SUATU HARI NANTI MANUSIA AKAN MELUPAKAN TUHAN - 24
Buhaira berdiri di bukit tinggi.

Adapun hari ini adalah hari kita. Dan hari ini juga kita akan menjadi pembela seperti mana Muhammad Yang Terpuji. 17 hari bulan ketiga 624 Masihi lalu, pada Bulan Orang Puasa, Muhammad Yang Terpuji itu mengetuai angkatan menentang gerombolan yang jahat. Bab ketiga Kalam Tuhan juga ada memperihal tentang Perang Orang Bulan Puasa ini. Badar, nama perangnya!

Buhaira berdiri di bukit tinggi.

Umatku, bahawa kita ini sudah tiba di pengakhiran, namun kepada Alif Lam Lam Ha kita hanya berharap sembah. Dan dosa kaum yang lalu jangan pula melekakan kita. Bahawa sirah tentang Syurga itu wujud, lalu berbahagialah orang-orang yang berjuang di jalan Alif Lam Lam Ha dengan ikhlas. Dan tiap titis darah kita itu, dikira pahala!

Buhaira berdiri di bukit tinggi.

Maka sungguh kita akan terhapus bersendiri, dan manusia ciptaan Alif Lam Lam Ha itu adalah sebaik-baik ciptaan. Umatku, jangan kamu gentar akan kecilnya tentera kita, kerana Tuhan itu punya kuasa yang melaksanakan apa sahaja keputusannya.

Buhaira berdiri di bukit tinggi.

Pada suatu masa nanti, manusia akan melupakan

Tuhan. Ternyata, hari itu bukanlah hari ini! Takbir!!!

Kuda yang ditunggangi mereka mula berlari kencang menuju ke tanah jajahan neo-kuala Lumpur. Buhaira mendepani angkatan tentera itu disamping Tinta Pujangga yang turut menunggang kuda disebelahnya.

Saat ini, Buhaira sudah tahu mengapa Pujangga itu layak ditabal sebagai seorang Srikandi; beliau benar-benar tampil asli dan tersendiri walau mendepani cabaran masa depan. Razief dan Isaiah masih-masing mengekori mereka dari belakang, berlalu kencang meninggalkan pasangan Jacob dan Joseph yang turut dipimpin oleh Aaron dan Ezekiel.

Mereka melagukan bacaan Timur Tengah yang langsung tidak difahami oleh Pujangga dan Razief; tetapi mereka membiarkan, kalau-kalau lagu dan nyanyian itu mampu merancak jiwa tentera mereka. Kedengaran sebutan ALLAH dan MUHAMMAD dilaungkan berkali-kali, seolaholah meminta keajaiban dalam perang maha penting pada malam yang kelam ini.

Isa...!

Razief... kenapa!

Sampingi aku!

Haa

Kamu harus berada di sisi aku, Isa! Kuda mereka masih ditunggang kencang.

Apa kamu mahu aku melindungi kamu, wahai

Razief

Bahkan sebaliknya Isa. Bahkan sebaliknya, sahabatku!

Ayuh kita lajukan tunggangan Zief. Buhaira sudah berada di depan.

Isa ... Razief membawa kudanya menghampiri

Isa.

Razief, kenapa!

Demi zat aku Isa! Demi zat aku!

Aduh, Zief, kamu kenapa Lajukan tungganganmu!

Demi zat aku, aku akan melindungimu, sahabatku!

Bahkan sebaliknya, Zief. Bahkan sebaliknya!

Kuda yang ditunggangi mereka memecut laju untuk menghampiri kuda tunggangan Buhaira dan Pujangga. Razief dalam persalinan berwarna putih, turut mengikut Isa melilit kepala separuh mesinnya.. Serban, tanda persahabatan. Dan dengan lembut Isa melilit kain putih di kepala Razief semalam; seperti seorang abang yang begitu menyayangi adiknya.

Razief membiarkan. Isa itu disayanginya seperti seorang abang.

