MY DARLING ANGEL - 25
ELZAARA yang duduk di atas tangga segera bangkit dengan senyap dan beredar mendaki anak tangga. Bimbang juga perbuatannya yang mengendap perbualan orang tua diketahui. Punggung dihenyakkan ke atas sofa dan terus bersandar. Mindanya memikirkan luahan hati ibu dan ayahnya. Sungguh pun hatinya terusik, tapi dia tetap mengeraskan hatinya kerana baginya perkahwinan itu suatu perjudian!

Dia tidak mahu memperjudikan nasib dan masa depannya untuk suatu kebahagiaan yang belum pasti berada di dalam genggamannya. Apa yang dia alami dulu, pedihnya masih terasa hingga ke ulu hati.

El, kau kenapa ni Asal tetiba monyok Kau kantoi ke Lyn menepuk perlahan peha Elzaara.

Elzaara yang kelihatan resah, dan serabut memandang tepat ke wajah Lyn dan matanya tajam menikam raut wajah Lyn sedangkan fikirannya menerawang entah ke mana. Lyn yang kehairanan melihat Elzaara tiba-tiba berubah watak menggoncangkan bahu Elzaara.

El, hei, kau kenapa ni Cuba cerita dengan aku. Apa kes ni Tiba-tiba kau pandang aku macam harimau lapar je.

Hah! Apa! Apa!

Elzaara yang sedang mengelamun tiba-tiba tersentak apabila bahunya di goncang. Dia terpingapinga dan memandang keliling. Mujurlah hanya mereka berdua sahaja yang berada di situ. Haziq langsung tidak ambil peduli dan ralit menonton rancangan kartunnya.

Kau ni dah kenapa Kena sampuk dek hantu ke apa Dahlah tiba-tiba kau renung aku macam nak telan aku je. Cuba cerita dekat aku apa masalah kau. Apa yang kau dengar dekat bawah tadi

Sssyyhh!! Slowlah sikit cakap tu. Kau nak bagi semua orang tau ke yang aku curi-curi dengar perbualan parents kita tadi Kau ni pun satu! Aku ajak kau join dengar kau tak nak, sekarang sibuk nak tahu pula,getus Elzaara.

Tiba-tiba dia merasakan Lyn seperti minah kepoh yang ingin menghebohkan pada satu dunia bahawa dia telah membuat kesalahan besar mencuri dengar perbualan orang tua mereka. Hatinya tibatiba menggelegak apabila Lyn sudah bertukar watak seperti makcik-makcik radio karat yang sibuk menjaga tepi kain orang.

Okay, okay... sorry, sorry. Aku tak sengajalah. Ala, dengan aku pun nak berkira. Kalau ikutkan hati memang aku tak nak, tapi tengok rupa kau dah macam ayam berak kapur ni yang aku curious. Erm, ceritalah. Apa yang parents kita sembang kat bawah tadi Bunyi macam serius je sampai muka kau pun macam tertelan cuka je masamnya, Lyn mula mengendurkan suaranya dari nada tinggi ke nada rendah.

Lyn, kau tengok aku sekarang ni macam mana

Perangai aku. Aku ni teruk sangat ke

Dah kenapa pula kau tanya macam tu Buang tabiat ke apa kau ni Aku tengok kau biasa je. Sama macam dulu. Kenapa

Ish betul-betullah Lyn. Aku serius ni. Kau mainmain pula. Lepas arwah Kak Fira meninggal, kau tengok aku lain macam ke Jujur dengan aku Lyn... rayu Elzaara.

Kau Lepas arwah Kak Fira meninggal Hmm... kalau aku cakap kau jangan marah aku pula. Elzaara mengganguk laju.

Hm, sebenarnya totally 100 percent kau dah banyak berubah. Semua orang bandingkan perangai kau sejak arwah Kak Fira meninggal dengan sebelumnya. Kau jadi dingin dengan orang sekeliling, keras hati, berdendam dengan orang... pokok pangkalnya kau dah tak macam Elzaara yang

dulu. Kau totally dah berubah. Elzaara terdiam.

Kau nak aku teruskan ke

Cakap aje Lyn. Aku sedia mendengarnya.

Okey, sekarang ni kau banyak termenung, murung, bersedih dan asyik memerap dalam bilik. Dulu kau seorang yang ceria, happy go lucky, sporting... tapi, semua tu aku dah tak nampak dalam diri kau sekarang ini. Kau macam nak mengasingkan diri kau daripada dunia luar. Kalau kau nak tahu, dah macammacam Pak Long dengan Mak Long lakukan untuk pulihkan keadaan kau yang dah tak serupa orang ni, atau lebih tepat lagi kau ni dah macam patung bernyawa yang tak ada perasaan.

