Malam ini, takkan sama dengan malam-malam sebelumnya. Bahkan takkan sama dengan malam-malam yang akan datang. Aku duduk di foyer. Berada di aras 12 buat aku teruja dengan pemandangan seluruh Lembah Pantai. Aku nampak Menara TM yang gemuk. Aku tenung sayu. Masih terang walaupun jam menunjukkan hapir 10.30 malam. ruang pejabat masih lagi terang dilimpahi lampu neon menandakan penghuninya masih lagi belum bersedia untuk berhenti bekerja dan pulang ke rumah. Aku turunkan sikit pandangan aku. Aku lihat kesuraman dua stadium hoki. Gelap. Seolah-olah memahami kesedihan yang sedang aku alami. Kenderaan pun tak banyak. Jarang-jarang ada. Berbeza dengan keadaan selalunya. Aku pandang ke langit. Tiada bintang. Gelap. Bulan pula seolah-olah malu untuk menunjukkan dirinya. Terasa kerdil dek adanya matahari.
Aku rasa malam ini, takkan sama dengan malam-malam sebelumnya. Bahkan takkan sama dengan malam-malam yang akan datang. Entah kenapa. Aku rasa kosong. Aku rasa kehilangan sesuatu. Aku rasa aku tak buat apa yang aku selalu buat pada kebiasaanya. Puas aku fikir, puas aku cari, puas aku tenung. Hanya ada satu sahaja jawapan dalam minda aku. CapitalM. Ya, aku sebenarnya fikirkan dia. Teringatkan dia. Rindukan dia. Aku perlukan dia tapi semuanya dah terlambat. Aku tak mampu berbuat apa-apa lagi. Selalunya pada waktu seperti ini, kami sedang text satu sama lain. Bertanya khabar, melafazkan kata-kata cinta, menyemai janji-janji manis dan melayar bahtera bahagia bersama. Tapi malam ni dah berbeza. Tiada lagi gurauan manja, sapaan mesra bahkan ungkapan cinta.
Aku tetap rasa yang malam ini, takkan sama dengan malam-malam sebelumnya. Bahkan takkan sama dengan malam-malam yang akan datang. Tipulah kalau aku cakap aku tak rindu. Walaupun hubungan ni masih lagi muda, tapi aku rasa seolah-olah telah kenal dengan dia bertahun lamanya. Kami berbual, kami bercerita, kami berkongsi semua yang kami lalui bersama. Demi cinta, kasih dan sayang, kami cuba pertahankan hubungan ni walau hakikatnya masing-masing dah tahu apa kesudahannya nanti. Kami tetap sedapkan hati dengan mengatakan bahawa jodoh, pertemuan itu di tangan Allah. Jadi aku dan dia tak boleh berputus asa dan harus mencuba. Walau aku tahu, hati dia milik aku, tapi jasad dia tetap akan jadi milik orang lain, satu hari nanti.
Sejak pertemuan dekat KLCC hari tu, aku langsung tak menghubungi dia. Aku cuba mengabaikan dia. Aku cuba untuk melupakan dia walau aku tahu, perjanjian kami akan berjalan dalam masa seminggu lagi. Sepatutnya aku gunakan waktu ni sebaik mungkin. Melakar kenangan terakhir, mengungkap kata cinta dan janji agar dia tahu aku tetap menunggu dia di sini. Tapi aku tak tahu apa yang aku fikirkan. Aku langsung tak berbuat apa-apa. Semua mesej-mesej dia aku abaikan. Semua tweet dia aku tak pandang dan beranggapan, ia ditujukan untuk orang lain.
Aku migraine. Ya, dia seorang sahaja yang tahu apa yang aku alami. Sedangkan keluarga aku sendiri pun tak tahu apa-apa tentang ni. Kalau sebelum-sebelum ni, dia akan terus memantau kalau penyakit gila ini menyerang, tapi tidak lagi sekarang. Aku harus kuat. Aku harus berdiri sendiri. Sebab aku dah takda siapa-seiapa lagi. Panadol ActiFast yang dia bekalkan untuk aku aku genggam erat. Satu-satunya kenangan yang aku ada. Kenangan aku dan dia.
My Girlfriend Is Gumiho. Ya, aku dah dapat cerita tu. Full episode. Cerita yang dia suruh aku tengok. Sebab dia cakap heroin cerita ni cute sangat. Aku tak minat korea. Aku benci cerita-cerita Korea. Dan aku rasa annoyed bila nampak orang yang tengah layan Korea. Tapi dia suruh aku tengok cerita tu. Aku dah sedut cerita tu dari dia, walau aku tahu ni dah bertentangan dengan prinsip aku. Sebab bila aku tengok kesungguhan dia suruh aku layan cerita ni, aku cair. Sebab aku percaya, dia memang betul-betul nak aku tengok cerita ni. Tapi aku kejam. Sangat kejam.
Aku : Salam. Farah, boleh tolong x Ambikkan external aku dekat CapitalM.
Farah : Wslm. La kenapa pulak Korang ada masalah ke
Aku : Eh takdelah. Aku nak guna cepat external tu. Nanti kau bawak time exam okay.
Farah : Oh, hm yela.
