BLACK WIDOW - 25
AYU berasa terhukum dengan sikap Imran. Dia mula mengait cinta, disulam di pinggir pelangi. Mala ngnya, cinta yang dibajai dihancurkan sekelip mata.

Kenapa Imran bertindak begitu

Kenapa

Sejak kebelakangan ini dia mula berasa bosan setiap kali di angkasa. Tiada lagi senyuman seceria dulu. Layanan yang diberikan pun tidak seemas dahulu.

Keriangan telah menjauh saat ini!

Air jernih jatuh berjurai. Dia kecewa saat ini, kecewa kerana sikap lelaki yang sering menangguk di air keruh. Kenapakah semua lelaki dilahirkan begini

Alangkah bahagia jika manusia dibenarkan me ngahwini labah-labah. Akulah orang pertama yang akan mengahwini si kaki lapan ini. Pasti aku jaga makan dan pakainya. Kusediakan hidangan, walaupun serangga. Aku pakaikan bajunya, semburkan pewangi... aku mahu kebahagiaan mewarnakan hidup 169

tidak seperti aku mencintai manusia!

Dua hati di dalam nadi...

Walau melukakan aku juga dilukai

Namun dibenci dari yang hasad

Di jiwaku bersih, cuma bersifat jahat

Tapi, mana, mungkin aku berkahwin dengan me reka. Walau bagaimanapun, aku kira mereka lebih mengerti. Aku sering didampingi, memberikan aku kepuasan. Ya, aku tak perlukan lelaki untuk kepuasan. Aku mahukan lelaki yang mencintai aku dan memahami keseluruhan jiwaku.

Aku mahu lelaki yang membentengi, bukan membanting tubuhku! Dan, lelaki-lelaki beginilah yang belum aku temui.

Telefon mengganggu dan Ayu berasa malas untuk menyambutnya. Tetapi, fikiran keduanya membuat dia menyambar gagang kerana mungkin panggilan itu penting.

Hallo....

Ayu....

Gagang telah diletakkan. Dia tidak mahu lagi mendengar suara itu.

Telefon menjerit lagi. Dia yakin itu panggilan Imran yang pasti mendail sekali lagi. Dia membiarkan deringan menggila tetapi mungkin juga panggilan lain.

Gagang dicapai.

Ayu... please

Gagang diletakkan. Talian terputus dan kemudian gagang diangkat semula untuk dibiarkan engaged!

Ayu kembali ke bilik, menghumban tubuh ke katil. Dia terasa lesu dan bertambah-tambah lesu apabila memikirkan dia bertugas petang nanti.

Kelesuan telah menghumbankan dirinya ke dalam 170

tidur.

Dia hanya terjaga apabila loceng ruang tamu berdering. Mata dikesat dan dia bergegas ke muka pintu.

Tombol dipulas.

Ayu... I know that youre mad at me. Forgive me please... I know it was a big mistake.

Daun pintu telah pun dihempaskan.

Di luar, kedengaran ketukan disusuli bunyi loceng namun Ayu telah pun mengunci diri di dalam biliknya.

IMRAN kembali ke pejabat, melonggarkan dasi yang membelit leher. Dia sudah menduga Ayu akan bertindak begitu namun dia tetap mahu mencuba. Tawaran ayahnya untuk tinggal di Los Angeles mengu-ruskan syarikatnya di sana masih belum diputuskan. Dia keberatan untuk ke LA tanpa Ayu. Dia bercadang untuk menghantar pinangan agar Ayu dapat dimiliki.

Tetapi belum sempat dia menyuarakan hasratnya, daun pintu telah dihempas dan Ayu menghilang ke dalam rumahnya,

Imran berfikir keras, tunduk sambil menggendang meja. Persoalan mengenai Ayu lelah diberitahu kepada ibunya malah tidak pula dihalang. Disuarakan hasratnya untuk memperisierikan Ayu. Dia bercadang untuk membawa Ayu ke LA dan menyarankan agar Ayu berhenti daripada terbang di awan biru. Imran tidak lagi mahu membiarkan Ayu terbang bebas takut terlepas.

Gagang dicapai. Hallo... tolong call number biasa tu!

Okey!

Isyarat berbunyi dan Imran mencapai gagang. Talian sudah disambung tetapi belum disambut. Hallo! Suara itu lemah.171

Ayu sayang...please don't put down the phone! Imran bercakap laju-laju.

What... Suara Ayu tenyata lesu dan bosan. Ayu... listen to me! I miss you... and please let me see you!"

See me... for what Please leave me alone. Ayu please! Why are you doing this to me... what have I done

You tak ada salah apa-apa dengan I... I cuma fed up dengan life I sekarang, that's all!

Ayu... do you love me... or

Belum sempat Imran menghabiskan perkataannya, gagang telefon diletakkan.

