kimi nak biarkan begitu je. Arissa menghela nafasnya.
Entahlah. Aku rasa macam nak suruh dia lepaskan aku sekarang juga. Perlahan Arissa bersuara namun ada rasa pedih di hatinya ketika dia menyuarakan hasratnya itu.
Eh, tak baik tau tak! Hampir terpekik Shima di sebelah sana. Dah, jangan fikir pasal hal tu. Buat macam biasa je... Sekali lagi Shima memujuk. Arissa senyap. Begitu juga dengan Shima.
Eh, aku nak tanya ni... bagi aku diet untuk orang yang baru lepas operation jantung.
Ooo... Encik Razali
Aah... Dia pernah bercerita tentang Encik Razali kepada Shima beberapa ketika dahulu.
Kau kena pilih makan yang rendah lemak, rendah garam, elok tanpa lemaklah. Macam susu rendah lemak, yogurt rendah lemak, keju kurang lemak, light mayonis... tetapi seeloknya benda-benda macam tu tak payah ambillah, beritahu Shima.
Kalau susu tu okeylah, kalsium.
Yup, susu rendah lemak... itu elok untuk tulang dia kan, Arissa menyahut dan mengangguk.
Jangan beli makanan dalam tin, banyak garam.
Habis aku nak bagi dia makan apa Semua tak boleh Komen Arissa. Pening dia mendengar bebelan Shima.
Shima ketawa. Belilah daging... tapi elok yang segar dan tak ada lemak. Kalau ayam pastikan kulit dan segala lemak tu kau buang.
Boleh buat kari ayam. Rasanya dia suka kari ayam.
Boleh je, tapi jangan pakai santan... pakai susu rendah lemak.Kalau nak goreng, pastikan minyak masak dari tumbuh-tumbuhan. Banyak sekarang minyak dari bunga-bungaan kan
Aah... Encik Kimi guna minyak mahal weh! Arissa ketawa.
Baguslah tu... eh, nanti aku Whatsapp kau. Aku nak masuk meeting ni, katanya.
Yalah, nanti bagi tahu aku tau! Dia mengingatkan temannya.
Kalau nak selamat, elok kau panggang, bakar atau kukus... itu menu betul-betul sihat. Okeylah... bye!
Tak sempat hendak membalas, talian sudah diputuskan oleh Shima. Arissa menarik nafas dalamdalam. Pandangannya dilempar ke dalam sebaik melihat kelibat Puan Hanim turun ke ruang tamu.
Kembali dadanya berdebar-debar. Aduh, sabar jelah. Arissa bangun dan melangkah masuk ke dalam.
ENTAH mengapa tiba-tiba rasa bertenaga sebaik sahaja menjejakkan kaki ke bUmi Malaysia sebentar tadi. Mungkinkah kerana berada di kampung halaman sendiri. Ya, lama sungguh dia tidak pulang. Hampir tiga tahun, berhari raya pun di sana. Sibuk dengan kerja dan ditambah pula dia baru menjalani pembedahan pintasan jantung.
Home sweet home! katanya sebaik melihat rumah banglo milik Hakimi sudah di hadapan matanya.
Hakimi menoleh ke belakang. Senyum dia melihat senyuman lebar Walidnya. Tidak seperti orang sakit atau orang yang baru menjalani pembedahan.
Lama tak jenguk rumah di Shah Alam tu. Kimi ada pergi tengok soal Encik Razali ingin tahu.
Tak sempat Walid... tapi Mak Wan ada bagi tahu semuanya okey, beritahu Hakimi.
Apa Arissa masak ya Tiba-tiba rasa lapar pula. Encik Razali menyoal lalu membuka pintu kereta sambil ketawa kecil.
Kalut Hakimi keluar dari kereta tanpa menjawab soalan Walid. Risau dia melihat lelaki itu yang sudah seperti orang sihat seratus peratus.
Jangan risau, Walid boleh jalan sendiri... bukan sakit mana pun! Encik Razali menarik tangannya dan melangkah menuju ke pintu.
Hendak tak hendak Hakimi melepaskan tangan lelaki itu. Dia hanya menggeleng-gelengkan kepalanya. Tak tahu nak cakap apa melihat telatah lelaki itu. Tidak kelihatan raut marah dengan apa yang telah dilakukan oleh Uminya. Mungkin malam karang kut Hatinya membuat tekaan sendiri.
Assalammualaikum!
Waalaikumussalam, jawab Puan Hanim dan Arissa serentak.
