Aku, Dia Dan Somtam - 25
BAB 25

PENING! Sekejap bangun. Sekejap duduk. Sekejap pula baring. Puas baring Anis menapak pula ke arah tingkap. Tingkap dikuak sedikit. Suasana sunyi di luar sepatutnya memberi ketenangan tetapi tidak hatinya. Bunyi cengkerik pula kedengaran sekali sekala.

Anis menapak pula ke meja belajar. Matanya beralih pada sususan buku di rak tepi meja. Banyak buku masakan tersusun kemas di situ. Dia mencapai malas salah satu buku di situ. Dibelek satu persatu halaman yang banyak memaparkan resepi dan foto masakan. Senyuman mula terukir di bibir.

Bila la aku boleh keluarkan buku macam ni Anis tersenyum lagi.

Buku diletak semula. Hatinya kembali resah.

Hai Anis!

Kau ni puntak reti nak ketuk ke Anis beralih pula ke katil.

Ops! Sorry! Sarah turut duduk di sebelah Anis.

Ada apa kau datang bilik aku ni

Kenapa Tak boleh ke Kan aku selalu lepak kat sini.. Sarah sengih.

Muka kelat ni kenapa Tambahnya lagi.

Aku ada masalah la Sarah.. Anis bersuara lemah.

Masalah Pasal apa Imran lagi

Anis jeling Sarah yang mudah meneka.

Kau ni..tak ada nama lain ke Anis sedikit terganggu.

Habis tu Sarah sengih.

Minggu depanaku kena pergi Cameron Highland.. Lemah suara Anis menutur kata.

Baguslah! Apa yang tak kenanya Sarah

Anis diam seketika. Fikirannya masih serabut. Segala yang berlaku di pejabat siang tadi masih berputar ligat di ruang fikirannya.

Masalahnya..aku kena temankan bos aku. Sarahaku tak biasalah pergi jauh dengan lelaki macam tu. Macam mana ni Sarah Anis semakin gelisah.

La..kau bukan buat apa pun. Kaukan sekretari, jadi memang tugas kaulah kena buat apa yang bos suruh! Sarah senyum.

Kalaulah dia di tempat Anis, tidak sabar rasanya menanti saat itu.

Habis, kalau bos suruh terjun, aku kena terjun la Macam tu Anis mula tidak setuju dengan Sarah.

Bukan macam tu maksud aku. Kau ni! Lurus betullah! Maksud aku ialahkau kena jaga setiap jadual dan apa jua aktiviti bos kau tu. Kalau tak, tak payahlah jadi sekretari. Lebih baik kau duduk ofis je, jadi minah kerani! Sarah gelak.

Habis kalau aktiviti tu bercanggah dengan hukum, aku kena jaga juga ke

Contoh

Err..contohnya..kalaulah dia nak berkaraoke atau teman dia shopping, for sure aku kena ikut. Tak naklah aku! Anis mencebik. Tidak sanggup.

Kau ni..otak sempit! Nama je belajar universiti! Kalau bos kau nak berkaraoke atau shopping sekalipun, itu dah bukan tugas kau lagi nak kena teman bagai. Kau hanya teman dia bila ada urusan rasmi berkaitan dengan kerja saja. Susahlah cakap dengan kau ni! Aku rasakan bos kau tu suka kat kau kut! Sebab tulah dia nak sangat kau ikut dia. Sarah angkat kening.

Anis diam. Dia sudah buntu. Apa yang Sarah katakan tadi tidak satu pun membantu.

Hmmboleh tak kau temankan aku Anis pandang Sarah penuh mengharap.

Eii! Apa hal pula aku kena teman kau Sarah mencebik.

Tolonglah Sarah..aku takutlahmana tahu apa-apa jadi nanti.. Anis cuba pujuk Sarah yang sengih macam kerang busuk di sebelah.

