... ini aku, Pujangga.
Juwita...
Perkarangan makmal itu lengang, tanpa sebarang jejak kemanusiaan. Pasukan angkatan tentera Buhaira mengambil peluang ini untuk beribadat dan berehat untuk mengumpul kekuatan sedang Pujangga dan Razief telah mula tiba di hadapan pintu merah makmal milik Juwita ini.
Buhaira memimpin satu ritual ibadat yang memerlukan kesemua angkatan tentera membasahkan sebahagian anggota badan mereka dan membentuk satu barisan yang lurus lalu bersenam diri dan tunduk; mereka mengubah posisi sambil membacakan ayat-ayat Timur Tengah yang mereka imami. Namun umat yang beribadat itu bukan menjadi titik fokus Pujangga, melainkan keberadaan Juwita di dalam makmal kebal ini.
Cohedron yang sepatutnya mengawal pintu masuk ini kelihatan pegun seperti sebongkah berhala besi. Tiada kuasa di sekitar sini; Pujangga harus menceroboh masuk ke dalam makmal ini secara manual. Dia mengetuk pintu merah itu sebanyak 15 kali sebelum satu kekunci primitif terbuka dan menginginkan penyelesaian 5 kata kunci.
i) Tiga Puluh Tahun Dia, Memerintah Pada: _ _ _ _
ii) Seorang Puteri Anak Angkatnya:
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _
iii) Dua Pusat, Memerintahlah Dia:
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _
iv) Tanah Serendah Sekebun Bunga Cherang Tegayong:
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _
v) Adalah binatang, paling disukainya:
_ _ _ _ _ _
Razief bingung.
Dia tidak pernah menjumpai frasa-frasa pelik sebegini di dalam hidupnya. Namun dia yakin bahawa Srikandi MahaUsaha Tinta Pujangga adalah ilmuan ulung yang tak terkalahkan.
Buhaira masih lagi memimpin barisan tunduk-bangun itu.
Srikandi ...
Aku tahu, Razief. Namun jangan kau bimbang, aku faham maksudnya.
Maksudmu
Aku faham mama mu itu menyayangi aku; lalu sengaja papan kunci ini dibiar mengemudi soalah tentang tamadun lalu, juga demi keselamatan makmal ini.
Tamadun lalu
Ah, kamu hanya perlu turuti aku. Berbasa-basi sebegini hanya membuang masa!
Razief melihat Pujangga mula membalas kata kunci itu satu persatu.
i) Tiga Puluh Tahun Dia, Memerintah Pada:
1 6 1 0
ii)Seorang Puteri Anak Angkatnya:
P u t e r i S a a d o n g
iii) Dua Pusat, Memerintahlah Dia:
K o t a T e g a y o n g
G u n u n g C h i n t a w a n g s a
iv) Tanah Serendah Sekebun Bunga Cherang Tegayong:
K o t a T e g a y o n g
v) Adalah binatang, paling disukainya:
K i j a n g
Bongkah kaca itu tiba-tiba teraktif dan bernyala!
Razief tercengang seolah-olah tidak percaya akan apa yang telah Pujangga lakukan; malah keberadaan Srikandi itu menjadi sebab utama mereka semua masih punya harapan. Mana mungkin sekalian gerombolan ini mampu menyelesaikan kata kunci maha mistik itu; lalu mana mungkin proto dan neo-Human akan merasai erti kebebsan yang sebenar.
Kalaulah kebebasan yang sebenar itu benar-benar wujud!
Razief berjalan di hadapan Pujangga; fikirnya itu lebih selamat kerana nyawa Pujangga tiada galang gantinya. Dia tahu, neo-Human sudah tidak mampu terabadi jika semua radas canggih sudah tidak berfungsi dalam keadaan darurat sebegini.
Jangan bimbang Razief, kawasan ini masih kebal.
Jemaah Buhaira yang sedari tadi tunduk dan bangun telah selesai melakukan ritual itu; sebahagian besar angkatan tentera atasan menghampiri makmal kaca, sebahagian lagi mula mempersiap kuda dan senjata mereka. Ramai juga penghafaz Kalam Tuhan mula membaca dan memuja Alif Lam Lam Ha tanpa henti di malam yang dingin ini. Kini Buhaira dan Isaiah mula menyertai Pujangga dan Razief untuk menuju ke dalam perut Makmal Keabadian dari bahagian belakang untuk bertemu dengan Mama Juwita.
