AARON buntu. Tidak tahu ke mana dia patut membawa Farizah. Hendak dihantar pulang, Farizah menolak keras. Katanya, teman serumah yang bernama Amy itu pasti akan marah seandainya dia pulang dalam keadaan mabuk. Habis Ke mana Farizah perlu di bawa
Sesekali Aaron memandang Farizah yang diam memejamkan mata di sebelahnya. Tidak pasti sama ada sedang tidur atau melayan perasaan ataupun, mungkin sedang melawan rasa mabuk yang menyerang. Harap-harap janganlah Farizah terjeluak dalam keretanya. Jadi satu kerja pula hendak dibersihkan.
Kesal bertamu dalam hati. Kesal kerana Badli memperlakukan Farizah begitu. Kesal kerana membawa Farizah ke kelab. Kesal kerana Farizah bertindak kurang bijak dengan minum terlampau banyak. Aaron melepas keluhan dengan perlahan.
Hampir sejam dia memandu tanpa arah tujuan. Ada juga dia mengejutkan Farizah tiga empat kali namun jawapan yang diterima hanyalah Hmm.
Lalu, persoalan yang sama kembali menujah kepala. Ke mana dia perlu membawa Farizah
Masa tambahan lima minit diperlukan sebelum Aaron membuat keputusan untuk membawa Farizah pulang ke rumahnya saja.
Sekurang-kurangnya, ada juga tempat untuk gadis itu boleh berehat. Lagipun, dia juga sudah malas hendak berfikir panjang.
USAI memakirkan kereta, Aaron duduk bersandar di kerusi. Enjin dibiarkan hidup. Mahu merehatkan badan dan otak buat seketika.
Izzy Nama Farizah disebut perlahan, menantikan reaksi. Namun, tiada apa-apa yang keluar dari mulut Farizah. Kekal membatukan diri seperti tadi.
Wajah si jelita direnung lama. Aaron menghela nafas perlahan. Memang dia sukakan Farizah. Malah lebih dari suka. Tak dinafikan dia telah jatuh cinta. Gadis sejelita Farizah, hati lelaki mana yang tak bergetar
Tapi isu cantik adalah subjektif. Bukan dia tak pernah berjumpa dengan mana-mana jelitawan sebelum ini. Entah mengapa dengan Farizah, hatinya boleh terpaut. Berani, manja dan menggoda. Sudah sinonim sikap itu dengan Farizah. Di sebalik sikap itu dia merasakan Farizah sebenarnya tidak begitu. Semakin Farizah dikenali, semakin dia sedar yang ada sesuatu yang lain dalam diri Farizah yang dia sendiri tak tahu bagaimana hendak diterjemahkan dalam bentuk bahasa.
Padanya Farizah sebenarnya baik hati dan penyayang namun cuba disembunyikan dengan mempamerkan sikap luaran yang berlainan. Untuk apa, dia tiada jawapan yang pasti. Hati Farizah yang keras beku itu masih belum dapat difahami.
Aaron menjeling jam. Hampir ke pukul satu pagi. Penyaman udara dan radio dimatikan dan seterusnya enjin kereta.
Izzy Pipi Farizah ditepuk perlahan. Wake up
Masih tiada respon.
Aaron keluar dari kereta. Pintu di sebelah tempat duduk pemandu dibuka. Lengan Farizah di tarik lembut. Akibat tarikan lembut di lengan, mata Farizah terbuka lantas memandang ke arah Aaron.
Lets go Kata Aaron.
Farizah hanya menurut tanpa banyak soal. Terlalu pening barangkali. Dia lalu keluar dari kereta sambil dibantu Aaron. Tak mampu berjalan gaya normal, dia membiarkan saja Aaron memeluk pinggangnya ketika diarah supaya berjalan. Mereka menuju ke lif.
Aaron membuka pintu kondominium mewahnya dengan sebelah tangan. Sebelah lagi, masih diampu kemas di pinggang Farizah untuk memastikan Farizah tidak terjatuh. Mereka masuk ke dalam rumah. Farizah didudukkan di atas sofa putih di ruang tamu. Dan seperti dalam kereta tadi, Farizah kembali memejamkan mata dan menyandarkan tubuhnya di sofa.