Lebar senyum Encik Razali sebaik matanya menangkap wajah menantunya yang berada tidak jauh di belakang isterinya. Lain rupa Arissa yang sudah bertudung. Nampak lebih manis. Wajah itu seperti pernah dilihat dan iras-iras seseorang. Tetapi, siapa
Inilah menantu Walid! Dia memandang Hakimi kemudian menghulurkan tangan untuk menyambut tangan Arissa selepas menyalami isterinya.
Err... ya.
Hakimi teragak-agak menjawab sambil memandang Arissa yang antara senyum dan tidak sebaik tangannya dipegang erat oleh Encik Razali.
Hai, lamanya pegang!
Puan Hanim menjeling bengang dengan reaksi suaminya. Bukan dia cemburu tetapi cara suaminya itu membuat dia resah sendiri. Begitulah reaksi Encik Razali kalau sudah suka seseorang. Alamatnya memang tetaplah Arissa menjadi menantunya.
Menantu saya! Encik Razali ketawa kuat sambil meletak tangan Arissa di lengannya mengajak gadis itu ke ruang tamu.
Ya, menantu awak! Jeling Puan Hanim meluat.
Hakimi sengih. Rasa nak ketawa melihat telatah Puan Hanim yang sudah berwajah kucam. Masakan Umi nak cemburu dengan Arissa pula.
Walid penat, elok naik berehat. Atau nak makan dulu Hakimi memberi cadangan kepada Encik Razali.
Memang penat... tapi tengok Arissa, Walid rasa nak ajak dia ke Langkawi sekarang juga nak tengok projek resort kita tu. Sekali lagi Encik Razali gelak kuat. Memang dia sudah tidak sabar. Terlupa dia tentang tujuan sebenar kepulangannya ke Malaysia.
Walid... Hakimi senyum sambil menggelenggelengkan kepalanya.
Walid ingat nak letak Arissa sebagai marketing kita di Langkawi nanti. Dia sudah merancang sendiri. Macam mana Arissa
Termanggu Arissa mendengar soalan Encik Razali. Berselorohkah lelaki ini atau serius Tidak tahu apa yang patut dijawabnya. Dia memandang Hakimi yang hanya senyum memandangnya. Tiba-tiba dia rasa lelah dengan reaksi kedua mentuanya.
Ya Allah, bang... nanti-nantilah dulu. Abang tu bukannya sihat sangat, hampir terpekik Puan Hanim mendengar rancangan suaminya. Namun ada rasa tidak senang dengan rancangan suaminya. Nampaknya Arissa sudah mendapat tempat di hati suaminya.
Sekali lagi Encik Razali ketawa sambil melepaskan tangan Arissa.
Yalah, katanya lalu duduk di salah sebuah sofa.
Ruben mana soal Puan Hanim ingin tahu.
Hotellah... masakan nak ke sini. Malam esok dia makan malam di sini. Encik Razali terus menyandarkan tubuhnya di badan kerusi.
Saya ambilkan air untuk Walid ya, kata Arissa sebagai meminta diri ke dapur.
Ya, boleh juga. Air masak je, Arissa, kata Encik Razali sambil membetulkan duduknya.
Arissa mengangguk dan mula melangkah ke dapur.
Puan Hanim melangkah dan duduk bersebelahan suaminya.
Apa Abang Amar cakap Puan Hanim sudah tidak sabar hendak tahu apa yang diberitahu oleh kedua orang tua Wafa kepada suaminya. Sejak semalam dia tidak lena dengan apa yang berlaku.
Hanim janji apa dengan dia orang! keras suara Encik Razali memandang isterinya.
Puan Hanim senyap. Tunduk memandang jari-jari tangannya sendiri.
Umi... biarlah Walid berehat dulu, pujuk Hakimi.
Arissa muncul semula bersama segelas air masak dan dihulurkan kepada Encik Razali.
Ya, bagi abang berehat. Penat tau! Penat dengan jalan jauh. Penat dengan apa yang Hanim dah buat! Sekali lagi suara Encik Razali agak keras sambil meletak gelas yang sudah kosong di atas meja kopi. Memang dia begitu kecewa dengan tindakan isterinya. Sampai begitu sekali janjinya.
Puan Hanim senyap. Hakimi mengambil tempat tidak jauh dari Encik Razali.
Elok Walid ke bilik jelah. Hakimi mencelah. Dia tidak mahu Encik Razali terlalu memikirkan tentang masalah Puan Hanim. Tambahan lelaki itu baru sahaja sampai dan masih lagi penat.
Bilik kat atas ya Encik Razali menuding jari ke bilik atas.
Aah, jawab Hakimi. Kalau Walid tak larat nak naik... rehat dulu di sini. Atau boleh tumpang bilik Bad. Hakimi bangun mahu mencari Badrul yang entah ke mana lesapnya selepas menghantar beg-beg Encik Razali naik ke atas.
