SEMBANG TEPI JALAN - 24
29April2008 Aku mencuri masa untuk menonton filem di saluran Astro berjudul 'Pursuit of Happyness' lakonan Will Smith dan anaknya. Ceritanya berdasarkan kisah benar yang mengisahkan bagaimana watak utamanya, Chris Gardner menghadapi kesusahan hidup tragis sehinggakan tidak mempunyai tempat berteduh. Akhirnya dia tidur bersama anaknya di tandas awam. Beliau tidak pernah berputus asa dalam menyara hidup mereka. Ianya sungguh menakjubkan. Akhirnya dia berjaya sehingga menjadi jutawan. Aku yakin bagi mereka yang masih belum menonton filem ini akan termenung dan termangu. Terdapat satu lagi filem yang lebih kurang sama dengan cerita ini iaitu 'Conversations with God'. Walaupun jalan ceritanya tidak sama, fakranya serupa. Ia masih berkisar mengenai kesengsaraan dan kejiwaan. Aku pernah melalui zaman hidup yang sangat susah sebenarnya lebih kurang sama dengan Chris Gardner. Cuma kehidupannya lebih tragis dan menyayat hati daripada kisah aku. Aku dulu pernah menjadi pemuzik jalanan selama hampir dua tahun, menyara tiga anak orang dan isteri yang sedang mengandung. Pada masa itu, aku bergantung harap dengan duit daripada busking. Daripada mempunya kerja tetap yang agak selesa di Yamaha Music selama lapan tahun, aku hilang semua nilai kesenangan yang ada, dalam sekelip mata. Aku tidak mempunya pilihan. Aku busking sebab putus asa untuk bekerja di bawah mana-mana jabatan. Di Malaysia ini, golongan busker ialah golongan hina. Masyarakar tidak pernah mahu menoleh ke arah kami. Hidup kaffii dipandang negatif oleh masyarakat. Kerajaan pula tidak memberikan sokongan kepada buskers. Kalau di Eropah, rnereka diberi permit untuk busking di tepi jalan. Malah, di Singapura, pemuzik jalanan diberikan permit. Di sini tidak ada. Aku tidak faham betapa kolotnya pemikiran dan idea pihak Kerajaan. Peminta sedekah disamakan dengan pemuzik jalanan. Aku pernah sekali cuba diangkut ke Jabatan Kebajikan Masyarakat di Mersing hanya kerana busking di Subway KLCC. Sudahlah pandangan pihak polis ini negatif terhadap kami. Mereka menyamakan kami dengan penagih dadah. Aku juga pernah bermalam di lokap Pudu selama tiga malam kerana disyaki penagih dadah. Mereka mencekup tanpa usul periksa, dirantai kaki ramai-ramai, diangkut ke dalam van, dibawa ke Penjara Pudu. Apa yang boleh aku buat Kita hanya 'ikan bilis'. Bagi jerung-jerung itu susali untuk ditangkap. Itulali realitinya apabila kita tidak mempunyai apa-apa. Pada suatu hari, hujan turun dengan lebat. Jadi, aku tidak dapat mencari nafkah. Kerja ini seperti menoreh getah. Kalau hujan, habis. Kita busking di tempat terbuka. Pendapatan memang tidak menentu. Album juga tidak berapa laku. Kami termenung gila. Barang keperluan dapur pula sudah kehabisan. Duit di dalam poket ada cukup-cukup tambang bas balik rumah. Isteri pula hari-hari asyik bertanya, "Berapa dapat hari ni" Apabila aku kembali mengingati kembali, aku tidak tahu bagaimana aku boleh melalui hidup sebegini, dan bagaimana aku boleh menghadapi hidup melarat seperti itu. Aku cuma ada Tuhan. Itu sahaja. Bila ada Tuhan, kita perlu menerima apa sahaja cerita yang sudah tersurat. Aku kena menerimanya sebab kehidupan ini milik-Nya, bukan milik kita. Kita hanya dipinjamkan nikmat menjalani hidup ini. Kalau kita kata hidup ini kita punya, agak susah kerana kita sendiri tidak tahu apakah langkah seterusnya di dalam kehidupan kita. Perkara semalam pun kita tidak boleh kembalikannya. Apa yang pasti semua yang ada pada kita, bukan kita punya - semuanya pinjaman. Kalau Dia kata pinjam, dia boleh ambil tuntut kembah bda mana Dia mahu. Apa yang kita boleh lakukan Kita tidak boleh membuat apa-apa. Itulah kenyataannya. Scmasa