Desa itu tiada cacat celanya tetapi ada sesuatu yang kurang. Ayu ingat lagi bagaimana susahnya penduduk Kampung Sri Dang Wangi uniuk mendapat rawatan apabila ada penyakit alau kemalangan. Penduduk di sini perlu ke hospital yang agak jauh.
Ayu mcnyedari tiadanya klinik kerajaan di kawasan itu. Dia ingat lagi kisah silam yang menimpa ibu Rasyidah, kematian Siti adik angkatnya juga kelewatan bantuan perubatan yang maju semasa arwah neneknya sedang tenat. Ya, walaupun ajal maut di tangan Tuhan, tetapi setidak-tidaknya bantuan perubatan perlu supaya dapat memulihkan atau tidak pun meringankan beban!
Ayu menanam tekad di hati untuk memohon ke159
pada pihak kerajaan agar sebuah klinik kecil didirikan. Ya, ini adalah satu tekad dan sebuah cita-cita!
Dia berlaga dengan seorang wanita dan troli terlepas. Oh... I'm sorry!" pohonnya dengan lembut.
Imran menggeleng, segera menghampiri Ayu yang baru selesai menjalankan tugas. Wah.... berkhayal sampai tak nampak orang!
Ayu tersipu-sipu. Er... Imran! You tunggu I malam ni!
Sekarang tak boleh ke
I ada hal di office... Ill see you malam nanti. Eight oclock you datang rumah!
Okey!
YOU serius ke Ayu
Yes Imran! Cara ini saja I dapat berbakti. I memang berhasrat untuk membangunkan kawasan kampung I tu dan langkah pertama dengan mendirikan klinik!
Tapi... you mesti ikut procedure!" Bagaimana
Simple... you tak perlu keluarkan modal cuma you perlu rujuk kepada wakil rakyat... buat surat per-mohonan dan...sudah tentu itu tugas wakil rakyat! Kalau tidak... apa gunanya dia mewakili you all kalau tak boleh memberi keperluan. You bukannya minta wang... you all hanya inginkan sebuah klinik untuk ke-mudahan penduduk!
Ayu melirik senyum dan entah kenapa dia bagai ingin memeluk Imran. Tctapi. dia hanya mampu meraih jari-jemari lelaki itu. Thanks Imran... You're great.
Small matter!
Mereka makan di coffee house, bersiar-siar di lobi hotel sebelum berpusing mengelilingi kota K.L. Detik demi detik merapatkan lagi perhubungan mer160
eka.
Adakalanya mereka makan di The Ship, ataupun menjamu selera di Seafood Brickfields. Pada kala hari libur, jika mereka sama-sama bercuti - Imran akan memandu ke pantai.
Mereka berjemur di PD, makan di gerai-gerai, dan bersiar-siar di pesisiran pantai jika kebetulan bulan mengambang penuh.
Jika mood panas - mereka akan memanjat Genting Highlands, menghurung tasik atau ke Cameron Highlands menjamah kehijauan.
Segala-galanya berlalu pantas, seindah pentas kasih yang di atasnya Romeo dan Juliet sedang berla-kon. Detik bergantian, membawa hari dan bulan.
Mereka tidak segan silu berpegangan tangan atau memberi kucupan sekadar ucapan selamat malam.
Bye honey... I miss you! Imran mengecup pipi Ayu yang gebu. See you!"
Ayu senyum, meredupkan matanya tanda rindu!
BAK kata orang: kalau kasih sudah berputik... ke takutan menghantui diri. Saban waktu hati berdebar-debar - khuatir jika buah hati disambar orang.
Imran meredupkan matanya - menolak timbunan fail yang sepatutnya diselenggarakan. Dia kehilangan mood, tidak bermaya untuk menghadapi laporan dan kertas kerja yang menggunung di alas meja.
Semua ini gara-gara Ayu!
Dia seorang lelaki hebat di kaca mata wanita - tampan, bergaya, dan berwibawa. Lelaki muda yang success dan seorang ahli perniagaan yang berkaliber. Dia punyai segala-galanya - aset, kemewahan, tokoh, dan setiap yang menjadi impJsifl lelaki.161
Aneh, yang tiada di dalam dirinya adalah kekuatan untuk menahan rindu yang membara terhadap Ayu. Cuma ini saja masalah yang dihadapi kerana dia tidak berupaya menyisih perasaan itu.
Humbankan dia ke dalam gelombang perniagaan, tidak pemah dirinya merungut. Dia mampu menyele-saikan permasalahan walaupun rumit. Tetapi, apabila menghadapi masalah rindu, dia tenyata tewas. Wajahnya sugul dan hatinya tak keruan.
Wajah Ayu menjelma - mcngganggu tidurnya. Di bilik air pun wajah itu muncul. Di dalam laci, di celah-celah kocek, di bawah meja - wajah Ayu tetap menjelma. Dia tidak berupaya melontar wajah itu jauh-jauh.
