Kristal Berdarah - 24
BAB 23

Usahanya sudah membuahkan hasil. Sekarang, dia telah bertemu dengan apa yang ingin dicarinya. Tetapi dia masih tidak boleh bertindak. Dia terlalu letih. Dia terlalu lapar dan dia terlalu dahaga.

Mungkin aku boleh basahkan tekak dengan air sungai tu. Tapi... sungai tu terlalu jauh di dalam jurang. Macam mana aku nak turun

Dia memandang sekeliling. Kedudukannya yang agak ter lindung daripada pandangan penghuni di tiga buah khe mah yang tegak berdiri di tengah dataran berhampiran sebuah jambatan gantung, sedikit sebanyak melegakann ya. cuma dia berasa agak risau apabila menyedari keha dirannya di situ dipandang penuh curiga oleh beberapa orang suku peribumi.

Dia mula berjalan perlahanlahan. Merapati tebing ter sebut dan kemudian berpaling. Tiada siapa yang meli hat dia di situ kecuali beberapa orang lelaki dari suku peri bumi yang mundarmandir dengan haiwan ternakan mereka.

Dia mendapat satu akal.

Helo! boleh tolong saya Dia menyapa seorang lelaki suku peribumi bersama seorang wanita dan anak kecil yang tidak berpakaian.

Tetapi mereka mengejutkan dia dengan tindakan yang benarbenar drastik. Mereka berlari pantas meninggalkan dia dan binatang ternakan tersebut.

Zulkifli terpingapinga. Dia tidak pernah berada di dalam situasi seperti itu.

Jadah apa pula yang dia takut dengan aku apa, muka aku ni nampak macam alien ke Telapak tangannya mula me rabaraba di setiap inci wajahnya. Dia tidak mene mu kan keanehan pada wajahnya itu.

ah! Mereka memang tidak bertamadun! Dia mem buat kesimpulan biarpun dia sebenarnya tidak tahu apa yang diucapkan.

Sekali lagi dia berpaling. Dia tidak melihat sebarang per gerakan aneh di tiga buah khemah tersebut. nafasnya ditarik panjang. Dia terlalu lega.

nampak gayanya, aku terpaksa turun dan menghirup air di sungai tu.

Dia tidak nampak cara lain. Dan untuk turun ke sungai tersebut, dia mengalami masalah. Jurang itu terlalu dalam. Dia memerlukan seutas tali panjang yang kukuh.

Dia mula mencari merata. Terpandang pada tali pan jang dan agak besar yang mengikat hidung binatang ter nakan lelaki peribumi yang lari lintangpukang sebentar tadi.

Zulkifli menguntumkan senyuman.

Perlahanlahan dia merapati lembu tersebut. Lembu itu bagaikan mengerti dengan kesusahan yang terpaksa dia hadapi. binatang itu langsung tidak bergerak, malahan membiarkan Zulkifli meleraikan ikatan pada hidungnya.

Tali itu masih tidak cukup panjang. Dia terpaksa men cari tali lain. Zulkifli memandang sekeliling. Terpandang pada seutas tali yang diikatkan pada bahagian hadapan jip di tepi jurang.

aku perlu ambil tali tu. Tapi...

Perasaan serbasalah mula menguasai hatinya. Dia bo leh pergi ke sana dan mengambil tali tersebut. namun dia ha rus berhadapan dengan kemunculan Salman, Ramlan, Suhaili malah penunjuk arah mereka, Saoud. Mereka mungkin tidak mengesyaki kehadirannya di daerah yang terlalu jauh dari Kuala Lumpur. Mereka pasti akan bertanya mengapa dia ke situ dan mengapa dia memerl u kan tali tersebut. Mereka juga akan bertanya mengapa dia harus datang ke sini dengan berjalan dan tidak menggunakan helikopter Setia Jaya jikalau dia benarbenar memerlukan Suhaili.

Segala jawapan untuk persoalan yang akan mereka utarakan, tidak disediakan semenjak awal kedatangannya. Kerana itulah dia mengelak daripada bersua mereka.