Aaron tidak membuka penyaman udara tetapi memilih untuk membuka pintu beranda, membiarkan angin masuk. Mengharapkan agar udara luar akan membuatkan Farizah terasa lebih segar daripada duduk dalam penyaman udara.
Mujur Farizah tidak menunjukkan tanda-tanda hendak muntah. Aaron memang tidak suka dengan orang mabuk. Menyusahkan saja. Tapi oleh kerana yang dihadapannya kini adalah Farizah, rasa jengkel itu ditelan saja. Lagipun dia tahu, sebab Badli, Farizah bertindak begini.
Izzyyou nak airAaron bertanya.
Farizah mengangguk perlahan.
Aaron lantas berlalu ke dapur dan kembali dengan membawa segelas air buat Farizah.
MinumlahTangan Farizah dicapai, membantunya memegang gelas.
Farizah membuka matanya sedikit lalu membawa gelas ke mulut. Setelah diteguk beberapa kali, gelas itu dihulurkan semula kepada Aaron dan dia kembali memejamkan mata.
Senggang masa antara mereka hanya diisi dengan jeda yang lama.
Where are we Akhirnya, Farizah memecah sunyi.
Rumah I.
Farizah tersenyum sedikit lalu membuka mata. Dalam keadaan separuh otaknya yang berusaha keras untuk kekal waras, sempat dia memerhatikan suasana ruang tamu rumah Aaron. Tampak mewah walaupun ringkas. Gaya moden minimalis.
Cantik Farizah sempat memuji.
Thanks.
Mereka kembali mendiamkan diri.
Aaron memandang Farizah sambil cuba menafsir dasar hati. Hati Farizah dan hatinya sendiri. Cinta yang dia rasa buat gadis itu sukar untuk dihuraikan sebabnya dan dia tidak perlukan sebab untuk mencintai seseorang. Walaupun dia tahu, Farizah tak pernah mempunyai perasaan yang sama, dia kekal mendampingi gadis itu. Dia mahu Farizah mengerti, dia bukan datang untuk berseronok.
Dia hadir bukan untuk suka-suka. Dia membawa rasa dan cinta. Tapi sedikit pun Farizah tak pernah cuba membuka hati untuknya.
Aaron juga tahu, sekiranya dia ingin bersama Farizah, dia perlu menukar agama. Dia rela asalkan Farizah sudi menjadi miliknya.
Lagipun, Farizah bukanlah gadis Melayu pertama yang pernah mengisi ruang hati. Selepas bercinta dengan Emily, dia pernah berpacaran dengan gadis Melayu. Gadi melayu itu pula bukan sembarangan gadis. Gadis itu adalah Natasha Huda, pelakon dan model terkenal di Malaysia.
Berpacaran dengan Natasha Huda memerlukan kesabaran yang cukup tinggi. Karenah yang perlu ditangani cukup banyak. Walaupun berasal dari keluarga korporat ternama di Sabah, Aaron lebih suka untuk memilih hidup secara low-profile. Kalau tidak dimaklumkan, tiada siapa yang mengetahui bahawa dia adalah anak kepada Tan Sri Michael Kaningan Low, seorang ahli perniagaan terkenal dan juga merupakan orang kuat sebuah parti politik di Sabah.
Apabila berdampingan dengan Natasha Huda yang popular itu, hidupnya langsung tak aman seperti dulu. Menemani Natasha Huda di lokasi penggambaran berjam-jam, bukanlah sesuatu yang dia suka. Buang masa. Tapi, seandainya tidak dituruti, kekasih hati merajuk pula. Dia juga tak betah menghadapi soalan provokasi wartawan hiburan dan tak mampu berjalan seiring dengan Natasha Huda di karpet merah. Glamour dan ternama hanya untuk Natasha, bukan dia.
