Ramlan tidak tahu apa yang harus dijawab pada soalan tersebut.
Mungkin kau hanya....
Dia selalu bagitahu aku, kami akan buat seperti mana yang dilakukan oleh seorang lelaki dan perempuan. Salman memandang ke arah api yang sedang meratah rantingranting dan kayu kering di dalam rimbunannya. Dia kata, dia dah dapat rasakan lebih awal, dia sudah tahu bagaimana kami lakukan.
Sukar bagi Ramlan untuk menerima katakata Salman be gitu sahaja. Tambahan pula terhadap dua orang lelaki dan perempuan yang baru sahaja bertemu. Tidak mungkin dalam pertemuan yang sesingkat itu, mereka sudah me nya takan persetujuan untuk berasmara kecuali perempuan itu... seorang pelacur.
Perempuan tu mungkin gila. ah! Semua ini kalut. Lain yang dirancang, lain pula yang jadi. Mungkin inilah yang ditunggu oleh Salimah.
Ramlan mengapai dan meraba pembalut yang membe liti kepalanya. Luka di kepala masih terasa berdenyut.
Dia tidak akan melupakan bagaimana kejadian itu me nimpanya. Dia tidak dapat melupakan reaksi yang ditunjukkan oleh Salimah ketika membaling batu ke kepalanya. Semuanya hanya berpunca daripada perkara yang kecil. Perkara yang sepatutnya berakhir dengan baik dan bukan seperti sekarang.
Penghuni bangunan tu semuanya gila.
Tapi kau tak pernah melihat Mira.
ah! Dia juga sama seperti ibunya. Keluarga kau memang gila. buktinya... kau menggilai sepupu kau sendiri, sedangkan ibu kau dan Salimah langsung tak rapat masa mereka masih kecil.
Salman ketawa. bibirnya dikesat dengan belakang tangan. Sedang pandangannya masih ditumpukan ke wajah Ramlan.
Mujurlah ada keluarga gila ini. Sekurangkurangnya separuh daripada pendapatan bulanan kau, berpunca dari kami.
Ramlan terpukul dengan katakata Salman. Dia me ngaku, tanpa keluarga Suhaili Tan Sri Wan Hasyim, dia tidak akan menjadi seorang peguam yang baik. Dia juga tidak akan mendapat pendapatan yang lumayan.
apa jadi semalam Ramlan cuba mengalihkan topik perbincangan mereka.
Salman melemparkan sebatang ranting sebesar keling king ke dalam unggun api yang marak itu. Kemudian dia memandang Ramlan.
Dia tibatiba saja diserang kekejangan... macam orang kena sawan babi.
Ketika itu Ramlan terasa ingin ketawa. Sahlah!
Ke luar ga Suhaili memang gila. Gila babi!
Tapi aku rasa dia akan maafkan aku kerana lari se malam. Dia cintakan aku. Sama juga macam gadisgadis yang aku dampingi selama ini. Mereka semua sama. Se tiap kali aku ada, mereka akan jadi tak menentu. Macam orang kena minyak senyonyong. nyata Salman bangga dengan penampilan dirinya.
Ramlan tidak mahu mengulas tentang penjelasan Salman itu. Dia berbaring sambil merenung wajah langit yang mula dihiasi taburan bintang bertitik kuning dan cerah. Suasana bertukar menjadi sejuk. Mujurlah api unggun sedikit sebanyak berjaya mengatasinya.
berjalan di atas tali yang berhayun dalam gelap ma cam ni boleh jadi kau pun sama macam penghuni di ba ngu nan putih tu. Kau pun dah sasau. Kalau kau terge lincir, pastinya nyawa kau setakat ini saja. aku tak mahu bersusahpayah angkat mayat kau di dasar jurang ni. cukuplah aku berkhidmat sebagai peguam. aku tak mahu status peguam aku bertukar menjadi pencari mayat pula.
baiklah nenek... Salman tersenyum.
Hentikan! ayat Salman itu cukup menyakitkan hati Ramlan. Ramlan memejamkan mata, mengharapkan Salman segera beredar.
aku akan dapatkan buku yang ditulis oleh Mak cik Salimah.
Ramlan terbangun. Matanya terbeliak. Wajah Salman yang dihiasi sebaris senyuman, direnung tajam.
Kerja macam tu terlalu senang untuk aku. aku dah periksa setiap ceruk rantau tempat tu. aku tahu kat mana buku tu disimpan. Malam ni, masa mereka bermesyuarat sebelum memulakan kerja masingmasing, aku akan dapatkan buku tu khas untuk kau.
Kau akan didakwa mencuri, ujar Ramlan tidak berapa menyenangi cadangan Salman.
ah! Jangan pedulikan tentang hal tu. Kalau mereka tahu pun, apa yang mereka boleh buat.
Kau akan ditangkap.
Tak ada siapa yang akan menangkap aku.
Mira mesti marah kalau dia tahu.
Dia takkan marah kalau dia tak tahu.
Salman berjalan perlahan. Ramlan yang ditinggalkan merenung setiap pergerakan yang dibuat oleh Salman. Salman menghampiri jambatan gantung. Sedangkan Ramlan pula menunggu dengan penuh bimbang.