Ye ke Kenapa aku tak perasan pun selama ni Laju kepalanya menggeleng tanda dia tidak perasan akan perubahan pada dirinya.

Elzaara kesal apabila orang lain sedar dan memerhatikan tentang dirinya sedangkan dia sendiri tidak pernah mengambil tahu tentang tingkah lakunya yang sudah berubah daripada sifatnya yang sebenar sehingga membuatkan semua orang risau tentangnya.

Tapi, apa-apa pun kau tu tetap kawan aku, sepupu aku tak kiralah macam mana pun perubahan yang berlaku dalam diri kau selama ni. Kita ni dah macam kembar empat. Kau ingat kan Susah senang, baik buruk kita akan hadapi bersama.

Thanks Lyn! Aku sayang kau dengan Kak Lisa juga, sepenuh hati aku!

Eh, kenapa kau tiba-tiba tanya pasal perangai kau ni

Tak ada apalah. Ibu dengan ayah aku suruh aku kahwin.

What! Dengan siapa! Suara Lyn naik tiga oktaf menyebabkan Elzaara menekup mulutnya sehingga Lyn terdorong ke belakang.

Lyn! Dahlah malaslah aku nak cerita dekat kau ni. Asyik nak terjerit-jerit je. Kau ni dah serupa macam tarzan aku tengok. Tarzan pun tak adalah nak terjeritjerit macam kau ni!

Elzaara bingkas bangun dan mencapai alat kawalan jauh menukar siaran kartun yang sedang ditayangkan. Haziq sudah terlentang di atas lantai, hanyut dibuai di alam mimpi. Siaran televisyen bertukar dari satu siaran ke siaran yang lain.

Ala El, sorrylah. Aku mana sedar suara aku tinggi mana. Kau ni sensitif sangatlah pula sekarang. Tapi, serius ke Mak Long dengan Pak Long suruh kau kahwin Kenapa tiba-tiba pula Siapa calon suami kau tu Tapi, apa kaitannya Pak Long dan Mak Long suruh kau kahwin dengan perangai tak betul kau ni

Elzaara hanya mengangkat bahu tanda dia tidak tahu, Entah! Aku tak ambil port sangat. Tapi, sejak malam tadi lagi ibu dengan ayah suruh aku kahwin, tapi aku tak nak. Aku harap yang ibu dengan ayah aku tu tak serius sangatlah. Kalau setakat nak jaga Haziq, aku lebih dari mampu. Lagipun dah 6 tahun aku jaga Haziq okey je dan aku rasa tak ada keperluan untuk aku berkahwin kalau setakat nak jaga Haziq. Tahulah aku nak atur hidup aku dengan Haziq macam mana.

El, betul juga apa yang Pak Long dan Mak Long sarankan tu. Kau perlukan seseorang untuk bantu kau uruskan Haziq. Kau kena bersikap realistik El. Walaupun kau rasa kau mampu, tapi sebenarnya tak! Setiap lelaki mempunyai seorang wanita sebagai tulang belakangnya, begitu juga dengan wanita memerlukan lelaki sebagai sokongan. Setiap jatuh bangun, kejayaan seseorang tu mesti akan ada peneman, ada pasangan yang selalu setia menemaninya dalam keadaan susahsenang dan perit jerih. Kau tak boleh nak nafikan kehadiran lelaki dalam hidup. Itu fitrah El.

Yelah tu. Aku tak percaya langsung! Bagi aku kehadiran lelaki dalam hidup wanita ni hanya menyusahkan hidup. Bukti dah ada pun depan mata. Kalau orang lain nak kahwin, silakan. Aku takkan halang, tapi jangan paksa aku untuk memperjudikan masa depan aku dalam hubungan perkahwinan ni. Aku takkan terima. Full stop! Elzaara mencebik.

Dua ulas bibir Lyn mula bergerak menyusun perkataan untuk membidas kenyataan Elzaara, tetapi kemudian pergerakan bibirnya terhenti secara tibatiba. Tak guna pun berbalah dengan Elzaara soal nikah-kahwin ni. Dah tentu-tentu dia nak menang aje.

Aku nak turun bawah jap. Kau nak air tak Soal Lyn menukar topik perbualan mereka.

Boleh juga.

Okey!