Dia khuatir jika ada lelaki lain yang berkongsi perasaan sepertinya. Dia tidak sanggup lelaki lain berkongsi pegang tangan, menjamah renungan atau apa saja berkenaan Ayu.
Dia mahu Ayu menjadi miliknya seorang. Tidak ada sesiapa pun insan bergelar lelaki yang layak menghampiri Ayu.
Imran menghumban kakinya ke atas meja, melurutkan sedikit badannya sambil menolak kerusi ke belakang. Dia memejam mata, cuba untuk tidur tetapi Ayu yang muncul.
Mereka berlarian di pantai, berpegangan tangan sambil ketawa. Mereka singgah di Sakura - menjamah selera. Tiba-tiba mereka sudah berada di awan, berlari tanpa kaki mencecah bumi.
Telefon menjerit - menghalau khayalan!
Yes!
Encik Imran... Cik Ayu ada di luar!
Imran melompat, menyisir rambut sambil mem betulkan dasi. Okey... suruh dia masuk!162
Daun pintu berkayu nyatuh terkuak - membawa keharuman yang memukau. Ayu melempar senyum dan melangkah dengan lengguknya yang menawan.
Imran merenung Ayu - wanita yang paling cantik pernah ditemui dan pemah didampingi.
Hei... kenapa you pandang I macam nak telan
Imran senyum spontan.
Oh... I lapar... apa kata kita keluar lunch!
I'm about to ask!
Okay... come! Imran memimpin Ayu keluar menuju ke tempat letak kereta.
Kereta meluncur menerjah destinasi.
Mereka makan steak di sebuah hotel terkemuka.
Saat itu amat indah. Ayu dapat merasakad betapa Imran amat mengambil berat tentang dirinya. Dia dilayan penuh manja. Setakat ini tiadd siapa yang dapat melayan begitu. Imran amat memahami.
Sikap Imran begitulah, yang sentiasa menambat rindu Ayu untuk selalu bersama dengan Imran. Tambahan pula Neng Jenab, nenek yang sangat disa yanginya telah pergi buat selama-lamanya.. Kehilangan Neng Jenab telah memberi kesan yang sangat dalam. Dirasanya hidup ini kosong dan sunyi. Dia amat merindui Neng Jenab. Kini kekosongan dan kesayuan itu telah diisi oleh Imran.
Setelah mereka menghabiskan masa hampir tiga jam di hotel terkemuka itu, sambil makan dan berbual mesra, Imran mengajak Ayu untuk bersiar- siar.
Eh... Imran, you free tak
Yes! I'm very free today. My time is just for you. Is anything that matter
Dah lama kita tak ke PD. Kita ke sana!
Why not! I love it. After all I had been busy since last week. Lagipun jalan ini memang jalan ke PD.163
Kereta terus meluncur. Mereka amat bahagia. Dalam perjalanan mereka tidak pernah sunyi dengan ketawa dan gurau senda. Bagi Ayu saat itu amat indah. Saat begitulah yang sentiasa diharapkan.
Ayu juga sempat membina angan-angan, alangkah indah sekiranya Imran sentiasa di sisi. Alangkah bahagia jika Imran melamarnya menjadi isteri.
Namun, naluri labah-labahnya segera menjelma. Kalau sebelum ini dia sentiasa berdendam dengan lelaki kenapa Imran disanjunginya. Ayu terdampar di dalam lautan dilema.
Mereka tiba di pantai peranginan lewat petang, lalu keluar dari kereta sambil beriringan tangan penuh mesra. Mereka semakin intim, sesuai dengan sifat Imran yang sangat mengambil berat dan sifat Ayu yang lembut dan manja. Gandingan penampilan mereka berdua akan membuat semua orang menjadi cemburu.
Suasana rembang mengasyikkan, mendendangkan lagu-lagu kasih. Suasana rembang juga menambah kesyahduan alam dengan panaroma yang mengagumkan. Manakala bayu laut petang itu seakan mengerti kehadiran sepasang merpati yang sedang dilambung ombak kasih.
Ayu meleraikan tangan lalu berlari anak ke gigi air. Imran mengejar. Ayu menguatkan larian, tapi terpijak permukaan pantai yang tidak rata lalu terjatuh. Imran meluru segera mendapatkan Ayu.
Nyata Imran amat mengambil berat. Ayu... , are you alright Imran cemas.
Yes... I'm okay." Sambil cuba untuk berdiri tetapi dia terjelepuk semula. Nyata kaki Ayu terseliuh.
Imran cuba memapah Ayu, tetapi kecederaan Ayu menyakitkan. Lalu Imran mencempung dan mem164
bawanya ke kereta. Tanpa berlengah Imran membawa Ayu ke klinik berhampiran.
AYU tiba di rumah agak lewat. Kakinya masih sakit walaupun tidak sesakit sebelumnya. Dia hanya meminta Imran menghantarnya sekadar dipagar. Sambil berjalan terdengkut-dengkut, Ayu ke bilik dan menanggalkan pakaian lalu berbaring untuk melepaskan penat.
