Beb, Akhirnya Aku Dilamar - 25
BAB 25

FELISHA berselimut lingkup di atas katil. Surat yang diterima pagi tadi cukup membuatkan hatinya kembali bingung. Resah. Gelisah.

Kalau aku buat laporan polis, macam mana aku nak tahu lelaki yang hantar surat tu sama ke tak dengan lelaki gila yang nak rogol aku dulu tu Felisha semakin bingung.

Sha..kau kenapa ni Demam ke Hanim jenguk di muka pintu. Felisha berselimut lingkup.

Beb..aku dah tak tahan. Dia hantar lagi surat ugutan tu. Felisha bingkas bangun dan memeluk Hanim.

Apa Dia hantar lagi Dia tulis apa pulak kali ni Hanim pandang Felisha tidak berkelip.

Ni Felisha hulur sekeping kertas yang dilipat kepada Hanim.

Hanim baca satu persatu.

Shaaku rasa elok kau buat laporan polis saja. Ni dah kes serius. Lama-lama nanti, dia akan buat lagi teruk dari ni. Hanim melipat semula surat dan diletakkan atas meja.

Kau rasa patut ke aku buat macam tu Felisha menelan liur.

Memang patut la beb! Dia dah ugut kau macam tu. Hanim pertahankan cadangannya.

Aku takut la. Kau baca betul-betul surat tu. Dia kata kalau dia tahu aku buat laporan polis, dia akan buat sesuatu di luar jangkaan. Aku takut la Felisha menapak semula ke atas katil.

Habis tu Takkan kau nak biarkan saja semua ni Hanim turut duduk sebelah Felisha.

Bebaku dah buntu ni. Mama aku pulak sibuk suruh aku terima pinangan kawan baik dia tu. Aku diberi masa sebulan je cari calon suami. Dah la tu, berlaku pulak benda macam ni. Aku dah bingung gila ni! Felisha sudah buntu. Kusut otaknya nak memikirkan semua tu.

Calon suami Kan kau dah ada Fariz tu! Hanim sengih.

Dia boyfriend celop je la. Felisha berkata sugul. Dalam hati hanya tuhan yang tahu. Saat dia inginkan Fariz jatuh cinta dan melutut di kakinya, tika itulah hatinya mula berputik sayang pada lelaki tu. Haih

Aku ada masa dua minggu je lagi. Felisha jeling kalendar di atas meja.

Hmmkau confess je la depan Fariz tu. Kau kata yang kau cintakan dia. Jadi aku rasa dia tentu terima kau sebab mama diakan suka sangat kat kau. Hanim pujuk Felisha.

Confess macam mana sekalipun, kalau hati sudah kering macam gurun sahara tu, sampai kiamat pun dia takkan terima! Sentap lagi ada la! Felisha mencebik.

Hanim ketawa mengekek.

Kenapa kau ketawa

Tak ada lalain macam je riak kau bila aku sebut nama Fariz. Berseri-seri! Itu namanya cinta cik Felisha oi! Hanim ketawa lagi.

Sudahlah! Dua minggu lagi aku kena bersedia terima pinangan kawan baik mama aku tu. Felisha menarik selimut sampai menutupi muka.

Siapa Hanim mula teruja.

Tak guna ada rupa kalau perangai mengalahkan setan!Geram Felisha pada Fariz masih bersisa.

Eh beb, bakal suami kau yang ni pun perangai setan jugak ke Hanim senyum. Geli hati mendengar bebelan Felisha. Kalau dulu, Felisha tidak pernah bercerita soal lelaki lain selain Mr. Baseball Cap dia tu tapi kali ini sibuk mencemuh lelaki. Kadang-kadang tak faham dengan sikap Felisha. Dulu mengeluh tak ada calon, sekarang sudah ada calon pun, ada lagi yang tak kena. Kalaulah mamat baseball tu ada..kan senang.

Maksud aku tadi Fariz tu. Yang ni pulak dah terlebih romantiknya. Sampai aku pun naik geli geleman! Felisha mula senyum.

Weh! Okey la dapat suami yang romantik. Bahagia hidup kau nanti beb! Hanim tepuk bahu Felisha yang sudah tunduk.

Dia yang bahagia, akuFelisha jeling Hanim yang sudah berseri-seri. Melebih-lebih pulak minah ni.

Alah..perempuan ni kalau dah disogok dengan limpahan kasih sayang, jagaan yang baik, hati yang keras macam batu pun akan cair beb!

