Jadi ke kamu nak balik Johor Bharu esok Soal Che Long sambil melihat kesibukan Idlan.
Idlan melempar senyum tawar. Ikutkan hati, dia tak nak balik, tapi dengan nasihat ibunya dan Ika, dia akur dengan keadaan. Dia perlu kembali semula ke pangkuan Irdiana untuk berbincang.
Nampaknya jadilah, ayah.
Che Long terangguk-angguk. Jelas bersetuju dengan keputusan Idlan, Erm... baguslah kalau begitu. Kamu pun dah lama tinggal di kampung ni. Elok balik ke sana segera dan bekerja macam biasa. Soal isteri kamu tu, pandai-pandailah uruskan. Kalau masih sayangkan dia, usahalah jernihkan semula hubungan kamu berdua. Selamatkan rumahtangga kamu selagi boleh diselamatkan. Kalau tidak, minta petunjuk pada Allah. Mohon pada-Nya supaya dibukakan jalan untuk kamu buat keputusan dengan betul.
Idlan tunduk setia mendengar. Kata-kata ayahnya yang sejukkan telinga, buatkan dia kembali semangat untuk melayari bahtera rumahtangganya bersama Irdiana. Dia takkan lelah mencuba. Kalau hasilnya tetap sama, dia tahu apa perlu dilakukan. Melepaskan Irdiana mungkin jalan terbaik.
Tapi, ingat pesan ayah, jangan pula kamu bergaduh lagi dengan dia. Kalau boleh, selesaikan cara elok, sambung Che Long. Dia angkat punggung keluar dari rumah untuk mengambil angin petang.
Idlan hanya memerhati langkah ayahnya tanpa sempat membalas kata. Pada waktu sama, telefon bimbit berbunyi. Sebaris nama Ika muncul atas skrin.
Melihat nama itu, dia senyum lebar.
Ika:
Ika harap abang tak marah Ika lagi. Kita kawan selamanya, boleh
Perasaan Idlan terusik apabila perkataan kawan yang ditaip gadis itu.
Idlan:
Abang tak okey. Rasa macam nak mati
Ika:
Kenapa sampai macam tu Janganlah. Tak baik tau
Idlan:
Sebab Ika tolak cinta abang
Ika:
Kalau Ika tahu abang balas macam ni, Ika tak WhatsApp pun tak pe. Okeylah. Bye!
Tiba-tiba Idlan tersengih lucu. Perasaan yang terusik tadi, kembali normal dengan sikap keanakanakan Ika. Gadis itu kejap nampak matang, kejap pula macam budak-budak. Tak boleh salah sikit, mulalah nak merajuk.
Entah macam mana rupa Ika sekarang Hatinya berdetak ingin tahu.
Idlan melangkah turun dari rumah dan mahu berjumpa Ika tanpa memberitahu terlebih dulu pada gadis itu. Dia nak lihat Ika buat kali terakhir sebelum bertolak ke Johor Bharu.
Apabila memijak halaman rumah Ika, telefon bimbit dikeluarkan.
Idlan:
Cepat sangat Ika bye, bye dengan abang
Beberapa saat Idlan menunggu, WhatsApp itu dibalas Ika.
Ika:
Abang tu suka cakap mengarut. Nak mati la sangat. Mati betul-betul baru tau. Tak sempat nak taubat, padan muka
Idlan:
Kenapa Ika kasar sangat dengan abang hari ni Abang dah nak balik sana. Kalau Ika balas WhatsApp kasar-kasar macam ni, lagilah abang rasa nak mati
Ika:
Tengok tu. Cakap mengarut lagi. Bye!
Idlan:
Belum apa-apa lagi dah bye, bye kat abang. Tak hormat langsung pada tetamu. Abang tercegat kat sini, Ika buat derk aje.
Ika:
Abang ada kat sini
Idlan:
Ye... depan rumah Ika ni. Abang boleh nampak apa Ika buat sekarang. Korek hidung!
Ika:
Mana ada Ika korek hidung!
Idlan:
Tak mengaku tu. Keluar sekejap. Abang nak jumpa.
Idlan masukkan semula telefon bimbit ke dalam poket seluar. Dia tergeleng-geleng kelucuan. Bila masa dia nampak Ika korek hidung Langsung tak. Sengaja dia mengusik.
Masam aje. Kenapa ni Soal Idlan apabila Ika mendekatinya.
Bibir Ika muncung, Ika tak korek hidunglah. Memandai aje cakap kita korek hidung.
