Jadi apa yang kau nak katakan, hyung soal Yoohwan kepada Ilwoo akhirnya. Pemuda itu masih berani tersenyum selepas menimbulkan sakit kepala yang teramat sangat pada Ilwoo.
Aku nak tanya sama ada peperangan bodoh ini masih mahu diteruskan atau tak, soalnya pada kedua lelaki itu
Jaejoong kelihatan selamba, tangannya masih sibuk dengan dua sudu di tangannya. Yoohwan pula bersandar sambil matanya masih pada layar telefon pintarnya. Peperangan apa soalnya pura-pura bodoh.
Cinta tiga segi kalian.
Cinta tiga segi apa, hyung Kan Jaejoong hyung sudah memutuskan perempuan tu Jadi tak ada peperangan ataupun cinta tiga segi, jelas Yoohwan santai.
Kau diam! bentak Ilwoo sebal. Kau macam mana, Jaejoong
Jaejoong tersenyum sinis. Terpulang, apa yang kalian nak kata, nak buat atau apa-apa. Aku tak peduli, sahutnya enteng.
Kau tak peduli nasib kumpulan kita juga mungkin akan berakhir soal Kibum perlahan.
Jaejoong berfikir sejenak. Tentu aku sayangkan kalian semua. Tapi kalau perlu pilih antara kalian dan dia, aku pilih dia.
Walaupun akhirnya dia tak akan memilih kau soal Ilwoo pula.
Jaejoong tertawa. Aku dah kata, aku tak peduli. Kalau aku peduli dengan apa yang dia fikirkan, dah lama hubungan kami putus. Aku tak peduli masa lalunya. Aku mahu memiliki masa hadapannya.
Tapi setahu orang tuanya, Yoohwan hyung adalah kekasihnya! bidas Junho.
Jadi Mereka belum bercakap dengan aku. Mereka belum mendengar ceritaku. Bahasa Inggeris aku pun taklah seteruk mana, kan
Aku cadangkan kau jangan ganggu orang tuanya. Biar mereka pulang ke Malaysia dengan tenang, ujar Yoohwan perlahan.
Jaejoong menjeling ke arah Yoohwan. Dan membiarkan kau mengambil kesempatan Aku pun boleh memberikan mereka ketenangan fikiran.
Tidak kalau mereka tahu cerita sebenar. Apa yang ibumu dan Chaekyong telah buat padanya.
Aku boleh uruskan masalah tu, pintas Jaejoong.
Macam kau uruskan masalah tu selama ini Hebat! sindir Yoohwan.
Aku yang sekarang berbeza. Sesiapa saja yang menghalang jalan ku, hatta kedua orang tuaku sekalipun, akan aku putuskan.
Putus hubungan dengan keluarga kau Betulkah Aku ingin tahu apa yang akan terjadi.
Kau nak cuba soal Jaejoong serius. Yoohwan membalas renungan tajam Jaejoong.
Berhenti! bentak Ilwoo.
Tiba-tiba loceng pintu berbunyi. Kibum bangun dan membuka pintu. Dia terkejut saat melihat wajah tetamu yang datang. Dia menoleh ke arah Ilwoo. Hyung
Biarkan dia masuk, ujar Ilwoo. Kibum membuka pintu seluasnya dan menyuruh tetamu itu masuk.
Buat pertama kali, Abriel melangkah masuk ke dalam markas kumpulan Blue. Dia segera dapat merasakan hangatnya suasana di dalam bilik itu walaupun di luar cuaca dingin.
Jaejoong yang tidak percaya melihat kehadiran Abriel segera duduk tegak. Awak datang pakai macam tu je ke
Segera Abriel menyesali keputusannya untuk tidak bertukar pakaian sebelum datang. Dia cuma memakai kemeja T dan seluar pendek ketika Ilwoo menghubunginya dan menyuruhnya datang segera ke sini kerana ada urusan antara hidup dan mati. Dengan panik dia mencapai beg sandangnya dan terus keluar mencari teksi yang kemudian menghantarnya ke alamat yang diberikan oleh Ilwoo.
