KAMU SANG PENCULIK - 25
SALAM dari suara yang sangat aku kenali tibatiba mengetuk gegendang telinga. Betul-betul dari arah belakang. Aku tunduk tidak berkutik. Walau wajahnya tidak kulihat, tapi aku tahu benar siapa pemilik suara garau berlemak itu.

Maaf Fitri lambat. Suaranya jelas kedengaran.

Dari ekor mata aku dapat melihat dia bersalaman dan mengucup tangan semua orang. Kemudian Inayah bangun dan menyuruh dia duduk di sebelah Saifullah. Inayah pula beralih ke sebelahku. Kedudukannya kini benar-benar di hadapanku. Apa yang harus aku lakukan

Wow, ada puding jagung kakak. Ceria sekali suaranya.

Akak masakkan khas untuk Fitri tahu. Kena makan banyak-banyak pagi ni, balas Inayah sambil ketawa sopan.

Ya ke untuk Fitri Ke untuk bakal suami sebelah Fitri ni Dia mula mengusik Inayah.

Aku tekun mendengar setiap perbualan adikberadik susuan ini.

Kakak Fitri ni cakap, puding jagung memang kegemaran Fitri. Jadi, nanti kena cari zaujah yang pandai buat puding jagunglah, celah Saifullah pula dalam nada usikan. Tapi, yang gawatnya usikan itu makin menyesakkan dadaku. Tak semena-mena aku pula yang tidak keruan.

Syok sendiri ke apa

Rasanya dia dah pandai. Kata-kata Niel memang spontan. Hinggakan mataku membulat. Mujurlah aku dalam keadaan tunduk, jika tidak memang semua orang nampak riak terkejutku.

Hai, anak ummi ni lain macam dah bunyinya. Bila nak kenalkan dengan ummi Mak Cik Ruqayyah mula menyertai.

Taklah, Fitri main-main aje. Agak kelam-kabut suaranya membalas.

Aku pula masih tertunduk. Sudah gaya orang sakit perut. Tanpa diduga satu tangan mendarat di atas tanganku yang sedia di atas riba. Tangan Inayah! Lembut sekali tangannya menggenggam tanganku. Bagai sedang menyalurkan kekuatan.

Aku dongak sedikit dan wajahnya yang sedang tersenyum nipis terus menjamah mata. Inayah menggangguk dan genggaman tangannya dikemaskan untukku. Jujur aku katakan, taktiknya menjadi. Bagai ada aura menjalar di setiap urat sarafku.

Perlahan-lahan aku menoleh dan terus wajah Niel menyapa pandangan. Wajah yang dahulunya nakal teramat sangat buatku, kini terasa cukup tenang dan mendamaikan. Bagai ada sang bayu meniup lembut mataku saat wajahnya kulihat. Pada waktu yang sama, renungannya turut singgah memanah renunganku. Hanya kurang dua saat dan kami masing-masing mengalihkan pandangan ke lain.

Mak Cik Ruqayyah mula mencedok bihun goreng

ke dalam pinggan polistren. Inayah pula menuang nescafe O ke dalam cawan polisterin. Aku yang duduk di antara mereka berdua ini pula hanya mampu memerhati. Tidak tahu hendak buat apa.

Setelah Inayah selesai, barulah tanganku mula bekerja. Cawan aku letakkan di hadapan setiap orang. Kemudian spontan tanganku membuka penutup tupperware. Terus kami dijamah dengan bau puding jagung yang enak. Puding jagung yang memulakan kisah hati Inayah dan Saifullah. Spontan bibirku menguntum senyuman.

Aliya, kenapa senyum tengok puding jagung tu Soal Mak Cik Ruqayyah.

Tak ada apa-apa mak cik. Rasa macam sweet sangat puding jagung ni macam bakal pengantin ni. Nampaknya rasa kekokku makin menipis.

Tawa sopan Mak Cik Ruqayyah kedengaran. Aku sempat kerling wajah Inayah. Wajahnya sudah kemerahan. Menyesal pula aku usik dia.

Insya-Allah, kisah cinta akak akan semanis puding jagung juga. Amin. Dalam wajah merona merah, Inayah sempat membalas.

Aku hanya mampu tergelak kecil. Semanis puding jagung Erm rasanya macam mustahil aje.

