ARISSA hempas tubuh di atas katil. Tadi Nelissa ingin menemaninya tidur di kondominum itu tapi Arissa berkeras untuk tidur seorang diri.
Ya Allah...kenapa dengan aku ni Arissa sandar di kepala katil. Terasa jantungnya berdegup kencang bila terpandang Daniel tadi.
Balik dari majlis tadi, perasaannya semakin gelisah. Botol kecil yang terpelanting jatuh atas lantai sudah tidak ada. Dia cuba mencari sebelum balik tadi.
Mana hilangnya botol tu Takkan ada orang ambil Siapa yang nak ambil botol kecil tu Arissa garu kepala. Pening memikirkan botol bakterianya yang sudah hilang. Kalau tukang cuci hotel buang ke dalam tong sampah dia tidak kisah tetapi kalau ada orang guna benda tu
Arissa menekup mulut. Sekali lagi dia meluru ke bilik air. Habis semua yang dimakan tadi dimuntahkan semula. Perutnya terasa memulas teruk.
Kepala pula terasa pening dan berdenyut. Malam itu, dia tidur tanpa menukar pakaian. Tubuhnya terasa lemah.
PAGI lagi Arissa ke makmal. Dia perlukan habiskan kerjanya. Dari pagi sampai ke petang, dia sibuk di bilik analisa. Tak sedar, jarum jam sudah menghampiri enam petang. Malam tadi, hampir dua belas tengah malam dia pulang ke rumah.
Hmm..aku nak ke kedai buku lepas ni. Arissa mula mengemas.
Bergegas dia ke tempat letak kereta. Kereta dipandu laju menuju ke KLCC. Sampai di KLCC, dia terus menuju ke Kinokuniya.
Hmm..alhamdulillah..ada juga novel ni.. Arissa senyum. Sudah lama dia ingin memiliki novel itu.
Arissa!
Arissa berpaling. Dia menelan liur. Asyik muka perogol ni!!
Awak buat apa kat sini Daniel mendekati Arissa.
Arissa tidak menjawab sebaliknya dia meneruskan langkahnya ke ekskalator.
Arissa! Wait! Daniel berlari ke arah Arissa.
Arissa cepat-cepat berlari turun di celah-celah orang ramai yang berdiri di sepanjang ekskalator itu.
Daniel masih mengejar Arissa.
Arissa! Pantas Daniel pegang tangan Arissa.
Kau nak apa Arissa sudah menyinga.
Daniel terkejut. Riak Arissa sudah berubah. Nyata berlainan dari malam tadi.
Please Arissa...please forgive me.. Daniel masih memegang tangan Arissa.
Just leave me alone! Arissa rentap tangannya dari cengkaman tangan Daniel.
I just wanna give you this. I believe this is yours.. Daniel hulur botol kecil itu kepada Arissa.
Membuntang Arissa melihat botol kecil itu berada di tangan Daniel. Dia menelan liur berkali-kali.
Saya tahu..awak nak balas dendam pada saya kan Botol ini buktinya. Dulu, awak hantar coklat beracun kepada saya. Daniel masih memandang Arissa yang sudah terdiam di depannya.
Arissa tunduk. Pucat. Nampaknya Daniel sudah tahu rancangannya. Haish! Gila punya cekap mamat ni! Macam mana dia dapat tahu aku yang rancang semua tu
Lepaskan aku! Arissa rentap tangannya lagi.
Arissa..please forgive me..love me.. Daniel seakan merayu.
Arissa berlari keluar dari situ ke tempat letak kereta.
MALAM itu, tidur Arissa tidak lena. Sekejap mengiring ke kiri dan sekejap mengiring ke kanan. Dia mula rasa serba salah. Daniel sudah tahu niatnya.
Apa aku nak buat sekarang ni Arissa garu kepala. Dia menekup muka.
