Bukan mudah seseorang lelaki berkongsikan segala-galanya dengan orang lain. Ego yang tinggi membuatkan mereka tidak berkongsi masalah dan rahsia dengan sesiapa sahaja. Kecuali dengan orang yang sangat mereka percayai.
Jika si dia mula bercerita segala masalahnya padamu, jadilah seseorang yang boleh dipercayai. Janganlah kamu menceritakan apa yang sudah diceritakan padamu kepada orang lain.
Kerana, sekali kamu tidak dipercayai olehnya, nescaya kamu tidak akan dipercayai lagi sampai bila-bila. Untuk mendapatkan kepercayaan adalah perkara yang sukar, untuk menjadi orang tidak dipercayai tidak sesukar mana. Mudah sahaja ia berlaku. Dalam sekelip mata sahaja kamu akan kehilangan jejaka yang kamu sukai itu.
Jadilah pendengar yang bagus. Kongsikan pendapatmu dengannya sebaik-baik mungkin. Mereka pasti akan lebih gembira kerana kamu mendengar apa yang mahu diceritakan dan kamu tidak pula membocorkannya kepada orang lain.
Taut hatinya melalui kepercayaan yang sudah diberikan padamu. Berikan apa yang dia inginkan, kepercayaan dan ketulusan kamu menyimpan rahsia tersebut.
Gadisku, menyimpan rahsia dan masalah orang lain sangat digalakkan. Membuka aib orang lain hanya akan mengundang perkara yang tidak baik padamu. Kamu adalah seorang insan baik yang pastinya akan cuba melakukan apa yang termampu untuk mendapatkan cintanya.