SELESTIAL - 25
Jurnal yang diakhiri dengan skrip drama tersebut ditutup. Aku berharap agar doktor tidak meneruskan sesi terapi ini. Bagiku ini pengalaman aneh, kerana aku dibiarkan bercakap semahu hatiku. Aku membacakan jurnal ini kepadanya tanpa sebarang komen daripadanya. Aku bacakan juga skrip drama yang aku garap itu dan masih juga tiada apa-apa yang menarik perhatiannya. Doktor ini kelihatan seperti robot yang kaku ekspresi wajahnya.

Panpsychism. Apa yang awak faham mengenai panpsychism Dalam naskhah skrip drama itu, awak tak jelaskan perihal panpsychism tadi

Aku tidak mahu menjelaskan panpsychism itu. Skrip drama itu bukanlah sesuatu yang aku nukilkan dengan imaginasi. Ia adalah satu proses yang aku tonton dengan aku sendiri selaku pelakonnya. Satu eksploitasi The Things untuk memuktamadkan nasibku di dalam simulasi realiti ini. Doktor ini bagiku tidak lebih dari sekadar penutup kepada apa yang telah aku harungi selama ini.

Hidup ini satu penipuan. Dalam otak ini, terdapat penggantian memori tidak henti-henti. Satu proses posbiologikal barangkali, untuk memastikan aku boleh menjelajah seluruh galaksi seperti The Things.

Saya tidak menceritakan konteks panpsychism itu dari pemahaman manusia itu sendiri. Krishnan, membuatkan saya mengerti, apabila tubuh kita berada dalam fabrik kosong tanpa tenaga gelap, ia akan berada dalam bentuk minda. Tiada fizikal langsung.

Apabila minda ini menyatu dengan minda keseluruhan alam sejagat, definisi jarak dan masa sudah tidak wujud. Kita mampu meneroka angkasa semahu hati, hanya dengan memikirkannya.

LOKMAN HAKIM

Semestinya, apabila saya mengatakan memikirkannya , ia tidaklah bermakna sekadar berfikir. Untuk manusia, mereka harus mengubah fizikal mereka terlebih dahulu agar mampu berinteraksi pada aras yang sama dengan The Things.

Mereka sudah tidak perlukan jasad fizikal lagi. Mereka hanya perlukan minda yang kuat dan tidak berbentuk.

Adalah sukar untuk menggambarkan pengembaraan angkasa tersebut terpaksa melepasi kefahaman kita tentang roh. Kita harus membalut roh tersebut dengan bahan anti jirim gelap untuk memastikan kita dapat kembali dalam bentuk asal apabila melakukan kembara melalui fabrik tenaga gelap yang telah robek tadi.

Bagaimana mekanisme ini berfungsi Untuk memahami bagaimana mekanisme itu berfungsi, kita harus menukarkan sesuatu yang subjektif seperti roh dan qualia itu kepada sesuatu yang punya jisim dan kuantitatif. Mekanisme ini hanya boleh diselesaikan melalui panpsychism dengan meletakkan andaian minda kita ini boleh dikuantifikasikan dan dibalut dengan membran istimewa.

Kita tidak pernah berpeluang memahami bagaimana mekanisme tenaga gelap berfungsi. Kita tidak pernah menemui bahan anti-jirim gelap lagi. Tanpa peluang ini, kita tidak akan dapat mengatasi The Things. Kita terpaksa bergantung kepada The Things untuk memahami alam ini dan menjelajah seluruh angkasa

Doktor itu mendengar penerangan aku dengan teliti dan tangannya ligat menaip sesuatu di atas holobooknya. Mungkin dia sedang menghantar butir perbualan kami kepada sekumpulan pakar yang memerlukan data untuk dibuat analisis. Butir-butir perbualan kami barangkali

258

dijadikan kaedah untuk mereka memberi diagnosis yang tepat.