Jadi apa masalah hidup matinya soal Abriel kepada Ilwoo.
Kenapa kau kena suruh dia datang hyung Malam-malam begini soal Yoohwan dengan nada marah kepada Ilwoo.
Tidakkah kita kena dengar keputusan dia agar masalah ini boleh diselesaikan soal Ilwoo.
Keputusan tentang apa soal Abriel kembali.
Tentang hubungan kalian. Bertiga, terang Kibum.
Abriel mengeluh. Itu saja soalnya lagi Okey itu senang. Aku tak pilih kedua-duanya sekali. Puas soalnya kepada mereka semua. Sekarang boleh aku balik
Kamu berdua dengar soal Ilwoo pada Jaejoong dan Yoohwan. Yoohwan hanya tersenyum. Jaejoong pula merenung tepat ke wajah Abriel.
Saya tak peduli dengan apa yang awak kata, ujar Jaejoong yang membuat semua orang di dalam bilik itu kaget.
Jadi kau nak aku buat apa soal Abriel marah.
Terima aku semula, sahut Jaejoong sambil tersenyum.
Sial. Aku rasa kamu perlu bawa dia jumpa pakar sakit jiwa, ujar Abriel kepada Ilwoo yang kelihatan muram mendengar jawapan Jaejoong.
Pakar tu adalah awak, kan soal Jaejoong lagi.
Sekarang! tegas Abriel. Dia berjalan menuju pintu. Aku nak pulang. Dan masalah ni kamu kena selesaikan sendiri. Jangan libatkan aku. Faham bentaknya kasar.
Yoohwan bangun mahu menyusul gadis itu. Namun amaran dari Jaejoong menghentikan gerakannya. Kalau kau ikut dia, aku akan patahkan kaki kau sekarang. Yoohwan tercengang. Dia terpaku memandang Jaejoong yang terus bangun sambil mencapai jaketnya dan meluru keluar. Suara Jaejoong kedengaran berbeza. Dia tidak pernah mendengar lelaki itu berkata-kata begitu, tidak kira betapa marahnya dia.
Yoohwan, kau lebih kenal dia berbanding kami. Dan kau paling tahu perangainya bagaimana. Dia tak pernah begini walau dengan Chaekyong sekalipun. Kalau dia kehilangan perempuan itu, aku pasti dia akan gila dalam erti kata sebenarnya. Sampai hati kau soal Ilwoo.
Yoohwan menghela nafas berat. Sampai hatikah dia
Hatinya berbelah bahagi.
jjj
Abriel berjalan perlahan sambil mengutuk dirinya. Kenapa rumahnya begitu jauh dan tak ada pengangkutan awam Udara dingin menusuk ke seluruh tubuhnya. Sekali lagi dia memaki-maki di dalam hati. Kenapa dia sampai terlupa memakai jaket
Bunyi hon kenderaan mengejutkan Abriel. Dia menoleh dan segera tahu siapa yang berada di belakangnya walaupun tingkap sebelah pemandu belum diturunkan. Dia segera melajukan langkahnya.
Abriel! Naik cepat! seru Jaejoong
Abriel tidak peduli sebaliknya terus berjalan.
Abriel! Nanti awak sakit! seru Jaejoong lagi, kali ini lebih kuat. Abriel tetap tidak peduli.
Kalau awak tak nak, pakai jaket saya! kata Jaejoong sambil menghulurkan jaketnya keluar dari tingkap. Abriel tetap tidak mempedulikannya dan terus melajukan langkah.
Akhirnya lelaki itu memutuskan untuk turun dan mengejar gadis itu lalu menyangkutkan jaket di bahu gadis itu. Dengan segera juga Abriel menepis, menolak jaket itu jatuh ke tanah. Jaejoong menghela nafas panjang. Dia mengutip jaket itu dan menyangkutkannya kembali ke bahu Abriel. Dia menahan tangan Abriel saat gadis itu mahu menepisnya sekali lagi.
