IZZY, dah sampai.
Farizah yang sejak tadi mendiamkan diri, menoleh ke arah Aaron dan mengangguk.
Aaron memberhentikan kereta betul-betul di hadapan Methaphoria Club lalu turun dari kereta. Segera dia keluar dari kereta lalu membuka pintu di sebelah tempat duduk pemandu lalu menghulurkan tangan kepada Farizah untuk membantu gadis itu keluar dari kereta. Farizah mengukir senyum nipis di bibir. Tangan Aaron disambut lalu dia keluar dari kereta. Kunci kereta, Aaron serahkan kepada penjaga parkir.
Lets go. Aaron bersuara.
You tahu, kenapa Bad ajak datang sini Sambil berjalan masuk ke dalam kelab, Farizah bertanya.
No idea. Bad cuma suruh I datang sini and dia nak I bawa you sekali. Balas Aaron.
Mendengar jawapan itu, Farizah tidak bertanya lebih lanjut. Lagipun, Aaron sudah mengatakan, dia tidak tahu tujuan sebenar Badli mengajak mereka ke sini. Jadi, tak perlu untuk dia bertanya soalan yang sama berulang kali.
Kelab Methaphoria.Sebuah kelab ekslusif yang terletak di tengah-tengah kota lumpur. Yang menjadi ahli adalah mereka yang terdiri daripada kalangan ada-ada sahaja. Mahunya tidak, yuran tahunan saja mencecah lima ribu ringgit bergantung kepada tahap masing-masing.
Tidak seperti kelab-kelab esklusif yang lain, Methaphoria difokuskan kepada ahli perniagaan, sosialit ternama, kerabat di raja, jutawan dan jelitawan muda di mana umur mereka terhad sehingga empat puluh tahun sahaja.
Yang bukan ahli perniagaan, bukan sosialit ternama, bukan kerabat di raja, bukan jutawan dan bukan jelitawan pun boleh jadi ahli juga. Yang penting, bayar saja yuran tahunan.
Servis yang ditawarkan termasuklah restoran bertaraf lima bintang bertemakan barat, Kelab Kecergasan, Spa, anjur majlis keramaian dan sudah pasti, tak lengkap jika tidak disertai dengan hiburan kelab malam dan di situlah destinasi yang ingin di tuju. North Wing - The Methaporia.
Hello Mr. Low.
Aaron disapa oleh seorang gadis penyambut tetamu di hadapan pintu kelab malam. Dia tersenyum.
Hi CherylAaron menyapa kembali.
Cheryl tersenyum sopan kepada tetamu yang datang. Sudah memang kerjanya begitu. Senyum. Sambut tetamu. Buka pintu.
Irama berentak R&B berkumandang tatkala mereka melangkah masuk ke dalam kelab. Pengunjung yang pastinya bukan secalang-calang marhaen, sedang enak berlibur. Aaron menarik lengan Farizah, membawa gadis itu menaiki tangga ke tingkat dua kelab ini di mana rakan-rakannya sudah sedia menunggu.
Bro
Aaron disambut meriah. Dia tersenyum lantas bersalaman dengan rakan-rakannya. Sebenarnya, bukanlah bersalam pun. Lebih kepada sesi menggenggam tangan dan melaga penumbuk.
Izzy Senyuman diberikan. Arman, orang pertama yang menegur Aaron memandang Farizah dari atas ke bawah. Beautiful as always Sambungnya, memuji.
Thanks Arman. Balas Farizah, tersenyum sedikit sambil menganalisa gaya gatal Arman itu. Poyo saja yang lebih.
Matanya memandang pula rakan-rakan Aaron yang lain. Rakan-rakan Aaron, tentunya rakan-rakan Badli juga. Ada yang memandangnya dari atas ke bawah, ada yang memberikan senyum sinis. Mungkin mereka pelik, kenapa dia hadir ke sini dengan Aaron, bukan Badli. Secara umumnya, mereka tahudia adalah teman wanita Badli, bukan Aaron. Jadi, kehadirannya di sini dengan Aaron pasti menimbulkan tanda tanya. Seperti biasa, dia melemparkan senyuman saja tanpa berkata apa-apa.
Aaron. I nak pergi ladies. Farizah meminta diri. Sengaja mahu mengelakkan diri dari duduk bersama-sama dengan mereka yang ada di situ. Terasa seperti haiwan pra-sejarah apabila seorang demi seorang memandangnya dengan seribu macam ekspresi di wajah.