Arissa bingkas bangun. Dia menapak perlahan ke balkoni. Bintang di langit dilihat masih berkelip indah di atas langit. Rasa nak terbang dan tinggal di atas sana bila memikirkan semua itu. Gila! Daniel sudah gila! Ada ke suruh aku cintakan dia Dan aku..kenapa hati aku juga ada rasa itu padanya
Arissa meluru ke bilik air. Dia rasa hendak muntah sekali lagi. Badan sudah terasa lemah. Dia mula baring di atas katil. Kepala pula terasa pening. Berat seperti ditimpa batu. Dia tertidur sedarkan diri.
PAGI bila tersedar, matahari sudah terpacak tinggi.
Ya Allah! Terlepas subuh aku! Arissa bergegas ke bilik air. Sekali lagi dia muntah. Terpaksa dia telefon Syed Faizal, cuti kecemasan lagi. Kepalanya sudah rasa berpusing.
Perlahan Arissa rebahkan tubuhnya di atas katil. Kepala masih terasa berat. Hari itu saja sudah sepuluh kali dia muntah.
Aku salah makan ke apa ni Arissa pegang perutnya. Baru dia teringat, masa ke Korea dulu, dia jarang makan. Mungkin perut masuk angin.
Dia terpaksa ke klinik juga. Sudahlah dia bercuti seminggu, takkan nak tambah lagi
DARI jauh, Gagak masih memerhati gerak geri Arissa. Arahan dari Daniel untuk mengawasi Arissa setiap masa dijalankan dengan penuh tanggungjawab. Jelas dia melihat Arissa menapak masuk ke sebuah klinik. Daniel segera dihubungi untuk tindakan seterusnya.
DI KLINIK, Arissa masih menunggu giliran. Dia melihat jam. Sudah hampir sejam dia menunggu di situ. Kebetulan ramai pula pesakit yang datang ke klinik hari tu.
Puan ni pertama kali ke sini Tegur seorang perempuan muda yang agak sarat kandungannya.
Arissa mengangguk lemah. Tekaknya terasa loya semula. Terasa nak muntah. Loya tekak semakin kuat. Berlari lagi sekali Arissa ke bilik air sambil menekup mulut. Bimbang dia muntah di atas lantai. Sebaik keluar dari bilik air, namanya dipanggil.
Hmm..sila baring ya cik. Seorang pembantu klinik tresenyum melihat Arissa yang kelihatan pucat.
Seorang doktor lelaki mula memeriksa Arissa. Sebelum itu Arissa disuruh mengambil ujian air kencing.
Hmm..puan tak ada sakit apa. Doktor itu senyum.
Arissa mula bangun. Tak sakit apa
Err..doktor, saya muntah teruk sejak semalam lagi. Saya keracunan ke Arissa sudah bingung.
Tahniah puan! Puan hamil empat minggu! Doktor itu senyum. Dia menulis sesuatu di atas kertas. Sempat jeling mesej yang diterima tadi. Dia geleng sendiri.
Make her believes that she is really pregnant
Doktor pasti Arissa masih tidak percaya.
Hmm..nampaknya macam tulah. Dr.Menon terpaksa mengukir senyum. Sebenarnya Arissa hanya mengalami simpton muntah dan loya kerana perut sudah masuk angin kesan dari ubat tertentu.
Mesej dari Daniel tadi cukup membuatnya rasa bersalah dalam menjalankan tugas. Itu sudah melanggar etika kerja seorang doktor!
Kenapa Sepatutnya awak gembira. Dr. Menon cuba mengorek cerita sebenar dari Arissa.
Saya..saya.. Arissa tunduk. Berita yang baharu keluar dari bibir doktor itu dirasakan bagai halilintar memanah bumi. Tersentap! Arissa terkelu, tidak berkata apa. Pucat!
Im listening... Dr. Menon sabar menunggu kata-kata Arissa.
Arissa diam.
Tak apalah. Dr. Menon senyum. Dia perlu tahu cerita sebenar dari Daniel nanti.
Arissa dibenarkan keluar dan mengambil ubat di kaunter. Dr. Menon terus sahaja menghubungi Daniel. Hal tadi bukan hal yang biasa. Lama dia berbual dengan Daniel, kawan lamanya sejak di universiti dulu. Talian diputuskan.