Anis..itu kerja kau. Aku tak ada kena mengena dengan semua tu. Bos kau tanggung bilik aku ke nanti Kalau semua ditanggung, aku setuju temankan kau. Kalau tak, mintak maaf. Tak dapat den nak tolong yop! Sarah cuba bercakap loghat Negeri Sembilan.

Kau ni..nama je orang negeri tapi cakap dah macam somtam aku. Yop tu..loghat Perak la cik Sarah oi. Anis ketawa mengekek.

Ya ke Sarah garu kepala. Berkerut kening.

Ya la! Back to our topic, aku bayar harga bilik kau, macam mana Setuju Anis masih memujuk Sarah. Dia sudah buntu.

Emmnanti aku fikir..

Alah..tak payah fikir-fikir. Kalau kau setuju, aku nak beritahu bos aku. Jadi dia tak payah jemput aku di bus stop. Kita boleh pergi berdua nanti Anis mula senyum. Harapannya kini kembali cerah.

Tapi..kau pergi sana atas dasar kerja. Aku ni nak buat apa kat sana Nak melangut Macam penyibuk je.. Sarah masih ragu.

Apa pulak penyibuk Kau aku lantik sebagai bodyguard aku! Anis senyum semakin lebar.

Emmokey

Anis segera memeluk Sarah sebaik mendengar Sarah bersetuju menemaninya di Cameron Highlands nanti.

Terima kasih! Sayang sikit! Anis cium pipi Sarah dua kali.

Eii! Aku bukan laki kau la! Sarah sengih.

Tapi kalau satu malam je aku setuju. Kalau lebih dari tu, aku minta maaf sebab aku pun kerja. Aku kena tanya bos aku jugak.

Sarah teringat teman sekerja yang juga turut bercuti pada minggu depan.

Alah..boleh lah Sarah. Aku dah buntu ni.

Anis..kau kena hadapi semua ni. Sampai bila kau nak ada orang temankan kau. Macam nilah..kau pergi je dengan bos kau tu.

Tanamkan dalam hati kau, kau pergi atas dasar kerja. Dan kau akan buat apa yang berkaitan dengan kerja saja. Boleh Sarah cuba meyakinkan Anis.

Okeylaaku faham situasi kau. Kau doakan aku tau! Anis bersuara lemah.

Hmm..macam tu kan bagus. Tak payah sakitkan kepala fikir benda yang belum jadi. Tak apa..kalau apa-apa berlaku nanti, kau contact aku. Nanti aku hantar abang aku dan Zafran tolong kau! Sekali lagi Sarah cuba berlawak.

Anis menjeling. Aku serius, dia main-main pulak.

Okey Anis, aku nak ke bilik aku. Dah! Tak payah fikir sangat. Tapikankalau kau ditangkap khalwat dengan bos kau, ok jugak!

Boleh kau kahwin free! Tak payah berebut dengan perempuan lain! Sarah sempat bergurau sebelum keluar dari bilik Anis.

Anis baling bantal ke arah Sarah.

Aku serius, dia masih nak bergurau. Anis membebel sendiri.

Anis baring semula. Kepalanya masih berserabut. Kusut. Ingin saja dia berhenti dan hantar notis berhenti dua puluh empat jam.

Hmm..baik aku tanya pendapat Jay. Mana tahu dia boleh tolong aku.

Anis segera melayari laman sosial terkenal. Dia tersenyum. Jay online malam itu.

Mawar Putih > Assalamualaikum

JS > Waalaikumssalam

Mawar Putih > Maaf..ganggu awak lagi.

JS > No problem.

Mawar Putih > Saya nak tanya pendapat awak. Itu pun kalau awak sudi beri pandangan

JS > Apa dia

Mawar Putih > Apa pendapat awak kalau seseorang pekerja itu kena ikut bos dia kerja luar

JS > Itu biasa.

Mawar Putih > Maksud saya, dia kena ikut sampai bermalam di sesuatu tempat..