Kalau asyik mengusik, bilanya kita nak makan ni Kita sarapan dulu kemudian boleh sambung berbual ya. Fitri bacakan doa makan, pinta Mak Cik Ruqayyah.

Spontan mataku berkalih pada Niel semula. Dia sudah menadah tangan dan wajahnya ditundukkan dengan mata terpejam. Doa makan dibaca dengan jelas. Yalah, doa makan memang mudah. Budak lima tahun pun mampu menghafalnya. Namun, walau ianya sekadar doa makan tetap mampu mengusap jantung hatiku. Mungkin kerana ini kali pertama aku dengar Niel membaca doa.

Akak, jom makan. Nanti ummi dengan Saif perasan akak pandang Fitri pula. Bisikan Inayah sedikit mengejutkanku.

Serta-merta pandangan dialihkan pada Inayah. Boleh pula aku terleka pandang Niel. Wahai hati dan jantung, tolonglah kawal mata ini sebelum diri sendiri termalu.

Sesi sarapan dalam mod piknik kami pun bermula. Mak Cik Ruqayyah berhati-hati menyelak tabir mukanya untuk makan. Langsung tidak terdedah wajahnya. Zaman sekarang, banyak rekaan niqab yang memudahkan para pemakai. Tiada masalah akan timbul untuk pemakai niqab ketika hendak makan. Melihat Mak Cik Ruqayyah cukup selesa mengenakan niqab, terlintas jauh di sudut hatiku mungkin satu hari nanti aku juga akan berniqab.

Tapi, bagi pendapatku untuk berniqab bukan boleh dibuat main-main. Jika diri ini masih banyak kurangnya, aku takut ia akan mencemarkan imej wanita berniqab. Memang benar, pakaian itu melindungi diri kita tapi hati juga punya peranan penting. Hati yang mengawal perbuatan. Pernah dahulu semasa di Tingkatan Tiga aku suarakan hasrat kepada mama untuk bertudung labuh sebagai pelengkap uniform sekolah. Mama minta aku berfikir semasaknya dahulu. Permintaan mama bukan bererti mama menghalang tapi terlindung maksud tersirat. Mampukah aku membawa perwatakan yang selayaknya sebagai gadis muslimah bertudung labuh

Semalaman aku memikirkan hal itu. Kemudian aku cuba teliti diri sendiri. Maklumlah budak-budak terkadang ketawanya besar, solatnya tidak terjaga dan sebaginya. Malahan ramai juga pelajar yang bertudung labuh tetapi disiplinnya kurang baik, ada yang bercouple. Disebabkan segelintir yang bermasalah itulah imej wanita bertudung labuh kadangkala tercalar.

USAI mengemaskan meja dan menyusun bekas-bekas makanan ke dalam bakul, Inayah mengajak kami menaiki kenderaan air.

Akak naik dengan Inayah dan ummi. Saif boleh naik dengan Fitri. Inayah memberi cadangan ketika kami berjalan menuju ke kaunter tiket. Orang ramai sudah memenuhi kawasan ini. Kebanyakannya ialah keluarga. Maklumlah hujung minggu.

Akak tak mahu naiklah. Akak tunggu kat sini aje boleh Seronok tengok pemandangan. Lagipun mesti Inayah nak naik dengan Saif. Aku mula hendak mengusik.

Ehem... Kedengaran suara Mak Cik Ruqayyah.

Aku dan Inayah sama-sama menoleh ke belakang. Niel dan Saif pula berjalan di hadapan kami. Kelihatan rancak berbual. Orang lelaki, bila berjumpa pasti banyak isu yang akan dibualkan.

Selagi belum ada ikatan yang sah, jangan sesekali kita mudahkan suatu hubungan tu. Walau dah bertunang, adat dan syariat tetap perlu dijaga. Bila lelaki dan perempuan bukan mahram dah duduk berdua atas kereta itik angsa tu, walau di siang hari pasti akan timbul rasa yang tak elok. Elakkan diri kita dari perkara yang boleh mendatangkan maksiat. Faham sayang berdua Lembut sekali Mak Cik Ruqayyah menasihati. Penuh dengan maksud yang mendalam.

Aku dan Inayah tersenyum manis sebagai tanda mengiyakan.