Jangan jadi bodoh! Pakai! Nanti kalau awak sakit, awak akan buat saya dan kedua ibu bapa awak risau!
Perkataan ibu bapa membuat gerakan Abriel terhenti. Ya, pasti mereka juga tidak ada rancangan untuk menjaga anak yang sakit ketika merancang untuk melawat Abriel di sini.
Pakai betul-betul! perintah Jaejoong sambil memaksa gadis itu memasukkan lengannya ke dalam jaket. Abriel tidak melawan. Kalau awak dengar cakap mesti tak ada masalah.
Masalah! jerit Abriel nyaring. Darahnya sudah benarbenar menggelegak. Masalah ni bermula daripada kau!
Bukan daripada aku, bodoh! jeritnya sekuat-kuat hati. Baik! Saya tahu saya bersalah! Saya sedia terima hukuman daripada awak. Awak nak saya buat perjanjian dengan darah! Siapkan kertasnya! tukas Jaejoong tidak kalah kuat. Bukan itu masalahnya
Jadi apa Awak nak saya bercakap dengan ibu bapa awak Untuk menjelaskan semuanya pada mereka Kalau saya boleh buat mereka berpihak kepada saya, masalah selesai soal Jaejoong.
Ibu kau
Saya akan keluar dari rumah kalau dia terus menghalang saya. Saya rasa kita boleh hidup bahagia walaupun tanpa kekayaan yang banyak. Lagi pun lepas dia tahu status awak, semua itu pasti bukan masalah lagi.
Aku tak boleh terima semua tu! Semasa aku dianggap seorang pelayan, aku dihina! Ditampar! Dimaki! Tapi lepas dia tahu siapa ayahku, tiba-tiba dia berubah. Kau ingat maruah ku semurah itu
Jadi apa yang awak nak Dunia ini bukan tempat yang sempurna! Yang penting dia takkan menghalang hubungan kita. Tak akan mengapa-apakan awak! Awak ingat keluarga Yoohwan boleh terima awak lebih baik daripada keluarga saya soal Jaejoong ingin tahu.
Abriel terdiam walau dalam hatinya ingin mengiakan. Bukankan memang itu yang sebaiknya. Keluargaku menjadi keluarganya dan sebaliknya
Baiklah, ujar Jaejoong lagi. Sekarang awak cakap. Adakah awak cintakan dia lebih dari awak cintakan saya Adakah awak pernah cintakan dia Sebab saya pasti saya cintakan awak lebih dari dia mencintai awak!
Abriel diam, memaki-maki lelaki itu di dalam hati. Benci pada keyakinan lelaki itu yang seperti memperlekehkan orang lain.
Saya tahu sebelum ini saya tak menjaga awak dengan baik. Tapi selepas ini saya janji semuanya akan berubah. Saya sudah beri keputusan pada keluarga saya. Saya memilih awak dan saya akan tinggalkan rumah sekiranya mereka terus menghalang saya. Memang mereka tidak mengatakan apa-apa jawapan tapi saya rasa itu semua dah tak penting
lagi.
Kau buat ni semua untuk apa soal Abriel kasar.
Sebab aku nak buktikan yang aku serius! Aku menyesal sebab terlambat!
Hey, lelaki yang pentingkan diri sendiri! Cuba kau fikir apa perasaan ibu kau Walaupun aku pasti ibu kau tak ada hati dan perasaan, tapi kau anak lelakinya! jerit Abriel.
Sekarang awak membela ibu saya Luar biasa, getus Jaejoong sambil merenung Abriel seperti gadis itu sudah gila.
Abriel meraup mukanya. Hatinya terasa pedih sekali. Aku penat. Aku tak mahu bincang pasal ini sekarang, ujarnya. Saat ini rasanya dia ingin sekali pergi jauh dari semua ini.
