Beb, Akhirnya Aku Dilamar - 26
BAB 26

SENYUMAN manis masih tidak lekang dari bibir Felisha. Tak sangka dapat bertemu semula dengan sahabat lama. Jazman yang hanya tua setahun darinya. Mereka memang rapat sejak tingkatan tiga lagi.

Amboi! Senyum sengih nampak Apaada orang dah masuk meminang ke Usik Najwa yang mula melabuhkan punggung sebelah Felisha di sofa ruang tamu.

Haah! Dah sampai ke langit agaknya senyum kau tu! Hanim menyampuk sebaik keluar dari ruang dapur membawa sejag jus oren dan tiga mug.

Aku jumpa kawan lama la. Seronok sangat. Felisha sengih lagi.

Siapa Lelaki ke perempuanNajwa hulur bertih jagung kepada Felisha. Matanya menala ke arah kaca tv. Asyik cerita thriller je minah ni!

Lelaki..

Dah kahwin Najwa pula teruja.

Kau ni kanasal lelaki je, tak ada soalan lain kau tanya, kalau tak handsome, dah kahwin ke belum. Felisha lempar bantal kecil ke arah Najwa.

Hanim turut senyum. Memang itulah Najwa. Pantang ada lelaki bujang, dia akan teruja nak tahu.

Ya la..takkan aku nak tanya dia cantik ke Pakai baju apa Tinggal kat mana Larat ke kau nak jawab Najwa sengih sambil mengunyah bertih jagung yang dibeli selepas balik kerja tadi.

Dia dah kahwin la. Felisha jeling Najwa. Riak Najwa sudah lain. Kecewa.

Melepaslah aku. Najwa sengih.

Boyfriend kau nak letak mana Felisha luku kepala Najwa.

Nama je ada boyfriend tapi macam tak ada. Sampai sekarang dia tak ada sekelumit pun nak masuk meminang aku. Sedih la Sha Suara Najwa sudah berubah.

Sabarlah Wa. Mungkin dia belum cukup duit lagi. Kau dah tanya dia kenapa Felisha turut mengunyah bertih jagung. Cerita lakonan Jeniffer Lowe Hewwit di kaca tv masih menjadi tumpuannya.

Entahlah..mungkin jugak kut. Najwa berkata tanpa nada perasaan.

Wanak mendirikan masjid ni, janganlah disusahkan dengan hantaran yang tinggi. Nikah tu yang penting. Dengan hanya senaskhah al Quran pun boleh dijadikan mahar. Aku rasa elok kau nikah gantung dulu. Kenduri tu lain kali kau buat. Bila ada duit lebih sikit, kau buatlah. Hanim pandang Najwa yang asyik menonton cerita I know What You Did Last Summer

Betul tu beb. Kalau nak buat kenduri besar-besaran, boleh pokai kita. Yang penting akad nikah. Felisha menambah.

Wa! Kau dengar tak Felisha goncang bahu Najwa.

Err..kau cakap apa tadi Najwa berpaling. Dia pandang Felisha dan Hanim silih berganti.

Laa..buang karan je bercakap dengan kau ni. Felisha merengus. Matanya menala semula ke arah kaca tv.

Sorry la..aku syok tengok cerita tu. Siapa pembunuh sebenarnya ek Najwa semakin teruja menonton.

Felisha mencebik. Hish! Minah ni! Aku yang sibuk nak selesaikan masalah dia, dia pulak sibuk nak tahu siapa pembunuh dalam cerita tu!

Hampeh!

Kau tak pernah tengok ke cerita ni Felisha turut menonton semula.

Mana aku ada masa nak menonton. Lagi pun, ni kan cerita thriller. Aku hanya minat cerita cinta je. Seronok jugak rupanya tengok cerita macam ni. Najwa masih menonton.

Kalau aku beritahu kau, tak ada thrill la. Kau kena tengok sampai habis. Aku nak masuk ke bilik. Esok aku kena hantar bunga. Felisha bingkas bangun.

Kau tak nak tengok ke Hanim mendongak.

Aku dah hafal jalan cerita tu. Okey, goodnight! Felisha mula menapak ke bilik.

Sweet dream!! Najwa senyum.