Tambah pulak kau ni, entah-entah keras tak sampai seminit! Hanim ketawa.

Felisha diam seketika. Ligat memikirkan kata-kata Hanim.

Kau dah jumpa Qif Felisha mula ubah topik.

Belum la Sha..aku segan la nak jumpa dia. Lidah aku ni, kelu, beku kalau berdepan dengan dia. Aku pun dah bingung ni. Hanim tunduk.

Alah..kau pergi je PPUM tu. Tak pun, biar aku temankan kau. Felisha sengih.

Ek eleh..problem kau pun tak habis lagi, nak temankan aku Hanim senyum lagi.

Dah la! Tawaran aku ditutup! Felisha tarik selimut.

Hanim masih ketawakan Felisha sambil menapak keluar dari bilik. Sempat dia jeling Felisha sebelum menutup pintu.

Hanim menapak ke biliknya yang terletak di tengah-tengah. Sempat dia menjenguk bilik Najwa yang terbuka sedikit.

Eh, tak kunci ke Selalunya asyik kunci je memanjang. Macam ada jongkong emas bertimbun dalam tu. Hanim terjenguk-jenguk. Dia mula penasaran.

Perlahan dia melangkah ke arah bilik Najwa. Pintu yang sedikit terbuka dikuak perlahan. Tercengang melihat keadaan bilik Najwa. Di dinding dekat dengan meja belajar terpampang beberapa keping gambar lama yang ditanda pangkah dengan dakwat merah.

Kenapa dia tanda macam ni Hanim berkerut kening melihat gambar diconteng-conteng. Matanya menala pada sebuah album. Belum sempat dia belek album di atas meja belajar, dia terdengar derapan kaki semakin jelas di cuping telinganya. Cepat-cepat dia menapak keluar dan bergegas masuk ke biliknya.

TERKOCOH-KOCOH Felisha berlari ke arah keretanya. Jam di pergelangan tangan sudah melebihi sembilan pagi. Kereta Pesona Najwa sudah tiada di laman. Kereta MyVi Hanim pun sudah tak ada. Aduh! Aku yang lambat! Felisha segera memecut keretanya ke kedai bunga.

Berlari Felisha ke arah kedai bunganya. Beg tangan disangkut di bahu kiri. Bakul bunga pula dipegang kuat di sebelah tangan kanan. Tangan kiri pula memegang fail akaun yang sudah dikemaskini. Semalam dia terpaksa bawa balik ke rumah.

Sha!

Felisha menoleh ke kanan. Kamalia menapak laju ke arahnya. Kamalia

Err..awak buat apa kat sini Felisha hentikan langkahnya.

Saya nak tanya sikit. Betul ke awak sukakan Tajdid Kamalia tercungap-cungap menahan mengah.

Erk! Kenapa Felisha berkerut kening. Pelik soalan dia ni.

Saya rasa bersalah pada awak hari tu. Maafkan saya. Saya tak sepatutnya kata macam tu. Kamalia turut menolong Felisha mengangkat bakul masuk ke dalam kedai.

Kata apa Felisha sudah buntu. Banyak kejadian yang tak disangka berlaku dalam hidupnya.

Masa majlis saya dulu, baru saya sedar. Tajdid memang sukakan awak. Kamalia letak bakul atas meja. Dia bersalam pula dengan Ainul.

Eh, awak tak salah apa. Awak cintakan Tajdid kan Sengaja Felisha bertanya soalan keramat tu.

Tapi buat apa kalau hanya bertepuk sebelah tangan. Memang sejak dulu saya sukakan dia. Yalahdulu masa di kampus, ramai juga pelajar perempuan yang sukakan dia dan dia pun macam suka kat seorang perempuan ni...Kamalia berkata selamba.

Suka kat seseorang Felisha pandang Kamalia tidak berkelip. Seingatnya Tajdid pernah beritahunya dulu yang dia tidak pernah sukakan mana-mana perempuan sebelum ini.

Kamalia angguk. Ya. Saya nampak dia selalu berdua dengan seorang gadis ni tapi saya tak tahu sejauh mana hubungan mereka. Lepas tamat belajar, Tajdid pulang ke Malaysia dan setahu saya dia tak ada lagi berhubung dengan gadis tu. Ujar Kamalia mengingati semula kisah di kampus.

