Mama! Papa! Jeritnya sambil menuruni tangga.
Astaghfirullahalazim, Angah! Cuba jangan berlari. Jatuh juga nanti.
Mencerlung tajam mata Datin Afia melihatkan anaknya berlari macam tak cukup tanah. Entah apalah yang menggembirakan hati si anak. Datin Afia melepaskan keluhan perlahan. Rumah ini sudah terlalu lama suram. Tiba-tiba, boleh pula si anak terjerit-jerit kegembiraan.
Hah! Apa sangatlah yang buat kamu seronok ni Dato Zayd turunkan sedikit cermin matanya bila Zuhayr Affan sudah tiba di ruang tamu dalam keadaan tersengih-sengih.
Qaireen... Qaireen masih hidup, beritahu Zuhayr Affan.
Angah, cuba serius sikit. Jangan main-main
tau. Yang Angah cakapkan tu menantu Mama. Datin Afia menyampuk. Dia tidak suka walau sesiapa pun mempersendakan tentang Qaireen.
Zuhayr Affan tepuk dahi. Itulah bila semua orang seolah-olah tak nak ambil tahu di manakah kakak iparnya atau masih hidup lagikah kakak iparnya itu. Macam inilah jadinya. Perkara betul pun dikatakan melawak.
Ya Allah, Mama! Takkanlah Angah nak main-main. Angah tak buat lawaklah, ma.
Mana kamu tahu Qaireen masih hidup Dato Zayd mencelah.
Kali ini dia berikan tumpuan pada Zuhayr Affan. Majalah yang sedang dibacanya tadi dibiarkan sahaja di ribaannya.
Kawan Angah, doktor dekat Hospital Kota Tinggi. Dia yang beritahu. Dia kata Qaireen ada dapatkan rawatan dekat situ. Sekarang ni Qaireen kena tahan dekat sana.
Pelik. Macam mana dia kenal itu Qaireen Berkerut dahi Dato Zayd.
Angah ada bagi gambar Qaireen dekat dia dan beberapa kawan lain masa awal-awal kejadian dulu. Manalah tahu kut-kut ada orang bawa Qaireen ke situ. Tak kiralah masa tu dia hidup atau pun dah mati, terang Zuhayr Affan bersungguh-sungguh.
Alhamdulillah kalau betullah apa yang kawan Angah cakapkan tu. Datin Afia menadah kedua-dua tapak tangannya kemudian meraup ke wajah. Dia memandang suaminya.
Berkerut dahi Dato Zayd cuba memahamkan pandangan si isteri.
Abang kita pergi ambil Reen, bang. Kita bawa dia balik ke sini. Saya tak sabar nak peluk menantu saya tu, bang. Along mesti gembira kalau tahu hal ni. Zuhayr Affan turut memandang Papanya. Menanti kata putus. Dato Zayd diam. Sedang menimbang dari semua sudut. Berita ini terlalu mendadak. Kesahihannya belum pasti. Walau apa pun dia kena rasional. Dia menghela nafas dalam-dalam sebelum menyambung kata.
Kita pergi esok pagi. Lagipun ni dah petang sangat. Kalau betul itu Qaireen, biarlah dia berehat satu malam dekat sana. Entah dia ada sakit apa pun kita tak tahu. Sekurang-kurangnya ada doktor dan jururawat yang pantau keadaan dia, putus Dato Zayd.
Angah nak beritahu Along dengan Amanda, tak tunggu lama Zuhayr Affan terus berlari naik ke tingkat atas semula. Terjerit-jerit mulutnya memanggil nama Amanda dan Adwan.
Syukur, Ya Allah! Terima kasih, sekali lagi Datin Afia meraup wajahnya dengan kedua-dua belah tapak tangan.
Dato Zayd tersenyum.
Amenjeling pada Zuhayr Affan yang menyerbu PA Angah ni Terjerit-jerit pula, Amanda
masuk ke bilik Adwan.
Dia risau Adwan yang sedang pulas tidur terjaga. Emosi Adwan sejak akhir-akhir ini semakin meruncing. Tahap kesihatannya juga semakin merundum. Bukannya Zuhayr Affan tak tahu.
