Dude! I'm Getting Married - 26
BAB 26

SERI pandang telefon bimbitnya. Foto Jai yang disimpan sekian lama ditatap buat entah kali ke berapa. Dia sendiri tak ingat tapi yang pasti, foto itu bakal dibuang dari foto galeri. Jam di atas meja dijeling sekilas. Tinggal satu jam lagi dia bakal bergelar tunang Koci.

Silap aku jugadah beri keputusan tanpa fikir panjang..aku ingatkan Jai..rupanya Koci. Nak buat macam mana..Jai pun tak suka aku. Lebih baik aku nikah dengan Koci. Koci tak berselindung. Dia terang-terang cakap yang dia suka aku.. Skrin telefon ditatap lagi. Ada titis jernih tumpah di pipi.

Ucu..dah siap Mama muncul di muka pintu bilik.

Seri dongak. Ya ma..

Senyum sikit..ni kan majlis Ucu. Mama pujuk. Air mata di pipi Seri disapu lembut.

Ma... Seri peluk mama. Dah sebak.

Mama angguk. Dah..senyum sikit.

Mama berlalu pergi. Seri termenung di birai katil. Pandangannya dilempar ke luar tingkap. Dia pandang pula ke arah komputer riba. Patut ke aku chat dengan Jai Seri buka laman facebook.

Kosong > Awak..saya suka awak..

Seri menongkat dagu. Tiada balasan dari Jai. Dia tahu tentu Jai juga dijemput ke majlis pertunangannya. Jai kawan Acik, semestinya Acik akan ajak.

Ya Allahkenapa hati aku berdebar Aku tak dapat lupakan Jai..tolonglah.. Seri menangis. Dia menekup muka di meja studi.

ACIK menapak perlahan mendekati Seri yang termengguk di meja studi. Matanya menala pula ke arah skrin komputer. Hmmchat dengan Jai rupanya tapi kenapa Ucu guna nama Kosong dan mana Ucu tahu Jai ada FB Acik mula berkerut kening.

Perlahan bahu Seri disentuh.

Ucurombongan pihak lelaki dah sampai. Ucu

Seri menggeliat. Dia dongak melihat Acik. Terkebil-kebil. Matanya digenyeh berkali-kali.

Err..siapa datang Seri dah mamai.

Laa..hari ni kan Ucu nak bertunang Tu..muka tu, dah sembab. Ucu tertidur heh Acik senyum. Kesian melihat Seri sampai tertidur di meja studi dengan berbantal lengan.

Hah Pukul berapa ni Seri bingkas bangun. Dia berlari ke bilik air. Keluar semula dan capai tuala. Dia kembali masuk ke bilik air. Seketika kemudian, dia keluar perlahan dari bilik air.

Acik geleng. Ketawa mengekek melihat gelagat Seri.

Err..Ucu ingat pagi.. Seri gigit jari. Dah tersengih malu. Terlupa dia sudah lama siap pakai jubah berona ungu dengan tudung ungu tua.

Tu la..tidur lagi. Dah kelam kabut. Nasib baik tak terjun tingkap. Acik ketawa makin kuat.

Seri senyum kelat. Dia memang tak boleh ubah perangai kalut dan kelam kabutnya. Dia menapak semula ke kerusi. Cepat-cepat dia tutup komputer. Entah-entah abang

aku dah tengok tadi. Ah! Dia bukan tahu pun aku guna nama apa dalam FB.

Err..dah sampai ke Seri baru tanya.

Acik angguk.

Seri kena keluar ke ruang tamu ke Seri dah gelabah. Mukanya dah pucat.

Sekali lagi Acik angguk.

Seri masih kaku berdiri di situ. Serba salah. Kakinya rasa berat, macam dah dihempap batu.

Kenapa ni Acik pegang tangan Seri. Sejuk.

Abang.betul ke apa yang Seri buat ni Mata Acik dipandang tak berkelip.

Acik senyum. Hish..budak ni..kalau dah tenung, mahu nak jatuh jantung aku. Nasib baik dia adik aku, kalau awek dah lama aku peluk tak nak lepas!