Oh Felisha senyum hambar.

Anyway, saya harap awak dapat bahagiakan Tajdid. Dia lelaki yang baik. Kamalia mula minta diri.

Felisha hanya pandang Kamalia yang sudah berlalu pergi. Kadang-kadang dirasakan hidup ini penuh dengan kejadian yang tidak disangka. Datang dan pergi tanpa perancangan.

Kak..itu kakak yang datang beli bunga kat sini dulu kan Ainul turut jenguk Kamalia yang sudah menapak ke kereta semula.

Felisha angguk.

Dia nak apa

Err..tak ada apa.. Felisha mengemas bunga dan fail diletakkan atas meja di pejabatnya. Ainul masih memerhati Kamalia di muka pintu kedai.

Wow! Kak Sha nampak lain hari ni Berseri-seri! Ainul sempat memerhati Felisha yang mengenakan baju kurung warna ungu gelap dan tudung bercorak abstrak yang memang sepadan dengan warna baju.

Akak akan cuba biasakan diri pakai macam ni. Felisha senyum malu. Malu pada Ainul yang sentiasa berbaju kurung. Selepas kejadian semalam, dia merasakan dirinya ditelanjangkan oleh mata-mata liar lelaki yang cuba mengambil kesempatan. Dia akui apa yang dikatakan oleh Fariz selama ni memang benar walaupun kata-kata Fariz kedengaran seperti menyindir dan agak kasar. Sememangnya kebenaran adalah pahit untuk ditelan.

Lama Felisha termenung memikirkan kata-kata Kamalia tadi. Maknanya Tajdid ni bukan calang lelaki. Dia ada peminat yang ramai.

Ah! Buat apa aku nak fikir soal ni lagi. Menyemakkan otak je. Baik aku kemas kini pasal bunga aku ni. Felisha buka komputer. Dia menaip segala yang berkaitan dengan bunga terutama nama-nama saintifik bunga yang dijual di kedainya.

Hmmm.kalau aku tambah asal usul bunga dan cara penanamannya okey jugak ni. Felisha merenung skrin komputer. Laju dia menaip informasi mengenai bunga yang dijual di kedainya. Segala maklumat tentang bunga akan dipamerkan di setiap sudut.

Bunyi teks mesej masuk ke telefonnya dibiarkan saja. Felisha menghabiskan kerja. Ada sedikit lagi informasi yang perlu dikemas kini. Setiap informasi itu dicetak dan ditampal di dinding.

Sekali lagi teks mesej masuk. Felisha tidak sedikit pun jeling. Dibiarkan saja.

Hmm.rajin betul hantar sms kat aku. Felisha mula jenguk skrin telefon. Memang betul sangkaannya. Mesej dari Fariz. Mesej dibaca seketika.

Terima kasih atas upah yang mahal tu. Tak ada upah yang lagi mahal ke

Gila duit mamat ni! Orang bagi betis nak paha! Felisha mencebik. Dia baca pula mesej yang kedua.

Awak belum jawab soalan saya semalam. Kenapa awak menangis dan peluk saya

Felisha terdiam. Mesej kedua dari Fariz tidak perlu dijawab. Dia sudah bulatkan hati tak akan ada sebarang hubungan lagi dengan Fariz. Titik!

Kak Sha, ada pelanggan nak jumpa! Ainul melaung dari sudut rak bunga.

Siapa Felisha jenguk ke luar. Hanya nampak kepala Ainul saja. Ainul sudah tenggelam di celah-celah susunan bunga yang berderet. Agaknya sibuk menilik bunga dan membuang mana yang sudah agak layu.

Entah!

Felisha bingkas bangun. Dia mendekati susuk tubuh seseorang yang sedang membelakanginya.

Err..maaf, encik cari saya ke Felisha berdehem kecil.

Aku la!

Felisha mendongak. SiapaJaz ke

Kau apa khabar

Baik! Macam mana kau tahu kedai aku ni Felisha tersenyum lebar. Lelaki yang berdiri di depannya sekarang ni sudah agak lama tidak bersua. Mungkin sudah hampir tujuh tahun sejak tamat SPM. Dari rambut panjang sekarang ni sudah kemas dengan rambut ala komando.

Dihias dengan kumis.

Alah..kalau pasal kau, kacang je Setakat kedai macam ni!Jazman petik jari sambil tersenyum lebar.

