Walau ada yang mengatakan keseksian seorang wanita terletak pada cara dia berpenampilan, namun, kebijaksanaan ini lebih seksi berbanding penampilan kamu. Ia akan menampakkan kamu sangat menggoda.
Buatkan si dia terpaut pada apa yang kamu mampu lakukan. Melalui masakan, cara kamu memandu, cara kamu bercakap dan apa sahaja yang menonjolkan kamu adalah orang yang bijak. Tetapi, bukan pula menjadi orang yang membangkang kata-katanya dan menampakkan si dia seperti orang bodoh.
Menjadi bijak juga bukanlah bermakna kamu harus berbicara mengenai politik, isu semasa atau apa-apa yang kamu fikir sesuai. Mungkin ada lelaki yang sukakan begitu. Tetapi, ramai juga yang tidak suka berbual mengenai hal sebegitu apabila bersama dengan lawan jenisnya.
Gadisku, untuk menonjolkan kebijaksanaan kamu, bukan hanya menunjukkan ia semata-mata. Kamu juga harus berfikir bagaimana mahu mengekploitasinya agar si dia yang menjadi idaman kamu akan berasa kagum denganmu.
Berikan apa yang perlu dalam memikat si dia. Berusaha agar si dia juga akan terpaut dengan apa yang kamu tonjolkan.