Ekor serban itu menari-nari rancak, sedang mereka tidak mengatahui apa yang akan menanti di sebalik pintu gerbang neo-Kuala Lumpur yang mula dicengkam gulungan mega hitam.

Kita akan sama-sama merasai kemenangan peperangan ini, sahabatku Isa! Mereka saling berpandangan, sedang takdir bakal mencatur di hadapan.

Kalau mengikut struktur geografi dan pemetaan, mereka dapat menembusi dataran neo-Kuala Lumpur hanya dengan melepasi Tembok Pemisah, namun kedudukan tembok itu yang akan melorongkan mereka terus ke pusat bandar megalopolis neo-Kuala Lumpur bukanlah satu strategi peperangan yang tepat.

Tinta Pujangga mencadangkan bahawa mereka perlu ke kawasan yang dikenali sebagai Makmal Keabadian milik Juwita supaya dapat bertemu dengan Srikandi yang barangkali masih berkurung kebal di sana. Saat ini, pemancar hologram sudah tidak mampu digunakan kerana medan elektrik dan elektromagnetik yang direncat Jaafar sudah tidak membenarkan itu.

Ancaman utama tentera Buhaira tentulah Traffic Drone dan Military Drone yang berkawal di pintu masuk avenue Mayang Sari, neo-Kuala Lumpur. Jika mengikut peta Malaysia kuno dahulu, avenue Mayang Sari dikatakan tempat asal sebuah kawasan yang bernama Pelabuhan Klang. Bala Tentera Buhaira dari selatan akan cuba menembusi avenue itu dengan menyelinap masuk sebelum mereka dapat bertemu dengan Srikandi Mama Juwita.

Langit masih gelap. Barangkali malam, atau barangkali kuasa Tuhan.

Bersiap siaga kesemuanya! Buhaira memberi amaran.

Kesemua 10 000 bala tentera itu mula bersiap sedia dengan busur dan anak panah masing-masing serta sebilah parang yang dililit dengan kain berwarna merah.; kesemuanya mula memerhati ke langit tinggi untuk menyasarkan panahan mereka kepada Traffic Drone dan Military Drone milik Jaafar.

Hapuskan sebarang entiti sebagaimana Ababil menyerang Abrahah! Begitu arah Buhaira. Kuda yang ditunggang masing-masing memecut laju, setiap komando yang terlibat masih meneliti wajah langit neo-Kuala Lumpur. Megalopolis itu terasa sunyi lagikan mistik.

BOOM!

Panahan pertama dilepaskan oleh Ezekiel, mengenai tepat pada bahagian dada Military Drone sebelum sempat bongkah besi itu menghantar signal kepada barisan ketenteraan Jaafar. Ini benar-benar perang batu melawan kereta kebal seperti di Palestina kuno dahulu!

Allahu! Ezekiel bersyukur, tetapi masih berjagajaga dengan lambakan drone di kaki langit. Isa dan Razief menunggang bersebelahan, sambil mata mereka tertumpu ke atas sana.

BOOM! BOOM! BOOM!

Benjamin menembak tepat tiga Military Drone. Alif Lam Lam Ha Maha Besar! Semangat angkatan tentera Buhaira semakin memuncak, barangkali mereka tahu bahawa Alif Lam Lam Ha itu berada lebih dekat dari urat tengkuk mereka sendiri. Mereka telah tiba di Avenue Mayang Sari. Langkah mereka mula diperlahan, menyusup lembut dalam diam.

Suasana lengang.

Bangunan pencakar langit kelihatan gelap; sumber kuasa barangkali terputus atau diputuskan. Kadangkala terdengar bunyi tangisan neo-Human yang diprogram supaya mempunyai emosi selayaknya manusia. Beberapa kilometer lagi, mereka akan tiba di Makmal Juwita untuk bergabung dengan Srikandi itu.

Ah! Ada satu dengusan kecil di lorong pencakar langit.

Urgh...

Urgh... Dengusan itu semakin kuat saat gerombolan pasukan itu tiba di sebuah lorong yang berantakan.

Siapa kamu Isa bertanya, merapati.