Yang paling membuatkan dia tak sanggup adalah, apabila melihat lakonan Natasha di kaca TV atau skrin wayang. Kurang senang melihat keintiman Natasha dengan lelaki lain.
Itu cuma lakonan, sayang
Im an actress. Thats my job. Diaorang dah bayar I untuk berlakon. Takkan I nak berlakon macam kayu
Alasan yang sering Natasha berikan kepada dia. Tapi, lakonan atau tidak, sebagai lelaki normal, dia tetap cemburu.
Oleh kerana tidak mahu memberatkan kepala dengan masalah remeh seperti itu, dia dan Natasha Huda bersetuju untuk berpisah.
Agak lucu juga bila mengenangkan perkara itu. Hampir seminggu topik perpisahan dia dan Natasha menjadi popular di dada akhbar dan majalah hiburan, blog dan tak kurang juga, forum gosip artis.
Natasha Huda berpisah dengan kekasih anak Tan Sri. Kami tiada persefahaman Natasha Huda.
Dan entah apa-apa lagi tajuk yang sengaja 'bikin panas' digunakan sebagai pelaris. Merasa juga hidup bawah spotlight ketika itu hingga menjadi bahan lelucon keluarganya. Lucu tapi menyusahkan.
Kini, sekali lagi hatinya terpaut pada gadis Melayu. Farizah. Walaupun hanya datang dari keluarga marhaen biasa, bukanlah penghalang untuk membuatkan dia jatuh cinta. Farizah, yang hatinya keras dan beku seperti air batu. Entah bila dapat dicairkannya.
Izzy, are you okay Sekali lagi, Aaron bertanya. Susah hati melihat keadaan Farizah ketika ini.
Im fine, Aaron.
Sorry.
Kenapa you Farizah menoleh ke arah Aaron di sebelahnya. Minta maaf
Kalau I tahu Badli buat perangai macam ni, I takkan bawa you jumpa dia.
Badli Farizah merengus. Sakit hatinya timbul lagi.
Hes such a jerk. Tunang dia pun sama. How dare she saidI yang tergila-gilakan Badli Farizah mula membebel sendiri.
I rasasatu dunia tahu yang Badli tu terhegeh-hegeh dengan I. You pun tahukan..dia kejar I dalam flight. Badli yang merayu-rayu pada I. Badli cakap apa taudia cakap, dia sanggup putus tunang asalkan I tak tinggalkan dia.
Tadi, dia tukar pulak cerita. Kononnya I yang hadap sangat Badli tu. Stupid. Dia ingat, I sayangkan sangat si Badli tu pleaselah
Kalau you tak sayangkan Badli, kenapa you marah sangat bila Badli tinggalkan you Aaron mengaju soalan.
I tak marah. Isakit hati. Ketika ini, mata Farizah kembali terpejam. Lelakisemua sama. Dasar buaya. Tak guna. Farizah berterusan berkata. Melempias rasa tanpa jelas biji butirnya.
Walaupun sedikit terasa dengan kata-kata Farizah, Aaron tidak membalas. Wajah Farizah ditatap tanpa jemu.
Izzykenapa you marah sangat dengan lelaki
Sebab lelaki, I jadi macam ni Jawab Farizah. Serta-merta pula, hatinya jadi sebak. Dan secara tiba-tiba saja, wajah Shah hadir dalam mindanya.
Shah. Walaupun bukan cinta pertama tetapi Shah adalah lelaki yang benar-benar membuatkan dia jatuh cinta. Jatuh...hingga dia tak mampu bangkit lagi walaupun sudah bertahun Shah tinggalkan dia.
Shah pergi, tinggalkan dia dengan cintanya yang tidak pernah mati. Shah hilang, membiarkan dia dengan luka yang tak pernah sembuh. Telah diserahkan segalanya kepada Shah. SEGALANYA. Hati, cinta dan jiwa tetapi Shah pergi tinggalkan dia tanpa alasan kukuh.
Sakitnya rasa itu, hanya dia saja yang tahu. Atas sebab itu, dia sengaja mempermainkan perasaan lelaki lain yang tergilakannya, hanya untuk membalas dendam. Hanya untuk lelaki-lelaki itu tahu, betapa sakitnya sekeping hati yang dihiris kejam.
