apa walaupun ianya berkaitan dengan kanak-kanak itu. Kelak akan menimbulkan pelbagai pertanyaan daripada Haziq. Elzaara memakukan dirinya di situ dan menadah telinganya untuk mengikuti perbualan ibu bapanya bersama Mak Ngah dan Pak Ngahnya.
El, apa kau buat ni Tak baiklah kita mengintai macam ni. Dahlah, jomlah kita naik atas. Kau kata tadi nak tengok movie. Ni bukan tengok movie, tapi dengar radio. Jomlah. Tak baiklah kita dengar orang tua-tua bersembang, Bisik Lyn.
Lyn, kau naik atas dulu kejap lagi aku menyusul. Aku bukan sengaja nak dengar, tapi dah terdengar. Lain tu maksudnya antara sengaja dengar dan terdengar. Syhh!! Janganlah bising-bising nanti kantoi pula kita dekat sini. Elzaara meletakkan jari telunjuknya ke bibir dan dia kembali fokus mendengar perbualan. Dia memperbetulkan kedudukannya di anak tangga setelah penat berdiri. Lyn yang berdiri di sebelahnya terus dihalau naik ke atas.
Lyn yang malas hendak mencampuri urusan Elzaara meninggalkan Elzaara yang duduk di atas anak tangga dengan misinya untuk mencuri-curi dengar perbualan orang tua mereka. Di ruang atas, kedengaran bunyi televisyen yang memaparkan cerita kartun. Kedengaran juga suara tawa Haziq mencelah di antara suara-suara watak kartun yang sedang berkumandang. Apa yang menggeletek hatinya pun tidak Elzaara ketahui.
Abang tak tahu nak cakap macam mana lagi dah dengan si Elzaara tu. Degilnya ya amat! Dia kata dia sanggup bersusah payah nak besarkan Haziq seorang diri daripada berkahwin. Kita ni yang dah kahwin berpuluh-puluh tahun kahwin pun bersusah-payah nak membesarkan anak, tapi dia senang je cakap dia boleh buat. Sekarang ni iyalah kita ada nak tolong dia, esok-esok kita dah tak ada siapa lagi nak tolong dia Sakit pening dia takkan nak hadap sendirian Rungut Encik Yusuf.
Dia masih lagi terasa dengan apa yang berlaku tu Abang Long. Luka parutnya masih lagi belum kering sepenuhnya. Mungkin sekarang ni dia rasa dia mampu, tapi tak selamanya dia mampu nak hidup berdikari sendirian. Kita doalah yang akan datang waktunya dia jumpa seorang lelaki yang betul-betul mampu dan layak untuk menjaga dia dengan Haziq, pujuk Puan Rahimah.
Nak tunggu dia entahnya sampai bila. Entahentah sampai Kak Long dengan Abang Long dah tak ada barulah Elzaara nak terbuka hati untuk terima seorang lelaki dalam hidup dia agaknya. Itupun belum tentu agaknya, gerutu Puan Rahayu pula.
Saya rasa dengan Elzaara tu kita kena berkeras sikit. Dah lama sangat kita biarkan dia buat sesuka hati dia. Daripada kecil sampailah sekarang, perangai brutal dia yang ala-ala kelelakian tu tak pernah nak pudar. Malah makin keras hati dia sekarang ni, menggeleng kepala Encik Yusuf mengenangkan perangai Elzaara.
Beza sangat perangai dia dengan Elfira. Macam Lisa dengan Lyn jugalah Kak Long, Abang Long...
Memanglah tak elok nak bandingkan anak-anak kita ni. Terfikir juga Abang Long ni, kat mana silap kami dalam mendidik dia sampai dia jadi macam tu.
Abang Long dah cuba bincang dengan dia ke Soal Encik Ibrahim pula.
Dah. Macam-macam alasan yang direkanya semata-mata tak nak berkahwin. Dia sendiri bukannya tak tau yang Haziq tu perlukan sebuah keluarga yang lengkap. Ada Mak, ada ayah. Dapat jugalah budak tu menumpang kasih walaupun bukannya dengan Mak dan ayah kandung, betul tak
Kelihatan Puan Rahayu, Encik Ibrahim dan Puan Rahimah mengangguk serentak bersetuju dengan kata-kata Encik Yusuf.
Masa dekat kubur semalam, Haziq sendiri ada cakap dengan El yang dia rindukan papa dia. Abang Long sebenarnya dah tak nampak sebarang alasan kenapa Elzaara perlu menolak untuk berkahwin. Bukannya Abang Long nak suruh dia kahwin dengan mana-mana lelaki yang tak tentu hala, tapi kita sendiri yang akan carikan calon suami yang terbaik untuk dia. Calon suami yang betul-betul boleh membimbing dia dan yang boleh menjaga dia serta Haziq, sambung Encik Yusuf bersungguh.
Elzaara yang duduk di tangga sudah seperti cacing kepanasan mendengar luahan Encik Yusuf dan Puan Rahayu silih berganti.
Memanglah apa yang jadi pada arwah Elfira dulu, kita semua trauma. Tapi, kita kena ingat kuasa Allah SWT. Adalah pengajaran dan hikmah yang Dia ingin sampaikan untuk kita semua. Kami bukannya nak memperjudikan masa depan Elzaara tu, tapi kami cuma nakkan kebahagiaan dia saja. Itu pun El tak faham... keluh Encik Yusuf meluahkan rasa yang terbuku dalam hatinya.