Aku ... namaku Sipher V. Aku... aku takut...! Kanak-kanak neo-Human itu barangkali kehilangan orang tuanya. Dia kelihatan trauma di celah-celah kegelapan Mayang Sari, sebuah bandar mati.

Sipher V, datang padaku, aku ini Srikandi mu...

Sipher V merapati. Pujangga mendapatkan Sipher, lalu memeluknya.

Kamu bernyanyi, mengikut aku, ya...

...ber... bernyanyi...

Iya, mari aku peluk dan melagukan kamu. Mahu

Kanak-kanak itu mengangguk perlahan. Pujangga memeluk sambil memegang kepalanya.

....ikut nyanyianku ... Oh Anak Rusa Nani, Baru Kembang Ekor ...

Aaa..anak rusa nani... baru kembang ekor ...

Apa Salah Kami, Lalu tidak Tegur ...

Aaa..apa...salah ka..-----

Sipher V berhenti menyanyi setelah Pujangga berjaya memeluk dan memadamkan suis yang tertanam di dalam kepala kanak-kanak itu. Untuk memadam riwayat Sipher V secara total, Pujangga mengorek bahagian belakang kepala budak itu dengan bilahan kuku besi yang terselit di jarinya. Sipher V mati serta-merta tanpa sempat menghabiskan korusnya!

Kamu ....

Aku tahu Buhaira, namun budak ini takkan mampu bertahan dengan

Bagaimana kamu mengetahui ---

Apakah kamu ingin menjadi Musa dan aku

Khidirnya

Buhaira diam.

Mereka menyambung perjalanan menuju ke Makmal Juwita.

Kali ini angkatan mereka perlu lebih berhati-hati; mereka tidak boleh melakukan kacau - bilau memandangkan Buhaira tidak mahu perhatian Tentera Jaafar tertarik ke kawasan bahagian belakang neo-Kuala Lumpur. Fikirnya, segala magnitud ketenteraan Jaafar bertumpu di kawasan Kubah Gemawan neo-Kuala Lumpur dan kawasan utama sekitarnya.

Mereka hanya perlu berjumpa Juwita, lalu mejadi abadilah kesemua tenteranya!

Berhenti! Pujangga mula mengangkat tangganya. Rombongan berhenti.

Dengarkan aku!

Angkatan pimpinan Buhaira dan Pujangga mula memberi perhatian. Ini misi antara hidup dan mati.

Jika kamu lihat di seberang sana, bangunan maha besar yang diperbuat dari kaca itu, itulah destinasi pertama kita. Makmal itu kepunyaan Srikandi MahaMencipta Mama Juwita. Adapun suatu masa dahulu, dia telah berjanji untuk mendapatkan kita dan bergabung melawan Pemberontak Jaafar al-Hussien. Ketahuilah bahawa Srikandi Juwita itu adalah orang yang sangat berpegang kepada janjinya.

Srikandi... Aaron bertanya lembut.

Iya, Komander Aaron...

Bagaimana mungkin kita mampu menuju ke dalam bongkah kaca mega itu jika tentera Jaafar sendiri pun gagal menakluk kekebalannya

Aaron, adapun hanya ada dua riwayat yang memegang Kunci Kuasa Makmal ini, dan tentulah aku punya kata kuncinya, Aaron. Aku tahu Jaafar barangkali sedang menumpaskan Tuan Pemerintah sebelum menggunakan seluruh aset neo-Kuala Lumpur untuk menceraikan aku. Ah, menceraikan kita semua!

Lalu, apa yang harus kita lakukan, Srikandi

Aku akan membuka kunci makmal maha suci ini, dan ikutlah kamu memasuki ruang konvensyen di dalamnya. Adapun sebilangan dari kami akan mendapatkan suatu pesanan yang telah disurahkan oleh Srikandi Juwita. Barangkali beliau juga berada di sana untuk bersama kita!

Takbir! Sahutan Aaron disambut sebelum angkatan mereka menuju ke Makmal Keabadian milik Juwita.

Barangkali Mama Juwita masih berada di sana!