Orang tengah dilamun cinta macam tu la.. Usik Hanim sambil mata melirik pada tubuh Felisha yang sudah menapak ke bilik.

DI BILIK, Felisha membelek fail akaun jualan bunganya yang dibawa balik tadi.

Hmmadalah untung jugak.

Fail diletakkan di atas meja sebelah katil. Dia menapak ke atas katil. Teringat semula pertemuannya dengan Jazman.

Kenapa dia nak aku jadi bini dia ek Kan dia dah ada bini. Felisha pandang siling. Siling putih itu dipandang lama.

Album lama dibuka kembali. Satu persatu foto yang diabadikan sebelum tamat sekolah dulu diperhatikan. Memang dulu Suhaila tergilakan Jazman. Jazman pula hanya anggap Suhaila kawan biasa saja.

Tak sangka kau Jaz, kau balas jugak cinta Suhaila debab tu. Felisha senyum.

Bunyi teks mesej masuk. Felisha jeling skrin telefon bimbitnya. Dia ni lagi!

I need you..and always love you.

Gila ke apa mamat ni Felisha hempas telefon bimbitnya atas katil.

Felisha bingkas bangun menuju ke tingkap. Langsir disingkap sedikit. Laman yang hanya diterangi lampu jalan dilihat seketika. Dia mendongak melihat bintang berkerlipan. Malam yang sungguh tenang.

Sekali lagi ada teks mesej. Malas Felisha nak melihat. Tentu dari Fariz.

Tak faham aku mamat ni. Depan aku dia benci, bila tak jumpa, boleh pulak hantar sms jiwang karat macam tu. Eiii!! Pening! Felisha garu kepala. Serabut!

PAGI lagi Felisha ke kedai bunga. Hari ni dia kena hantar bunga pada pukul sepuluh pagi. Tergesa-gesa Felisha mengangkat lima jambak bunga iris ke dalam bonet kereta.

Ainul, akak pergi dulu. Mungkin petang baru akak balik! Laung Felisha dari tempat letak kereta.

Kereta dipandu laju ke arah Kajang. Kali ini dia akan pastikan alamat yang dicatat semalam betul. Pernah sekali dia tersalah tulis alamat. Melilau mencari.

Hmm..takkan kat sini Felisha mendongak melihat sebuah bangunan lama yang agak usang. Sekali lagi dia amati alamat di atas kertas putih.

Felisha cuba menghubungi nombor telefon yang diberi. Tiada jawapan. Dia dail lagi sekali. Masih tiada jawapan.

Hai..macam mana ni Bangunan ni macam tak ada orang je.. Felisha sudah merasa seram sejuk. Dia keluar dari kereta dan melihat-lihat sekitar bangunan. Ada pokok menjalar di kaki lima.

Cik cari siapa

Felisha terperanjat. Dia menoleh. Seorang lelaki berpakaian seragam menegurnya. Mungkin pengawal keselamatan agaknya.

Err..saya cari alamat ni. Felisha tunjuk kertas yang tertulis alamat kepada lelaki itu.

Hmm..alamat ni memang betul kat sini tapi bangunan ni dah lama tak ada orang guna. Mana cik dapat alamat niLelaki itu mula berkerut kening.

Sebenarnya saya jual bunga. Saya akan minta alamat bila pelanggan ingin kami hantar bunga kepada mereka. Ni alamat yang dia beri. Felisha menerangkan keadaan sebenar.

Pelik. Tempat ni dah lama kosong. Dah lima tahun. Saya yang jaga tempat ni. Lelaki itu hulur semula kertas putih itu kepada Felisha.

Kalau macam tu..tak apa lah. Saya pergi dulu. Felisha mula keliru. Dia pandang lagi bangunan usang itu. Hatinya mula rasa tidak sedap.

Felisha menapak lemah ke keretanya semula. Lama dia termenung di dalam kereta. Alamat di atas kertas diamati sekali lagi.

Siapa yang pesan sebenarnya Dahi Felisha sudah berkerut. Dia segera menghubungi Ainul. Mana tahu Ainul tersalah tulis alamat sekali lagi.

Betul Tapi kenapa bila akak sampai, bangunan ni dah tak ada orang guna Siapa yang pesan Perempuan Siapa Felisha menelan liur.

