CARTA HATI - 25
SYAKILA memasuki bilik usai makan malam bersama atuk dan nenek. Pantas saja gadis itu membuka komputer riba.

Mata Syakila terhala pada skrin tersebut. Nampaknya, ada perkembangan. Sudah ramai yang mengikuti akaun Instagram ini. Tanpa semena-mena, bibirnya mula mengoyak senyum. Sehingga tidak sempat melihat video apa yang terpapar. Sekadar memuat naik saja gara-gara terlalu semangat.

Tiba-tiba ada satu komen yang menarik perhatiannya.

: Mana video part 2 Sekejap sangat video ni

I_Intan^-^: tak sabarnya nak tengok part 2! Cepatlah sambung...

PP^K3MB0NG: awak jadi penyanyi mesti laku album. saya sukaaaaaa....

Bibir Syakila semakin lebar dengan senyuman. Komen-komen tersebut tidak dibalasnya. Baru dia tahu untuk satu perkara. Sudah ada yang mula meminati lelaki itu semula. Biarpun, perubahan itu belum nampak ketara lagi.

Kalau nak memuat naik video di Instagram, hanya dalam berbelas saat aje. Jadi, kena masukkan yang part 2 punyalah. Syakila sendiri pun belum lihat lagi macam mana videonya. Durasi tak adalah lama. Dalam 40 saat macam tu. Itu saja yang gadis itu dapat. Sementelah video tersebut sudah disunting sebelum dimasukkan ke dalam Instagram.

Syakila memuat naik sekali gus. Part 2, part 3, dan yang terakhir part 4. Makan masa juga. Kadang-kadang menunggu sampai dah nak dekat setengah jam. Tapi, redha ajelah. Usaha kan tangga kejayaan

Selesai melakukan semuanya, dia menutup komputer riba tersebut.

Syakila capai telefon pintar. Dia menjenguk laman Instagram. Kali ini, lebih hebat penangannya setelah video-video berikut dimasukkan. Makin ramai pengikut yang suka. Dia tidak membuka video tersebut. Sekadar memerhati caption dan komen. Hehe

Apabila sudah bosan menghadap perkara yang sama, Syakila buat keputusan untuk melihat juga.

Bermula dengan video part 1

Assalamualaikum semua hai. Terima kasih buat semua yang melihat video ini. Lagu ini, saya dedikasikan buat semua peminat yang masih menyokong saya. Saya sangat menghargai

Kemudian stop. Seterusnya, part 2.

Aku inginkan dirimu,

Datang dan temui aku

Kan ku, katakan padamu...

Aku sangat mencintai dirimu

Hmm, merdu juga suara mamat ni! komen Syakila sebelum melihat video part 3 pula.

Semoga engkau kan mengerti,

Tentang perasaan ini,

Makna ku telah terbuai,

Akan indahnya cinta

Zap! Detak jantungnya mula berubah pantas. Ada seorang gadis tiba-tiba berada di sebelah Zairis dan menyanyikan bait lirik lagu itu. Siapakah gadis itu Part 4

Semua jangan salah faham, ini kakak saya. Sedap kan suara dia Buat anda semua, sekali lagi, terima kasih kerana menyokong ketika saya jatuh ataupun tidak. Dan tak lupa buat SY, aku nak kata pada kau, bahawa aku bosan bila kau tak ada di sisi aku. Wait for me, dear

Laju sangat Zairis cakap. Nak kejar masa kut. Tapi, Syakila dapat menangkap ayat terakhir lelaki itu. SY Siapa SY ni! Macam penting untuk Zairis. Hmm

AWAL lagi Syakila sudah bangun. Seusai menunaikan solat subuh, gadis itu tidak menyambung tidurnya semula. Malah, yang dihadap hanyalah komputer riba saja. Semenjak semalam, perwatakannya baik dan ceria. Tidak runsing seperti baru datang ke sini.

Alhamdulillah... tak sangka pula penangan video semalam ramai puji suara lelaki tu. Mata ditalakan pada skrin komputer riba. Dia okey pada pagi ini, kerana gembira melihat lelaki itu masih mampu tersenyum. Bila seseorang itu bahagia, dia turut berasa bahagia. Aneh, kan

Tapi siapa SY yang dimaksudkan Persoalan yang mula timbul di fikiran Syakila buat dahi gadis itu berkerut sedikit. Takkan SY itu yang dimaksudkan ialah dia

Syak! panggil nenek dari luar pintu bilik. Laungan nenek buat lamunan Syakila terhenti. Dia segera bangkit lalu menuju ke arah pintu.