Salman hanya mengambil beberapa minit untuk sampai ke seberang sana. Kegelapan tidak menghalang dia daripada meniti dengan lancar di jambatan gantung tersebut.
Sebaik sahaja dia berada di seberang sana, dia terus ber jalan terbongkokbongkok tetapi pantas, menuju ke pekarangan bangunan putih tersebut.
Tidak sampai beberapa saat, dia sudah berada di kaki lima belakang bangunan tersebut. Dia menjumpai arah yang dicarinya. Sekarang, dia berada di belakang bilik ibu saudaranya.
Daun jendela dikuit. Ternyata tidak berkunci. Kepa la nya dijenguk ke dalam. Seluruh ruang di bilik itu dite ra ngi lampu yang sedang terpasang. Seolaholah menanti kehadirannya untuk menyelongkar dan mencari apa yang dihajati oleh Ramlan.
Tiada langsung bayangan kelibat seseorang di bilik itu.
Pergerakannya begitu pantas. Persis seorang pencuri profesional. Melalui tingkap yang sudah terbuka, dia melompat masuk. Dia mendarat di lantai. Seperti kucing, dia memandang sekeliling terlebih dahulu.
Di mana agaknya Mungkin di bawah katil ah! ia terlalu biasa.
Salman berlutut, membongkok sambil memerhatikan apa yang ada di bawah katil. ada beberapa buah bung ku san dan setiap satunya berbalut kemas dan diikat rapi. Semuanya terletak jauh ke dalam dan melekat ke dinding. Salah satu daripada bungkusanbungkusan tersebut lebih besar daripada yang lain.
Mungkin itulah agaknya!
Salman menghampiri katil tersebut. Dia berpaling, mele kap kan mukanya dengan birai katil. Tangannya di hulur dan cuba mencapai bungkusan di bawah katil tersebut. Ketika dia cuba menarik sebuah bungkusan ter sebut, sesuatu menggores tangannya. Sesuatu yang benarbenar tajam.
Salman menjerit kesakitan. Tangannya ditarik kem bali. Malah benda yang menggores, turut ditarik. benda yang tajam itu sebenarnya adalah seketul kristal berwarna merah yang tidak berbentuk.
Luka di tangannya berdenyut dengan kesakitan yang terlampau. Kesakitan yang tidak pernah dirasai sebelum ini.
Jadah! makinya perlahan.
Dia memandang sekeliling. Mujurlah tiada sesiapa pun di situ. Perlahan dan penuh hatihati, ikatan bungkusan tersebut dibuka. Kristal yang melukakan tangannya sebentar tadi, diletakkan di lantai. Tali yang membelenggu bungkusan tersebut, diambil. Tangannya diikat untuk mengh entikan aliran darah.
Kesakitan semakin terasa. air matanya semakin ba nyak yang gugur. namun semua itu tidak membantut kan usahanya. buku tersebut harus dicari dan didapatkan. Kemudian buku itu akan diserahkan kepada Ramlan dan dia akan kembali ke sini semula untuk bertemu Mira.
Oh Tuhan! Kenapa semua ini berlaku sekarang Salman memandang sekeliling sekali lagi. Keputusan ha rus dilakukan secepat mungkin.
Dia kembali meniarap di lantai dan bungkusan tadi ditolak masuk semula. buku yang dicarinya tiada di dalam bungkusan itu.
Sebuah bungkusan lain di bawah katil, menjadi tum puan pandangannya. Dia bagaikan dapat merasakan apa yang dicari berada di dalam bungkusan tersebut.
Perlahanlahan bungkusan itu ditarik agar geseran yang dihasilkan tidak mengeluarkan sebarang bunyi. bungkusan itu terlalu berat. Salman mengharapkan agar kandungan di dalam bungkusan itu menemukan pen cariannya.
Sebaikbaik sahaja bungkusan tersebut sudah berada di sisi, dia mengeluarkan isinya. beberapa ketul kristal yang lebih jernih daripada kristal yang melukakan tangan nya, dikeluarkan. Dan di bawah ketulanketulan kristal tersebut, dia terpandang sesuatu.
Satu ikatan tebal mengandungi kertaskertas bertulis tangan, menjadi sajian matanya. Dia membaca tajuk yang terpamer di kulit keras ikatan tebal tersebut. Senyuman terpamer bibirnya. Kesakitan akibat gurisan kristal tadi, kini hilang. bahkan darah yang turut mengalir dari luka yang menganga juga hilang.
Dia tergesagesa memasukkan bahan tulisan tersebut ke dalam bungkusan tadi. Manakala kristalkristal yang menjadi penutupnya pula, ditolak begitu sahaja ke bawah katil. Dia sudah tidak punya banyak masa.
Ramlan semakin tidak sabar menantikan kemunculan Salman. Sebaik sahaja dia melihat Salman sedang meniti jam batan gantung bersama sebuah bungkusan yang di kelek, Ramlan menarik nafas lega.
Salman meniti bagaikan seorang jaguh. Dia mengambil masa tidak sampai satu minit untuk berdiri di ha dapan Ramlan. bungkusan itu terus diserahkan kepada Ramlan. Tanpa berkata apaapa, dia meninggalkan Ramlan dan kembali meniti jambatan gantung tersebut.