Okey Aaron membalas dan mengangguk sedikit, menghantar Farizah dengan pandangan mata.
DI DALAM bilik air, Farizah memerhatikan wajahnya di cermin manakala otaknya masih memikirkan tujuan Badli mengajaknya datang. Bukan itu yang menjadi teka-teki. Bukan dia tak pernah hadir ke sini dulu dengan Badli. Yang menjadi persoalannya sekarang, mengapa Badli menyuruh Aaron yang datang menjemputnya ke sini Apa tujuan sebenar Badli
Bunyi air yang mengalir menyedarkan Farizah dari lamunan lantas dia tertoleh sedikit. Seorang gadis yang turut berpakaian seksi sedang mencuci tangan. Nama pun pergi kelab kan Takkan nak pakai jubah pulak
Gadis itu melihatnya agak lama sebelum mengukir senyum manis. Farizah membalas sedikit. Gadis itu mencapai jaket yang diletakkan di sebelah sinki lalu memakainya untuk menutupi bahagian atas bahu yang terdedah.
Pergi dulu Kata si gadis seksi lantas melangkah pergi tanpa sempat Farizah membalas.
Farizah meilhat jam tangan. Rasanya sudah hampir sepuluh minit dia di dalam tandas. Dia kembali memandang wajahnya di cermin. Solekannya masih elok tanpa cacat cela. Ringkas namun masih menyerlahkan kejelitaannya. Setelah proses membelek diri tamat, dia keluar dari situ.
Aaron dilihat masih berbual dengan rakan-rakannya di tempat yang sama. Farizah merengus. Terdetik rasa kurang senang dalam hati lantas dia menuju ke meja bar seorang diri. Punggungnya di labuhkan di atas salah sebuah kerusi di situ.
Hai Si pelayan bar kacak tersenyum ke arahnya.
Hai Balas Farizah, turut tersenyum.
Sorang aje
Taklah. Dengan...hmm...kawan
Okey.Si pelayan bar pantas mengalah apabila si jelitawan datang bersama 'kawan'. Tak perlu membuang masa meneruskan niat untuk mengayat.
Any drinks for you Sambungnya, masih tersenyum.
Farizah lantas membaca teg nama di baju si pelayan bar sambil berkira-kira hendak memesan apa.HmmI tak tahulah nak minum apa. Any suggestionNed Farizah senyum menggoda.
Ned mengangkat kening.
Well...I think, I know what suits a beautiful lady like you. Tunggu. Ned berlalu sambil mengenyitkan mata.
Farizah ketawa. Setakat godaan sebegitu, tidak akan memberi kesan langsung padanya.
Sambil menunggu, mata Farizah mereling ke segenap penjuru, mencari sekiranya ada kelibat Badli di mana-mana. Tiada. Sekali lagi, otaknya ditujah persoalan yang sama. Apa tujuan sebenar Badli
Hey Ned sudah kembali lalu meletakkan segelas minuman di hadapan Farizah.
Thanks Ned. Care to explain what is this
Untuk si cantik macam you...its a vodka with a mixed of cranberry syrup and
Hai
Farizah menoleh ke arah suara yang menegur.
Hai. Balas Farizah lalu tersenyum. Wajah gadis itu ditatap lama. Seperti pernah berjumpa sebelum ini. Oh! Gadis yang sama menegurnya di dalam tandas, awal dua puluh minit yang lalu.
Kita jumpa dalam ladies tadikan Soal Farizah.
Gadis itu mengangguk perlahan.
Do I know you Wajah Farizah masih beriak tanda tanya.
Tak. I yakin you tak kenal I. Jawab gadis itu. Tapi Gadis itu merenung tajam ke arah Farizah sambil tersenyum sinis. I kenal you
Seperti ada aura di sekeliling gadis itu yang membuatkan Farizah kurang selesa. Serta-merta dia tahu, gadis ini bukan datang untuk menghulurkan salam perkenalan. Apa dia nak
Okeymacam mana you kenal I Farizah bertanya lagi.
Tak susah nak kenal orang macam you
Dingin bunyinya. Kening Farizah terangkat. Maksud you
Senyum sinis terukir sekali lagi. YouIzzykan
Farizah mengangguk.
Nice to meet you, Izzy.Sambung si gadis. Perkataan Nice sengaja ditekan. Mesti you tertanya-tanya, siapa I kan
Seperti tadi, Farizah hanya mengangguk. Sikap gadis itu diperhatikan sambil membuat penghakiman sendiri dalam hati.