Sorry. Over excited. Guess what Zuhayr Affan menari-narikan keningnya.
Orang malaslah nak main teka-teki, sekali lagi Amanda menjeling. Dia kembali bersandar pada belakang sofa. Kembali menyambung bacaan novel di tangannya.
Fine. Esok adik tak payah ikut pergi Kota Tinggi.
Angah, Along, Akid, Azaim, Mama dan Papa aje yang pergi. Nak ambil Qaireen bawa balik sini. Zuhayr Affan mencebik.
Dia berjalan masuk mendekati katil Adwan. Dibetul-betulkan kedudukan selimut yang menutupi hampir keseluruhan tubuh abangnya itu.
Insya-Allah, esok kau pasti akan gembira, Along. Qaireen kau akan datang kepada kau, dia berbisik di sebelah telinga Adwan.
Amanda yang mendengar dah tegak badannya. Memandang Zuhayr Affan tidak berkelip. Rasa-rasanya dia dengar abangnya ada menyebut nama Qaireen. Dia tak salah dengar, kan Betulkan ysng Zuhayr Affan sebut nama Qaireen Qaireen teman baiknya itu Qaireen kakak ipar mereka
Zuhayr Affan berpaling. Ingin keluar dari situ. Belum sempat dia melangkah keluar, perjalanan dia dihalang Amanda. Kedua-dua belah tangan dia dipegang si adik.
Betul ke, Angah Tanya Amanda.
Apa yang betul Zuhayr Affan menyoal kembali. Tayang wajah selamba. Senyuman yang ingin menguntum dikulum sedalam-dalamnya.
Nada Qaireen Mohd Noh. Qaireen our Qaireen Amanda menggoncang lengan si abang.
Zuhayr Affan mengangguk.
Tanpa kata Amanda berlari ke katil Adwan. Tubuh Adwan dipeluk hingga membuatkan Adwan terjaga dan terpinga-pinga. Amanda menangis dalam pelukan abangnya yang turut membalas pelukan dia.
Zuhayr Affan mengesat hujung matanya yang basah.
PAGI itu Dato Zayd sekeluarga bertolak ke Hospital Kota Tinggi. Itu pun sebab masingmasing sudah tidak sabar untuk bertemu dengan Qaireen. Maklumlah sudah lebih dua minggu tidak diketahui khabar beritanya. Hidupkah dia atau matikah dia. Mereka sekeluarga mengucapkan rasa syukur jika benar perkhabaran yang disampaikan rakan Zuhayr Affan.
Angah, betul ke ni Amanda mengulang soalan yang sama.
Memandang Zuhayr Affan yang duduk di ruang tengah. Sementara Papa dan Mamanya duduk di bahagian belakang sekali. Anaknya tidak dibawa bersama. Ditinggalkan pada mommy Akid.
Ikut kata kawan Angah, dia pasti itu Qaireen. Zuhayr Affan menjeling Adwan yang leka membuang pandang ke tingkap. Sayu hatinya bila terpandang baju di dalam genggaman abangnya. Baju itu tidak dibenarkan sesiapa pun menyentuhnya.
Memang pasti ke, bro Akid menyampuk dari tempat duduk pemandu. Matanya memandang pada cermin pandang belakang.
Insya-Allah. Aku memang dah pesan dekat kawan aku tu. Siap bagi gambar Qaireen sekali lagi. Zuhayr Affan mengangguk.
Along mesti tak percaya nanti. Amanda menggumam.
Adwan dipandang sayu. Sebak di dadanya sudah terasa. Dia boleh membayangkan apa yang akan terjadi saat pertemuan dua hati yang terpisah ini nanti.
SETENGAH jam perjalanan terasa bagaikan terlalu lama. Toyota Alphard berwarna putih yang membawa mereka sekeluarga, akhirnya selamat tiba di perkarangan Hospital Kota Tinggi. Mereka sekeluarga keluar dari kenderaan pelbagai guna itu.