Insya-Allah ummi. Doakan anak ummi mampu jaga setiap batas tu dalam tempoh menanti hari bahagia, luah Inayah dengan wajah tersenyum malu. Aku sempat menepuk lembut bahu Inayah. Sungguh aku sedikit kagum melihat batasan antara Inayah dan Saifullah.

Di meja tadi juga, mereka langsung tidak bermain mata. Duduk itu memanglah jauh-jauh. Panggilan juga tidaklah terlebih bersayang-sayang. Cukup sekadar awak dan saya. Langsung tidak nampak usaha mereka untuk mendekati antara satu sama lain walau dengan hujung jari sekali pun. Mereka cukup menjaga batas.

Betapa jauhnya beza aku jika dibandingkan dengan mereka. Teringat pula pada malam penculikan itu. Aku dan Niel berdiri dekat-dekat walau ketika itu aku dalam keadaan terpaksa. Kemudian aku tertidur di dalam keretanya di waktu yang paling bahaya.

Ya Allah, ampunkan hamba-Mu ini.

Aliya. Panggilan Mak Cik Ruqayyah menyentak ingatanku pada peristiwa itu. Baru kusedar kami sudah tiba di depan kaunter.

Aliya okey Soalan Mak Cik Ruqayyah kubalas dengan anggukkan.

Akak betul tak mahu naik Sekali lagi Inayah menyoal.

Betul. Akak nak duduk dekat kerusi tu ajelah. Inayah, mak cik, Fitri dan Saif pergilah naik, jawabku sambil tangan dihalakan ke bangku kosong yang berhampiran. Betul-betul menghadap tasik.

Ummi temankan Aliya.

Aliya okey mak cik. Sungguh Aliya nak tengok aje. Mak cik pergilah naik. Bila lagi nak beriadah macam ni. Dah ada peluang ni kena gunakan sebaik mungkin. Lagipun sambil-sambil duduk tu Aliya boleh berangan cari ilham ke. Aku buat suara ceria. Cuba meyakinkan Mak Cik Ruqayyah. Anggukannya mengundang legaku.

Aku minta diri ke bangku kosong tadi bersama bakul perkelahan. Bakul aku letakkan di atas bangku dan aku pula terus ke palang di tepi tebing tasik. Senyuman terukir saat terlihat bunga teratai yang kembang mekar di permukaan tasik. Cantiknya. Lama aku menikmati keindahannya.

Kata nak duduk dekat kerusi. Teguran mengejut itu benar-benar mencuri sepenuh perhatianku.

Aku terus menoleh ke kanan dan Niel sedang berdiri di sebelahku. Pandangannya terarah pada bunga teratai juga. Aku memandangnya tidak berkelip kemudian ke arah tasik pula.

Mak Cik Ruqayyah, Inayah dan Saifullah sudah berada di atas kenderaan air berbentuk angsa. Saifullah duduk di bahagian hadapan manakala Mak Cik Ruqayyah dan Inayah pula di bahagian belakang. Mereka sudah tinggalkan kawasan jeti lebih kurang lima meter. Ingatkan Niel akan ikut juga.

Apa pula motifnya muncul disebelahku

Kenapa tak naik Terus mulutku nakal menyoal.

Sengaja. Perlahan sahaja suara Niel. Macam tiada mood untuk berbual denganku.

Macam syok sendiri pula aku ini, jadi aku kembali menghadap tasik. Sambung menjamu mata dengan bunga teratai. Suasana bisu kami berlanjutan hampir seminit. Hanya keriuhan orang ramai di kawasan jeti sahaja yang kedengaran.

Mak cik... Akhirnya Niel mengalah dengan zon bisu kami.

Hmm... Aku pula yang buat suara malas.

Maafkan saya. Kata-kata Niel membuatku kembali menoleh ke arahnya. Dia masih memandang tasik.

Untuk apa Soalku.

Saya pergi macam tu aje walaupun mak cik dah banyak tolong saya. Nampak macam saya tak kenang budi. Nak balas pun tak sempat. Nada suara Niel kedengaran kesal.

Aku tarik nafas panjang dan menghelanya sebelum pandangan kualihkan ke tasik semula.

Niel, akak tak pernah harapkan balasan untuk pertolongan akak. Apa yang buat akak sedih sebab Niel hilang macam tu aje. Langsung tak hubungi akak. Entah kenapa kali ini mulutku menyampaikan apa yang hatiku rasa.