Telefon bimbit dimatikan talian.

Dari apa yang Ainul beritahu tadi, jelas alamat yang diberikan memang betul. Kereta dipandu laju meninggalkan kawasan usang itu. Sempat Felisha singgah di kedai buku. Dari semalam dia ingin beli novel Dude! Im Getting Married! karya novelis kesukaannya, Iman Fadia yang sudah ada di pasaran.

Hmm..ada pun! Felisha terus membayar di kaunter. Novel di tangannya dibelek sepintas lalu sambil berjalan keluar dari kedai.

Ehem!

Felisha mendongak. Dia ni lagi

Ingatkan suka bunga je.. Perli Fariz.

Felisha malas nak menjawab. Dia meneruskan langkahnya menuju ke tempat letak kereta. Kenapalah asyik muka mamat ni je aku jumpa Eii!

Felisha Zainuddin! Laung Fariz.

Sekali lagi Felisha menoleh. Mimpi apa mamat ni panggil nama penuh aku ni

Awak nak apa lagiLaung Felisha dari tepi jalan.

Fariz berlari anak ke arah Felisha. Dia mendekati Felisha yang masih berjalan ke arah kereta.

Awak okey ke

Nak tanya tu je Felisha jeling Fariz yang berkaca mata hitam. Kacaknya mak ai.

Tolong jawab soalan saya ni! Fariz tunjuk sms yang dihantar semalam. Skrin telefon bimbitnya ditayang di depan mata Felisha.

Felisha baca sms yang tercatat di skrin telefon bimbit Fariz. Sms yang diterima semalam. Huh! Sibuk je nak tahu! Dia meneruskan langkahnya ke kereta.

Tunggu! Fariz tarik tangan Felisha sehingga tercampak novel di tangannya.

Eh awak ni kenapa Felisha cuba merentap tangannya dari genggaman tangan Fariz.

Awak tak akan menangis dan peluk saya kalau tak ada apa-apa berlaku! Fariz masih tak puas hati. Semalaman dia berfikir hal itu.

Itu bukan urusan awak. Siapa saya pada awak Anggaplah kejadian hari tu sebagai tak ada apa-apa. Felisha merentap tangannya yang dicengkam kuat Fariz. Novel yang jatuh tadi diambil semula.

Maaf..saya rasa awak ada masalah. Saya hanya nak tolong. Itu saja! Fariz bercekak pinggang.

Tak payah! Felisha meluru masuk ke dalam kereta. Kereta dipecut laju meninggalkan Fariz terkebil-kebil di situ.

FARIZ geleng. Degil gila minah ni! Aku nak tolong dia je. Takkanlah dia saja-saja nak peluk aku hari tu. Gila ke apa! Fariz menapak semula ke kedai buku.

Majalah sukan dan buku motivasi dibelek di rak. Matanya melilau mencari keluaran terbaru majalah kereta.

Eh..apa dia cakap ni Fariz terdengar seseorang berbual melalui telefon. Nama Felisha disebut-sebut. Perlahan dia jenguk melalui ruang buku di rak. Seorang lelaki membelakanginya sedang menelefon seseorang. Dia cuba mencuri dengar setiap butir perbualan. Cepat-cepat dia beredar ke kaunter bila menyedari lelaki itu mula berpaling.

Fariz melangkah perlahan ke keretanya semula. Sesekali dia mencuri pandang kepada lelaki tadi yang memakai jaket hitam.

Hmm..siapa dia ni Dia nak apa-apa kan Felisha ke Fariz berkerut kening. Segala yang berlaku pada Felisha semalam cuba dikaitkan dengan kata-kata lelaki tadi.

Fariz mula menghidupkan enjin dan membelah kesibukan jalanraya menuju ke pejabatnya semula.

Sampai di pejabat, Fariz terus ke bilik pejabatnya. Fail projek di Kajang dibuka sekali lagi. Tak sangka berjumpa dengan Felisha balik dari melawat tapak projek di Kajang tadi.

Hmm..siapa lelaki tu Sekali lagi Fariz termenung. Dia bersandar di kerusi. Mata sudah menala ke siling. Bingung dengan apa yang terjadi.

