Tiada Tajuk - 25
Bab 25

Arfan mula rasa tak sedap hati. Sejahat-jahat Remy, dia takkan merosakkan sebuah kubur hanya untuk mengenakan orang. Arfan sedar akan hakikat itu. Sebab itulah Arfan mula merasai bahawa Remy tidak berbohong sebenarnya. Memang dia ada di sini tadi. Begitu juga dengan kumpulan lelaki yang berpakaian serba hitam. Tapi mana mereka sekarang

Arfan terus mengamati kubur itu. Dia membaca nama yang terukir pada batu nisan.

"Rohaya..."

Terdetik sesuatu dalam hati Arfan. Dia kenal nama itu. Bapanya pernah menceritakan padanya. Beberapa tahun lepas, ada seorang gadis bernama Rohaya yang dah meninggal dunia, tapi bangun semula dan menghilangkan diri. Mayat gadis itu muncul semula di rumah selepas lebih seminggu. Dia dikebumikan di tanah perkuburan ini selepas tu. Ustaz Amir yang menguruskan.

"Apa awak buat dekat sini" satu suara mengejutkan Arfan dari belakang.

Arfan menoleh. Seorang lelaki sedang berdiri di hadapannya sambil memeluk tubuh.

"Saya cari kawan saya. Awak siapa"

"Nama saya Han. Kawan awak... Mohd Rahimi ke"

"Ya. Mana awak tau Mana dia sekarang"

Arfan memerhatikan lelaki itu dari atas ke bawah. Lelaki berkenaan memakai t-shirt hitam dan seluar jeans warna hitam juga.

"Apa yang kawan awak bagi tau pada awak Dia ada bagi tau apa yang dia nampak tak" soal lelaki tersebut.

"Dia tak bagi tau apa-apa. Dia cuma suruh saya datang sini jumpa dia..." Arfan merasakan adalah sesuatu yang bijak untuk dia tidak mendedahkan apa yang dia tahu ataupun apa yang Remy nampak. Untuk keselamatannya.

"Saya rasa baik awak ikut saya," kata lelaki itu.

"Apasal pulak saya nak ikut awak Mana kawan saya hah!" bentak Arfan.

Tiba-tiba Arfan merasakan satu pukulan kuat pada bahagian belakang kepalanya. Dan itu adalah memorinya yang terakhir sebelum otaknya terpadam.

- Habis -

Selesai membaca, Zaiful menyerahkan semula kertas-kertas berisi Kisah 4 tersebut kepada petugas unit forensik. Kemudian dia keluar dari rumah tempat kejadian pembunuhan mangsa keempat Pembunuh Batik Biru itu. Zaiful duduk berteduh di bawah sebatang pokok. Dia mengeluarkan telefon dan menghubungi Munir.

"Macam mana" tanya Munir tanpa memberi salam pun.

"Ada Kisah 4..." jawab Zaiful.

"Aku dah agak dah..."

"Balik nanti aku bagi details. Kau kat mana ni"

"Aku baru sampai dekat depan satu syarikat penerbitan majalah ni. Aku rasa aku boleh cari wartawan yang nama Arfan dalam Kisah 3 tu. Aku rasa dia kerja dekat sini."

Zaiful diam. Kurang pasti apa yang nak difikirkan atau dikatakan. Nak terangkan pun terlalu rumit. Dia tak tahu nak mula di mana. Yang dia tahu, Munir belum baca Kisah 4. Munir belum tau perkembangan seterusnya watak Arfan dalam lipatan kisah-kisah yang mengelirukan ini.

Dalam masa yang sama, Zaiful juga masih sedang cuba untuk menetapkan pendiriannya tentang teori Munir yang yakin bahawa watak-watak dalam cerita-cerita tersebut adalah orang yang wujud dalam dunia sebenar. Dia sendiri masih keliru. Dia sendiri tak tahu apa yang dia hendak percaya. Sebahagian besar dari dirinya masih berpegang pada hakikat bahawa cerita-cerita pendek yang dijumpai di lokasi-lokasi kejadian itu adalah kisah rekaan semata-mata. Tak mungkin ada kaitan dengan situasi sebenar. Kerana cerita-ceritanya berunsur fantasi. Jelas fiksyen. Mana mungkin berlaku dalam alam nyata.

Munir memasukkan kembali telefon bimbit ke dalam poket. Dia melangkah masuk ke dalam bangunan yang sederhana besarnya itu lalu disapa oleh gadis di sebalik kaunter pertanyaan.

"Ya boleh saya bantu"

"Iya. Dekat sini ada orang nama Arfan bekerja tak"

"Arfan Setahu saya tak ada encik."

"Sekejap."

Munir membuka halaman pertama dalam majalah di tangannya lalu menyuakan pada gadis itu.

"Dekat dalam ni ada senaraikan Arfan sebagai salah seorang wartawan. Macam mana pulak awak kata tak ada"

"Oh... ni keluaran bulan lepas encik. Masa tu saya tak kerja lagi sini. Saya baru kerja sini tiga minggu. Sepanjang saya kerja sini, tak ada pun pekerja nama Arfan. Mungkin dia dah berhenti kut... Encik tunggu sekejap, saya cuba tanya bos saya ya..." kata gadis itu sambil mengangkat ganggang telefon. Barangkali untuk bercakap dengan orang atas.

Beberapa minit selepas itu, seorang lelaki turun untuk menjawab soalan Munir. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Joey.

"Kenapa encik cari Arfan"

"Saya sedang menyiasat satu kes polis. Ada kemungkinan Arfan boleh membantu siasatan. Sebab tu saya perlu jejak dia."

"Arfan dah tak kerja sini. Dia sempat kerja sehari je..."

"Apa berlaku dekat dia"

Joey diam. Macam sedang mempertimbangkan sesuatu.

"Actually... saya rasa tak sedap pulak bercakap tentang dia. I'm afraid its not my place to say. Saya rasa lebih baik encik pergi rumah Arfan dan bercakap dengan bapanya sendiri. Saya boleh bagi address dia pada encik."

bersambung

Bab akan datang:

Adakah Munir akan pergi ke rumah Arfan dan bertemu dengan bapa Arfan