Tali itu harus diambil, tetapi bagaimanakah caranya

Dia mundarmandir. Terlihat kelibat seorang pemuda asing yang keluar dari jip tersebut. Dengan pantas dia ber sembunyi di sebalik sebatang pokok. Dia mengintai. Pemuda tersebut berjalan ke arah sebuah khemah yang terletak jauh daripada dua buah khemah yang lain.

Dia menarik nafas lega. Kehadirannya masih tidak diketahui oleh penghunipenghuni khemah.

inilah masanya, dia berbisik halus.

Dia mula berjalan terbongkokbongkok. bersedia un tuk meniarap di atas rumput seandainya pemuda tadi keluar dari khemah yang dimasukinya. Dan tidak sampai seminit pun, dia sudah sampai ke tepi jip tersebut.

Dengan pantas dia merungkaikan tali itu daripada besi bumper hadapan. Tali itu ditarik. Dia tidak perlu menggulungnya sekarang. apa yang perlu dilakukan ialah membawa tali itu ke tempat persembunyiannya sebentar tadi dan menggulungnya di sana.

Segalagalanya berjalan lancar. Dia sudah berjaya membuang sebahagian besar daripada tali tersebut ke dalam jurang. Sebahagian daripada pangkalnya pula ter ikat pada sebatang pokok besar yang tumbuh berhampiran tebing tinggi itu.

Deru air sungai yang deras mengegarkan gegendang nya. Dia berasa seram. Dia berasa takut dengan deruan itu. Suara air yang menghentam permukaan batu bagai kan memberitahunya bahawa maut sedang menantinya jikalau dia tersalah langkah.

Dia mula menuruni tali itu perlahanlahan. Dadanya berdebar kencang. Dia sudah lama meninggalkan bidang pendakian. Kali terakhir dia melakukannya ialah ketika dia berumur 22 tahun, sedangkan sekarang ini umurnya sudah hampir menjangkau 35 tahun.

namun gaya dan bakat yang ada padanya tidak luntur. Dia berjaya mengawal diri dan mendarat di pantai ber batubatan sungai.

ah! aku tak perlu bersusahpayah lagi sekarang. Zulkifli begitu bangga dengan pencapaiannya.

Dia mendongak sebentar. Memandang tali yang masih berjuntai dan menarik nafas kelegaan. Siapa yang tidak lega jikalau berjaya menghabiskan penurunan melalui sebuah tebing tinggi dan curam. Sedangkan yang menanti di bawah adalah batubatan tajam dan keras yang mampu menceraikan otak dan menghancurkan tempurung kepala.

Dia tidak mahu membuang lebih banyak masa.

Dia terus menunduk dan menghirup air sungai sepuaspuasnya. Ketika dia melakukan tegukan terakhir itulah, dia mendengar suara seseorang. Seseorang yang sedang berbual di atas sana.

ni kalau tak salah, tali kita.

Zulkifli bergegas mendapatkan tebing dan merapatkan dirinya ke situ. Dia kenal suara itu.

itu suara Salman. Dia tidak mahu Salman dan lawan ber cakapnya menyedari kehadiran dia di situ. Dia tidak mahu segala rancangan yang telah diaturkan, hancur berderai begitu sahaja.

nampak macam tak ada orang di bawah sini. Siapa pula yang nak turun ke bawah tu satu suara asing kede ngaran.

Zulkifli tahu, mereka sedang menjenguk dan memer ha tikan ke dasar jurang tersebut. Dia menanti dengan de baran lapang.

ah! Tarik sajalah. Kalau ada orang kat bawah tu, tentu dia jerit supaya tali ni tak ditarik. Kalau tali ni di tarik, macam mana pula dia nak naik ke atas ni, Salman bagaikan menggesa dia mendedahkan diri untuk dilihat.