Akid, kau bawa dia orang dekat tempat menunggu tu. Sekarang belum boleh melawat lagi tapi aku cuba cakap dengan kawan aku. Zuhayr Affan berpesan sebelum melangkah masuk ke lobi hospital.
Akid mengangguk. Dia mengisyaratkan Amanda untuk membawa mentuanya ke ruang menunggu.
Zuhayr Affan sabar menanti di depan kaunter sehingga temannya, Doktor Syakir muncul. Mereka bersalaman. Berbual seketika sebelum berjalan menuju ke wad pesakit.
Kau pasti Zuhayr Affan pandang temannya.
Jom ikut aku. Kebetulan aku belum periksa dia lagi hari ini, ajak Doktor Syakir.
Boleh juga. Zuhayr Affan menyaingi langkah Doktor Syakir masuk ke wad yang menempatkan Qaireen.
Zuhayr Affan terpaku. Berhenti beberapa meter dari katil yang menempatkan Qaireen. Betul, itu Qaireen! Masya-Allah, sebaknya dada dia. Kenapa Qaireen kelihatan cengkung sekali Adakah Qaireen turut mengalami kemurungan seperti Adwan
Siapa perempuan tua tu Jarinya menuding pada perempuan tua yang duduk di kerusi sebelah katil Qaireen. Nampak perempuan tua itu begitu mesra berbual dengan Qaireen.
Jururawat dekat sini cakap, perempuan tua mak angkat Qaireen, beritahu Doktor Syakir sambil mereka berdua berjalan mendekati katil Qaireen.
Ooo Zuhayr Affan mengangguk.
Semakin dekat dengan katil Qaireen semakin dia rasa berdebar-debar. Qaireen masih kenal dia atau tidak
Assalammualaikum, puan, mak cik. Doktor Syakir menegur lembut.
Waalaikumussalam. Mak Jah tersenyum.
Puan okey tak hari ni tanya Doktor Syakir.
Qaireen panggung wajah. Hanya mengangguk pada Doktor Syakir. Matanya kemudian merenung tepat pada Zuhayr Affan yang sedang tersenyum memandang dia. Doktor Syakir yang perasan renungan Qaireen, lantas memperkenalkan Zuhayr Affan.
Ini kawan saya, Doktor Zuhayr, sengaja dia tidak memberitahu nama penuh Zuhayr Affan. Mahu tengok reaksi Qaireen bagaimana bila terpandang wajah temannya ini.
Semakin tajam renungan Qaireen.
Kenapa, nak Mak Jah melurut lembut lengan Qaireen bila dia melihat reaksi Qaireen pada teman Doktor Syakir.
A a Angah Terketar-ketar suara yang keluar dari mulut Qaireen.
Zuhayr Affan mengangguk laju. Mengiakan kata-kata Qaireen. Spontan mata Qaireen meliar. Memandang sekeliling seperti mencari seseorang.
Aku keluar sekejap. Bawa abang aku masuk, bisik Zuhayr Affan.
Doktor Syakir mengangguk. Melihat Zuhayr Affan sekilas sebelum memandang Qaireen dan Mak Jah semula.
AAngah n nak pergi mana Wajah Qaireen berubah sayu. Menyorot pandang kelibat Zuhayr Affan sehingga hilang dari pandangan matanya.
Doktor Syakir hanya tersenyum.
Doktor, tadi tu siapa Tanya Mak Jah yang masih terpinga-pinga. Terasa pelik bila Qaireen seolah-olah mengenali teman Doktor Syakir.
Keluarga Puan Qaireen, tenang sahaja Doktor Syakir memberitahu.
Betul ke, doktor Alhamdulillah. Mak Jah meraup mukanya bila Doktor Syakir mengangguk.
Jika benar itu keluarga Qaireen dia rasa bersyukur sangat. Akhirnya Qaireen bertemu semula dengan keluarganya. Pastinya Qaireen sendiri tidak sabar hendak berjumpa dengan ahli keluarganya yang lain. Tak sabar pula dia mahu memberitahu suaminya perihal ini.