Allah musnahkan sebahagian dan mengekalkan sebahagian yang lain sebagai satu amaran dan peringatan agar manusia ingat dan berfikir tentang betapa kuasa Allah mengatasi segala kuasa yang lain di mukabumi ini. Dia yang memberi dan Dia juga berkuasa merampas.
Banyak keajaiban yang berlaku di zaman Rasullullah dan nabi-nabi yang lain. Ia datang dalam bentuk mukjizat atau Allah tunjukkan pada satu-satu kaum betapa ajaran agama yang dibawa oleh utusan Allah itu merupakan satu kebenaran. Kapal Nabi Nuh yang berjaya dibina pada ketika itu merupakan satu keajaiban. Begitu juga apabila Allah menizinkan bayi boleh berbicara untuk menegakkan keadilan dan akidah pada masa itu.
Salah satu keajaiban yang jelas dan nyata adalah masjid-masjid di Aceh tidak terusik walaupun dilintasi oleh ombak selaju sekitar 700 km sejam yang sama tinggi dengan kubah masjid itu sendiri. Masjid adalah pemandangan biasa di Aceh yang juga di kenali sebagai Serambi Mekah. Di sanalah Islam mula berkembang di Indonesia.
Penduduk Indonesia seramai 220 juta orang majoritinya menganut agama Islam. Malah negara tersebut mempunyai penganut agama Islam yang tertinggi di dunia dan diikuti oleh negara Pakistan.
Ombak tsunami telah memusnahkan hampir semua benda kecuali rumah Allah dan manusia yang berlindung di dalamnya ketika bencana tersebut melanda. Di sana adalah tempat suci dimana mereka menghambakan diri kepada Allah, berzikir serta memujinya.
Salah saorang penduduk yand bernama Mukhlis Khaeran menyatakan penduduk yang berlindung dalam masjid telah terselamat. Rumah beliau yang berhampiran dengan masjid telah hilang sama sekali tetapi masjid tidak terjejas sama sekali. Ombak ganas itu sangat lapar katanya. Ia makan,telan dan menghempaskan semula pada objek yang berlari menyelamatkan diri. Katanya, Allah hukum manusia kerana sikap tamak, bongkak dan menganiaya orang lain.
Di Melabuh, pekan di Barat Aceh yang terletak 150km dari pusat gempa, lebih dari 10,000 mati tetapi masjid tersergam kukuh di tengah-tangah kehancuran. Di pantai Miami Batu Feringgi Pulau Pinang, ombak kuat yang melanda telah membunuh puluhan nyawa tetapi seorang bayi terapong atas tilam dan menangis bila keadaan reda.
Bapa bayi tersebut yang berusia 55 tahun terpaksa bergayut pada tiang untuk menyelamatkan diri. Beliau kehilangan 2 anak tetapi bayi berusia 20 hari terselamat. Tsunami juga memberi kesan pada paras air di sebuah telaga di virginia AS iaitu 15,450 km dari pusat gempa. Paras air tersebut telah naik secara mendadak sebanyak 0.9 peratus.
Perigi tersebut yang terletak di Christiansburg sangat sensitif pada pergerakan bumi. Namun perubahan tersebut kembali semula kepada asal apabila ia turun semula selapas 1 jam. Perbezaan paras air tersebut dipantau oleh pakar air dalam tanah di pusat kajian geologi.
Bayi yang terselamat di celah-celah kehancuran yang dahsyat di Negercoil India seperti memberi rahmat kepada penduduk di sana. Bayi berusia 2 bulan adalah milik saorang nelayan di negeri Tamil Nadu. Ia terlepas dari genggaman ibunya semasa ombak kuat. Bayi tersebut ditemui semula disebuah gereja tempatan. Bayi tersebut adalah yang kedua diberi nama TSUNAMI. Bayi pertama tak cukup bulan lahir di Post Blair Ibu negeri pulau Andaman di Nicobar India turut diberi nama Tsunami.
Saorang hamba Allah yang tertimbus selama 7 hari selepas bencana tersebut, ditemui dalam keadaan yang amat lemah dan cedera parah. Tengku Sufyan berusia 20 tahun itu digulung ombak bersama benda-benda keras yang lain. Beliau yang lemas pada ketika itu ditemuai dan diselamatkan apabila terdengar rintihan dan tangisan di celah-celah mayat yang tertimbus.
Kisah Malawati, 24 tahun yang terapung selama 6 hari dalam keaaan dirinya mengandung telah menyabung nyawa dengan memakan umbut yang hanyut bersamanya dan bergayut pada pokok rumbia. Baju beliau koyak rabak dan hanya tinggal seluar dalam sahaja. Semangatnya memang kuat.
Beliau dijumpai pada hari ke enam jam 2 petang dan berkeadaan nyawa-nyawa ikan. Anak-anak kapal ikan tuna Malaysia telah menyelamatkan beliau pada 10 batu notika dari perairan Aceh. Tempat beliau dijumpai adalah 2 hari perjalanan dari kedudukan beliau sebelum bencana.
Satu lagi keajaiban berlaku kepada Rizal Shah putra, 20 tahun yang telah menjadi perantara mesej dari Allah. Beliau terselamat setelah 9 hari terapung. Rizal di temui pada jarak 100 batu notika dari banda Aceh (5 darjah,0.84 utara,0.93 darjah 40.3 timur.
Sungguh kuat dan tabah orang Aceh itu. Ketika diselamatkan jam 5.20 petang, beliau yang dihanyutkan oleh ombak ketika sedang membaiki Masjid. Orang tua beliau telah hanyut di depannya tanpa dapat dibuat apa-apa.
Sesunguhnya apa yang berlaku adalah ujian dari Allah. Ini adalah hakikat mutlak yang mesti difahami dan diterima oleh setiap saorang dari kita. Ingat bala dan nikmat Allah tidak datang percuma. Ia adalah ingatan dan balasan. Keajaiban yang berlaku adalah bukti bahawa Allah itu maha Agung. Ia amat berfaedah bagi orang-orang yang berfikir.