Di situlah tempat Hasya menjalani rawatan akupuntur sebaik disahkan pembawa gen BRCA-1 oleh pakar sakit puan tersohor pada tahun 2011 di mana dia sendiri memberi dua pilihan kepada Hasya yakni sama ada menjalani pembedahan lumpectomy dengan risiko kemungkinan tumor akan kembali tumbuh jika nasib tidak menyebelahi atau double mastectomy; pembuangan kedua-dua belah payudara sekaligus bagi mengelakkan sel-sel kanser dari merebak ke anggota tubuhnya yang lain.
Membayangkan kemungkinan akan kehilangan payudara, hancur luluh hati Hasya jadinya akan tergugatkah rasa kewanitaannya apabila anugerah Tuhan yang terindah itu dirobek-robekkan
Ketika itulah Akmar Aini datang di saat dokongan seorang ibu sangat diperlukan dalam menempuh detikdetik sukar itu... dan dia sedar tanggungjawab seorang ibu harus dipikulnya kerana itulah pesanan yang dititip Hasnah agar menjaga kebajikan Hasya selama dia di penjara. Akmar Aini jugalah yang memperkenalkan akupuntur dan Master Leong kepadanya. Bertahuntahun tinggal di Guang Zhou sewaktu menjadi pensyarah undangan Kesusasteraan Melayu bagi universiti di sana dulu, Akmar Aini melihat dengan mata-kepalanya sendiri akan keajaiban akupuntur yang telah dipraktikkan selama 3000 tahun itu!
Buktinya kini, setelah hampir dua tahun; tekun menjalani rawatan di mana jarum halus ditusukkan ke payudaranya diiringi aliran elektrik voltan rendah bagi memantapkan lagi kesannya, pengambilan herba secara berterusan juga turut memainkan peranan. Maka tidak hairanlah, hasil daripada pemeriksaan kesihatan yang dibuatnya bulan lalu, Hasya kini bebas kanser!
Besarnya jasa Master Leong bukan saja dirasai oleh
pesakit-pesakit kronik yang putus harapan untuk sembuh, namun turut disyukuri Hasya sendiri. Masih segar di ingatannya, kali pertama menjejakkan kaki ke Tole sewaktu sesi konsultasi berlangsung, Master Leong sempat mengamat-amati perilakunya dengan teliti. Have you been diagnosed with other disease apart from breast cancer Something like ADD ADHD
Hasya dan Akmar Aini saling berpandangan. Yes Master. I have ADHD and Ive been relying on Adderall almost all my life, jawab Hasya.
Akmar Aini agak terkejut dengan telahan Master Leong yang tepat itu. Dia inginkan jawapan tentang bagaimana mungkin kepincangan yang melanda Hasya, boleh disedari sang sifu. Masakan tidak Akupuntur sudah menjadi darah daging bagi lelaki Cina berhemah tinggi yang merupakan pewaris generasi keempat keluarga; pengamal perubatan terunggul Cina turun-temurun itu. Energi Qi positif yang dimiliki merupakan bonus buat Master Leong sekaligus menjadikannya mudah didekati pesakit yang berkunjung walaupun suara garau ala rocker tatkala berbicara, tidak sepadan dengan keterampilannya yang kemas dan awet muda itu walaupun usia sudah melebihi separuh abad! Fasih juga berbahasa Melayu; menjawab pertanyaan Akmar Aini yang baru lalu, dia berkata,Pertama kali saya tengok dia, saya tahu punya.
Master Leong terus menambah, Shes got a lot of energy, this one energy that stems from the nervous system. Thats the reason why sometimes she talks very fast, cepat marah
Ketika itu Akmar Aini mencelah, Betul Master tolonglah rawat anak saya ni. Shes very temperamental. Bila dia naik hantu, garangnya macam rimau habis boyfriend semua lari!
Master Leong ketawa, Hasya menyiku-nyiku Akmar Aini sebelum berkata, I talk very fast because my mind running faster than Oscar Pistorious.
Siapa Oscar Pistorious
Oh Master tak tahu alah pelari kudung dari Afrika Selatan yang tembak mati girlfriend dia tu!
Master Leong tersenyum saja mendengar cerita pesakitnya yang berbeza dari yang lain itu, Okay back to your problem.