Imran tersandar lemah dengan gagang masih lagi terpegang, lalu diletakkan gagang telefon itu perla han-lahan. Dia terkilan. Ayu masih bersikap dingin terhadapnya. Mungkinkah sikap Ayu jadi begitu kerana perbuatan Imran atau jiwanya

tertekan gara-gara pemergian nenek kesayangannya. Mungkinkah ada benarnya di sebalik sangkaan Imran itu. Ayu terkilan kerana tidak sempat menatap wajah Neng Jenab tatkala neneknya itu menghembuskan nafas yang terakhir. Mungkin juga Ayu kesal kerana klinik yang diidamkan masih belum terpacak di atas bumi Sri Dang Wangi. Di sinilah kelemahan Ayu, dia tidak kuat menghadapi kenyataan ini.

Imran berteleku. Dia mencari jalan untuk menyatakan hasrat hatinya. Aku mesti berusaha untuk memujuk Ayu dan menyatakan isi hatiku, detik Imran. Imran sememangnya tidak pandai meluahkan hasrat hati melalui bibirnya. Dia lebih mengutamakan perlakuan sebagai lambang cinta, berlainan dengan Ayu yang sentiasa menantikan kata cinta dan pengakuan daripada mulut Imran sendiri.172

JANGAN berfikiran sempit Ayu!

Ayu tunduk, hanya membiarkan Kathy bersuara. Imran tu sincere... dia betul-betul sayangkan kau!

Ayu tetap membatu.

Come on Ayu! Kalaulah Imran tak sayangkan kau, takkan dia sanggup berjumpa dengan aku. Me-luahkan perasaannya. Malah kalau nak ikutkan... aku bukannya kenal sangat dengan dia. Dia sanggup te-balkan muka merayu pada aku agar memujuk kau!

Ayu terkedu. Hatinya tersentuh. Betulkah Imran bertindak begitu Tak mungkin Kathy berbohong padanya.

Imran mengaku dia bersalah, Ayu. Dia beritahu yang dia bertindak melulu.

Dia beritahu kau Mata Ayu membulat. Beritahu apa Mata Kathy pula membulat. Tentang itu

Tentang apa... aku tak mengerti!

Dia ada cerita tentang kesalahannya itu

Kathy geleng. Tak... lagipun aku tak tanya. Tapi... aku rasa mesti dia bersalah sebab keluar dengan perempuan lain, betul tak

Ayu sekadar angguk. Dia tahu Imran tidak menceritakan kejadian tempoh hari.

So... aku rasa kau mesti bertolak ansur sedikit. He's really sincere Ayu.

Ayu memejam mata.

HANI mengetap bibir. Dia tidak dapat menahan gelodak hatinya yang menyerang. Sekian lama dia menaruh hati terhadap Imran. Setiap kali bertemu di perut kapal terbang tetapi tidak sekalipun Imran memberi reaksi.

Semalam adalah hari bersejarah. Mujur Kathy mengajaknya menemani pertemuan dengan Imran.173

Dan, melalui perbualan itu, Hani mendapat tahu antara Ayu dan Imran sedang mengalami keretakan.

Ini adalah saat yang paling sesuai untuk mencucuk jarum. Peduli apa dengan hati orang, lebih baik hati sendiri dipupuk.

Imran akan ke LA, tinggal di sana untuk menguruskan cawangan syarikatnya. Dia berhasrat untuk memperisterikan Ayu. Tetapi, niatnya itu tidak ke sampaian ke pengetahuan Ayu. Hani mahu memastikan Ayu benar-benar tak sudi agar dia dapat menggantikan tempat itu.

ACCIDENT Mata Imran bagaikan tercabul mendengar berita itu.

Imran mesti pergi... malam ini juga!

Kenapa tak abah dengan mama saja ke sana... serius ke dia, mama

Abah ada urgent meeting esok, pelaburan dari luar, lagipun flight is fully booked tonight... tinggal satu seat saja!

Kenapa mama tak pergi

Meeting besok ada dinner untuk clients, mama mesti ada!

Imran pergi dulu... dengarnya adik kau di sana tu parah... mama dengan abah will go the day after tomorrow!

Imran terkedu. Malam ini penerbangan ke London bertolak pukul 11.15. Dia perlu menghubungi Ayu secepat mungkin. Dia pasti Kathy dan Hani telah pun menyampaikan rasa hatinya. Imran mencapai gagang.

Ayu Oh... dia tak ada. Dia fly ke Melbourne... esok baru balik!

Esok Bumi bagaikan jatuh menimpa dirinya. Tubuhnya terasa berkecai. Dia akan berangkat malam 174

nanti dan Ayu cuma akan kembali esok. Ah... never mind, I'll call from London.175