Ramlan tahu, mengapa Salman berpatah balik. Pastinya, Salman sudah tidak sabar untuk bertemu kekasihnya.
Di suatu tempat di pekarangan bangunan putih.... Mira benarbenar sedang menanti kedatangan Salman. Sebaik sahaja Salman muncul, dia merangkul Salman dan me ngu cup dengan penuh bernafsu.
Salman yang menantikan saatsaat seperti itu, mem balas mesra. Malah seperti seorang kelasi yang tidak pernah menjejakkan kaki ke bumi selama tujuh bulan.
Kenapa tangan kau tu
Tergesek batu gunung tajam.
Kau ni cuai sungguh.
aku cintakan kau.
aku juga.
Sekali lagi mereka berciuman. Kemudian saling ber pan dangan antara satu sama lain, sedangkan tangan masingmasing tergenggam erat.
aku dapat merasakan bukan kau seorang sahaja di sini yang melakukan penyelewengan seperti ini Salman tersenyum. Jari halus Mira diangkat dan dikucup.
Ya... tapi dengan ikatan.... nafas Mira kencang.
Katakata Mira menarik perhatian Salman. Dia mele raikan pelukan mereka. Menjauhkan diri kirakira semeter sambil merenung mata Mira yang bercahaya.
Mira tersenyum. barangkali sudah menjangkakan tindakan yang bakal dilakukan oleh Salman seandainya persoalan itu diutarakan.
Tidak! Dia tidak mahu terikat dalam satu institusi per kah winan. Dia masih belum puas menikmati kehidupan sebagai lelaki bujang. Dia mahu menikmati segalagalanya dengan baik dan tidak kacaubilau.
Kau takut
belum masanya lagi.
Kau tak takut dengan undangundang agama.
Sekurangkurangnya aku lebih baik daripada sese tengah golongan. Mereka sering memperkatakan tentang agama, tetapi dalam masa yang sama, mereka melacurkan agama mereka.
Mira mendekati Salman. Telapak tangan Salman diusap penuh mesra.
aku terlalu cintakan kau. Tapi aku takut... aku terlalu takut untuk melanggar undangundang agama.
Habis, mengapa kau seperti menggoda aku Mira tersenyum.
Kau tahu, aku adalah seorang wanita. Seorang wanita hidupnya tak bererti kalau tak ada lelaki. biar secantik man a pun dia, dia tetap seorang wanita dan tempat sewa jarnya bagai seseorang wanita berada di sebelah suaminya.
Hentikan!
Tapi Salman, kau kata kau hendak...
Sebelum aku tahu yang kau ada niat lain.
Salman. Mira terus mengucup pipi Salman. Mele takkan tangannya di bahu Salman, melingkari dan mem beliti leher pemuda itu.
Dada montok Mira menekan dada Salman. Salman da pat merasakan keanjalan dan kehangatannya. Sedang kan pada masa yang sama tangan Mira perlahanlahan meraba di bahagian pinggangnya.
Tolonglah! Jangan buat macam ni. Semangat Salman benarbenar sudah mati.
Salman. aku benarbenar cintakan kau.
Tangannya terus melingkari tengkuk Salman. Sesuatu yang dilakukan oleh Mira, membuatkan Salman berubah total.
aku juga cintakan kau. Mereka berkucupan.
Tangan Mira mencakar belakang Salman, perlahan. Salman merasai kenikmatan yang tidak pernah dirasai sebelum ini.
aku mahu... Mira berbisik perlahan. berasmara dengan kau sebelum kau menemui ajal. namun Salman sudah terlalu asyik dengan keadaan yang dialaminya. Dia tidak lagi mendengar katakata yang terhambur perlahan di cuping telinganya.
Langit di puncak Gunung Kemuning berubah wajah. Me rah. Seperti ada kawasan terbakar pada bahagian pun caknya. awan putih di sebelah siang, seakanakan seketul daging hidup yang berdenyut dan bernadi.
Tetapi manusia yang ada di bawahnya langsung tidak menyedari perubahan tersebut.
Suhaili masih di khemahnya. Saoud tetap tidak ke li ha tan. entah ke mana dia menghilang. Ramlan pula se dang khusyuk menatap tulisan tangan Salimah yang mula mengembang di atas keratan yang mula memudar war nanya.
Ramlan membelek helaian kertas yang menceritakan kegiatan masa lampau Salimah, perlahan dan penuh hatihati. Dia tidak mahu manuskrip tersebut rosak atau ter koyak. Dia mesti mengorek rahsia Salimah, menyingkap segala rahsia yang cuba disembunyikan. Kemudian melak ukan counter attack dan memaksanya untuk menan datangani perjanjian harta wasiat.
ayat demi ayat dibaca. Perenggan demi perenggan dilangkaui dengan bacaan. Ramlan hanyut dengan ayat yang disusun di dalam manuskrip tersebut. Dia langsung tidak sedar perubahan ketara sedang berlaku di puncak Gunung Kemuning. Dia masih leka membaca....