Anehnya, biarpun telah ramai hati lelaki dilukai, luka hatinya sendiri tidak pernah pulih. Anehnya, semakin ramai lelaki dipermainkan, semakin hebat cinta yang dirasa pada Shah. Anehnya, semakin dia cuba untuk melupakan Shah, semakin kuat rindunya pada lelaki yang telah menghancurkan jiwanya.
Hingga saat ini, nama Shah tetap terukir kemas dalam dada. Membenci dan menyayangi seseorang dalam masa yang sama. Pelik sungguh rasa yang dipanggil cinta
Shahmana kau pergi Apa salah aku Kenapa kau tinggalkan aku Baliklah Shah.Air mata Farizah turun mengalir di pipi.
Aaron terpempan melihat air mata yang turun membasahi pipi Farizah secara tiba-tiba.
Izzy Aaron menyapu air mata di pipi Farizah. Tersentuh seketika melihat keadaan Farizah seperti itu.
Merasai pipinya diusap perlahan, Farizah membuka mata. Alkohol yang menguasai fikirannya sudah mencapai tahap maksima. Otaknya sudah tak mampu untuk kekal waras membuatkan Farizah berada di zon khayalan. Shah muncul di hadapannya seperti yang dia mahu. Dia tersenyum sendiri. Membalas dengan menyentuh kembali tangan yang mengusap pipinya.
Mana you pergi Farizah bertanya.
I tak pergi mana-mana. Ada aje kat sini
Boleh tak you janji dengan I
Janji apa
Jangan tinggalkan I lagi.
Kening Aaron berkerut. Pelik melihat sikap Farizah kala ini.
Izzywhy dont you take a restTheres a guest room. You boleh pakairehattidur dalam tu.
Tak nak.
IzzyI rasa, you tak sihat ni. Badan youpanasUjar Aaron.
Farizah hanya memandang ke arahnya dengan senyuman. Sepatah kata pun tidak keluar dari bibir.
ErrIzzy Aaron mula merasa tidak selesa. I ambilkan you air lagi ya Aaron bangun.
No. Stay.
Dengan pantas, lengannya digenggam. Aaron mematikan niatnya untuk ke dapur.
Izzy
You tahu takI betul-betul sayangkan you
Izzy, teruk sangat mabuk you ni
Tak. I cakap betul. I sayangkan you sangat-sangat.
Aaron tergamam. Hampir tak percaya dengan ayat yang baru dia dengar sebentar tadi.
Pleasestay with me. Jangan tinggalkan Iplease. Jangan tinggalkan I. Farizah menangis dan merayu.
Aaron menjadi buntu.
Tak. I tak akan tinggalkan you. Jangan nangis Aaron cuba memujuk. Sekarang ni, I nak you rehat dulu. Okey
Farizah tidak menjawab. Apa yang dia mahu lakukan sekarang adalah, memastikan lelaki itu tidak pergi lagi darinya.I sayangkan you Berulang-ulang kali dia berkata begitu.
Aaron menghela nafas. Sudah lama dia ingin mendengar ayat itu keluar dari mulut Farizah. Tapi saat ini, biarpun impiannya menjadi kenyataan, dia tidak pasti...adakah kerana disebabkan Farizah di bawah pengaruh alkohol atau pun lahir dari hatinya sendiri
IzzyAaron tak tahu apa yang perlu dia katakan kepada Farizah.
I sayangkan you. You dengar takAda desakan dalam suara Farizah.
I dengar.
Habis, kenapa you tak jawab You tak sayangkan I lagi ke
I sayang you
Farizah diam, seolah-olah belum berpuas hati dengan kata-kata yang dia dengar.
IzzyI sayang you. Sekarang, you rehatokey
Farizah mengangkat muka. Dan tanpa amaran, dia memeluk lelaki di hadapannya.
I love youso much. Pelukan bertambah erat.
Aaron menarik nafas panjang.