KILL ME WITH LOVE - 24
MALAM itu Kharlissa tidak keluar, meskipun

Khairul Rasheed mengetuk pintu kondonya bertalu-talu. Panggilan telefon juga berpuluh-puluh kali berdering. Kharlissa mematikan diri di atas katil, menutup seluruh lampu. Rumahnya sepi dan terasing dalam kegelapan.

Maafkan aku sayang... Aku mahu bersendirian. Aku mahu melupakan pertemuan tidak terduga dengan ibuku! Bisik hati Kharlissa yang masih menangis dan merintih meskipun air matanya sudah kering kontang bagaikan musim kemarau panjang.

Aku belum bersedia untuk berkongsi cerita ini dengan sesiapa. Tidak juga denganmu, Kay. Bukankah kau juga begitu Suka berahsia dan gagal untuk memberikan sebarang keyakinan kepadaku tentang cintamu.

Aku ingin menghabiskan sisa-sisa kenangan itu dengan diriku sendiri. Aku Kharlissa, yang jarang sekali menangis akhirnya tewas pada perasaan dendam dan benci pada wanita yang pernah aku panggil ibu! Dan aku sudah lupa cara memandangnya dengan penuh kasih sayang.

Kharlissa tidak boleh tidur sepanjang malam. Akhirnya dia bangun pada jam dua pagi. Dia berdiri di jendela ruang tamu, sambil memandang ke arah rumah Khairul Rasheed yang gelap gelita.

Dia sudah tidur, bisik Kharlissa. Oh Tuhan! Entah mengapa aku terasa ingin mengadu dan menceritakan kesedihanku padanya. Mengapa dalam marah dan dendamku ini, aku merasa rindu pada pelukan ibu

Kharlissa ke dapur, mencari minuman di dalam peti sejuk. Dia mendapati botol air mineral sudah kosong semuanya. Tiada air di dalam peti sejuk. Dia juga belum membeli cerek atau flash elektrik. Lalu dia menadah air di bawah paip hingga memenuhi gelas dan meneguknya dengan rakus. Dia sudah kehilangan banyak air di dalam tubuh akibat menangis.

Sudahlah! Hatinya berkata. Lupakan wanita itu! Aku tak punya ibu lagi. Sudah sekian tahun aku hidup sendiri. Bukankah hidupku lebih baik tanpa wanita itu

HEI, awak ke mana malam semalam tegur Khairul Rasheed dari arah pintu rumahnya yang baru dibuka.

Dia masih mengenakan pijama walaupun jam

sudah hampir pukul dua belas tengahari. Dia terbangun daripada tidur apabila mendengar bunyi gril rumah Kharlissa yang ditolak dengan kuat. Hari itu dia tidak bekerja. Cuti setelah bekerja sepanjang minggu.

Saya tidur awal.

Boleh saya tahu kenapa

Saya penat sangat. Dato Emmer suka mendera staf. Beri kerja banyak giler, jawab Kharlissa.

Ok. Lunch nanti kita makan di luar. Dah lama kita tak keluar. Awak sibuk, saya pun sama. Sejak saya balik dari US hari tu kita macam tak ada masa untuk jumpa langsung, kata Khairul Rasheed.

Sorry, hari ni saya ada hal hingga ke petang.

Busy Awak nak jumpa siapa hari ni Rasa mengantuk Khairul Rasheed terus hilang apabila mendengar Kharlissa menolak pelawaannya.

Kharlissa tidak menjawab Dia hanya memberikan senyuman manis serta flying kiss kemudian pintu ditutup rapat.

Khairul Rasheed mengangkat bahu. Dia terpaksa menghormati privasi Kharlissa. Walaupun hatinya diragut rasa ingin tahu namun dia tidak dapat memaksa wanita itu.

Namun malam itu Kharlissa muncul di hadapan pintu rumahnya.

Selamat malam. Special delivery, katanya sambil mengukir senyum.

Khairul Rasheed tersengih melihat makanan yang dibawa Kharlissa. Sesuatu yang dia masak di dapurnya sendiri. Dan ini adalah pertama kali Kharlissa membawa makanan dari rumahnya yang penuh misteri itu.

Awak masak apa tanya Khairul Rasheed.