aku busking dahulu, pukul dua pciang sudah mula kelua, nuah berjalan kakl ke LRT. cerus ke Pasar Seni. Pada pukul empat ke atas an. J. M* Malan, pukul mjuh sudah j. ke Jal.n Alo, Buki, Biniang. Aku busking di ,i.u sehingga pukul seu,bd hasilnya baik. aku akan balik ke runaah. Ka.au ,idk ncuk^ Brickfields di res.or.n-res.oran yang sederct yang .erle.ak d, hadapan pad g bola Jalan Brickfields itu. Pada hujung minggu, kadang-kadang aku akan ke Uptown dengan rakan busking. Kami naik bas dan pulang waktu subuh. Bagitulah ^^ya dan itulah kenyataan hidup yang aku telah lalui. Siapa yang tahu Aku seboleh- boleh hidup berdikari, melalui hidup ini seadanya. Aku ndak perna mencuba untuk meminta bantuan keluarga. Hanya b.la keadaan sanga terdesak seperti hampir Raya, aku terpaksa menelefon .bu d. kampung un v membeli baju Raya untuk anak-anak. Bagaimana pula aku Aku akan bush g pada Hari Raya. Hidup ini sudah tidak ada masa untuk berseronok.Bushng pun sudah tidak menjadi perkara yang menyeronokkan. Di dalam fikira hanya berfikir bagaimana untuk terus hidup. Itu sahaja. Per ara yang ain sudah tidak ambil pusing sangat. Bagaimana pula pandangan masyarakat Aku tidak boleh cerita betapa Lglly. panda'gan ong kita. Dari situ kita boleh melihat setakat, mana. habluminannasnya masyarakat kita antara sesama.

Ada satu waktu semasa aku busking di sebuah restoran, terdapat sebuah keluarga sedang makan di situ; berserban dan memang islamik. Aku menjalankan tugas aku seperti biasa untuk menghiburkan sesiapa sahaja. Keluarga itu memandang aku semacam aku ini peminta sedekah sehinggakan dia menyorok dan berpaling muka tidak mahu menoleh semasa aku hulurkan topi untuk minta sedikit sumbangaii. Begitulah lumrahnya hidup ini. Oleh sebab itulah aku tidak menilai manusia itu melalui pakaian atau imejnya. Mungkin di mata manusia kita mulia, bagaimana pula di sisi Tuhan Mungkin di sisi manusia kita hina, tetapi di sisi Tuhan Cuma seperti peminta sedekah itu dia memang sudali hina di sisi manusia sebab manusia-manusia yang kononnya manusia ini mudah menjatuhkan hukum mengikut hukum akal yang tidaklah sampai ke mana pun. Akal ini kemampuannya agak terbatas. Kalau ada kesempatan dalam hidup, cubalah mendalami ilmu tasawuf atau berjinak-jinak dalam mengenal diri, mengenal roh. Ianya ubat yang sangat mujarab untuk hati kita yang kotor dengan daki duniawi ini. fangan buat sesuatu itu kerana takutkan balasan. Buat sebagai itu tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi ini. Itu sahaja. Bagi yang lain-lain itu biarlah Tuhan yang uruskan. Bukankah hidup ini Dia yang punya Walau kita sekaya Bill Gates pun, akhirnya mati juga - menjadi tanah. Ke mana kita mahu membawa harta dunia Lubang kubur Ini hanyalah pentas kehidupan. Hidup seakan roda. Ada masa kita di atas, ada masa kita di bawah. Begitulah dan itulah kenyataannya hidup ini. Semasa aku dicekup, diangkut ke Penjara Pudu, entah bagaimana ibu aku di kampung mengetahuinya. Dia sedih sehingga masuk hospital. Ini yang membuat aku berfikir untuk berhijrah ke satu dimensi yang lain - mengenangkan untuk keselesaan anak-anak, dan fobia dengan pihak polis. Aku pun berhijrah. Sungguhpun demikian, aku masih busking setiap kali turun ke Kuala Lumpur dan juga berjumpa kawan-kawan busking. Ini salah satu subjek kebahagiaan. Aku tidak peduli apa pandangan orang. Kawan-kawan busking masih kawan-kawan aku. Tidak ada pcrbezaan. Bagi aku, mereka orang yang mulia, mungkin lebih mulia daripada orang-orang politik yang menipu, munafik terhadap bangsa dan agama. Golongan itu lebih keji. Merekalah yang perlu disiasat dan ditangkap, bukannya budak-budak busking itu. Siapalah kita untuk berkata itu ini