Ah, mama pasti ada di sini ...
Aku yakin, Zief. Isa memeluk bahu Razief; mereka berjalan beriringan.
Tinggalan askar di luar makmal itu dikemudi oleh Aaron, Jacob dan Joseph, sedang Ezekiel masih lagi melakukan ritual tunduk-bangun.
...mama Panggilan razief terbiar tidak bersahutan.
Keempat-empat panglima itu berjalan menuju ke dalam perut makmal yang kini hanya menjadi sebuah tinggalan seolah sudah dilanggar Garuda lakunya. Makmal ini tempatnya dia (dan mereka semua) diciptakan oleh Mama Juwita; bahkan tempat ini jugalah Pujangga dan Juwita telah berjanji untuk terus kekal bersahabat walau apa sahaja yang akan berlaku, selama-lamanya.
Dia berada di sebelah.
Dia berada di sebelah ketika Juwita ingin melahirkan Razief. Di dalam makmal inilah; kerana Juwita mahu pandangan pertama Razief adalah jujukan DNA yang berjaya dikumpulakan oleh Srikandi saintis itu. Dr Cincip memprogram perisian Razief sedang Pujangga memegang tangan erat Juwita ketika sedang sakit melahirkan.
Di dalam makmal inilah.
Kebaya Pujangga masih tidak berganti; malah ke-
tidak-selesa-an sanubarinya juga tidak berganti sedari tadi. Buhaira dan Isa yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke tempat sebegini masih berjalan dengan penuh kekaguman. Sedang Razief masih lagi memanggil mamanya; barangkali entah di mana tersudut jauh Srikandi itu bersembunyi menunggu kedatangan rombongan ini.
Pujangga, di mana Srikandi Juwita
Buhaira ... barangkali dia masih lagi bersembunyi di suatu kawasan bawah tanah.
Apa kamu masih ingat lagi janjinya
Iya, janji terakhirnya untuk meninggalkan Cincin Munsyi kepada Razief.
Apa dia masih ada di persekitaran ini
Bahkan lebih dekat dari urat leher kita, Buhaira... Suasana masih gelap. Masih selamat.
***
Apa sungguh, kau mempercayai Srikandi
Ezekiel menghampiri Aaron. Pendekar proto-
Human itu sedang membaca sesuatu pada parang yang dililit dengan selendang merah kepunyaannya. 10 000 bilah parang yang dipersembah sebegitu rupa tersisip di sisi angkatan tentera, kalau-kalau ada jejak Cyborg Jaafar yang datang menyerang.
...Ezekiel...
Apa kau rasa, ini perangnya
Maksudmu
Adakah ini pengakhiran sebuah cerita, Aarron
Ezekiel, pengakhiran itu suatu perkara yang fantasi.
Fantasi
Semua perkara takkan pernah berakhir selagi
mana Alam Akhir itu belum kita tempuhi.
Dan kita bergadai batang tubuh di sini
Lalu kamu ingin terus hidup seperti selalu
Aaron, perang itu soal keduaku. Isunya, sukar aku untuk mempercayai Srikandi. Bagaimana seteru menjadi sekutu hanya dalam satu purnama
Lalu apa yang membawamu ke sini, Ezekiel Melissa. Hanya kerana Melissa yang inginkan anak kami, Uzair, hidup selesa.
Jangan kau lupa Ez, Srikandi itu juga telah menyelamatkan keturunanmu...
Aku masih mengerti sejarah, Aaron. Cuma rasa perkauman masih berbekas.
Jelek aku mendengar itu, kawan! Tarik balik katakatamu, Ezekiel!
Apa kau tidak cinta sama kaum
Apa cinta pada kaum melebihi cinta pada Alif Lam Lam Ha
Ternyata tidak ....
Lalu berhentilah membuang masamu. Kita bukan ibarat manusia kuno dahulu yang bersifat begitu perkauman!
Aaron ...
Berehatlah Ezekiel ...