Nasi goreng Pattaya, tom yam dan kailan goreng ikan masin. Saya masak sendiri. Cubalah rasa, katanya bersama senyuman manis.

Okey, Khairul Rasheed teruja ingin mencuba.

Tapi makanan ini akan lebih enak sekiranya dimakan di rumah awak, Dia menggoda, sambil tangannya lincah memamah nasi goreng bersalur telur itu dengan agak lahap.

Sama saja. Walau di mana sekali pun asalkan bersama dengan orang yang dicintai, balas Kharlissa pula.

Betul ke

Ya, memang betul! Tak percaya ucapnya lembut.

Saya perasan awak pakai rantai leher emas putih

dengan loket bentuk bulan sabit. Sebelum ni saya tak pernah nampak pun awak pakai. Siapa yang bagi Soal Khairul Rasheed curiga.

Seseorang, jawab Kharlissa sengaja bermain kata.

Siapa Orang yang istimewa

Saya jumpa ibu saya semalam, kata Kharlissa tanpa menjawab soalan Khairul Rasheed.

Jadi ibu awak yang beri rantai tu tanya Khairul Rasheed dan Kharlissa langsung tidak menafikannya. Biarkan lelaki itu tidak lagi dihambat rasa ingin tahu rantai itu pemberian siapa. Masakan dia mahu memberitahu ia adalah hadiah daripada Norman. Macam mana dia

Bahagia... saya rasa, jawab Kharlissa ringkas.

Awak macam tak yakin saja sambut Khairul Rasheed.

Saat itu dia cuba mengingati wajah ibunya. Pakaian yang dipakai wanita itu melambangkan dia wanita yang berada. Wajahnya cantik ditutupi solekan tipis. Ternyata dia awet muda, masih cantik bergaya.

Walau bagaimana pun itu hanya pandangan yang sekilas, terbias dari lirikan mata kasar. Dia tidak tahu bagaimana kehidupan wanita itu sekarang. Entah mengapa, kini baru timbul satu keinginan untuk mengenali ibunya. Mereka sudah lama terpisah. Sebenarnya Kharlissa tidak kenal lagi siapakah wanita yang pernah melahirkannya itu. Dia tidak kenal langsung!

Kenalkan saya pada ibu awak, Lissa, pinta Khairul Rasheed bersungguh-sungguh.

Dia berhenti makan dan matanya memanah tajam ke wajah Kharlissa.

Kita belum merancang untuk berkahwin. Tiada alasan untuk awak jumpa dia, kan balas Kharlissa dingin.

Lagipun dia tidak tahu di mana ibunya tinggal di kota ini. Bersama siapa Mungkin dia sudah berkahwin dengan orang kaya. Mata Kharlissa bagaikan terbias lagi penampilan ibunya yang elegan dan berkarisma. Tidak salah lagi ibunya bukan lagi seorang wanita kampung yang miskin papa kedana. Kharlissa diam, terus memamah nasi. Sikapnya sungguh tidak acuh dan tidak kisah.

Khairul Rasheed terdiam sejenak. Dia meletakkan sudu di dalam pinggan dan berkata, Saya memang nak bawak awak jumpa dengan mami dan papa saya. Saya juga nak kenalkan awak dengan kakak angkat saya. Dia seorang wanita yang istimewa. Awak mesti jumpa dengan Kak Linda, kata Khairul Rasheed.

Kharlissa tiba-tiba teringat wajah Martin. Wajah itu kini menari-nari di hadapan Kharlissa. Dia memejamkan mata cuba melupakan raut wajah itu. Kharlissa tidak sanggup untuk bertemu dengan Linda. Bukankah dia telah membunuh suami wanita itu dengan kejam. Hingga kini dia masih belum terhukum.

Maaf Kay, saya belum bersedia untuk jumpa keluarga awak, kata Kharlissa sambil matanya menentang mata Khairul Rasheed. Tajam dan tidak berkelip.

Okey, beritahu saya bila awak dah bersedia, balas Khairul Rasheed kembali mencapai sudu dan kembali makan.

Sampai bila-bila pun aku takkan bersedia untuk berhadapan dengan wanita itu... bisik hati Kharlissa.