Abang!

Hah Apa

Berangan la tu. Ucu tanya, betul ke tindakan Ucu ni Seri tepuk perlahan pipi Acik.

Tindakan apa Acik garu kepala. Memang soalan Seri tak masuk otaknya saat ini.

Laa..tu la, berangan lagi. Sampai petala mana dah Seri sindir.

Acik sengih. Alah..abang masih berpijak di bumi lagi..belum sampai langit.

Seri senyum. Perasaan gusar, gundah tadi dah mula tenang sikit dengan senyuman manis dari bibir abangnya.

Cuba ulang soalan tadi Acik kenyit mata. Sengih makin lebar.

Soalan Ucu ialahbetul ke apa yang Ucu buat ni Terima orang yang Ucu tak sayang Seri senyum sambil mengetap bibir. Kata-katanya tadi sengaja dituturkan lambat-lambat.

Oooingat apa tadi. Soalan tu kan Ucu sendiri dah tahu jawapannya. Buat apa nak tanya lagi. Acik sengih.

Habis tu, keputusan Ucu ni betul ke salah Seri tak puas hati. Kalau bercakap dengan abangnya, banyak soalan dijawab dengan soalan. Kalau macam ni, sampai kiamat pun tak akan habis!

Ucu rasa Acik letak sebelah tangan di bahu Seri. Mata Seri dah nak tembus matanya. Tajam.

Seri ketap bibir. Kan aku dah kata dahbukan nak jawab baik-baik. Tanya lagi..rasa-rasa bagai!

Abang ni..serius la sikit.. Seri tunduk. Acik dah tenung semacam.

Kan Ucu dah buat keputusan. Terima Koci tu jadi tunang Ucu. Ucu jugak yang kata, nikah dengan orang yang sukakan kita adalah lebih baik dari nikah dengan orang yang tak suka pada kita. Remember Kali ni Acik pegang kedua bahu Seri. Seri manis dengan jubah warna ungu disulam dengan manik dan labuci kecil. Tudung berona ungu tua menyerlahkan lagi warna kulit Seri yang putih kuning.

Seri semakin tunduk. Memang itu keputusan yang dibuatnya sendiri. Rasa kasih dan sayang untuk Jai tidak terluah. Jelas Jai tidak pernah sukakannya.

Dah..jom ke ruang tamu. Majlis dah nak mula.. Acik sua lengannya kepada Seri. Seri memaut manja lengan Acik sambil tersenyum. Mereka keluar beriringan ke ruang tamu.

Langkah Seri terhenti. Matanya tertancap pada seseorang yang segak dengan baju Melayu kelabu di penjuru ruang tamu.

Kenapa berhenti Tempat Ucu di sana tau! Acik tuding ke arah bantal besar di sudut kiri ruang tamu, sebelah mama.

Err..tak ada apa.. Seri senyum kelat. Aduh..macam mana ni Dia ada sekali. Kalaulah Jai yang jadi tunang aku..

Kalau tak ada apa, jom. Acik pegang kuat tangan Seri dan terus berjalan ke arah tetamu yang sudah sedia menanti di ruang tamu.

Seri terpaksa ikut rentak Acik. Jubah labuh diangkat sedikit, bimbang kejadian dulu berulang lagi. Buatnya dia jatuh macam nangka busuk lagi, macam mana Eiiminta jauh!

JAI pandang Seri tidak berkelip. Rasa menyesal hadir ke majlis Seri. Hatinya bagai dihiris pisau belati. Pedih. Hati mana yang tidak pedih bila jatuh cinta dengan bekas tunang yang tidak pernah dikenali dan tiba-tiba bertunang pula dengan kawan baik sendiri. Jai meraup muka. Dia menundukkan wajah. Koci yang segak dengan baju Melayu yang juga warna sama dengan jubah yang dipakai Seri memang nampak sepadan dengan Seri.

Weh! Apa yang kau fikir tu

Jai mendongak. Acik dah sengih sambil melabuhkan punggung di sebelahnya.

Err..tak ada apa.. Jai sembunyikan rasa getar hatinya.