Ya lakau tu sejak sekolah lagi suka sangat siasat-siasat ni. Kau buat apa sekarang Jadi polis ke Usik Felisha. Dia mula mengajak Jazman ke bilik pejabatnya.

Pandai pun kau! Yup! Aku dah jadi polis, bahagian jenayah berat di Bukit Aman. Apa lagi yang kau nak tahu Jazman sengih.

Felisha terbeliak. Jadi..memang betul la kau ni dah jadi polis

Jazman angguk. Bangga.

Wah! Hebat kau ya! Tentu dah pangkat besar! Felisha persilakan Jazman duduk. Dia bingkas bangun semula ke pantri menyediakan minuman dan sedikit kuih yang dibeli pagi tadi.

Tak payahlah susah-susah. Aku singgah ni pun sekadar nak tengok kedai bunga kau ni. Hmm..dah berjaya kau sekarang ya. Jazman perhatikan sekitar kedai bunga Felisha.

Sikit-sikit je. Dah ni minat aku. Oh ya, kalau kau tak ada kerja, aku belanja kau makan tengah hari nanti Felisha senyum. Rasa rindu pada sahabat yang sama-sama belajar semasa di sekolah menengah dulu. Jazman banyak menolongnya dan melindunginya dari pelajar lelaki yang cuba mengusik.

Okey jugak tu. Jazman jeling jam di pergelangan tangan. Sudah hampir dua belas tengahari.

Kalau macam tu, jomlah! Kat hujung bangunan ni ada restoran. Sedap masakannya. Felisha bingkas bangun.

Mereka berdua beriringan menuju ke restoran Selera Kampung.

JAZMAN hanya tersenyum mendengar celoteh Felisha yang dari tadi tak henti-henti bercakap. Banyak kisah sekolah mereka jadi bualan.

Hmmsemakin cantik dia ni. Terpegun melihat kecantikan semula jadi Felisha yang sememangnya diwarisi dari sebelah mama Felisha.

Shakau dah nikah Jazman mula melontar soalan keramat.

Belum. Kau Felisha sengih. Sirap bandung dihirup perlahan. Nasi berlaukkan sambal ikan bilis dan ulam cukup membangkitkan seleranya. Licin!

Aku MBA. Jazman turut senyum. Milo ais dikacau dengan straw.

MBA Felisha berkerut kening. Tak faham.

Married but available!

Serentak Jazman dan Felisha ketawa.

Kau ni! Tak pernah berubah sejak dulu. Bila kau nikah Tak jemput aku pun Felisha senyum lebar.

Jazman senyum hambar. Pernikahannya dengan Suhaila sudah memasuki usia tiga tahun tapi selama itulah dia tak pernah mengecapi nikmat hidup berumah tangga.

Weh! Mengelamun pulak kau ni! Kau belum jawab soalan aku. Felisha petik jari depan Jazman.

Kau tanya apa tadi

Ni memang sah kau berangan tadi! Kau nikah bila Dengan siapaBanyak soalan Felisha. Teruja sakan bertemu teman baik.

Dah lama..dah nak masuk tiga tahun. Jazman menjawab lemah. Suaranya sudah berubah nada.

Siapa gadis bertuah tu Aku kenal tak Felisha semakin teruja.

Dia sekelas dengan kau dulu. Suhaila.. Kalau boleh Jazman tak nak bercerita kisah rumah tangganya.

Maksud kau..Suhaila debab tu Felisha terbeliak.

Masa aku nikah dengan dia, dia dah kurus, cantik. Jazman jeling Felisha. Tak pernah berubah kau ya. Suka sangat panggil Suhaila debab!

Maafaku masih ingat dia tu debab. Maafkan aku okey Felisha senyum kelat. Dia luku kepala sendiri.

Kau dah ada calon

Felisha terbelahak. Soalan Jazman tadi sudah tersumbat di lubang telinga.

Kenapa Felisha kalau boleh tak nak panjangkan soal tu.

Kalau masih kosong, kau nak tak jadi bini aku Jazman sengih nakal.

Gila kau! Felisha lontar straw pada Jazman.

Serentak mereka berdua ketawa terbahak-bahak.

DARI JAUH, gelagat Felisha dan Jazman diperhatikan seseorang. Felisha dan Jazman sudah berjalan beriringan ke kedai bunga semula.

Hmmaku tak akan lepaskan kau!

Kereta dipecut laju meninggalkan kawasan bangunan kedai.