Mereka makan dalam keadaan senyap. Kharlissa tidak berminat lagi untuk berbicara tentang arah perhubungan mereka. Acara makan malam itu cepat selesai. Dan perbualan pun tidak lagi berlarutan. Kharlissa kembali ke rumahnya dengan cepat, menghumban diri ke katil dan berbaring di bawah selimut. Dia menangis selama hampir sejam. Kenangan sejenak dengan ibunya di Puduraya semalam kembali datang menyapa.

Kemudian dia bangun dan duduk di hadapan komputer riba. Dia menjeling handphone yang tertinggal di sisi. Ada mesej daripada Khairul Rasheed.

Belum tidur

Saya tengah layan facebook.

Kharlissa cuba membayang wajah Khairul Rasheed yang masam kala mereka berpisah beberapa jam tadi selepas makan malam. Khairul Rasheed mengajak Kharlissa lepak-lepak di luar tetapi wanita muda itu menolak.

Okey. Saya keluar lepak kat Old Town cafe dengan kawan-kawan. Norman pun ada sekali. Khairul Rasheed menulis.

Dah lama tak jumpa Norman, bisik hati Kharlissa. Sejak kebelakangan ini ada sedikit rasa rindu pada Norman mengisi hati Kharlissa. Dia teringat pertemuan terakhir mereka. Norman tergesa-gesa pergi selepas dia memberikan rantai leher dari perak itu sebagai kenangan. Spontan Kharlissa menyentuh loket berbentuk bulan sabit yang terletak damai di dadanya.

Norman tanya pasal awak.

Okey, kirim salam kat Norman.

I love you. ungkap Khairul Rasheed.

Yes, I know.

Kharlissa, awak tak tahu betapa dalam saya mencintai awak. Saya harap tak ada orang lain yang jadi penghalang dalam hubungan ini.

Maksud awak apa, Kay

Saya tahu rantai tu pemberian siapa.

Lagi-lagi rantai yang jadi isu.

Salah ke saya cemburu

Kharlissa membisu agak lama kemudian dia menjawab dengan rasa sedikit marah yang berladung dalam hati.

Dia ikhlas beri rantai ni, jadi jangan cemburu tak tentu hala.

Kala itu Kharlissa terbayangkan wajah Norman. Bagaimanakah reaksi Khairul Rasheed kalau dia tahu rantai itu adalah pemberian Norman.

Saya harap awak berhenti kerja dengannya. Jangan kerja dengan Dato Emmer lagi. Awak nak jadi isteri nombor tiga dia Dia sentiasa available.

Apa yang awak cakap ni

Dato Emmer beri awak rantai tu kan Nak pikat awak dengan barang berharga

Ya Tuhan! Ni bukan pemberian dia okey

Kharlissa malas hendak melayan Khairul Rasheed lagi. Dia menutup telefon bimbit kemudian menghumban diri ke atas tilam. Dia cuba untuk tidur, tetapi matanya enggan terlelap. Telinganya seperti sentiasa bersedia untuk mendengar bunyi gril dan pintu rumah Khairul Rasheed. Pun lelaki itu pulang lewat sekali, Kharlissa telah pun tertidur.

AWAL pagi Khairul Rasheed sudah pun tercegat di hadapan pintu rumah Kharlissa. Kharlissa bangun terhuyung hayang apabila dia mengetuk pintu dengan rakus.

Kay! Ada apa tanya Kharlissa sambil merenung Khairul Rasheed tidak berkelip.

Lissa, saya mahu awak terus terang pasal rantai ni! katanya sambil jari telunjuk menuding ke arah rantai di leher Kharlissa.

Ya Tuhan Kay! Tak habis-habis lagi pasal isu rantai ni Kalau awak tak suka saya pakai rantai ni, saya akan buang.

Kharlissa terus menarik rantai di lehernya. Sekali renggut sahaja terus ianya terputus. Kharlissa mencampakkannya ke tepi pintu.

Puas hati awak

Khairul Rasheed agak terkejut melihat sikap Kharlissa. Sikap Kharlissa sukar diramal. Dia menggelengkan kepala beberapa.

Awak tak perlu buang. Saya cuma tak mahu tengok awak pakai.