Aku tahu kau sorokkan sesuatu dari aku. Betul kau tak suka adik aku Acik masih tak berputus asa.

Kau ni..soalan jenis apa kau tanya ni. Ni kan majlis pertunangan adik kau. Logik la sikit tanya tu. Jai mencebik.

Kau tahu tak..adik aku dah lama suka kau tapi kau tak pernah balas. Susah sangat ke nak bagi hati emas kau tu kepada dia Acik berbisik bila mata tetamu mula memerhati ke arah mereka berdua.

Dah la..aku tak nak lukakan hati Koci. Koci lebih berhak. Dia dah bersedia. Aku doakan Koci dan adik kau bahagia.. Jai tunduk. Cuba sembunyikan rasa getar suaranya.

Acik diam. Nyata Jai lebih rela Seri berkahwin dengan Koci walaupun dia tahu siapa yang Seri suka sebenarnya.

Majlis sudah pun bermula. Ibu Koci tersenyum menyarung cincin bermata berlian ke jari manis Seri. Acik jeling Jai di sebelah. Jai tunduk membisu. Ada riak sugul. Bahu Jai ditepuk perlahan.

Aku balik dulu. Majlis dah selesai. Jai minta diri.

Eh, takkan dah nak balik Kau tak nak makan ke Acik tahan Jai.

Aku dah kenyang.. Jai cepat-cepat melangkah keluar dari rumah Acik.

Seri hanya mampu melihat Jai melangkah pergi. Nampak sangat Jai tak suka padanya. Dia jeling pula pada keluarga Koci yang tersenyum gembira. Matanya menala pada Koci yang memakai baju Melayu sedondon dengan warna jubah yang dipakainya. Pandangan manja lelaki tu tak sedikit pun menggetarkan hatinya.

Ucu..cium tangan bakal ibu mertua tu.. Mama sentuh bahu Seri.

Hah

Tucium tangan tu..

Seri senyum kelat. Sempat mengelamun. Dia jeling Acik yang mula melangkah ke laman rumah. Pandangannya melilau ke arah laman rumah.

JAI menapak lemah ke laman rumah. Dia menoleh ke ruang tamu semula. Majlis pertunangan Seri meriah. Keluarga Koci ramai yang datang.

Jai..kenapa awal sangat kau nak balik Acik tepuk belakang Jai.

Aku ada hal sikit.. Jai capai helmet dari atas motosikalnya.

Kau masih ada peluang Jai. Adik aku baru bertunang. Belum jadi milik Koci sepenuhnya. Lagipun adik aku nak bertunang setahun. Dia juga ada cita-cita. Jadi aku rasa

dalam tempoh tu apa-apa pun boleh jadi. Mana tahu Koci berubah hati. Kau tahu la Koci tu. Acik cuba pujuk Jai.

Sedap mulut je kau cakap. Kau ingat suka-suka ke nak bertunang Tak suka, lepas tu putus Aku dah alami dulu. Tak baik kau meruntuhkan tapak masjid. Sepatutnya kau doakan adik kau tu bahagia. Ni tidak, terbaik pulak! Jai geleng.

Aku bukan apa.aku tahu adik aku korbankan perasaannya pada kau sebab kau tak pernah suka padanya. Aku dapat rasa, bukan Koci jodoh dia tapi kau. Acik pandang Jai yang dah siap hidupkan enjin motosikal. Tunggu masa nak tekan clatch je.

Kau kena ingat itu pilihan dia. Aku doakan dia bahagia. Memang salah aku dulu meruntuhkan tapak masjid. Jadi sekarang ni, aku tak nak perkara tu berulang lagi. Dah jodoh adik kau dengan Koci. Okey bro, aku blah dulu!

Acik memandang Jai yang dah lesap melepasi jalan kecil menuju ke jalan besar.

Hmm..tak faham aku dengan Jai ni. Kenapa susah sangat nak mengaku Kalau dia tak suka adik aku, kenapa nak blah cepat macam orang merajuk Acik buka songkok di kepala. Dia menggaru-garu kepalanya yang dah gatal.