Demi Ajai - 26
bab 26

KEADAAN menjadi tegang. Cikgu Isa seperti tunggul keras membatu tanpa gerak. Wajahnya pucat santan. Ajai semakin ripuh; cemas yang bersangatan.

Hujan di luar baru melebat. Untuk menunggu sehingga berhenti, ia satu kerja yang gila. Sedangkan Cikgu Isa terus kaku di hadapannya.

Aduh, telefon aku tak ada bateri pula!

Gopoh Ajai mengangkat kepala Cikgu Isa yang diribanya dan diletakkan di atas sofa. Lalu dia berlari ke bilik depan. Telefon bimbit guru itu diambil dari gerobok dalam biliknya. Cepatcepat dia mendail 911. Jari-jemarinya mulai bergetar seperti direnjat elektrik.

Apa Paling awal setengah jam Keras suara Ajai. Terus sahaja dia mematikan telefon. Fikirnya, dalam tempoh setengah jam apa-apa pun boleh terjadi. Lagi pula hujan lebat di luar. Barangkali masa yang diambil oleh ambulans boleh meleret.

Mindanya condong kepada bantuan jiranjiran. Malangnya, Pak Teh dan Mak Teh tidak pulang bulan ini. Rumah di sebelah kanan pula memang kosong tidak berpenghuni. Ajai menjenguk ke luar. Kurang jelas pandangannya. Hujan sangat lebat disertai guruh yang seakanakan bergaduh.

Ajai enggan menunggu lama lagi. Lantas dia memautkan tangan Cikgu Isa ke bahunya yang bidang. Saiz badannya lebih kurang sama dengan penjaganya itu. Untuk menahan teksi di persimpangan jalan nanti, mungkin dia masih larat lagi. Mujur jaraknya dekat.

Tanpa membuang masa dia bergerak ke luar pagar. Dibiarkan dirinya dan Cikgu Isa lencun. Dia tahu guru itu diam kerana leukimianya. Soal hujan dan demam diketepikan dahulu.

Ya, Allah. Selamatkanlah kami. Permudahkanlah urusan kami, doanya terusmenerus dipanjangkan selagi terdaya. Air hujan yang cuba menerobos mulutnya digagalkan dengan semburan demi semburan. Dadanya terunggat-unggit mengawal sebu yang penuh pepak.

Dalam kesamaran, dia dapat melihat dua lentera kuning kiri dan kanan sebuah kereta. Hatinya bagai mahu melonjak suka. Sejurus itu, langkahnya terhenti tetapi masih kuat bahunya menyokong tubuh Cikgu Isa. Gesit tangan kanannya mendepa. Digerakkan tulang karpus pergelangan tangan itu laju-laju supaya

terlihat oleh pemandu yang semakin hampir ke arahnya.

Cis! Tak guna! Ajai mengeciskan tindakan pemandu itu. Dia sempat melihat siapa. Ternyata pemuda itu ialah Abang Fuad yang sering melepak di hujung taman. Sungguh dia kecewa.

Kemaraannya diteruskan. Cuma tinggal 100 meter di hadapan. Pundaknya masih gagah untuk memikul seorang hamba yang terlalu istimewa buat dirinya. Seorang yang telah membuka jalan kehidupan yang dahulunya tampak sempit.

Bahu Ajai mulai lenguh dan memberat. Beberapa langkah lagi dia akan sampai di perhentian teksi. Saat itu, sebuah lagi kenderaan lalu. Seperti mana tadi, dia cuba menghentikan kereta itu. Sekali lagi dia dikecewakan.

Ya Tuhan! Dosa apakah yang aku lakukan sehingga aku diuji sebegini Rintihannya bersatu dengan gemuruh di langit.

Sampai sahaja di kerusi menunggu, Cikgu Isa dibaringkan. Dia kemudiaannya berdiri di bahu jalan mengharapkan akan ada insan yang bersimpati. Teksi masih lagi tidak kelihatan. Barangkali pemandu teksi juga takut untuk mengambil risiko jika hujan begini.

Ajai menoleh ke kiri melihat wajah pucat Cikgu Isa. Dielusnya rambut guru itu. Terasa seperti dia sedang melayan bapanya sendiri.

Ainnya sudah mula bergenang. Bayangan demi bayangan datang mengimbau kenangannya bersama guru itu. Saat awal mereka bertemu di Tasik Chini, sehinggalah pertemuan terakhir pagi tadi di meja makan. Segalanya digambarkan kemas dan teratur. Setiap episod itu akan diselangi dengan gugusan kaca air matanya yang suci.

Ajai! Ajai! Ajai!

Gemertap hentakan hujan di bumbung perhentian teksi menulikan pendengaran Ajai. Beberapa kali namanya diseru, barulah dia tergugah.

Lalu dia melingas ke sekitar mencari arah datangnya suara itu. Suara itu gagal dicamnya kerana jeritan hujan lebih perkasa.

Tiba-tiba dia nampak sebatang tubuh sedang berlari-lari anak dari seberang jalan menuju ke tempat mereka berteduh. Ajai masih samar-samar. Sehinggalah susuk itu betul-betul terpacak di hadapannya.

Eh, Encik Thiru! Ajai terperanjat dalam riang. Dijabatnya tangan doktor itu. Dingin.

Kamu nak ke mana ni tanya Encik Thiru.

Ajai tidak terjawab soalan itu kerana berkertak giginya menahan gigil. Namun sempat juga dia mengalihkan kepalanya ke arah pembaringan Cikgu Isa mengisyaratkan supaya Encik Thiru dapat membantu.

Apa sudah jadi ni, Ajai Encik Thiru cemas lalu meluru. Terus dia menggemal pergelangan tangan guru itu. Kemudian telapak tangannya pula dihalakan ke hidung Cikgu Isa.

Entahlah pak cik. Saya keluar rumah tadi. Waktu saya sampai rumah saja, cikgu dah pengsan, suara Ajai bergetar. Badannya juga menggigil kesejukan.

Beginilah. Kita hantar dia ke hospital dahulu.

Ajai mengangguk. Masih selamatkah soal Ajai ingin tahu. Jiwanya tidak tenteram.

Encik Thiru tidak membalas. Dia terus memikul Cikgu Isa menghala ke seberang jalan. Hujan masih lebat seperti sebelumnya. Doktor itu memunggungi Ajai yang menggeletar di belakang.

Sampai sahaja di kereta Encik Thiru, kelihatan Gana sedang membuka pintu belakang. Terus Cikgu Isa dibaringkan di kerusi belakang. Ajai menyusul kemudiannya.

Jiran-jiran tak ada yang membantu

Tak ada ... saya tak minta tolong pun, balas Ajai tersekat-sekat. Dia tahu dia telah berbohong. Sebentar tadi ada dua watak yang dikenalinya. Tetapi, dia malu untuk mengaku tentang laku manusia seagamanya sendiri. Biarlah ia menjadi rahsianya sendiri.

Ajai. Nah, ambil ni!

Ajai tersentak apabila Gana menghulurkan sepemeluk tuala kepadanya. Rakannya itu melemparkan senyuman dari kerusi sebelah pemandu.

Aku ada juga di kolam renang tadi, beritahu Gana sambil postur badannya kembali dipalingkan menghadap jalan raya.

Ajai terkedu sejeda mengulum kata.

Te terima kasih.