Nama ITengku Nadirah.
Tengku Nadirah Farizah hampir melopong.
Tengku Nadirah diperhatikan dari atas ke bawah. Rasa kurang percaya. Bukankah Badli mengatakan, Tengku Nadirah itu bercirikan wanita solehah. Bekas pelajar di universiti ternama Jordan. Tapi yang berdiri di hadapannya kini, tiada satupun yang menepati ciri-ciri yang diterangkan Badli. Seksi. Tang mana solehahnya Atau, adakah dia tersilap orang Benarkah Tengku Nadirah di hadapannya ini, tunangan Badli Jika benar, kenapa dia berada di sini Apa tujuan Badli menyuruh dia ke mari bersama Aaron
Anyway. I just nak kenal dengan you. Nak juga tahu, perempuan tak malu yang mana satu yang suka ganggu tunang I
What Farizah mula panas hati. Dia dikata muka tak malu Hello. I muka tak malu Pleaselah. Tunang you tu yang terhegeh-hegeh nak I..okey
Really Nadirah senyum sinis untuk kesekian kali.
Bad terhegeh-hegeh nak you Come on Izzy. Look at you. Nadirah memandang Farizah dari atas ke bawah. Siapa you Sampaikan Bad boleh tergila-gilakan you Royal Socialite Anak Datuk atau Tan Sri Sedarlah diri sikit. You cuma kerja serve orang dalam flight aje
Rasa kurang selesa mula bertukar menjadi sakit hati. Farizah merenung Tengku Nadirah, tajam. Rasa ingin memaki hamun memuncak tetapi dek kerana marah, tiada satu perkataan pun yang keluar dari mulutnya.
I nak you ingat kata-kata I, Izzy. Bad tunang I and we are going to get married. So, please back off. Stop menggatal dengan tunang orang. Perempuan macam you, tak layak langsung untuk Badli. Nadirah berkata. Mendatar tapi sinis kedengarannya.
Farizah menggetap bibir.
Izzy Aaron datang lalu berdiri di sebelah Farizah. Dira
Hai Aaron. Tengku Nadirah menjawab manja.
Surprise to see you here... Jelas wajah Aaron turut menunjukkan riak terkejut. Tengku Nadirah dan Farizah di dalam satu kawasan yang sama. This is not good
You kenal dia Farizah bertanya kepada Aaron. Aaron mengangguk perlahan.
I baru kenal dia, semalam. Sheis errr.she isBads
Fiance. Satu suara lain menyambut.
Hai sayang Badli memberikan satu ciuman di pipi Nadirah. Selepas itu, Badli mengangkat muka memandang Farizah lalu tersenyum. Hai Izzy
Saat ini, apa yang ingin Farizah lakukan adalah, menumbuk muka Badli dan memaki hamun sepuas hati. Tapi dia tak mampu. Tubuhnya seakan kaku di kerusi.
Badapa yang kau buat ni Aaron turut mempersoalkan sikap Badli.
Semalam mereka berjumpa. Badli telah memperkenalkan Tengku Nadirah kepadanya. Badli mengatakan, dia mahu memutuskan hubungan dengan Farizah dan mengahwini Tengku Nadirah dan sekaligus membatalkan pertaruhan mereka. Tetapi, sedikit pun Aaron tak menjangka, Badli akan bertindak begini. Memperkenalkan Farizah dengan Tengku Nadirah dengan cara ini, apa tujuan sebenar Badli
Izzy. Im so sorry. I dengan you can never ever betogether. Kita tak setaraf. Tutur Badli.
Farizah kekal mendiamkan diri. Hanya mampu menyumpah dalam hati. Terlalu sakit hati untuk berkata-kata hatta sepatah makian sekalipun.
Bad. Kau tak patut buat macam ni Kata Aaron, sebal.
Kau tak payah nak tunjuk baik depan akulahbro." Suara Badli meninggi.
"Sekarang, peluang kau dah terbentang luas. Shes yours now. SirAaron Kata-kata terakhir Badli disertai dengan tunduk hormat lalu Badli ketawa.
Aaron menarik nafas panjang. Tak mampu bersuara melihat sikap Badli..
Jom sayang. I kenalkan you dengan kawan-kawan I yang lain Badli memeluk pinggang Nadirah dan berlalu sambil tersenyum. Sinis.
Dia tak peduli. Malah, melihat riak wajah kedua-duanya tadi, dia cukup berpuas hati.