Aku : Okay, terima kasih =)
Farah Nabila. Classmate aku merangkap floormate CapitalM. Dia antara orang terawal yang tahu tentang aku dan CapitalM. So, no wonderlah aku mintak tolong dia amik external tu dari CapitalM. Kurang ajarkan aku Aku bagi external tu by hand, tapi kenapa kena guna orang tengah bila nak amik balik external tu Ya, aku memang kurang ajar. Sangat kurang ajar.
Aku : Awak, nanti external tu bagi dekat Kak Farah eh. Nanti dia datang bilik awak.
CapitalM : Hm bila dia nak datang Okay =(
Aku tak reply. Takkan reply. Sengaja. Aku harap dengan mesej ringkas tu, dia fahamlah apa yang aku maksudkan. Aku cuma nak external tu balik. Aku dah tak nak ada apa-apa kaitan dengan dia. Biarlah semua ni berkahir dengan segera. Itu yang aku fikir. Itu yang aku rasa. Tanpa fikir apa yang dia fikir, apa yang dia rasa.
CapitalM : Hm bila dia nak datang ni Xpelah saya hantar g bilik dia.
Dia mesej. Ringkas. Mungkin penat menanti balasan dari aku. Aku baca, aku exit. Mesej masuk lagi. Kali ni dari Farah.
Farah : Apis, aku dah dapat external kau ni.
Aku : Ok, thanks. Nanti exam, bawak okay.
Farah : Okay. Eh aku nak bukak external kau boleh Nak amik movie.
Aku : Bukaklah. Tapi bukak folder movie je k. Tapi movie yang aku ada tak update sangat.
Farah : Thankssssss =)
Ya Allah, rasa bersalahnya aku dengan dia. Kenapa semua ni perlu terjadi antara aku dengan dia Kenapa aku perlu lalui semua ni Aku cinta dia. Aku kasih dia. Aku sayang dia. Tindakan aku ni seolah-olah meletakkan kesalahan atas bahu dia. Aku tahu dia tak tenang. Dia sedih. Malah apa yang dia tanggung lebih berat daripada apa yang aku alami sekarang.
Awak, maafkan Fiz. Fiz mintak maaf sangat-sangat. Fiz dah tak sanggup nak jumpa awak. Fiz dah tak boleh nak berhadapan dengan awak. Fiz dah tak sanggup wak. Maafkan Fiz. Bukan Fiz nak bersikap kurang ajar. Bukan Fiz nak abaikan awak. Bukan Fiz benci awak, apatah lagi berdendam. Fiz rasa Fiz perlu buat macam ni. Sebab kita kena belajar untuk hidup tanpa adanya awak atau saya dalam kehidupan sehari-hari. Sebab selagi kita masih berhubungan, selagi itulah hati kita bertaut rapat, kasih kita tergenggam erat. Apa yang penting sekarang ni bukanlah cinta, kasih dan sayang kita tapi apa yang penting sekarang ni ialah kisah awak, Rizman dan hubungan awak dengan dia. Fiz dah jalankan tugas Fiz. Allah hantar Fiz dalam hubungan awak dan Rizman untuk perbetulkan hubungan awak dan dia. Fiz harap awak perasan tu.
Awak pun ada cakap yang sejak Fiz datang dalam hidup awak, Rizman dah berubah. Dia mula ambil berat tentang awak. Dia mula mahukan hubungan yang serius dengan awak. Mula menjaga awak. Dan semuanya tentang awak dia nak tahu. Jadi awak anggaplah ini hikmahnya bila Fiz datang dalam hidup awak.dan bila Fiz nak pergi, janganlah awak halang. Walaupun berat, kita kena terima. Fiz tetap kena pergi sebab tugas Fiz dah selesai. Awak sakit. Fiz sakit. Semua sakit. Tapi Fiz nak awak sedar yang inilah pengorbanan yang perlu dibayar untuk sebuah kebahagiaan. Kebahagiaan awak dan dia.
Aku kesat pipi. Air mata ni terlalu murah. Terlalu lama aku termenung. Berfikir. Aku perlu bangkit. Aku perlu bangun. Aku tak boleh selamanya begini. Aku kena cuba sebab kalau tak cuba, memang aku akan selamanya berada di sini. Di perhentian ini. Aku harap dia tak salah anggap. Bukan aku membenci. Bukan aku berdendam. Tapi aku sedang cuba untuk selesakan diri aku tanpa dia. Aku cuba untuk reschedule kitaran hidup aku tanpa dia. Jadi aku perlu masa. Aku perlu ruang. Dan menyendiri bukan beerti aku lupa. Kau dah jadi sebahagian daripada hidup aku. Sekarang kau dah termaktub menjadi sebahagian kenangan terindah hidup. Aku takkan lupa, selagi nafas dikandung nyawa.
Dan aku rasa malam ni takkan sama dengan malam-malam sebelumnya. Dan takkan sama dengan malam-malam yang akan datang. Dan malam dah terlalu tua. Untuk mendengar cerita duka.
Aku perlu berkemas. Bilik perlu aku kosongkan. Esok aku balik Johor. Cuti semester akan bermula. Kembali kepada fitrah aku. Kembali kepada keluarga aku. Aku dah bersedia untuk hadapinya seorang diri. Kenangan aku dan dia. Aku dah susun rapi. Kemas tersemat dalam hati sanubari. Saya sayang awak.