Abang!

Fariz pandang pintu pejabatnya. Alia sudah tersengih di situ.

Aik! Ada apa datang pejabat ni Fariz senyum.

Adik dah habis kelas. Ingat nak lunch sekali dengan abang. Boleh kan Alia berjalan ke arah meja Fariz. Dia duduk di kerusi tetamu.

Boleh jugak. Papa tak ajak ke Fariz bingkas bangun dan duduk di sofa tetamu.

Alia membuntuti Fariz. Adik dah call papa tadi. Dia kata dia ada hal. Jadi abanglah kena temankan adik. Boleh la.. Alia paut lengan Fariz.

Tersenyum manja.

Kalau macam tu, jom! Fariz ke tempat mejanya semula dan mengambil kunci kereta. Komputer ditutup.

Kita makan di restoran Rebung nak Alia sengih. Lengan Fariz masih dipaut lembut.

Kalau pasal makan, nak tempat kelas je! Fariz cubit hidung Alia. Mengekek Alia ketawa.

Kereta dipandu laju menuju ke Bangsar. Fariz dan Alia melangkah masuk ke dalam restoran.

Adik cari siapa Fariz jeling Alia yang terjenguk-jenguk mencari sesuatu.

Hmmmana dia ni Alia panjangkan leher melihat sekitar restoran. Meja sudah agak penuh. Jam di pergelangan tangannya dilihat sekilas. Sudah hampir satu tengah hari.

Adik cari siapa Fariz tarik tangan Alia ke arah meja di sudut penjuru restoran.

Hah! Dah sampai pun! Alia senyum lebar. Dia pandang Felisha yang menapak masuk ke dalam restoran.

Fariz turut memandang ke arah pintu masuk restoran.

Adik ajak dia sekali ke Fariz menoleh ke arah Alia yang sudah tersengih-sengih berdiri di sebelahnya.

Alia angguk. Shh! Kak Sha tak tahu yang abang ada sekali.

Fariz geleng. Jadi ini semua kerja Alia la ni!

Langkah Felisha terhenti sebaik terpandang Fariz di sebelah Alia. Alia ajak Fariz sekali ke

Kak Sha! Alia lambai ke arah Felisha sambil memberi isyarat duduk di sebelahnya.

Terpaksa Felisha menapak ke meja Alia. Fariz buat tak nampak.

Kak, duduk sini! Alia bingkas bangun dan tarik tangan Felisha supaya duduk di sebelahnya berdepan dengan Fariz.

Felisha melabuhkan punggung di kerusi. Dia jeling Fariz yang hanya tersenyum padanya.

Kita order dulu! Alia ambil menu yang dihulur pelayan restoran.

Felisha hanya diam membisu. Dia larikan matanya bila bertembung dengan mata Fariz.

Awak ni kenapa Macam tak suka je kat saya Hari tu bukan main lagi mengaku.. Fariz senyum sinis.

Felisha mengetap bibir. Aku berlakon jelah!

Kak..mama kirim salam. Mama nak resepi kuzi ayam akak hari tu. Mama nak masak kat papa pulak. Alia sengih. Dia menopang dagu melihat riak Felisha dan Fariz. Sweet sangat dia orang berdua ni!

Nanti akak bagi. Eh, sekejap. Akak rasa resepi tu ada dalam beg akak ni. Felisha meraba mencari kertas resepi yang pernah ditulis dulu masa nak pergi ke kampung Cermai.

Nah! Ada pun. Felisha hulur kepada Alia.

Tapi mama nak akak datang rumah dan ajar dia masak. Alia kenyit mata. Matanya menala pula pada Fariz yang hanya senyum kelat.

Felisha menelan liur. Aduh! Nak kena masak kat rumah la pulak!

Bi..bila tu Felisha sudah gelisah. Dia jeling Fariz yang bersahaja.

Esok boleh Esok hari sabtu kan Akak buka kedai ke Alia sudah teruja.

Erresok Felisha berkerut kening. Nak tolak karangrasa kesian pulak kat Alia dan Puan Suraya.

Alia angguk.

Alah..tak luak pun resepi awak tu. Takkan nak ajar pun tak boleh Keada bayaran Fariz mencelah.