Farizah, sang merpati yang kononnya sang sukar dijerat. Sudah berkali-kali dirayu namun sengaja berjual mahal. Sekarang, dia sudah tak kisah tentang Farizah lagi. Tunangnya, Tengku Nadirah, jauh lebih muda dan cantik. Yang lebih penting, taraf mereka setara.
Siapa dapat menjangka, Tengku Nadirah yang pernah belajar di Jordan itu tidaklah sealim yang di sangka. Moden dan bergaya, menepati citarasanya. Bukanlah berkelubung dari kepala hingga ke tumit. Dan Aaron. Kawan yang menikam dari belakang. Tiada apa lagi yang dapat diulas tentang Aaron. Mahukan Farizah sangat Ambillah. Boleh jalan sekali dengan Farizah.
Pemergian Badli dan Tengku Nadirah disoroti dengan pandangan tajam. Farizah menarik nafas dalam-dalam. Jadi, ini tujuan sebenar Badli Memalukan dia di hadapan Tengku Nadirah Tapi atas sebab apa Sebab dia menolak Badli berkali-kali
Dasar jantan buaya! Farizah merengus geram. Minuman di hadapannya diminum dengan sekali teguk.
Ned! One more Farizah membuat pesanan dengan kasar. Tiada lagi senyuman menggoda seperti tadi. Rasa amarah memenuhi ruang dada.
Izzy. I betul-betul sayangkan you. Ill do whatever you want. You nak I putus tunangfine. Ill do it. Anything for you asalkan you tak tinggalkan I Rayuan Badli ketika di London terngiang-ngiang ditelinga.
Hati menyumpah lagi. Dia bukan marah kerana Badli memungkiri janji. Dia bukan sedih kerana Badli hanya bermain kata. Dia memang sudah lama sedar bahawa lelaki seperti Badli tak boleh dipercayai. Yang sakit bukan hatinya. Yang tercalar bukan jiwanya.Yang terluka adalah egonya...
Stop..Izzy. Dah empat kali you minum Suara Aaron menerjah telinga.
Empat Tidak sedar yang sudah empat gelas dia minum minuman yang sama.
Cukup. I hantar you balik. Sekali lagi, Aaron bersuara.
You jangan sibuklah. Farizah membalas garang, cuba untuk memesan minuman yang sama buat kali kelima.
Cukup!!. Ikut I sekarang. Aaron meninggikan suara. Lengan Farizah digenggam dan ditarik.
Farizah terasa ada tangan melingkari pinggangnya lalu dia dibawa keluar. Mahu tak mahu, dia menurut sahaja.
SEDAR tak sedar, dia sudah berada dalam kereta yang bergerak dengan kelajuan sederhana. Lampu-lampu terang yang menghiasi kota lumpur di waktu malam kelihatan lebih indah dari biasa.
Izzyare you okay Aaron bertanya.
Im fine Jawab Farizah. Kepalanya tersandar tegak di kerusi.
You do not look like you are fine
Farizah mendiamkan diri.
I hantar you balik. Tegas suara Aaron.
Balik No. I tak nak balik. You tahu takkalau Amy tahu yang I minum lagimesti dia membebel.
Amy Who
My housemate. Amy kalau dah membebel, macam mak nenek Farizah menjawab sambil memejamkan mata. Tak dapat dia bayangkan kalau Amy membebel panjang. Dia sudah lama meninggalkan minuman keras, semenjak serumah dengan Amy. Jadi, kalau Amy dapat tahu yang dia kembali bermabukan, pasti berbakul-bakul bebelan yang akan diterima.
Farizah juga tak mahu Amy melihatnya dalam keadaan begini. Amy, rakan karibnya dari dulu lagi. Amy memang baik. Banyak memberi nasihat hingga dia mampu berubah walau sedikit. Dan dia tak mahu Amy menyangkakan, dia kembali kepada kehidupan lalu. Bukan sengaja dia mahu kembali minum minuman keras. Semuanya akibat rasa marah pada Badli. Jauh di sudut hati, Farizah tak sanggup melukakan hati Amy.
Then, where you want to go
Suara Aaron menerjah lagi telinganya.
Farizah tak menjawab. Matanya tetap terpejam. Saat ini, separuh otaknya mula dikawal alkohol manakala separuh lagi sedang berusaha keras untuk kekal waras.
"Izzy...tell me. You nak pergi mana"
"Anywhere....but not my house."
"Okey..."
Kereta dipandu membelah kotaraya.