Aku tidak gila. Aku cuma penat menjalani kehidupan penuh penipuan begini. Aku sedar aku berada dalam simulasi realiti sehinggalah The Things berjaya menggunakan kapasiti otak yang dipinjamkan kepada mereka untuk menyelamatkan alam semesta ini dari kehancuran. Namun begitu untuk berapa lama

Baiklah, awak boleh balik. Saya sudah selesai dengan sesi ini. Awak jalan keluar dari pintu ini dan belok kiri. Di hujung lorong, awak boleh dapatkan laporan perubatan dan juga bayar bil. Sekian, terima kasih

Aku berjabat tangan dengan doktor itu lalu mengikut apa yang diarahkan. Doktor itu, yang hakikatnya robot semata-mata itu, begitu dingin tapak tangannya. Ia seiring suhunya dengan bilik ini yang begitu dingin. Tatkala aku melangkah keluar dari bilikpun aku dapat rasa kedinginan itu tetap sekata jalarnya sehingga ke destinasi yang aku tuju. Kedinginan sesuatu yang mati dan tidak menjentik rasa mahu terus hidup. Inilah definisi kematian setepatnya.

Kaunter bayaran dan juga kaunter ubat itu sunyi. Aku duduk di deretan kerusi plastik berwarna ungu keseorangan tanpa kelihatan seorang pesakitpun. Alunan muzik jazz, dendangan Sheila Majid kedengaran begitu klasik dan mendayu. Sudah berapa lama aku tak dengar lagu Sheila Majid Aku terasa nostalgik pula.

Tahun 2072 sekiranya dikira mengikut kalendar bumi pada waktu kini. Tiada lagi muzik baru dicipta. Pengulangan muzik lama yang tiada hentinya. Sampai satu ketika, kekreatifan manusia turut terbatas. Atas dasar itu jugalah,

LOKMAN HAKIM

jazz kekal menjadi melodi yang beralun ketika ini, seiring dengan lagu-lagu klasikal Rachmaninoff, Beethoven dan Antonio Vivaldi. Muzik yang masih punya roh pasti akan hidup selamanya.

Lamunanku mati di situ tatkala aku mendengar namaku dipanggil. Tiada siapa di kaunter lagi, tetapi aku dapati ubat telah tersedia dalam bentuk kapsul. Aku pergi ke kaunter dan terdapat arahan pada papan kaca kaunter yang mengarahkan aku untuk membuat imbasan mata pada ruang yang disediakan. Sebaik sahaja aku melekapkan mataku pada ruang tersebut, aku dengar bunyi klik pada papan kaca tadi, dan mendapati sejumlah wang telah dipotong dari akaun bankku. Ia disusuli dengan ucapan terima kasih dan pintu keluar terbuka dengan sendirinya.

Aku mengambil ubat itu dan melangkah keluar.

Apa yang menungguku di luar pusat rawatan itu bukanlah sesuatu yang biasa aku lalui.

Deru angin atmosfera hangat tetapi entah mengapa, ia buatkan bulu romaku meremang. Pada wajah langit nan tinggi aku lihat kegelapan mutlak, tanpa cahaya bintang hatta sedikitpun. Aku berada di atas tanah gersang dengan bangunan perubatan berbentuk kiub di belakangku. Aku toleh dan terdapat keinginan untuk kembali ke dalam bangunan tersebut dan menghayati lagu-lagu jazz yang tak habis-habis. Namun aku pendamkan keinginan itu, kerana aku tahu sesi asimilasi ini telah tamat.

Aku dan mereka adalah satu minda.

Kami akan menguasai semesta selaku satu kewujudan yang diciptakan Tuhan.

260

Perjuangan kami adalah untuk meraih izin Tuhan agar kewujudan kami diteruskan. Aku menuruni anak tangga yang jauh ke bawah dengan langkah yang perlahan. Namun ia begitu pantas berlalu dan dalam masa seimbas aku sudah berada di bawah. Sebiji orb yang berdiameter 1 kilometer berapungan megah di dalam ruang berbentuk kubah ini. Ia memancarkan cahaya kebiruan yang cukup indah.

The Things desus hatiku. Terpegun dengan keindahan itu.

Dah sedia kedengaran suara Jessie dari belakangku. Aku menoleh tetapi tidak dapat melihat apa-apa. Aku sedar dia di belakangku, cuma dia tidak berbentuk.

KIC 8462852 bukan untuk orang yang lemah semangat katanya lagi.

Aku tersenyum.