ANEKDOT RABAK - 24
Hello. Perkataan pertama kamu katakan pada aku.

Ketika kita bertemu di sebuah sesi di Ubud.

Diikuti dengan berbaris-baris ayat selepas itu untuk hari-hari kemudiannya selama kita di Ubud.

Kamu kata, Youre crazy. Selepas mendengar sajak-sajak aku tentang kekecewaan, patah hati dan kemarahan yang telah dibacakan di sebuah restoran mewah; Casa Luna di Ubud.

Masihkah kamu ingat tentang Grotto

Sebuah kelab reggae di pinggir Ubud.

Masihkah ingat yang malam tu kamu dan Sarah telah memaksa aku mengikut kamu berdua ke Grotto

Semata-mata kerana kamu dan Sarah mahu aku bacakan sajak-sajak aku di situ, kata kamu, Ive fallen in love with you.

Dan

di Grotto juga, kamu menjadi Cupid untuk seorang Makwe Wartawan Aussie yang mahu berkenalan dengan Lelaki Separa Sewel,

Kampung boi

Simpang Pulai ni.

Aku tak tahu apa yang terjadi terhadap makwe cantik dari negara Kangaroo tu sekarang.

Mungkin, dia sedang sukakan

Lelaki Separa Sewel lain di sebuah lagi daerah asing.

Etgar,

Etgar,

Etgar, Kamu sendiri tahu, dah terlalu ramai perempuan yang telah mengecewakan aku.

Beri aku satu sebab mengapa harus aku habiskan masa

bersama makwe Aussie berambut perang yang tak dinafikan memang

sangat cantik tersebut sedangkan seorang penulis Israel yang bijak seperti kamu ada di situ, di Grotto, bersama aku.

Etgar,

Etgar,

Etgar,

Aku masih mampu mencuba untuk dapatkan perempuan-perempuan cantik. Tapi, aku tak pasti adakah dapat berjumpa dengan seorang penulis Yahudi seperti kamu lagi.

Lagipun, entah bila kita dapat berjumpa dan membuat perkara-perkara gila lagi seperti mana kita lakukan

di Ubud.

Etgar,

Etgar,

Etgar, Setiap perkataan dalam catatan ni telah disertakan dengan bahagian-bahagian yang gembira daripada jiwa aku. Bahagian yang gembira untuk kita raikan persahabatan ni.

Keret, semoga kita bertemu lagi, harapnya, sebelum aku atau kamu mati.