JS > Itu pun biasa

Anis termenung. Dia baca jawapan Jay, seolah tiada yang pelik.

Mawar Putih > Tapi pekerja ni perempuan dan bos pula lelaki. Bukan mahram. Bukankah itu boleh menimbulkan fitnah nanti

JS >Tengok keadaan. Kalau betul atas dasar kerja, maka tidak timbul soal fitnah. Janji masa di luar nanti, mereka betul-betul buat kerja dan bukan menyimpang ke arah lain. Awak faham maksud saya kan

Mawar Putih >Tapi saya rasa ia lebih mengundang fitnah dari kebaikan.

JS > Kena ingat..fitnah ni ada di mana-mana. Dalam pejabat pun boleh timbul fitnah. Kita tak boleh elak semua itu. Jadi mesti jujur dan ikhlas masa bekerja. Pandai jaga diri.

Mawar Putih > Entahlah

JS > Siapa yang awak maksudkan tu

Mawar Putih > Err..tak ada..saya hanya nak tahu saja. Kalaulah terjadi masalah macam ni..

JS > Oh..

Mawar Putih > Terima kasih..

JS > No problem. Small matter

Mawar Putih > Awak pula macam mana

JS > Macam mana apa

Mawar Putih > Yalah..hidup awak macam mana sekarang ni

JS > Alhamdulillah. Saya masih dalam proses berhijrah.

Mawar Putih > Alhamdulillah..saya doakan awak istiqamah dan tidak putus asa.

JS > Hmm..bukan senang. Semakin kuat saya nak berubah, semakin kuat godaan datang.

Mawar Putih > Itulah mujahadah namanya. Iman tu ibarat roda yang berpusing. Ada kala naik, ada kala jatuh. Kita jangan berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya rahmat Allah itu luas ke atas hambaNYA yang ingin berubah. Saya teringat satu ayat 53 dari surah Az-Zumar"Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

JS >Hmmlega bila berbual dengan awak. Saya kagum.

Mawar Putih > Apa yang saya katakan tadi..juga untuk diri saya. Saya juga manusia biasa yang perlu dibaja. Kalau dibiar tanpa baja dan air, akan layulah iman kita.

JS > Betul tu..saya akan cuba. Entah kenapa saya diuji dengan perasaan hati saya sendiri.

Mawar Putih > Maksud awak

JS >Entahlah..saya masih dalam misi mencari isteri. Saya kenal seorang gadis ni tapi saya belum ada rasa apa-apa lagi padanya. Saya hanya memerhati tingkah lakunya. Yalah..awak kan tak suka saya.

Mawar Putih > Alah merajuk kesaya pasti gadis tu tentu ada sikap yang membuat awak suka padanya.

JS > Ya..saya mengaku tapi saya sendiri yang tak nak terjebak dalam hubungan itu.

Mawar Putih > Kenapa

JS > Sikap saya dan sikap dia jauh berbeza. Saya bukan seorang muslim yang baik sedangkan dia lebih layak untuk lelaki yang alim.

Mawar Putih > Itu bukan alasan yang kukuh untuk menolak jodoh yang baik. Sepatutnya awak berusaha menjadi seorang muslim yang baik dan seterusnya mampu membimbing gadis itu ke jalan syurga. Kalau bukan jodoh awak dengan dia, awak juga kena berusaha berubahkan

JS > Hmmbetul.

Mawar Putih >Dan kena ingat..biarlah hijrah kita tu kerana Allah bukan kerana sesuatu yang lain contohnya kerana nak kahwin.Jika awak berubah kerana perempuan maka perempuanlah yang awak dapat.

JS >Awak sindir saya ke

Mawar Putih > Saya tak bermaksud begitu. Maafkan saya jika awak terasa. Apa yang saya cuba sampaikan ialah kita hendaklah berusaha untuk menjadi seorang muslim yang baik. Jika hari ni kita baik, esok kita usahakan menjadi lebih baik.