Jaejoong mengeluh. Dia meraih tangan Abriel dan menggenggamnya erat-erat. Dia merenung ke dalam mata coklat gadis itu dalam-dalam. Awak tak perlu fikir apaapa. Awak cuma perlu percaya pada saya. Saya cintakan awak dan saya mahu bersama awak sampai ke akhir hayat saya, ujarnya lembut. Tolonglah berikan saya peluang yang terakhir. Kalau saya rosakkannya lagi, saya rela awak tinggalkan saya. Awak cintakan saya kan
Hampir saja Abriel menjawab ya saat merenung mata lelaki itu, namun kemudian dia kembali teringat pada luka di hatinya. Dia masih ragu pada janji lelaki itu, ragu dengan kemungkinan tentang perhubungan mereka di masa akan datang. Aku tak tahu. Aku tak nak fikir.
Jaejoong menghela nafas panjang. Tak tahu lebih baik dari tidak. Gadis itu mungkin cuma perlukan masa. Okeylah. Sekarang biar saya hantar awak balik. Rumah awak masih jauh, cuaca makin sejuk. Okey
Abriel tidak membantah saat Jaejoong menariknya menuju ke kereta. Dia memang ingin segera sampai di rumah dan menjauhi semua orang. Dia perlukan ruang untuk bersendiri.
jjj
Keesokan harinya, Abriel berjalan masuk ke dalam sebuah kafe terkenal di kawasan Kangnam. Ibu Jaejoong menghubunginya, mengajak bertemu. Abriel mengiakan tanpa sebarang perasaan teruja. Dia tahu keadaan sudah berubah sekarang. Wanita tua itu tidak bodoh. Dia tahu dia hanya perlu duduk dan mendengar apa yang akan perempuan itu katakan.
Dari jauh dia sudah melihat kelibat perempuan itu. Dandanannya memang tidak pernah tidak sempurna, walaupun cuma untuk ke sebuah kafe. Dia sendiri juga sengaja memilih pakaian yang akan menampakkan prestijnya. Sehelai gaun berjenama terkenal, sepasang kasut tumit tinggi yang juga jenama terkenal dan beg tangan mahal milik ibunya. Mekapnya sempurna, sehingga sekali imbas orang tahu Abriel bukan orang sembarangan.
Cuma satu yang disesalinya dengan penampilannya petang itu. Kasut tumit tinggi yang dipakainya kurang selesa. Namun dalam keadaan seperti sekarang, dia sama sekali tidak akan menggadai fesyen untuk keselesaan. Pakaian perang yang sempurna penting untuk berdepan dengan naga tua itu.
Abriel menghampiri meja Puan Park sambil membongkok hormat. Sopan santun perlu walaupun saat berhadapan dengan orang yang paling dibenci sekalipun. Abriel duduk di hadapan Puan Park, bersedia untuk mendengar apa yang akan dikatakannya sebentar lagi.
Kau tahu kenapa aku ajak kau datang ke sini soal Puan Park.
Abriel menggeleng.
Anakku tak ada menghubungimu soal Puan Park lagi.
Abriel tersenyum nipis.
Sudah semestinya dia akan buat begitu, kan Jadi ini bermakna kamu berdua sudah kembali bersama, ujar Puan Park membuat kesimpulan sendiri. Baiklah, biar aku berterus terang. Aku merestui hubungan kamu berdua. Jadi sekarang kau suruh dia batalkan idea bodohnya untuk keluar dari rumah. Semua orang marah dengan keputusannya terutama sekali ayahnya. Kau, sebagai bakal menantu keluarga kami pasti tak mahu membuat bapa mertuamu marah, kan
Abriel terdiam sesaat. Wajah Puan Park dipandang sekilas sebelum menjawab. Kenapa tiba-tiba puan menyetujui hubungan kami soalnya.
Perempuan itu kelihatan agak terkejut. Mungkin selama ini dia sudah terbiasa dengan orang yang tidak mempersoalkan keputusannya. Itu tak penting, kan soalnya kembali dengan nada kurang senang.