Felisha cepat-cepat mendongak. Mamat ni kalau bercakap tak ada satu pun yang menyenangkan hati aku. Aku kenakan bayaran betul-betul baru tahu!

Boleh la kak Alia memujuk.

Felisha pandang Alia yang dah goncang-goncang tangannya. Haih..ni yang lemah ni. Budak ni pandai pula buat muka kesian macam tu.

Baiklah..akak datang pukul sebelas. Bahan-bahan macam mana Felisha pandang Alia yang sudah senyum lebar. Dah sampai ke telinga la tu!

Alia dan mama akan beli bahan-bahan mengikut resepi dalam kertas ni. Alia lipat kertas resepi yang dihulur Felisha tadi dan dimasukkan dalam beg sandangnya.

Mereka mula menikmati hidangan tengah hari yang dipesan tadi. Fariz dan Felisha hanya diam membisu. Alia saja yang sibuk bercerita itu ini.

Abang nak ke bilik air kejap.Fariz bingkas bangun dan berjalan ke belakang restoran.

Alia jeling telefon bimbit Fariz yang tertinggal di atas meja. Dia segera capai dan dimasukkan ke dalam poket seluar.

Kakbunga dahlia ada lagi tak Alia pandang Felisha yang sudah bersandar kekenyangan.

Ada! Alia nak beli ke Felisha senyum.

Nak! Alia nak hias bilik. Alia sengih. Tangannya perlahan menekan sesuatu di telefon bimbit Fariz.

Oh..boleh je. Untuk Alia, akak beri percuma je. Felisha turut senyum. Sejak dulu, Alia hanya beli bunga dahlia. Dia jeling Alia yang asyik tunduk.

Maaf Felisha buka beg tangannya. Bunyi teks mesej masuk jelas kedengaran di telinganya tadi. Erk! Apa hal mamat ni Masuk bilik air sempat lagi sms kat aku! Malu ke nak cakap depan-depan Perlahan dia baca.

Actually, I want to confess that I love you

Felisha berkerut kening. Dia baca sekali lagi sms dari Fariz. Berkali-kali dia genyeh mata. Mana tahu dia tersalah baca. Biar betul

Kak Sha! Siapa hantar Alia senyum nakal.

Err..tak..tak ada sesiapa.. Felisha menelan liur. Alia di sebelahnya sudah tersenyum sengih. Malu kalau Alia dapat tahu hal tu.

Alia cepat-cepat letak semula telefon bimbit di bawah apron merah di sebelah pinggan Fariz sebaik melihat Fariz menapak ke arah mereka semula.

Muka Felisha sudah berubah. Dia pandang Fariz yang selamba berjalan ke arah mereka. Fariz ditenung tajam.

Err..giliran Alia pula ke bilik air.Alia bingkas bangun. Laju dia melangkah ke belakang restoran. Tiba di satu sudut, dia berhenti di situ memerhati gelagat Felisha dan Fariz.

Awak ada masalah ke Fariz pandang Felisha yang dari tadi asyik merenungnya tak berkelip.

Err..tak.. Felisha alih matanya ke arah lain. Aduh! Apa hal aku tenung mamat tu pulak

Habis tu, yang awak tengok saya macam nak telan tu kenapa

Felisha masih pandang ke arah lain. Alamak! Dia perasan ke tadi

Kenapa awak buat macam ni Felisha beranikan diri bertanya. Sudah lama dia pendam.

Buat apa

Mengaku jelah depan saya. Ini tidak. Depan saya, awak tunjuk lagak! Belakang saya, elok pulak bersms bagai! Felisha ketap bibir. Biar Fariz tahu hal sebenar. Tak adalah nanti aku ni terkial-kial mencari jawapan. Tempoh dua minggu pun dah nak habis. Nak tak nak, aku kena terima keputusan mama.

Apa awak merepek ni Fariz pandang Felisha yang sudah mencuka.

Tanya lagilembab betul la nak tangkap maksud aku. Lebih lembab dari kura-kura.. Gumam Felisha.

Apa awak cakap Kura-kuraFariz dekatkan mukanya ke arah Felisha.