Ada apa, nek soal Syakila apabila pintu bilik sudah dibuka.

Tak nak ikut atuk ronda-ronda dekat kampung ke tanya nenek.

Kedengaran bunyi motosikal bergema di peluput telinga. Seperti atuk sedang memanaskan enjin di bawah rumah.

Atuk nak pergi mana

Atuk, biasalah. Pagi-pagi macam ni, pergi ke kebun

Ohh

Nak ikut ke tak Tu hah, atuk tengah tunggu tu. Kalau nak, cepatlah... suruh nenek.

Syakila terus menuju ke bawah rumah. Kalau ikut atuk pergi ke kebun, tak adalah bosan sangat duduk kat rumah ni. Hmm, kira bolehlah tu!

KAWASAN kebun yang sudah lama tidak dijenguk direnung seketika. Syakila melangkah ke hadapan. Gadis itu memerhati setiap kawasan kebun yang rata-rata menghijau. Ada juga perubahan yang dilihat. Dan ada juga yang masih kekal sama, seperti dia datang ke sini dahulu.

Langkah atuk diikuti. Pada waktu pagi begini, memang udara begitu segar sekali. Tambahan pula, berada di kebun. Sangat-sangat nyaman dan menenangkan jiwa pada yang datang menjenguk.

Atuk nak pergi ambil daun pisang kejap. Syak tunggu kat sini, beritahu Haji Mustafa.

Bersama parang yang masih bersarung, dia menuju ke tempat yang ingin dituju. Manakala Syakila pula hanya menunggu di pangkin yang berada di situ.

Bunyi nyamuk yang berdesing di telinganya membuatkan dia tidak selesa. Anggota tubuh badannya yang menjadi mangsa gigitan nyamuk ditepuk kuat. Nafas dihela perlahan-perlahan kemudian satu keluhan terlepas dari bibir.

Banyak nyamuklah pula, getus Syakila.

Tangannya sudah mula gatal-gatal. Inilah padahnya, bila dah lama tak jenguk kebun keluarga sendiri. Akibatnya, dah tak biasalah. Sepatutnya, kena biasakan.

Mentang-mentanglah kamu dah kawan dengan artis, nyamuk gigit sikit pun kamu merungut... Haji Mustafa bersuara tiba-tiba dengan setandan pisang di tangan.

Hesy, mana ada atuk...

Kamu jangan sembunyikan dari atuklah, Syakila. Atuk ni nampak je macam ni, perkembangan berkaitan kamu semua up-to-date, tau!

Syakila sengih. Padan muka kau, Syakila! Sikit hal pun nak merungut. Kan dah kena setepek dengan Haji Mustafa!

PANGGILAN daripada Zainura diterimanya. Lama dia bercuti dikampung, terasa rindu pula pada keriuhan Zainura.

Hello, hah kau nak apa ni

Syak, kau balik hari Sabtu ni kan

Kalau ikutkan, macam tulah. Sebab dari Sabtu lepas, aku pergi sana, ujar Syakila. Sengaja mencipta auta. Tak nak Zainura salah sangka pula nanti.

Ohh, Sabtu ni kau balik awallah. Temankan aku, Dahi Syakila mula berkerut. Temankan Zainura Nak ke mana pula minah ni

Kau nak pergi mana

Aku nak pergi Setia City Convention Centre hari

Sabtu ni

Kau nak buat apa pergi ke sana

Adalah. Jangan lupa temankan aku! Sabtu ni balik.

Tak pun, jumaat ni kau balik. Ingat! Klik!

Panggilan telah dimatikan oleh Zainura. Syakila hanya menggeleng. Pelik betul dengan perangai gadis itu. Masih tidak berubah seperti dulu.

Syakila mengambil komputer ribanya. Dia menyunting sesuatu gambar. Senyuman mula terukir di bibir semasa proses penyuntingan gambar berjalan. Gembira, hanya itu yang dirasa.

Insya-Allah moga semuanya dipermudahkan, ucap Syakila sambil melebarkan senyuman.

Selesai menyunting, gambar tersebut disimpan ke dalam file. Jam di pergelangan tangan dijeling sekilas. Komputer riba ditutup sebelum gadis itu menuju ke arah katil.

Syakila mula memejamkan mata sehingga tidak sedar, dia terlena dengan sendiri.