Tentulah itu penting untuk saya. Dulu puan pernah menyenaraikan kekurangan saya dan mengatakan saya tidak layak untuk menyertai keluarga Park yang sangat terhormat itu. Tapi sekarang tiba-tiba pun membuka luas pintu rumah seluas-luasnya dan beranggapan saya akan masuk tanpa banyak soal. Bukankah itu sesuatu yang pelik soal Abriel dengan nada paling datang.
Kalau dari dulu kau ceritakan siapa diri kau sebenarnya tentu ini semua takkan terjadi, getus Puan Park jengkel.
Kalau puan mengambil masa sedikit untuk menyelidik latar belakang saya, pasti dengan mudah puan akan tahu siapa saya sebenarnya. Puan sangka pelayan murahan seperti saya cuma orang miskin dan bukan berasal daripada golongan atasan seperti keluarga Setiawan. Maaf, tapi keluarga saya tidak pernah mengajar saya untuk mengagung-agungkan nama dan kedudukan keluarga saya, sindir Abriel pedas.
Dengan latar belakang keluarga kau, pasti kau akan faham kenapa aku buat begitu. Aku harus melindungi keluargaku dari orang yang mahu mengambil kesempatan dan menguras harta kami. Untuk anakku dan juga anak kamu berdua nanti. Cucu aku tak boleh bergaul dengan orang kebanyakan Kau faham
Anak Cucu Sahlah orang tua ini sudah gila. Entahlah. Puan cakap saja begitu pada perempuan yang akan anak puan nikahi nanti. Sesungguhnya saya langsung tak ada keinginan untuk menjadi isterinya.
Puan Park tersenyum sinis sambil melirik ke arah Abriel. Kau tak cintakan dia lagi soalnya.
Abriel diam, berfikir bagaimana seharusnya dia menjawab soalan itu. Adakah dia masih mencintai Jaejoong Jawapannya pasti ya. Ini bukan cinta monyet yang boleh dilupakan sepantas seseorang itu jatuh cinta. Dia masih selalu memikirkan lelaki itu, mengingati kenangan indah bersamanya pada setiap saat.
Melihat Abriel yang diam membisu, Puan Park menyambung. Kalau betul kau cintakan dia, bukankah kau terlalu cepat mengalah dengan dugaan terhadap cinta kalian Baiklah, katakan aku penghalang terbesar hubungan kalian. Selain aku ada media, syarikat, keluarga besar dan tentunya peminatnya yang menggila. Bagaimana kalian boleh bertahan kalau begini cara kau menghadapi masalah Kalau aku jadi kau, aku akan tutup mata, telinga dan mulut dan percaya sepenuhnya padanya.
Abriel merenung Puan Park dengan perasaan tidak percaya. Wah, naga tua tidak berperasaan ini pandai memberi nasihat sekarang Perkembangan yang luar biasa..
Sebab itulah aku dapat bertahan dengan suamiku sampai sekarang. Hubungan kami tidak selalunya indah. Tapi kami masih bersama. Itu yang penting. Lepas ini jangan lupa beritahu Jaejoong apa yang kita bincangkan. Jumpa lagi, ujar Puan Park lalu bingkas bangun. Dia meninggalkan sekeping wang di atas meja untuk membayar harga minumannya dan terus beredar, meninggalkan Abriel yang terpegun di situ.
jjj
Abriel bergegas menuju ke hotel tempat kedua orang tuanya menginap. Dia mahu menghabiskan sebanyak mungkin masa untuk mereka tetapi antara kesibukannya dengan kuliah dan mengurus masalah peribadinya, dia tidak sempat menemani mereka untuk mengitari Bandaraya
Seoul.
Malam ini dia merancang mahu mengajak kedua orang tuanya makan malam sambil melihat pemandangan Sungai Han yang indah pada waktu malam tetapi telefon bimbit kedua ibu bapanya sukar dihubungi. Mungkin mereka sedang menghabiskan masa di spa bersama-sama kerana semalam Mama kata mereka sudah menempah tempat di sebuah spa untuk menikmati rawatan ala Korea.