Sekarang apa yang saya buat semua tak betul Kay Apa yang harus saya buat Cuba awak beritahu saya.

Saya hanya mahu awak jujur dan berterus terang dengan saya. Tu saja.

Awak juga mahu berterus terang dan jujur dengan saya, Kay Soal Kharlissa pula.

Fair and square. Kharlissa merenung tepat ke wajah Khairul Rasheed.

Khairul Rasheed diam dan berfikir dalam.

Saya tahu, awak tak bersedia untuk buka rahsia diri awak. Dan jangan harap saya akan buat perkara yang sama.

Kharlissa! Kenapa awak degil sangat Tak boleh ke awak dengar cakap saya walaupun sekali

Kita sama saja. Kita sama, Kay. Sama-sama degil dan keras kepala.

Kalau awak tak boleh terima kedegilan saya, apa yang boleh saya buat.

Awak tak boleh berubah demi saya, Kay duga Kharlissa.

Khairul Rasheed diam sejenak. Berubah Bolehkah aku

Apa yang perlu saya ubah

Terus terang dengan saya apa pekerjaan awak

Kan saya dah beritahu awak dulu, saya seorang pengurus pemasaran

Saya tak percaya! Langsung tak percaya!

Jadi, saya ni apa Awak fikir saya orang jahat

Kharlissa pula yang terdiam. Memang aku yang jahat, bukan kau... fikir Kharlissa. Lantaran itu aku fikir dia seperti aku. Seorang lelaki yang penuh misteri. Jahat.

Saya nak balik rumah mami saya hari ni. Ada makan-makan keluarga. Kalau awak nak ikut... Khairul Rasheed sengaja menggantungkan kata-kata.

Saya rasa tak... saya tak boleh. Saya nak pergi

Puduraya petang ni.

Siapa yang awak tunggu kat sana

Kharlissa tidak menjawab, dia terus menutup pintu.

Beberapa titis air matanya mengalir. Khairul Rasheed akan kembali ke rumah ibunya. Malang bagi Kharlissa kerana dia tidak tahu di mana ibunya berada.

Betapa dia ingin kembali ke pangkuan ibunya semula. Dia menyesal kerana tidak berterus terang dan mengakui dirinya di hadapan wanita itu di Puduraya tempoh hari.

Kalaulah masa boleh diputar semula... Dia mengulangi kembali kata-kata ibunya yang terputus beberapa hari yang lalu. Tidak perlu terlalu jauh, fikir Kharlissa. Putarkan kembali masa saat aku bertemu secara tidak sengaja di Puduraya tempoh hari. Itulah harapan Kharlissa semasa dia kembali ke Puduraya.

Kharlissa duduk di cafe yang sama tempat dia menghabiskan secebis waktu mendengar cerita kisah lalu.

Ibu! Ibu penipu! Kalau ibu benar-benar sayang padaku, mengapa ibu tidak datang lagi ke sini Kenapa ibu biarkan aku menunggu Aku datang ke sini untuk berdamai dengan ibu. Untuk memberitahu ibu bahawa aku ini adalah Kharlissa Yusuf Takamura. Aku anakmu yang hilang itu, ibu. Aku ingin memeluk ibu. Aku ingin memaafkan tindakan ibu yang melulu itu. Bukankah ibu sudah pun menyesal Aku mahu menyatakan aku juga tersilap menilai ibu. Aku tidak mengerti perasaan ibu yang sebenar. Tapi ibu tak datang... Ibu benar-benar sudah mengecewakanku buat kali ke dua. Kenapa ibu

Kharlissa menangis. Air matanya terlalu murah sekarang. Dia bagaikan menjadi seorang wanita yang lemah kini. Dia telah berubah secara total. Dia bukan lagi Carra yang kejam. Tetapi dia telah kembali menjadi Kharlissa yang dahulu.

Kharlissa meninggalkan cafe. Dia kembali duduk di bangku tempat kali terakhir dia ditinggalkan ibunya. Dia termenung lama di situ.

Kenapa awak tak nak beritahu siapa yang awak tunggu Lissa tanya Khairul Rasheed yang tiba-tiba sahaja muncul dan duduk di sebelahnya.

Saya... saya tunggu ibu saya datang.

