DIAGNOSIS: PRESKRIPSI - 25
Ada satu syarikat pembekal warga asing. Pekerja-pekerjanya adalah panel di klinik aku. Kebanyakannya warga Bangladesh. Bukan nak jadi rasis. Tapi ramai yang agak pemalas antara mereka. Tengok muka pun dah tahu penyakitnya.

Kebelakangan ini, bergilir-gilir mereka datang ke klinik. Macam-macam jenis penyakit. Kalau ikut semua simptom yang diberikan, boleh habis ubat di klinik aku. Sakit daripada hujung rambut sampai hujung kaki. Takda tempat yang tak sakit. Masalahnya mereka seolah-olah memaksa aku untuk beri MC.

Please Sir, MC for today.

No MC 200 ringgit cut.

Please Sir, only this time Sir.

Hampir semua buat cerita sedih. Hampir semua buat aku serbasalah. Datang klinik mesti dapat MC. Tak dapat MC elaun kena potong. Kalau yang setahun sekali datang klinik boleh pertimbangkanlah. Tapi kalau setiap awal bulan bawak cerita yang sama apa kes

Malam tadi ada seorang lagi. Patut kerja syif pagi tapi tidur sampai petang. Badan semua sakit. Demam pagi, tapi bila aku check, sihat walafiat je. Cerita yang sama juga. Tapi aku langsung tak beri muka.

Hampir pukul 10 malam, supervisor dia pula datang ke klinik.

Bising-bising tanya kenapa tak dapat MC

Setakat surat macam ni nak buat apa

Dia campak timeslip yang dibawanya. Walaupun pakcik tu lebih tua daripada aku, aku hampir hilang hormat pada dia. Yang difikir hanya elaun yang dipotong. Yang difikir hanya duit, duit dan duit. Yang difikir adalah doktor sombong dan tak prihatin. Aku malas nak cakap banyak.

Dalam hal pemberian MC, aku tak pernah rasa bersalah atau tersilap. Bila aku tak beri itu bermakna aku dah cukup membuat pertimbangan. Bila aku beri pun itu bermakna aku dah cukup membuat pertimbangan. Membuat pertimbangan tentang MC ibarat hakim nak jatuh hukum. Bukan senang nak beri pertimbangan. Tapi aku berani tanggung segala keputusan aku.

Kalau saya mati di kilang nanti macam mana Ada pesakit pernah bertanya soalan itu kat aku.

Takpa, kalau kau mati kau datang cari aku kat sini.

Aku tunggu roh kau datang.

Aku tak pernah lokek atau kedekut dalam memberi MC. Kalau aku betul-betul ikut buku, dah lama aku kena tutup kedai. Dah lama aku hilang bisnes. Hanya 60 % pesakit yang datang ambil MC memang betul-betul sakit. Selebihnya MC atas alasanalasan bukan kesihatan atau pun alasan-alasan peribadi.