Hampir sejam berlalu sebelum Abriel dapat menghubungi mereka. Mama memintanya datang ke sebuah restoran kerana mereka mahu membincangkan sesuatu yang penting. Dia berharap orang tuanya tidak akan bercakap soal Yoohwan. Kepalanya sudah terlalu berserabut dan dia enggan bercakap tentang sesiapa pun malam ini.
Abriel tahu restoran itu adalah salah sebuah restoran yang terkenal di Seoul kerana ianya selalu dikunjungi oleh para selebriti. Selain dari itu ianya juga agak tertutup kerana ia terdiri dari ruangan-ruangan peribadi yang terpisah antara satu sama lain. Selepas menyebut nama ayahnya, Abriel dihantar ke sebuah bilik oleh salah seorang pelayan.
Saat membuka pintu, senyum Abriel mengembang melihat wajah ayah dan ibunya. Tetapi senyum itu kemudian menghilang saat melihat Jaejoong sedang duduk di depan mereka. Dia segera tahu apa perkara yang akan dibincangkan itu. Abriel memandang Jaejoong yang dengan isyarat mata mengajak Abriel duduk di sebelahnya. Mahu tak mahu, dia memaksa dirinya untuk duduk di sebelah lelaki itu.
Terima kasih kerana sudah membawa kami jalan-jalan sejak beberapa hari lepas, Jaejoong. Paling menarik sekali masa memasang mangga kunci cinta tu. Idea yang sangat bagus, kata Mama riang.
Kalau aku, aku suka makan tengah hari kita dekat sebuah restoran tu. Apa namanya Samgyetang kan Sedap! Daging panggangnya pun sedap, ujar Papa penuh semangat.
Abriel berbisik kepada Jaejoong. Kau ajak ibu bapaku berjalan-jalan
Jaejoong mengangguk. Saya tahu awak sibuk dengan kelas dan benda-benda lain jadi saya bawak mereka, ujarnya sambil tersenyum.
Abriel terharu. Lelaki yang sangat sibuk ini meluangkan masa untuk kedua ibu bapanya Siapa yang tak terharu
Pakcik, makcik, ada sesuatu yang saya nak katakan. Pasal
Mama dan Papa memandang dengan perasaan ingin tahu saat Abriel tiba-tiba memegang tangan Jaejoong untuk menahan lelaki itu dari bercakap lebih lanjut. Malah lelaki itu kelihatan terkejut dengan tindakan Abriel.
Ma, Pa. Abriel dan Jaejoong sekarang sedang menjalin hubungan. Dah beberapa bulan sebenarnya
Jaejoong tersentak. Dia memandang Abriel dengan rasa tidak percaya. Abriel mengangguk dan tersenyum, cuba meyakinkan lelaki itu tentang apa yang baru saja dikatakannya. Jaejoong tersenyum akhirnya. Betul makcik, pakcik. Kami sudah menjalin hubungan kira-kira enam bulan. Hubungan kami agakberliku. Tak begitu lancar. Tapi kami yakin kami akan dapat mengatasinya.
Tapi macam mana dengan Yoohwan soal Mama bingung.
Abriel mengerutkan kening. Aku tak pernah kata kami berdua ada hubungan istimewa. Kan aku pernah cakap, dia bukan kekasihku, jelas Abriel.
Jaejoong mengeratkan genggamannya di tangan Abriel. Pakcik, makcik. Saya sangat cintakan Abriel sepenuh hati. Saya tak malu untuk mengaku di hadapan pakcik dan makcik yang saya banyak kekurangan kalau dibandingkan dengan Yoohwan. Tapi aku boleh dan mampu membahagiakan Abriel dan akan membuktikan kepada semua yang aku tulus mencintai dia.
Mama mengerutkan kening mendengar penjelasan Jaejoong manakala Papa duduk bersandar sambil berpeluk tubuh. Matanya merenung tepat ke arah Jaejoong. Jaejoong membalas renungan itu dengan perasaan yakin.
Selepas beberapa saat dalam keheningan, Papa mengangguk-angguk. Kamu cintakan dia soalnya pada Abriel.