Seperti biasa, labah-labah melekap ke perutnya sambil merayap. Ayu sangat lesu, namun naluri labah-labah terus menguasainya.
- Kau mesti kecewakan Imran.
- Aku tidak mampu, dia sangat istimewa untukku.
- Apa bezanya dia dengan lelaki-lelaki lain, yang telah kau kecewakan.
Ayu di dalam dilema. Sedaya mungkin dicuba mengembalikan dirinya daripada kuasaan naluri labah-labah. Dikumpulkan segala tenaga dan tumpuan ke alam realiti. Dicapainya tuala dan segera ditutup tubuhnya lalu ke bilik air.
Kemudian dia berbaring semula di katil kerana penatnya masih terasa. Namun naluri labah-labah masih kuat menguasai nuraninya. Akhirnya dia tewas juga dengan bersetuju untuk mengecewakan Imran, walaupun hakikatnya dia amat merindui dan memerlukan lelaki itu.
Ayu dikejutkan dengan bunyi loceng. Dia lalu mengemaskan dirinya ala kadar. Lalu, diselaknya langsir dan dia mengintai ke luar. Imran! Ayah segera mengambil kunci dan bergegas keluar untuk mendapatkan Imran. Walaupun kakinya masih sengal namun, kerana Imran digagahi juga.
What bring you back here165
I'm so worried about you. Are you really okay
Yes. I'm alright. Come in. Sambil membuka mangga pagar.
Dipegangnya tangan Imran penuh manja sambil membawanya masuk ke dalam rumah. Mereka duduk beriringan sambil mata Ayu melirik manja.
Naluri labah-labah menguasai Ayu.
- Ayu, inilah masanya kau kecewakan Imran.
- Tidak. Aku mencintainya.
- Ayu, Imran sama seperti lelaki lain. Suka membanting bukan membentengi.
- Tidak, Imran tidak pernah melakukannya terhadapku. Dia terlalu baik. Dia terlalu mengambil berat.
- Kau mesti mengecewakannya Ayu. Kau mesti melakukannya.
- Tidak!
Tubuh Ayu menjadi kaku secara tiba-tiba. Ini menyebabkan Imran menjadi serba salah. Cara Ayu berpakaian membuat Imran ragu-ragu untuk melakukan sesuatu bagi membantu Ayu. Pada fikirannya pula dia perlu melakukan sesuatu bagi menyelamatkan Ayu. Imran amat khuatir diri Ayu yang tiba-tiba kaku de ngan matanya yang terbeliak tanpa berkelip. Imran lalu mengambil keputusan untuk membawa Ayu ke hospital. Dicempungnya Ayu, namun keadaan Ayu tiba-tiba pulih.
Hei Imran... What are you trying to do Ayu meronta-ronta. Lalu Imran meletakkan Ayu kembali ke sofa.
Come on, Ayu... please be calm.
I'm not this type, okay!
Ayu... I'm sorry, I didn't mean to do anything... or to hurt you. I... I....166
Sudahlah Imran... I dont think. Im ready for all these, you don't have to explain anything.
Imran menunduk. Ayu... Im sorry. I thought, you were sick, and I was trying to help.
Ayu kaku. Dilihatnya Imran menggenggam rambut sambil terkapar. Dia tahu Imran menyayanginya, malah Imran boleh bertindak kasar jika dia mahu. Cuma yang tidak diketahuinya niat suci Imran waktu dia di bawah sedar. Sesedarnya, dia merasakan Imran cuba melakukan sesuatu yang tidak wajar.
Ayu mengakui dia juga mencintai Imran. Ya, lelaki pertama dicintai selepas Murad. Tetapi, dia tidak dapat menerima hakikat ini. Dia tidak rela tubuhnya disentuh, juga permintaan labah-labahnya...
Bagi Imran pula, apa yang cuba dilakukan adalah semata-mata kasihnya terhadap Ayu, lantaran diri Ayu yang tiba-tiba kejang. Sebagai orang yang sangat mengambil berat sewajarnyalah dia melakukan se suatu untuk memulihkan.
Imran memejam mata. Dia berasa malu dengan perlakuannya tetapi baginya tiada jalan lain untuk membantu Ayu. Tetapi tindakannya itu mendapat bantahan daripada Ayu, tanpa sempat dia menerangkan perkara yang sebenar.
Ayu lalu masuk ke bilik dan terus mengunci diri nya. Manakala bagi Imran, tidak wajar untuknya un-tuk terus berada di situ lalu beredar dengan harapan agar Ayu reda daripada segala salah faham.
Mungkin Ayu ketika itu terlalu tertekan lantaran kesakitan dan kepenatan. Atau mungkin ubat pena-han sakit yang diberikan oleh doktor membuatkan dia bersikap demikian. Ya, semuanya adalah kemungkinan. Tapi yang nyata Imran berasa malu dengan perlakuannya itu. Akan diterangkan segala-galanya 167
setelah semua selesai. Sebagai seorang yang berhemat tinggi, Imran begitu positif tanpa terfikir perkara-perkara yang di luar jangkaannya.168