Eh... tak apa, tak apa. Walid boleh naik. Bukan tingkat sepuluh pun. Nak mandi, solat. Lepas tu nak tidur sekejap. Itulah rancangannya.
Walid nak makan dulu ke Hakimi bertanya.
Biar Walid berehat dulu. Nak makan nanti Walid bagi tahu, balas Encik Razali.
Macam tu saya bawa makan tengah hari Walid ke atas. Tak payah nak turun nanti. Arissa pula menyampuk. Tidak perlulah lelaki itu turun naik nanti, Arissa pula merancang sendiri.
Encik Razali senyum sambil mengangguk.
Ya, terima kasih Arissa. Ada tawa dihujung kata.
Terima kasih sayang, ucap Hakimi sambil mengenyit mata dengan sengih mengusiknya.
Arissa hanya sengih.
Sebentar kemudian ketiga-tiga mereka mula beransur naik menuju ke tingkat atas selepas Encik Razali meneguk air yang di bawa oleh Arissa tadi.
KENAPA semua tawar ni! Soal Puan Hanim garang. Mencerlung matanya memandang
Arissa.
Terkulat-kulat Arissa memandang emak mentuanya.
Err... sebab Walid tak boleh makan masin-masin jadi saya kurangkan garam dan serbuk perasa, jelas Arissa agak takut-takut. Sangkanya Puan Hanim faham.
Hakimi dan Encik Razali terhenti dari menyuap dan memandang Puan Hanim.
Esok masak asing-asing. Untuk Walid lain, untuk Kimi dan aku lain! arahnya.
Umi! Hakimi mula rasa tidak selesa dengan sikap yang ditunjukkan oleh Puan Hanim terhadap Arissa.
Apa kena dengan awak ni Hanim! suara Encik Razali sudah mula meninggi.
Tak ada selera nak makan! Puan Hanim bangun dan melangkah ke dapur. Selepas mencuci tangan dia naik ke atas.
Kalau macam tu... saya masak lain. Arissa bangun namun tidak pasti apa yang patut dimasaknya untuk wanita itu.
Tak payah, Arissa! kerasa suara Encik Razali menegah menantunya. Bukan Uminya budak kecil.
Arissa memandang Hakimi mengharapkan satu keputusan. Dia sudah pening dengan sikap yang ditunjukkan oleh Puan Hanim sebentar tadi.
Tak payah nak risau. Nanti Umi tu turunlah bila dia dah lapar, pujuk Hakimi. Kasihan Arissa, sedaya upaya dia cuba menambat hati Uminya.
Kira dah okeylah ni... ada orang nak jaga makan Walid. Hmm... ayam panggang berempah lagi. Mana nak dapat kat sana. Encik Razali ketawa kecil.
Ooo... itu yang kalut pergi pasar ya Baru Hakimi teringat yang Arissa menelefonnya meminta izin untuk keluar untuk mencari barang-barang segar di pasar.
Arissa senyum kemudian mengangguk.
Nampaknya Walid tak payah nak susah hati nak cari makan apa ya. Dah ada pakar diet kat rumah ni, usik Encik Razali. Ya, dia rasa lega kalau Arissa boleh menjaga makannya seperti di Doha.
Rasa lega Encik Razali dapat menerima apa yang dimasak. Bukan apa, ia untuk kesihatan lelaki itu juga.
Tak adalah pakar Walid... itu pun tanya kawankawan. Diet apa yang sesuai untuk pesakit jantung, jelas Arissa.
Bagus-bagus, puji Encik Razali lalu menyuap nasi ke dalam mulutnya.
Elok jugaan Walid... secara tak langsung kita makan makanan yang sihat dan berkhasiat, celah Hakimi sebagai menyokong apa yang dilakukan oleh Arissa.
Beras ni pun saya beli yang kurang kanjinya, jelas Arissa kepada nasi yang sedang mereka makan.
Encik Razali mengangguk-anggukkan kepalanya.
Arissa tak payah masak banyak-banyak untuk Walid. Cukup ikan stim atau bakar je. Lepas tu sikit sayur. Kesian pula Walid tengok korang makan tak berasa. Encik Razali ketawa di hujung kata-katanya.
Akhirnya Arissa mengangguk.
Jangan risau... Walid akan makan apa je diet yang Arissa masak. Lelaki itu seperti memujuk menantunya agar tidak berkecil hati dengan sikap isterinya sebentar tadi.
Terima kasih Walid. Ada rasa terharu dengan kata-kata lelaki itu. Masih ada orang yang menghargainya yang tidak punya sesiapa.
Dah makan... sedap ni. Sekali lagi Encik Razali memujuk.