Abriel menoleh sekilas pada Jaejoong sebelum menjawab, Ya, Pa.
Dia buat kamu bahagia soal Mama pula.
Abriel tersenyum segaris. Kadang-kadang dia membuat aku sakit hati, jengkel dan marah. Tetapi dia selalu menjadi alasanku tersenyum dan ketawa.
Senyum merekah di bibir Mama dan Papa. Itu sudah cukup untuk kami, ujar Papa sambil diiringi senyuman mama. Abriel dan Jaejoong tersenyum lega. Cinta mereka sudah direstui. Tidak ada yang lebih indah selain dari itu.
Saat makanan dihidangkan, Jaejoong berbisik pada Abriel dalam bahasa Korea. Kenapa awak cakap pada Mama dan Papa yang saya selalu buat awak sakit hati dan marah Malulah saya.
Abriel berbisik kembali. Sekurang-kurangnya saya tak ceritakan apa yang awak dah buat pada saya selam ni, ujarnya.
Tapi kenapa balas Jaejoong. Kita kan harus menunjukkan yang kita pasangan bahagia di depan mereka Barulah mereka akan merestui hubungan kita. Abriel mencebik. Jadi maknanya makan saja dan jangan banyak cakap.
Mama Abriel yang sedang menatap mereka berkerut kehairanan. Kamu berdua tengah cakap pasal apa Mengumpat kami dalam bahasa Korea soalnya.
Abriel tertawa kecil. Tetapi sebelum sempat dia menjawab soalan itu, Jaejoong sudah memotong cakapnya. Tak ada apa-apa makcik. Saya cuma tanya pada Abriel, bila saya boleh berkahwin dengannya.
Uhuk! Serentak Abriel dan ayahnya tersedak kerana terkejut. Mama yang baru mahu menyuap makanan terhenti separuh jalan dengan mulut ternganga. Cepat-cepat Abriel meneguk air suam di dalam gelas sebelum menoleh ke arah Jaejoong. Park Jaejoong! bentaknya kesal.
Kenapa Awak tak nak kahwin dengan saya soal Jaejoong polos.
Abriel merasa serba salah. Sudah pasti jawapannya Ya tetapi dia tidak mahu menuturkannya di hadapan kedua orang tuanya. Belum lagi, bukan sekarang. Namun akhirnya dia menjawab santai. Maybe
Bila soal Jaejoong tidak sabar.
Abriel menoleh ke arah ibu bapanya, mahu melihat reaksi mereka. Mereka juga sepertinya ingin tahu jawapan Abriel. Mungkin lepas tamat pengajian. Dan lepas bekerja, ujarnya sedikit ragu.
Jaejoong menggelengkan kepala. Terlalu lama. Lepas awak tamat pengajian, boleh Lepas kahwin baru awak kerja. Boleh kan
Kedua-dua orang tua Abriel mengangguk setuju. Abrie memuncungkan bibirnya. Awak janji takkan menghalang saya daripada bekerja atau buat apa saja yang saya suka lepas berkahwin
Jaejoong menggenggam erat tangan Abriel. Saya cintakan awak jadi saya takkan halang awak buat benda yang akan membahagiakan awak, ujarnya penuh romantik. Mama dan Papa kelihatan seronok mendengarnya.
Abriel cuma tersenyum. Di bawah meja, kakinya menendang kaki Jaejoong. Lelaki itu tertawa. Kemudian dia menoleh kembali kepada ibu dan ayah Abriel yang tersenyum bahagia melihat kemesraan mereka. Lepas ni kita akan menyusuri Sungai Han yang terkenal. Pakcik dan makcik mesti suka! katanya riang.
Abriel merenung wajah Jaejoong yang kelihatan begitu gembira. Dan kalau ada orang yang datang kepadanya saat ini dan bertanya apakah dia bahagia, jawapan Abriel sudah pasti ya. Dengan penuh yakin dan tiada ragu.
-- TAMAT --