JS > Saya setuju dengan awak. Baru saya tahu dan rasa

Mawar Putih > Apa dia

JS > Awaklah yang saya cari selama ini. Saya suka awak! Serius!!.

Anis terkedu. Pengakuan Jay cukup membuat hatinya terdetik rasa bersalah. Bersalah kerana membiarkan dirinya sendiri terjerumus dalam dunia cinta cyber.

JS >Kalaulah saya boleh memilih, saya ingin memilih awak walaupun kita belum pernah berjumpa.

Mawar Putih > Awak ni tamak tau tak

JS > Mestilah.tapi awak lebih utama. Yang satu lagi tu..saya sendiri yang cari pasal.

Mawar Putih > Saya tak faham..

JS > Saya yang ego. Tidak mahu mengalah kerana saya tak pasti perasaan saya sendiri. Jadi saya rasa biarlah masa yang menentukan. Masih mencari-cari walaupun jodoh di tangan Allah.

Mawar Putih > Jadi..awak pasti dengan perasaan awak pada saya

JS > Tak juga..sebab saya belum kenal awak secara realiti. Alam maya tidak menjamin sesuatu hubungan.

Mawar Putih > Awak pasti saya ni masih single

Anis senyum. Dia sengaja bertanya soalan seperti itu.

JS > Kalau awak dah kahwin, awak tak akan layan saya macam ni. Berdosa seorang isteri berhubung dengan lelaki lain sedangkan dia sudah bersuami. Betul tak

Mawar Putih >Hmmjadi selama ini awak menaruh harapan pada saya

JS > Tidak juga. Saya cuma rasa..awak sesuai untuk saya. Orang kata, bila kita rasa tenang bila berbual atau memandang seseorang itu, itulah jodoh yang sesuai untuk kita. Jadi, itu yang saya rasa bila berchating dengan awak. Soal hati tak boleh dipaksa.

Anis termenung sebentar. Kali ini banyak soal hati dibincangkan sedangkan tujuan asal dia menghubungi Jay adalah hanya inginkan pendapat lelaki itu saja.

Mawar Putih > Soal jodoh kita tak boleh tahu.

JS > Ya..yang pasti saya selesa berbual dengan awak. Saya dapat rasa awak seorang gadis yang baik dan tidak mudah terpengaruh dengan keadaan sekeliling yang semakin tenat dengan segala maksiat dan kemungkaran.

Anis senyum. Dia juga selesa bila berbual dengan Jay walaupun hanya bahasa bisu. Berlainan sekali dengan Imran.

Mawar Putih > Sama-sama kita berdoa semoga kita istiqamah dalam menjalani kehidupan sebagai seorang muslim yang baik.

JS > InsyaAllah

Mawar Putih >Terima kasih kerana sudi mendengar masalah saya.

JS > Aik! Tadi awak kata masalah orang lain Jadi perempuan yang kena kerja luar tu..awaklah

Anis terkedu sekali lagi. Dia terjerat dengan kata-katanya sendiri.

Mawar Putih > Mungkin juga boleh terjadi pada saya suatu hari nantisaya minta diri dulu. Assalamualaikum

Kantoi! Anis segera tutup laman sosial itu. Bimbang Jay akan bertanya lebih banyak tentang dirinya. Dia buka pula kelas online. Sebelum tidur, Anis segera ke bilik air dan berwuduk.

JAM sudah hampir lapan pagi. Langkah Anis semakin laju. Pagi ini dia terlewat bangun gara-gara tidak boleh melelapkan mata malam tadi. Tergesa-gesa Anis berjalan menuju ke tempat perhentian bas. Alhamdulillah, sempat menaiki bas yang kebetulan sudah menghampiri.