Zulkifli berasa resah. Dia gelisah dan dia juga serbasalah. Jikalau dia mendedahkan diri, bermakna dia ter paksa pulang dengan tangan kosong. Dia juga akan kem bali seperti asal. berpuas hati sekadar menjadi pengarah urusan Setia Jaya dan tidak lebih dari itu.

aku mesti sembunyikan diri biar apa pun yang ter jadi. akhirnya Zulkifli membuat ketetapan diri.

Dia hanya melihat hujung tali ditarik dari atas. Dia ha nya melihat satusatunya cara untuk dia menyelamatkan diri sebentar nanti, hilang begitu sahaja. akhirnya tali tersebut benarbenar sudah hilang. Keti ka itulah Zulkifli merasakan dia akan berada di dasar ju rang itu buat selamalamanya. Ketika itulah dia berasa kan dia sudah tidak punya jalan selamat lagi untuk keluar dan pulang ke Kuala Lumpur.

Sial! Kenapa pula jadi macam ni tanya Zulkifli kepada dirinya.

Dia memandang sekeliling. Sungai yang begitu deras ali rannya, terkepung oleh tebing tinggi yang berbatubatan. Jauh di atas, langit begitu biru dan tiada langsung tompokan awan.

Dahaga! Haus! Semua ini punca aku susah! Zulkifli bagaikan memarahi apa yang telah berlaku.apabila merasakan dia sudah selamat untuk

mende dahkan diri, Zulkifli melangkah perlahanlahan ke hadap an. Deru air terjun sudah tidak berapa jauh dari tempat dia berada.

batubatu yang membentuk tepian sungai, dijejaki per lahanlahan. Dia harus berhatihati setiap kali melangkah. batubatu sungai memang licin dan berlumut. Dia tidak boleh tergelincir. Dia juga tidak boleh jatuh ke sungai. Jikalau tidak... dia akan menjadikan dasar sungai sebagai kuburnya. batubatu di tengah sungai sebagai penyekat mayatn ya dan air sungai sebagai mandian jenazahnya.

Zulkifli terus berjalan. Perasaan kesal semakin menundanunda. Wajah orang tua bersama seekor ular yang membeliti lengannya, mengimbau ke fikiran.

Seperti juga Jalil, dia mengutuk kehadiran orang tua ter sebut. Seperti juga Jalil, dia menaruh kesumat yang bukan sedikit terhadap orang tua misteri tersebut.

Kalau bukan kerana dia, takkan aku sampai ke sini sendirian. Sekurangkurangnya aku ada seorang teman. atau sekurangkurangnya jip sewa tu tak jatuh ke gaung dan meletup. Dia terus mengomel sekalipun suaranya tenggelam timbul dengan nada sungai.

agak lama dia meniti batubatu di tepi sungai tersebut, dia terpandang kepada sesuatu. Sesuatu yang tidak mung kin dipercayai dengan pandangannya.

Di seberang sana... berhampiran dengan air terjun, ada sebatang lorong bersih dan bertangga batu. Lorong itu menghilang di dalam tebing tinggi seberang.

Mungkin itu jalan keluar dari tempat ni. Mungkin itu jalan keluar yang boleh menyelamatkan aku, kata Zulkifli dengan gembira.

namun dia harus melakukan sesuatu yang cukup dahsyat. berjalan di atas air atau terpaksa berendam meng ha rung sambil berenang melawan arus sungai.

ah! Masalah lagi. aku tak boleh berenang.

Zulkifli ingin menepuk dahinya sendiri. betapa bodoh nya dia kerana tidak tahu berenang. Jikalau dia mempu nyai kemahiran untuk bergerak di dalam air tanpa meng gunakan sebarang peralatan, sudah tentulah sekarang ini dia sampai ke seberang sana.

Dia merenung air sungai di hadapannya. Dia sekarang sedang berhadapan dengan kolam air semula jadi yang agak tenang. Hanya beberapa kaki dari ketenangan kolam tersebut, arus deras membentuk juram yang menggamit maut. airnya begitu dalam berwarna biru kehitaman. Mana kala air terjunnya pula juga tinggi lebih kurang dua pu luh kaki namun masih jauh daripada jambatan gan tung yang menghubungkan dua daratan.

apa yang harus aku buat sekarang

Dia benarbenar mati akal. Usaha yang perlu dilaku kan, langsung tidak dapat difikirkan. apakan tidak, jika lau situasi yang perlu dihadapinya begitu rumit.