Awak tunggu ibu awak di sini, Lissa Kenapa awak tunggu dia sorang-sorang Kenapa awak tak ajak saya

Kharlissa menundukkan kepala. Dia menyeka air mata. Hatinya rasa syukur dan gembira melihat lelaki itu biarpun pagi tadi mereka berbalah. Dia melentukkan kepala ke bahu Khairul Rasheed. Dia teresak perlahan.

Dari kejauhan Ario mengintip Kharlissa. Sejak dia diarahkan oleh Maxy supaya sentiasa memerhati pergerakan Kharlissa, Ario tidak pernah gagal dalam melaksanakan tugasnya.

Saya akan temankan awak tunggu ibu awak. Kan dia bakal emak mertua saya, bisik lelaki itu sambil menggenggam tangan Kharlissa.

Mereka duduk di situ hingga lewat petang. Insan yang ditunggu-tunggu oleh Kharlissa langsung tidak muncul.

APAKAH aku tersilap Aku seperti melihat anakku dalam diri gadis itu, fikir Linda sambil matanya memandang jauh dari tingkat atas berenda rumah banglo milik Dato Salihin.

Sebelum gadis itu beredar pergi, dia seperti menyimpan kesedihan mendengar kisah laluku, fikir Linda lagi. Dan aku rasa dia sedang menahan tangisan. Walaupun matanya tersembunyi dari sebalik kaca mata hitam, tapi aku tahu ada lelehan air jernih di pipinya.

Linda mengutip semula kata-kata terakhir gadis yang ditemuinya di Puduraya beberapa hari yang lalu.

Jangan mengarutlah puan. Masa tak mungkin boleh diputar semula! Kalau masa boleh diputar semula, saya pun tak ingin berada di sini. Lebih baik saya pergi!

Ya Allah! Dia memang Kharlissa! Anakku! Wajah Linda mulai terasa hangat dan beberapa titis air mata mulai gugur.

Dia bergegas keluar dari kamar sambil menggenggam kunci kereta. Langkahnya terburu-buru menghala ke pintu utama. Datin Zora yang baru masuk ke rumah setelah berehat di taman, hairan melihat Linda yang tergocoh-gocoh hendak keluar.

Nak ke mana Lin

Nak pergi Puduraya.

Buat apa Kan dah nak masuk maghrib ni, kata Datin Zora dengan dahi berkerut.

Saya mesti pergi ke sana mami...

Datin Zora hanya memerhati Linda yang berjalan laju menuju ke kereta. Tidak lama kemudian terdengar bunyi tayar kereta yang berdecit kuat akibat geseran dengan batu kerikil jalan. Sekelip mata keretanya hilang dari pandangan. Datin Zora hanya menggelengkan kepala.

Linda kembali ke cafe tempat dia pernah berbual dengan Kharlissa. Dia duduk di situ, sambil memerhati meja yang kosong. Dia terasa bagaikan Kharlissa masih ada di hadapannya, sedang bercakap dengannya dengan nada suara yang dingin, membendung rasa marah.

Memang patut kau marah pada mak, Lissa... bisik Linda sendiri seolah-olah Kharlissa ada di hadapannya.

Maafkan mak. Maafkan mak Lissa, seru Linda dengan mata berlinangan.

Puan nak pesan minuman Seorang pelayan datang mendekati Linda.

Linda menoleh, merenung pelayan lelaki itu dengan pandangan sedih. Tanpa lengah Linda terus bertanya tentang Kharlissa. Dia ingin tahu apakah Kharlissa pernah datang lagi ke cafe itu. Namun pelayan itu tidak memberikan jawapan yang dia harap-harapkan. Maaf puan. Pelanggan kami ramai jadi saya tak ingat pernah tengok perempuan yang puan gambarkan tu.

Tak apalah... kata Linda dengan suara yang lemah dan kecewa.

Kuala Lumpur ini luas, mana mungkin aku dapat mencari Kharlissa... bisik hati Linda lagi semasa dia memandu pulang.

Tuhan, memberikan aku sedikit petunjuk di manakah anakku berada Linda memohon doa sebaik sahaja dia pulang lalu terus mendirikan solat di penghujung waktu maghrib yang masih bersisa.