Sabarlah, Abang. Macam tak kenal El tu macam mana. Bila dia kata putih, putihlah, kalau dia kata hitam, hitamlah jawapannya. Bukan senang nak kompromi dengan dia. Sekarang ni Haziq asyiklah bertanyakan mengenai papanya, esok-lusa ada macammacam lagi soalannya. Budak-budak sekarang ni dah makin advanced, bukan macam zaman kita duludulu. Kita pun tak naklah esok besar Haziq tu jadi budak yang bukan-bukan sebab dia tak dapat kasih sayang seorang ayah. Kalau dia memberontak esok lagilah kalut. Puan Rahayu menambah perasa dalam perbincangan mereka berempat.
Betul tu Kak Long. Habis tu Elzaara jawab pada pada Haziq Soal Encik Ibrahim.
Puan Rahayu hanya menggelengkan kepalanya dan melepaskan keluhan, Dia nak jawab apa sebab dia sendiri pun tak tahu nak jawab macam mana. Lagipun Abang Long kamu tak nak Elzaara terus-terusan menipu Haziq. Kasihan budak tu.
Sabarlah ya Kak Long, Abang Long. Insya-Allah satu hari nanti mungkin ada jalan penyelesaiannya untuk semua masalah ni. Sama-sama kita berdoa moga hal ni takkan berlarutan panjang. Puan Rahimah menepuk bahu Kak longnya lalu menyabarkannya.
Masing-masing hanya mengeluh panjang dan berdoa dalam hati mengharapkan agar Elzaara dapat berfikiran positif dan memikirkan perasaan orang sekelilingnya.
Eh, jemput minum Imah, Ib. Asyik bersembang je kita ni sampaikan air dalam cawan tu tak berusik langsung, pelawa Encik Yusuf.
Aah, kita ni kalau dah bersembang sampai tak ingat dunia, sampuk Encik Ibrahim sambil mengangkat cawannya mendekati bibir.
Keadaan di ruang tamu menjadi senyap seketika. Elzaara yang masih lagi menongkah dagu di atas anak tangga. kakinya yang sudah lenguh bertukar posisi dengan melunjurkan kakinya ke bawah.
Saya ni risaulah, bang. Kalau-kalau nanti pisang akan berbuah dua kali. Saya tak sanggup saya nak hadapi lagi semuanya. Cukuplah apa yang arwah Fira dah lalui dulu. Apa kata kalau kita tak usah kahwinkan Elzaara tu dulu Puan Rahayu tiba-tiba membantah. Masing-masing memandang tepat ke arah Puan
Rahayu yang tiba-tiba berubah fikiran.
Hesy, ke situ pula Kak Long ni fikir... perlahan Puan Rahimah menggosok lengan Puan Rahayu.
Kak Long takut kalau-kalau perkara yang sama berulang lagi. Kak Long tak sangup nak hadapi semuanya lagi.
Awak ni merepek apa Ayu Takkanlah Abang nak aniaya Elzaara tu. Lagipun eloklah dia kahwin, sekurang-kurangnya dia taklah rasa terbeban dengan apa yang dia tanggung sekarang ni. Soal siapa calon suaminya, kita akan carikan sama-sama untuk dia. Kisah Elfira tu kita jadikan iktibar. Jangan main sauk je siapa-siapa. Kita selidik dulu latar belakang calon suami Elzaara. Dulu memang silap kita sebab terima si Fauzi tu mentah-mentah, kita tak selidik dulu. Tapi, kali ni Abang akan pastikan calon suami dan papa yang terbaik untuk anak dan cucu-cucu kita nanti.
Tapi, Abang...
Ayu, awak nak ke tengok anak dara kita tu tak terurus Buatnya esok lusa kita dah tak ada, siapa nak jaga dia Kalau dia ada keluarga, ada suami, bolehlah dia menumpang kasih sayang suami dia. Kita pun dah tak ada nak risau-risau sebab anak kita dijaga oleh suami dia.
Tapi, yang saya takutkan tu apa yang terjadi dengan arwah Fira mungkin akan berlaku juga pada Elzaara. Saya tak nak hidup anak bongsu saya disiasiakan. Saya tak rela, bang.
Awak jangan jadi lalang Ayu. Malam tadi pun macam tu. Kejap awak okey, kejap awak tak okey. Abang pun tak faham perangai awak ni. Awak dah lupa ke apa yang apa awak cakap dengan El malam tadi Puan Rahayu hanya terdiam.
Kak Long, maksud Abang Long tu baik. Dia nak tengok Elzaara bahagia je. Kak Long dan Abang Long sendirilah yang yang tentukan jodoh dan kriterianya. Insya-Allah Abang Long dah fikir masak-masak tu, Encik Ibrahim mencelah dan cuba meredakan perbalahan di antara suami dan isteri itu.
Puan Rahayu seakan-akan termakan dengan kata-kata dan pujukan adik iparnya dan mengangguk perlahan apabila kata-kata suami dan adik iparnya betul-betul mengetuk kepalanya. Suasana yang tadinya sempat tegang kini semakin damai semula.
Budak-budak tu mana perginya. Senyap je tak ada suara, Encik Ibrahim menukar topik kerana dia tidak melihat kelibat mahupun suara riuh Elzaara, Lyn dan Haziq berlegar-legar di kawasan rumah itu.
Kalau dah senyap macam ni adalah tu dekat atas. Adalah tu projek mereka tu karang. Tak ada ke mananya budak-budak tu. Paling tak pun dekat ruang tamu atas. Puan Rahayu membalas pertanyaan adik iparnya. Sekeping agar-agar laju menerobos ke dalam mulutnya.