Zulkifli memandang sekeliling. Tiada sebarang alat yang boleh digunakan untuk menyeberang dan mengguna kan lorong bersih bertangga batu itu. batubatu terbonjol di tengah sungai juga tidak kelihatan. Jikalau ada pun, ia nya terletak terlalu jauh dari lorong tersebut. batubatu terbonjol itu begitu besar dan berada di tengah lingkungan jeram dengan air berbusa dan berwarna putih.

ah! Daripada aku duduk di sini dan terus berfikir, le bih baik aku gunakan jambatan batubatu bonjol tu. Se kurangkurangnya aku berusaha. nak memanjat... minta maaf. aku takkan buat walaupun Suhaili sanggup bagi kesemua sahamnya.

Zulkifli mula berjalan perlahanlahan. Dia harus ber usaha. Tiada pilihan lain yang terbentang di hadapannya. Jikalau ada pun, hanya tiga pilihan sahaja. berenang, men iti walaupun jauh dan tinggal diam sambil memandang.

Dia mula berjalan ke arah batubatu tertonjol di per mu kaan air yang deras itu. Kemudian mula meniti per lahanlahan dan penuh hatihati. Sesekali dia berpaling dan mendongak. Manalah tahu, di dalam usahanya itu, Salman, Suhaili, Ramlan atau Saoud terpandang keli batnya. air deras di sekelilingnya begitu menggusarkan. Siapa yang tidak gusar dengan keadaan tersebut. Jikalau dibe rikan peluang itu kepada seorang pakar sekalipun, mere ka juga akan gusar. inikan pula dia. Tanpa jaket kesel a ma tan, tanpa pelampung nyawa, tanpa kemahiran yang ting gi, dia terpaksa melakukannya demi untuk menyela mat kan nyawa dan maruah.

beberapa kali dia tergelicik dan hampir terhumban ke dalam arus yang menggila itu. Tetapi dia berjaya meng imbangi pergerakan badannya. Dia berjaya mengawal pergerakan kakinya. namun jauh di sudut hatinya, Zulkifli meng akui, setiap kali dia terpijak batu licin, setiap kali itulah dia berasa darah gemuruh menguasai benak dan hatinya.

Dia berjaya akhirnya!

nafasnya ditarik panjang. bangga dengan keupayaan diri yang ditunjukkan. Jikalau dia berada di Kuala Lumpur sekarang, sudah tentu dia akan memberitahu para pekerja di Setia Jaya tentang kejayaannya itu. Malahan Suhaili juga tidak berkecuali.

ah! aku boleh! Zulkifli bagaikan tidak percaya dengan apa yang telah dilaluinya. buat seketika, dia hanya merenung tebing curam dan tinggi di hadapan dan di belakangnya. Dia sedar, pada sa lah satu daripada dua tebing tersebut, ada tiga orang peng huni bandaraya yang datang dengan satu tujuan... menambahkan kekayaan yang sedia dimiliki. Dan dia... dia juga sebenarnya adalah salah seorang daripada mereka biarpun lagaknya seperti lanun.

Matahari sudah semakin meninggi. cahayanya yang terang, menyerlahkan sebahagian besar daripada gerigis batu terbonjol di permukaan tebing kesan daripada tin dakan alam.

Zulkifli dapat merasakan kesuntukan masanya yang kian menghimpit. Dia mula melangkah. Meninggalkan tempat di mana dia berdiri selama beberapa minit dan berjalan ke arah lorong bersih bertangga batu. Mengu sa hakan salah satu daripada cara untuk menyelamatkan diri dan melaksanakan rancangan.

Dan ketika dia berada di permulaan lorong tersebut, dia tidak dapat menahan diri daripada tersenyum. Dia juga sebenarnya tidak tahu mengapa dia harus tersenyum.