Saya sering dan suka menontonnya. Dora dan Boots mengajar anakanak kita untuk mengembara, dari satu tempat ke tempat lainnya, dengan berbagai-bagai masalah dan situasi yang timbul. Sangat menarik bagi anak-anak.
Dora dan Boots mengajar anak untuk berfikir secara kreatif dan bukan menghafal. Anak-anak dilatih untuk melihat persoalan, menyusun perancangan, menetapkan sasaran, memahami proses dan yang paling menarik bagi saya adalah, Dora dan Boots menggunakan peta sebagai alat untuk membantunya.
Ibu bapa dan guru yang berbahagia, Dora dan Boots menekankan bahawa untuk mencapai tujuan, kita harus mengetahui persoalannya terlebih dahulu dan untuk memecahkan persoalan, kita harus membuat perancangan. Setiap perancangan dibahagi ke dalam proses yang bertahap bermula dari awal sampailah ke titik sasaran. Untuk membantu semua itu, kita memerlukan petunjuk arah yang disebut peta.
Dalam kartun ini, peta selalu digunakan sebagai alat bantuan untuk memecahkan teka-teki, juga alat bantuan dalam proses pencapaian sasaran. Sungguh, Dora membuka mata saya untuk mengingat kembali dan membandingkan dengan sistem pendidikan kita.
Masih ingatkah anda ketika duduk di bangku sekolah menengah Kita belajar mengggunakan peta pada mata pelajaran geografi. Namun sayangnya, cara kita diajar dahulu sangat jauh berbeza dengan cara yang diajarkan Dora kepada anak-anak kita. Dulu, guru geografi kita selalu meminta untuk menghafal kota dan ibu kota dalam peta yang sedang dipelajari. Berbeza dengan Dora yang mengajarkan bahawa peta adalah alat bantu petunjuk, untuk mencapai tempat tujuan, bukan sesuatu yang harus dihafalkan. Dulu kita juga dipaksa oleh guru untuk menghafal peta.
Masih ingatkah anda akan adanya ujian PETA BUTA Ya, kita diminta untuk menghafal bentuk pulau, kemudian melukisnya, sekaligus menuliskan nama dan kedudukan kota. Bukankah ini sungguh keterlaluan Ya, itulah yang kita katakan pada saat menjadi murid dahulu. Otak kita terus-menerus dipaksa untuk menghafal dan menghafal. Saya yakin anda pun terseksa ketika mengikuti ujian peta buta tersebut. Sayangnya, setelah kita menjadi guru dan ibu bapa, kita kembali menerapkan hal sama pada anak kita atau anak didik kita di sekolah.
Lalu, apakah akibatnya dari model pendidikan semacam ini Jelas sekali. Anak Indonesia dan kita yang termasuk di dalamnya, tidak pernah tahu bahawa peta sebenarnya adalah sebagai alat bantu terbaik untuk mencapai sasaran dan bukan barang hafalan. Apakah buktinya Cuba perhatikan, jika anda sedang bercuti, sangat jelas bezanya antara pelancong asing dan pelancong tempatan. Jika kedua-dua pelancong ini sama-sama buta terhadap wilayah yang dikunjunginya, pelancong asing akan selalu memegang peta bersamanya sebagai alat bantu mencapai tujuan. Sementara pelancong tempatan hampir tidak pernah ada yang membawa peta, melainkan hanya bermodalkan niat sahaja!
Jika sampai saat ini kita pun masih menjadi salah satu pelancong bermodalkan niat, jangan takut. Ya, itulah hasil dari pendidikan kita dulu. Begitulah akibatnya jika anak-anak terus-menerus dididik dengan cara hafalan, seperti burung Tiung dan bukan berfikir kreatif. Jadi, wajar sahaja jika ketika ini kita memiliki cukup banyak bekalan orang-orang yang hanya pasrah menghadapi berbagai-bagai masalah hidup, alih-alih berusaha untuk mencari penyelesaian kreatif bagi diri dan bangsanya.
Dora dan Boots mengajari anak untuk berfikir kreatif dan bukan menghafal.