AYAH EDY PUNYA CERITA - 24
Fazallah Pit

Ibu bapa dan guru yang saya cintai di manapun anda berada, suatu hari datang seorang ibu berkonsultasi kepada saya, meminta untuk dipilihkan sekolah yang sesuai untuk anaknya. Lalu, saya mencadangkan sebuah sekolah yang menjalankan konsep yang saya sampaikan. Namun, minggu depannya ibu yang sama datang lagi. Kali ini dia berkomentar, Ayah, benarkah anak saya dicadangkan bersekolah di sana Saya terdiam. Mengapa

Bangunannya sangat teruk, letaknya pula di tengah-tengah kampung. Malah sekolah rendah di tempat lain kelihatan lebih bagus.

Kemudian saya jelaskan bahawa sesungguhnya ibu bapa hanya menilai bagus atau tidak sekolah atau bangunannya tetapi anak kita lebih mementingkan guru dan cara belajarnya. Apakah gurugurunya tulus dan benar-benar mencintai anak dan apakah proses belajarnya sesuai dengan fitrah penciptaan mereka

Saya katakan kepadanya, Jika ibu tidak keberatan, ibu cuba dulu program try out. Jika anak ibu sesuai, sebaiknya memang dia perlu bersekolah di sana.

Satu bulan kemudian ibu itu datang lagi kepada saya. Kali ini dia kelihatan gelisah. Ayah... Saya bingung, mengapa anak saya kalau ditanya tadi belajar apa, jawapannya selalu tadi dia asyik bermain ini dan bermain itu. Lalu bagaimana ini, apakah tak berbahaya Ayah tidak bergurau, bukan katanya serius.

Sambil tersenyum saya berkata, Saya serius, ibu. Saya sama sekali tidak bergurau. Sesungguhnya cara belajar yang terbaik bagi anak adalah sambil bermain. Guru-guru di sana memang saya minta untuk membahasakan belajar itu dengan cara bermain kerana sudah banyak anak-anak yang trauma dengan kata belajar. Dengan demikian, setiap anak akan selalu bersemangat pergi ke sekolah kerana dalam fikiran, mereka akan bermain bersama temantemannya.

Nah, di sinilah tugas berat bagi guru-guru di sana. Bagaimana mereka boleh menyisipkan mata pelajaran dalam setiap permainan yang mereka buat sehingga si anak sama sekali tidak sedar jika sesungguhnya mereka sedang belajar. Dengan cara ini, si anak tidak hanya gembira, bahkan juga boleh menyerap pelajaran hingga 90 peratus ke atas. Ya, kerana hati mereka senang.

Cuba perhatikan, apakah setiap pagi anak ibu bersemangat bangun dari tidur tanya saya.

Ya, jawapnya.

Tidak pernah alasan sakit kepala atau sakit perut Ya, jawapnya lagi.

Dan masih tetap bersemangat setelah pulang sekolah

Ya, betul... Bahkan dia sering menceritakan tentang gurunya dan apa yang dilakukannya tadi.

Nah, kata saya lagi, Itulah sesungguhnya ciri-ciri sekolah yang baik dan sesuai untuk anak ibu.

Lalu, saya tanya lagi. Cuba bandingkan dengan kakaknya yang bersekolah di tempat lain. Apakah pada pagi hari dia sering sukar dibangunkan untuk sekolah

Ya, kadang-kadang.

Apakah dia sering mengeluh sakit ketika ada ulang kaji di sekolah

Ya, itu yang sering berlaku.

Bagaimana setelah pulang dari sekolah

Ya, biasanya dia langsung masuk ke bilik dan tak pernah mahu cerita apa-apa. kata si ibu lagi.

Cuba ibu fikirkan, agak-agak apa sebabnya Dapatkah anak yang tertekan setiap hari belajar dengan baik

Si ibu tadi terdiam, kelihatannya merenung. Ya, saya hanya berharap agar ibu tadi dapat berfikir dan mengambil keputusan yang tepat bagi anaknya.

Sesungguhnya cara belajar yang terbaik bagi anak adalah sambil bermain.