Dia dah confirmed mengandung lagi. Nak suruh ke hospital tak boleh. Anak-anak tiada orang nak jaga. Bukan kerja aku nak membebel macam-macam. Family planning dan sebagainya. Rezeki Allah beri. Zuriat pun rezeki Allah juga. Setiap anak ada rezeki masing-masing. Itu sudah pasti.
Tapi. Ini kandungannya yang ke-10. 10 anak dalam tempoh 13 tahun. Aku hanya sempat beristighfar sahaja. Sesungguhnya, Allah lebih Maha Mengetahui.
Seorang lagi pesakit. Seorang guru berijazah. Umur 38 tahun. Datang klinik kerana sakit sendi di ibu jari kaki. Sekali tengok pun aku dah tahu diagnosisnya. Tapi dia tak terima. Dia kata dia tak makan seafood. Dia kata dia kurang makan daging. Dia kata dia suka makan ulam-ulaman. Dia kata paras asid uriknya normal. Dia ada banyak painkiller di rumah. Dia cuma nak MC dua hari. Nak pergi berubat tradisional kat Pontian. Ada terpijak barang katanya.
Ini zaman moden. Zaman sains dan teknologi. Tapi orang berpelajaran masih percaya hal-hal sebegini. Di TV dan surat khabar pun sama. Balik-balik cerita hantu dan tahayul. Aku malas nak cakap banyak. Pagi Isnin. Ramai lagi pesakit aku nak tengok. Suka hati kaulah nak percaya apa pun.