Gila Daniel ni! Sanggup menipu demi nak mendapatkan gadis itu. Apa salahnya berterus terang saja Dr.Menon geleng. Pelik dengan sikap Daniel yang suka pada perkara yang mencabar. Tiba-tiba terasa kasihan pada Arissa yang diperbodohkan oleh Daniel selama ini. Gadis itu ingat dirinya dirogol dan mengandung.
LAMA Arissa termengguk di meja. Sekejap dia baring, sekejap duduk. Sekejap berdiri. Mata yang bengkak masih merah. Terasa pedih. Sejak pulang dari klinik tadi, dia tak henti menangis.
Aaarrrghhh!!!!! Arissa menjerit sekuat hati.
Terduduk dia di tepi dinding. Meraung sekuat hati.
Entah bila dia tertidur. Bila tersedar, bunyi telefon bimbitnya melalak banyak kali.
Terketar-ketar Arissa mencapai telefon bimbit di atas meja.
Hello... Jelas suara serak Arissa menjawab telefon. Terasa sudah tak ada suara keluar di kerongkong.
Arissa!! Tolong aku! Tolong aku!!!
Suara cemas Nelissa di hujung talian jelas di cuping telinganya.
Arissa genyeh mata. Masih mamai.
Nelissa ni kenapa Jangan dia buat hal macam hari tu lagi.. Arissa rapatkan semula telefon bimbitnya di telinga.
Tolong aku Arissa! Aku..aku diculik! Aku kat Bangsar..aku...aku...Diam!!
Arissa tersedar dari mamai. Suara kasar dari telefon bimbit Nelissa juga jelas bercampur dengan suara esak tangis Nelissa.
Arissa bingkas bangun. Dia segera capai baju kardigan yang disangkut di hujung katil. Berlari keluar dari kondominium.
Ya Allah! Apa dah jadi pada Nely Butang lif ditekan banyak kali.
Sebaik tiba di bawah, Arissa segera menahan teksi yang kebetulan sedang menurunkan penumpang di situ.
Encik tolong saya! Kawan saya dalam bahaya!! Arissa mengarahkan drebar teksi itu segera memecut kereta.
Err..nak ke mana cik
Arissa garu kepala. Dia tepuk dahi. Haah! Mana Nelissa ni Mana aku tahu dia di mana. Aduh!!
Err..saya rasa tadi dia sebut dia kat Jalan Telawi...mungkin kat sana..tolong encik. Cepat sikit! Arissa sudah cemas.
Sebaik tiba di Bangsar, Arissa meluru keluar dari teksi setelah membayar tambang. Dia sudah bingung. Mana nak cari Nelissa ni Dia cuba hubungi Nelissa. Tiada jawapan.
Arissa berlari pula ke arah sebuah teksi. Sekali lagi dia menyuruh drebar teksi itu pergi ke kawasan perumahan di situ. Mana tahu Nelissa ada di situ. Dulu, Nelissa pernah beritahunya dia ada seorang kenalan yang tinggal di situ.
Ya Allah...mana aku nak cari dia ni Arissa dongak ke arah rumah banglo yang banyak di kawasan itu.
Laju dia melangkah menelusuri sekitar rumah di situ.
Ah! Takkan Nely ada kat sini. Senyap je kawasan ni.. Arissa semakin bingung. Tidak berani dia beritahu Tan Sri Johari tentang hal itu. Dia pasti ini tentu kerja Adam yang memang menaruh dendam pada Tan Sri Johari. Lelaki itu sendiri yang cakap, dia sebenarnya nak rosakkan Nelissa!!
Mana Nely ni. Ya Allah...tolonglah selamatkan Nelissa. Arissa sudah putus asa.
Rasa pening dan loya masih terasa. Jalannya sudah terhoyong-hayang. Hari yang semakin gelap, tidak memungkinkan dia mencari Nelissa.
Terasa berpinar mata melihat kilauan cahaya dari depan. Kedua tapak tangannya cuba menahan silau cahaya itu. Pening dan loya semakin terasa.
Kriiiikkkk!!! Duummm!!
Bunyi kereta dibrek mengejut cukup kuat. Tubuh Arissa sudah tercampak ke tepi jalan. Tidak sedar.