Maafkan saya. Niel ulang ayatnya.

Tak apalah. Niel pun cakap apa yang Niel buat ni terbaik untuk semua orang. Akak cuba faham walaupun payah. Aku teringat kembali perbualan telefon kami semasa bulan puasa.

Mak cik kecewa Pendek-pendek ayat Niel.

Entahlah. Tak tahu nak cakap apa. Jujurnya akak paling tak suka berada dalam tanda tanya. Kalau boleh, akak mahukan jawapan untuk setiap persoalan. Tapi, dah Niel cakap ini yang terbaik untuk semua orang, mahu atau tak akak kena faham juga. Tak akan akak nak terhegeh-hegeh minta jawapan dari Niel. Aku semakin jujur dengan Niel. Sudah penat memendam rasa seorang diri. Mataku sempat melilau ke tengah tasik. Cuba mencari kelibat Mak Cik Ruqayyah dan Inayah tapi gagal. Agak banyak kenderaan air di tengah tasik.

Saya tak mahu mak cik makin terluka. Niel tibatiba menyambung.

Akak akan lebih terluka kalau Niel hilang jauh dari akak. Ops, mulutku tidak sempat menapis apa yang terlintas di hati. Laju aku tunduk memandang tangan. Tangan kanan menggenggam kemas tangan kiri yang diletakkan di atas palang kayu.

Mak cik, saya tak nak mak cik terluka. Saya

Lupakan apa yang akak cakap. Tak penting pun. Cepat aku mencantas ayat Niel. Kemudian badanku dipalingkan dan kaki mula melangkah ke bangku.

Apa sahaja yang berkaitan dengan mak cik, bagi saya sangat penting. Usai Niel meluahkan, kakiku terus berhenti melangkah.

Aku telan air liur. Jantungku mula berdegup kencang tak tentu hala. Aliya Shaqina, tolonglah kawal diri. Jangan mudah kalah dengan jantung dan hati sendiri. Akhirnya aku kembali melangkah dan punggung kulabuhkan di tepi bakul. Wajah masih tunduk. Dari ekor mata, aku dapat lihat Niel turut duduk. Jarak kami dipisahkan oleh bakul.

Mak cik suka bunga teratai Lari benar topik yang dibicarakan Niel.

Suka. Dulu masa sekolah, ada kawan akak pernah bagi bunga teratai dekat akak. Dia ambil dalam kolam dekat sekolah. Spontan aku ceritakan salah satu memoriku. Kedengaran tawa kecil Niel. Rasa kekok tadi bagai menipis sedikit.

Kawan lelaki yang ada hati dekat mak cik Sengaja Niel mendugaku.

Mana ada. Kawan aje pun. Sengaja dia nak bagi, nafiku dengan mata dikecilkan.

Mak cik ni walaupun macam ni ramai juga orang suka ya Kata-kata Niel diselangi tawa kecil.

Niel! Aku membentak serentak dengan muka dipaling ke arahnya.

Lama saya tak tengok mak cik buat muka macam ni dekat saya. Paling lama tak tengok, mak cik ketawa sebab saya. Entah bila boleh tengok lagi. Terasa lembut sekali suara Niel.

Bukan aku hendak perasan, tapi entah kenapa aku berfirasat dia rindukan kenangan-kenangan kami. Satu senyuman yang agak manis aku hadiahkan buat Niel dan dia membalasnya lebih manis. Terlalu manis buatku.

Akak rindukan Aku kembali bersuara tapi terhenti sekejap. Niel bagai menanti dengan penuh sabar ayat seterusnya.

Nek Timah, sambungku seraya mengalihkan pandangan ke tasik semula.

Nanti kita pergi gerai dia ya. Suara Niel bagai sedang memujuk anak kecil.

Aku pula dengan lurusnya mengangguk laju sambil tersenyum. Jujur, jantungku rasa tenang saat ini. Juga, jujur aku lega kerana kurasakan Niel sudah kembali padaku.

Mungkinkah kenyataan hatiku ini terlalu berlebih, tapi mana mungkin aku menidakkan kata hatiku sendiri. Biarlah, asalkan mulutku masih mampu menyimpan rahsia hati ini dari insan bernama Daniel Izdihar.