Erk! Felisha jarakkan duduknya dari Fariz. Telinga lintah betullah mamat ni!

Memang sah awak ni ada masalah! Fariz sandar semula di kerusi.

Awak jangan nak mainkan perasaan saya. Saya tahulah yang saya ni pernah mengaku yang saya sukakan awak tapi awak Felisha ketap bibir. Fariz dijeling tajam.

Kenapa dengan saya Fariz bingung.

Belum sempat Felisha tunjuk sms tadi, Alia sudah menapak ke arah mereka. Dia simpan semula telefon bimbitnya di dalam beg tangan.

Fariz capai telefon bimbitnya dan terus panggil pelayan untuk bil.

FELISHA hempas beg tangan di atas meja. Dia henyak tubuh di kerusi. Balik dari Bangsar tadi, moodnya sudah hilang. Fariz benar-benar nak mainkan perasaan.

Tak apaesok, hari terakhir aku terjebak dengan kau dan keluarga kau. Felisha buka komputer. Kerja yang tertangguh tadi disambung semula. Semua akaun dikemaskini.

Kak! Hari Isnin saya nak cuti boleh Ainul muncul di muka pintu.

Kenapa Felisha mendongak.

Saya nak ke klinik buat monthly check up. Dah nak masuk dua bulan ni Ainul tunjuk perutnya.

Oh..ya la. Akak bagi cuti dua hari. Ainul rehatlah kat rumah. Felisah senyum. Dia hanya melihat Ainul menyambung menyusun bunga dan menyiram dengan air.

Seronok melihat Ainul mengandung. Mukanya berseri-seri. Orang kata kalau muka berseri macam tu, anak yang dikandung mungkin anak perempuan.

Weh! Mengelamun!

Felisha mendongak.

Wa! Kau dari mana ni Felisha bingkas bangun.

Aku ada kerja luar tadi. Dah lalu area sini, aku singgah la sekejap. Najwa duduk di kerusi.

Felisha sengih. Dia pandang Najwa yang mengenakan baju kurung.

Tapi..kau kata kalau kau ada kerja luar, kau kena pakai jeans dan blaus

Najwa ketawa terbahak-bahak.

Shasebenarnya aku ada seminar dan kursus je. Bukan kerja lasak. Ketawa Najwa masih bersisa.

Felisha turut ketawa.

Ni aku nak beritahu kau, aku kena outstation dua minggu kat Vietnam. Bos aku suruh aku pergi. Kau okey ke tinggal sorang Najwa ubah topik.

Kenapa Nak takut apa Hanim kan ada Felisha berkerut kening.

Lupa pulak..Hanim pun ada hal. Dia beritahu aku tadi, dia kena balik kampung. Emergency. Aku tanya ni sebab....kan dulu kau cakap ada orang gila mengekori kau dan kau pernah terima surat ugutan. Najwa mengingatkan Felisha.

Dia tak cakap kat aku apa-apa pun Kalau pasal surat tu..aku dah lupa semua tu. Sekarang ni pun, aku dah tak terima surat tu lagi. Felisha menelan liur. Sengaja dia tidak cerita kejadian di tasik.

Baguslah macam tu. kalau ada apa-apa, kau call polis tau! Najwa gelak.

Eh, yang kau beria beri pesanan ni kenapa Felisha sengih.

Lupa pulak. Pukul empat nanti, aku kena ke airport. Aku dah kemas pakaian aku pagi tadi. Lupa nak beritahu kau. Najwa berkata selamba.

Laa..ya ke Felisha jeling jam. Hampir dua setengah petang.

Okeylah Sha! Aku pergi dulu. Dah lambat ni. Jaga diri baik-baik! Najwa peluk Felisha.

I will! Felisha balas pelukan Najwa.

Hmm..kenapa tiba-tiba dia nak ke Vietnam Selalunya dia cakap awal-awal kat aku kalau dia outstation mana-mana. Felisha berkerut kening sambil memerhati Najwa beredar ke tempat letak kereta. Hanim pun satu! Tiba-tiba je nak balik kampung. Haih..terpaksalah tidur sorang-sorang macam ni. Sabtu ni pulak kena jadi guru mengajar kelas masakan yang tak bertauliah.