I dont have a filter when I get furious I say whatever crossing my mind which mostly hurtful to the other party. It is as if, there is no connection between my mind and my mouth!
Terlopong Akmar Aini mendengar penjelasan Hasya yang panjang lebar dengan penuh perasaan berserta tangan kanan dan kirinya terayun seiring dengan mulutnya yang laju berkata-kata.
Master, kesianlah kat anak saya ni tolonglah rawat dia. Takut nanti, sampai tua pun dia tak kahwin sebab tak ada lelaki yang boleh handle dia. Can it be cured
Rayuan Akmar Aini itu menggeletek hati Hasya.
ADHD is actually good as long as you are aware of your condition.
Aware How can I possibly aware when Im on the verge of kicking someoness ass, Master
Hasya mempertikaikan kenyataan Master Leong itu, namun kemudian terfikir juga olehnya akan keperluan
beristighfar yang sering ditekankan dalam Islam; yang tujuannya tidak lain daripada meredakan kemarahan yang sedang memuncak dan seterusnya kembali sedar dengan mengingati Allah.
Only genius has ADHD, kata Master Leong lagi sebelum menambah, Abraham Lincoln had it, Steven Spielberg, Albert Einstein
Ya, Hasya memaklumi akan kepincangan yang membawa rahmat buat komposer agung Mozart itu; tidak terkecuali juga Bill Gates, Walt Disney, Picasso dan Vincent Van Gough yang telah memberi lonjakan hebat pada dunia lukisan ke arah satu paradigma baru; Socrates ahli falsafah tersohor Greek, Thomas Edison di mana jasanya dalam penciptaan mentol yang menerangi alam semesta tak tergapai dek tangan kita untuk membalasnya serta banyak lagi nama-nama gah dalam pencapaian terhebat dunia termasuk pasangan adik-beradik Orville dan Wilber Wright yang bertanggungjawab mencipta kapal terbang turut mempunyai simptom ADHD!
but whats the point of being a genius if you lack of sleep, Master Not that I need a brain to invent a telephone like Alexander Graham Bell or something!
Sesungguhnya tidur yang nyenyak itu satu nikmat Tuhan.
Master Leong tertawa lagi mendengar keluhan spontan Hasya itu sejurus berkata, Ha! Alexander Graham Bell pun ada ADHD juga!
Id rather be a moron than not being able to sleep peacefully, Master.
Lemah sekali kedengaran nada suara Hasya yang tanpa diduga secara tiba-tiba menghentak-hentak meja seraya bersuara, I dont care you better tell me how do I get my sleeping back on track!!!
Akmar Aini panik kebingungan. Namun sebagai seorang cendikiawan yang turut mempelajari ilmu psikologi manusia, dia memahami situasi yang dialami Hasya ini. Kajian membuktikan bahawa manusia mampu bertahan untuk tidak makan selama berhari-hari tetapi kurangnya tidur dari kadar yang sepatutnya dalam tempoh masa yang panjang, boleh mengundang impak halusinasi. Ditepuknya bahu Hasya sambil menjegil mata seolah memberi amaran: behave yourself.
Hasya menarik nafas dalam-dalam, beristighfar. Memang dia tidak memerlukan minda hebat seperti Alexander Graham Bell untuk merekacipta alat telekomunikasi tercanggih dekad ini. Namun akan tetapi, If you dont let it stand in the way of achieving a success, it could be a blessing, Hasya, hujah Master Leong lagi.
Akmar Aini mengangguk perlahan, bersetuju dengan pandangan Master Leong. Hasya mengalah. tapi boleh tak Master buat juga acupuncture kat kepala dia Biar hilang sikit barannya tu, gesa wanita yang sangat prihatin tentang dirinya itu. Hasya tahu, ibunya Hasnah pasti berasa terharu Akmar Aini benar-benar melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan kepadanya.
Bermula dari detik itulah, tiap kali Hasya datang membuat rawatan kanser, kepalanya turut ditusuk beberapa batang jarum halus dengan harapan dapat meredakan panas baran seperti yang dimahukan Akmar Aini. Dan sejak itu jugalah, Adderall tidak lagi dibutuhkan Hasya.
Dia beransur tenang dengan cara alami dan sesungguhnya itulah yang terbaik.