Sampai di pejabat, Anis segera ke mejanya. Jam di dinding dijeling. Alamak! Dah nak pukul sembilan! Anis cepat-cepat letak beg tangannya ke dalam laci. Komputer dibuka dan membuka email. Sementara itu, surat yang diambil dari kaunter penyambut tetamu diperiksa satu persatu. Semuanya untuk tuan pengarah. Anis periksa pula email. Mana yang berkaitan dihantar semula kepada tuan pengarah. Mana yang perlu dia jawab, dia akan cuba balas semula.

Awal kau datang Anis

Anis mendongak. Izara tersengih di depan mejanya. Cantik dengan blaus warna jingga dan skirt labuh warna hitam. Manis bertudung ala penyanyi Najwa Latif.

Cantik kau hari ni Anis tersenyum simpul.

Macamlah hari sebelum ni aku tak cantik Izara sengih lagi.

Anis senyum sambil meneruskan kerjanya. Sekejap lagi Imran masuk pejabat.

Eh..abang aku ada tak Izara intai dari dinding cermin.

Aik! Duduk satu rumah pun tak tahu ke Anis berseloroh.

Nama je satu rumah tapi buat hal masing-masing. Datang kerja pun masing-masing. Macam kat kampus dulu, dia bukan nak offer naik kereta dia. Izara tarik kerusi dan duduk di depan Anis.

Kalau bilik gelap tu maknanya belum masuk ofis la. Ada hal apa kau datang ni Anis pandang Izara yang tersengih-sengih dari tadi.

Tak boleh ke aku datang nak sembang dengan kawan aku sendiri Ataukedatangan aku ni menganggu privasi kau dengan tuan pengarah tu Izara mengusik.

Zara..aku dengan abang kau tak ada apa-apa la. Cubalah kau faham sikit. Aku sedar siapa aku. Anis berkata perlahan.

Kau je yang rasa macam tu. Aku tengok abang aku tu dah semakin berubah. Aku yakin..jodoh kau kuat dengan Imran. Izara senyum semakin lebar.

Sudahlah Zara..aku tak mengharap apa-apa pun. Lagipun aku sedang mengenali seseorang.. Anis kembali menyambung kerja.

Siapa Aku kenal Izara pandang Anis seperti Anis membuat kesalahan.

Tak..dia kenalan maya aku. Anis bersuara tanpa nada perasaan.

Hish kau ni! Mudah percaya dengan orang yang belum tentu wujud! Entah-entah dia tu penipu!

Aku rasa tak..nantilah aku cerita kat kau. Anis malas melayan Izara yang mula kepoh.

Anis..kau mengaku jelah. Kau cintakan abang akukan Izara pegang tangan Anis.

Anis diam.

Diam tandanya ya. Izara sengih lagi.

Buat apa kalau benar sekalipun Anis bersuara lemah.

Ehem!

Anis dan Izara serentak berpaling. Imran sudah terpacak di tepi Izara. Segak dengan baju kot warna hitam dan bertali leher merah hati.

Pagi-pagi dah bersembang!

Bila abang sampai Izara bangun dan memaut lengan Imran.

Abang dah lama terpacak kat sini.. Imran jeling Anis yang tunduk membisu.

Ya ke Tak dengar pun bunyi tapak kasut abang Izara pandang kasut Imran.

Kasut perempuan tak macam kasut lelaki! Ketuk ketak ketuk ketak! Sebatu dah dengar! Imran masih pandang Anis yang dari tadi hanya diam.

Perli la tu. Hmm..jadi abang dengarlah perbualan kami tadi Izara jeling Anis sambil tersenyum penuh makna.

Anis mula menggelabah. Kalau Imran dengar..malulah aku.

Ya..

Anis segera mendongak. Imran dipandang seketika.

Semua Terpacul dari mulut Anis.

Imran hanya senyum dan terus berlalu menuju ke biliknya.

Kan aku dah kataabang aku tu pun ada hati kat kau.. Izara gelak. Dia masuk ke bilik Imran.