Syahadahkan Pujangga; biar bertambah berkat medan kita.
Apa kamu itu Tuhan, memegang kunci barakah
Apalah ertinya-
Kalau kamu tidak berkeinginan, pulanglah.
Pulangkah mengikut kutub kebaculanmu, Ezekiel. Aku akan bersama Buhaira dan Pujangga berjuang habis-habisan.
Kau pasti, Aaron
Sungguh, neo-Kuala Lumpur itu tanah yang dijanjikan!
***
Masih belum kelihatan.
Pujangga mulai risau; sudahlah pemancar holohgram interaktif sudah dimandulkan di dataran ini, Juwita masih lagi belum menghubunginya. Razief dan Isa sudah mula memasuki bahagian dalam makmal sedang Buhaira dan Juwita masih lagi berdiri, berbincang sesama mereka.
Suasana masih lengang dan gelap. Masih belum kelihatan.
Isa yang pertama kali melihat segala radas canggih Srikandi Mama Juwita terus berjalan. Ada dua lorong di hadapan; dia memlih kanan. Entah mengapa kakinya rasa terdorong untuk terus berjalan, sambil tangannya merabaraba ruang dinding yang sempit dan mengelirukan.
Ada bau bergentayangan. Bau hangus. Susana masih gelap. Masih belum kelihatan.
Isa terus sahaja berjalan, mencari-cari sesuatu yang dia pun tidak pasti sebenarnya. Barangkali srikandi Juwita ada di sini. Ada bau bergentayangan. Bau hangus. Tangannya yang meliar ke dinding tiba-tiba secara tidak sengajak, terpetik sebuah kiub kecil yang tertanam.
TAT!
Ada satu bunyi.
PAP! PAP! PAP!
Trio bunyi itu tiba-tiba mengaktifkan sebahagian lampu kecemasan yang ada di dalam ruang makmal. Buhaira dan Pujangga yang sedang leka berbincang ketika itu terhenti seketika; Razief terpana sedang Isa menjerit.
Ah!!! Dia kelihatan trauma. Isa. Isa kelihatan trauma. Jarinya diraup ke muka.
Isa
Arghh!!!
Isa kamu di mana Razief mula mempercepat langkahnya.
Di sini! Di lorong sebelah kanan hadapan aku! Di sini!
Razief berlari mendapatkan Isa secepatnya. Dia tidak sedap hati. Dia berlari.
Bu ... bu .... Buhaira!!! seruannya bergema sehingga menyergah terus ruang auditori Buhaira dan Pujangga; cepat-cepat mereka melulu ke arah Razief yang menyertai Isa.
Sri...Srikandi! Mama! Mama!!!
Razief memanggil lagi.
Mereka berempat telah tiba di satu kawasan yang tersudut jauh melalui pintu belakang Makmal Keabadian. Kawasan terpencil berpintu merah ini, kelihatan sungguh sunyi dan meremangkan. Akan tetapi, tiada apa yang lebih mengerikan daripada melihat unsur sadis yang memenggal kemanusiaan yang semakin hilang.
Mereka berempat telah tiba. Mereka tidak percaya. Mereka tidak percaya bila mereka telah tiba. Tidak percaya.
Mereka tidak percaya bahawa mereka telah tiba di suatu perhentian yang tidak akan dinidakkan lagi dengan segala macam kecanggihan saat alami mengalih fungsi. Pujangga kehilangan nafas secara tiba-tiba. Matanya membundar dan dia terlalu mual, hampir muntah. Jemarinya menutup lopongan mulut sedang akal dan mata saling bergaduh menelan fakta yang terhidang di hadapan mata. Akalnya menerangkan tetapi perasaannya menafikan. Buhaira tidak percaya akan apa yang dilihat oleh mata tuanya. Dia tidak menyangka bahawa menuju ke pengakhiran sebuah cerita adalah babak-babak yang meruntum hatinya. Peluh jantan mencumbui dahinya. Isa cuba cuba untuk memeluk tetapi Razief telah rebah di lantai dengan herdikan berselang tangisan.
Razief telah rebah di sebelah bongkah yang berasap-asap!
PAP!
PAP!
PAP!