Idlan tertawa kecil. Seronok melihat wajah muncung Ika apabila bengang dengan usikannya.
Abang dah nak balik esok. Abang datang sebab nak jumpa Ika kali terakhir.
Wajah Ika berkerut. Kedua-dua kening bertaut, Abang nak balik dah
Idlan mengangguk perlahan. Berat hati nak tinggalkan kampung halaman. Entah kenapa, dia tak sedap hati nak pulang ke Johor Bharu.
Kalau macam tu, esok abang drive elok-elok, ya. Ika doakan perjalanan abang selamat, Suara Ika bergetar. Dada sebak tiba-tiba. Perasaan sayu tiba-tiba hadir tak diundang.
Melihat wajah Ika bertukar muram dan mendengar suara Ika seperti menahan sebak, Idlan mendekati gadis itu.
Kenapa Ika nampak sedih Sepatutnya Ika gembira sebab abang tak boleh ganggu Ika lagi...
Ika tunduk merenung tanah. Dia juga tak faham dengan keadaan dirinya. Apabila Idlan kata dia nak balik ke Johor Bharu semula, sebelah hatinya tak nak Idlan pergi, tapi sebelah lagi dia sedar diri. Siapa dia nak menghalang Dia tak ada hak nak sekat haluan dan pilihan Idlan.
Ika, lembut Idlan memanggil.
Kalau Ika halal baginya, mahu saja dia mendakap tubuh itu untuk ditenangkan hati biar tak bergelumang dengan kesedihan lagi. Tapi, apakan daya, batas memisahkan segala-galanya antara mereka.
Perlahan-lahan Ika mendongak. Ada butiran jernih sedang turun ke pipi. Dia menangis!
Idlan tercengang. Tak faham apa yang berlaku pada Ika.
Kenapa Ika nangis
Ika menggeleng. Tak tahu nak beri jawapan apa, tapi belakang tangan lekas-lekas menyeka air mata.
Ika buat abang rasa serba salah. Nanti abang tak jadi nak balik sana.
Jangan sampai macam tu. Ika tak apa-apa. Abang baliklah. Lagipun, tempat abang bukan kat sini, tutur Ika perlahan. Antara dengar dengan tidak.
Siapa cakap ni bukan tempat abang Abang dilahirkan dan membesar kat sini. Cuma abang nak tahu, kenapa Ika menangis Boleh tak Ika terus-terang saja dengan abang Abang tak suka tengok Ika macam ni. Menangis tak tentu fasal. Macam abang ada buat kesalahan.
Ika cuba beri senyum palsu. Hati bagai merontaronta ingin meluah sesuatu. Tapi, mampukah dia
Ika sedih sebab baru aje kenal abang, baru nak berkawan, abang dah nak pergi. Abang macam nak tinggalkan Ika selama-lamanya. Ika tak tahu kenapa rasa macam ni. Akhirnya, terluah juga rasa yang berbuku itu.
Idlan senyum nipis saat telinga menjamah pengakuan Ika. Baginya, itu pengakuan paling berani mati pernah Ika buat.
Ika nak tahu kenapa Kalau boleh, Ika tak nak tahu. Tapi, Ika kena tahu, balas Idlan.
Kalau abang tahu, apa boleh abang cakap Ika mendongak sambil merenung lembut ke wajah Idlan.
Ika sayangkan abang, kan Soalan dibalas dengan soalan. Idlan berharap Ika buat pengakuan kali kedua.
Abang dah tahu perasaan Ika terhadap abang. Kenapa tanya lagi Pergilah abang balik. Ika berpaling.
Bersedia melangkah meninggalkan Idlan.
Ika, nanti dulu.
Baliklah, abang...
Ika...
Baliklah... Ika tak berpaling lagi.
Ika jaga diri. Raya nanti kita jumpa lagi. Idlan membelakangi Ika dan menapak keluar dari halaman rumah gadis itu.
Langkah Ika terhenti. Saat itu, dia berpaling melihat Idlan yang makin jauh. Air matanya gugur. Kenapa dia rasa terlalu sedih dan sayu. Kata Idlan, mereka akan jumpa lagi pada hari raya akan datang.
Ya, itu memang benar. Mereka akan jumpa lagi, tapi dalam suasana berbeza. Sudah tentu Idlan akan pulang ke kampung bersama isterinya.
Dia pula bagaimana Mahukah Idlan berjumpanya lagi di saat lelaki itu berbaik-baik dengan isterinya
Sudah tentu jawapannya tidak