Complete Me - 26
Bab 26

KAD yang tersemat kemas dalam tangannya ditenung. Setelah puas dia meneliti hasil tulisannya, kad itu dimasukkan hati-hati ke dalam sampul.

Jangan banyak soal, aku bagi kau dua pilihan, kau nak maafkan aku atau tak

Airish tersenyum puas hati. Sampul itu kemudiannya dimasukkan di celah-celah bunga mawar merah itu tadi. Tanpa berlengah, sejambak bunga itu diletakkan di celah tangan teddy bear besar itu. Teddy bear yang sama warnanya seperti teddy bear yang dihadiahkan Afiqa padanya dahulu, cuma teddy bear ini versi perempuan. Ayu sedikit.

Nah! Kau hantar betul-betul, tau! Kau ingat alamat rumah aku tak Daniel mengangguk laju. Masakan dia tidak ingat alamat rumah majikannya. Teddy bear itu disambutnya laju. Besar dan sangat comel teddy bear ini. Geram pula apabila dilihat betul-betul. Kalau tidak mengenangkan akan Airish di sini, sudah lama teddy bear ini dicubit-cubit hingga koyak rabak kulit dan bulunya nanti.

Cepat sikit hantar tu! laung Airish. Bimbang tidak dengar pula Daniel nanti. Maklumlah lelaki itu sudah keluar dari bilik ini. Mungkin, pendengarannya pula kurang jelas nanti.

Aku tahulah!

Jam tangannya ditilik. Sudah mahu menginjak ke arah jam sebelas pagi. Airish memejamkan matanya. Rasanya bagaikan ada sesuatu yang dia lupa. Akalnya cuba diingati kembali akan jadual yang sudah diterangkan Daniel itu di sebelah pagi tadi.

Matanya yang mengecil segera bertukar menjadi bulat sedikit. Dia terlupa untuk bertemu dengan Kamal berhubung mengenai dramanya. Pantas, kunci keretanya segera dicapai sebelum keretanya menderum laju membelah jalan raya.

Tidak sampai 30 minit, Airish sudah terpacak berdiri di bangunan studio HM ini. Langkahnya segera disusun menuju ke aras lapan, ke arah bilik Pengarah Kamal. Senyuman berbalas sama sendiri sebelum Airish melabuhkan duduknya pada kerusi di situ setelah Kamal mempelawanya. London

Kamal tergelak kecil.

Aku tahu kau mesti gembira, kan Akhirnya dapat juga kita membuat penggembaraan di sana. Lokasi yang cantik penting untuk naikkan rating.

Airish tersenyum paksa seraya mengangguk. Berpurapura gembira dengan berita itu. Ini penggambaraan terakhir kita, kan

Kamal tersenyum sambil mengangguk. Di ruangan matanya sudah membayangkan betapa indahnya babakbabak yang akan dilakonkan nanti. Pasti meletop punya dengan berlatar belakangkan pemandangan yang berbeza sekaligus memberi impak yang berbeza kepada setiap para penonton yang menyaksikan drama ini.

Agak-agak berapa lama kita akan berada di sana nanti Tiga minggu je...!

Airish menghembuskan nafas lega. Melepaskan perasaan yang sedang berkepul dalam dadanya. Sungguh, mendengar sahaja tempoh itu hati Airish sedikit sebanyak dapat bernafas dengan lapang.

Kita akan berlepas hujung minggu nanti.

Airish tersentak. What This weekend

HEMPASAN kasar beberapa keping gambar menyen takkan Rayhan yang baru sahaja mahu berura-ura menghirup teh panas itu.

Tak nak bagi salam ke

What should I

Rayhan tergelak kecil. Teh panas itu dibiarkan sahaja. Tubuhnya disandarkan kemas ke belakang kerusi sambil berpeluk tubuh. Langsung tidak menunjukkan sebarang minat untuk melihat apatah lagi merenung gambar-gambar yang dibawa Afiqa itu. Sekali tengok dia sudah tahu gambar apa yang dibawa Afiqa padanya.

Ini aje ke yang Fiqa sampai kalut panggil abang Sampai-sampai soalan ini aje yang Fiqa nak tanya

Rayhan ketawa kecil seraya tersenyum manis pada Afiqa. Afiqa tidak menghiraukan senyuman itu. Sebaliknya gambar-gambar itu semua disusun rapi di atas meja satu persatu dengan kemas dan secara tersusun mengikut kronologi.

Bermula di Bali, then Phuket. Ini kerja kau, kan

Rayhan tersenyum sinis. Tidak suka dengan penggunaan bahasa Afiqa padanya.

Abang, Fiqa! tegur Rayhan.

Namun, hanya dibalas dengan senyuman mengejek sahaja daripada Afiqa. Ini kerja kau, kan

Rayhan mengeluh.

Kau nak aniaya Airish Betul tak

Kalau abang nak aniaya dia, dah lama. Buat apa abang hebohkan perkara ini sampai Fiqa boleh kahwin dengan dia Baik abang hebohkan tentang kita. Then, we can get married, bergetar suara Rayhan.

Suara yang cukup menggoda. Sudah lama Afiqa tidak mendengarnya. Kalau dahulu apabila dia mendengar suara Rayhan berubah nada seperti itu, pasti dia akan melarikan diri. Bimbang tidak dapat mengawal dirinya nanti. Satu meter dia tidak berani berada dengan Rayhan pada waktu itu.

Tapi, itu dulu. Dulu dan sekarang tak sama.

Tak payah nak berpura-pura lagi! Aku tahu, ni semua kerja kau.

Kalau, ya Rayhan sengaja menduga Afiqa.

Afiqa mengetap giginya. Memang lelaki ini sengaja mahu bermain tarik tali dengannya.

Kalau ya, aku nak ucapkan terima kasih.

Rayhan terdiam. Lama. Mata Afiqa dicari, ingin melihat sejauh mana kebenaran akan kata-katanya itu. Rayhan tergamam. Mata itu redup sekali memandang padanya. Tak mungkin! Rayhan tidak percaya. Benarkan kata-kata Afiqa itu tadi Dia kenal Afiqa. Matanya tidak pandai menipu. Terus, apa yang dia pandang tadi benarkah

Afiqa memang mencintai Airish

Sebab benda ni semua, aku berjaya menjadi isteri kepada seorang superstar! Jauh lebih hebat daripada kau!

Aku tahu kenapa kau nak kenakan Airish dengan aku. Kau nak buktikan yang gadis macam aku memang tak layak untuk bersama bintang yang terkenal. Tapi kau silap, Rayhan! tajam mata mereka bersabung.

Tidak berkelip langsung mata Rayhan dari memandang wajah Afiqa yang cukup tenang itu. Afiqa sempat tersenyum manis buat Rayhan. Dia memanjangkan lehernya agar posisinya dekat dengan Rayhan.

Aku akan buktikan kau silap! Afiqa tersenyum sebelum bertindak mencapai tas tangannya dan ingin berlalu meninggalkan Rayhan.

Fiqa sedang ugut abang Rayhan menyoal kurang percaya. Sejak bila Afiqa jadi begini

Tak. Cuma nasihat, Afiqa meninggalkan Rayhan di situ.

Rayhan tergelak. Tiada bunyi akan gelaknya cuma hanya mendengar akan dengusannya sahaja.

Oh, satu lagi, Afiqa berhenti. Kepalanya berpusing kembali menghadap Rayhan.

Hentikanlah aktiviti mengitip aku. Siasatlah macam mana pun, aku tetap cintakan Airish! Afiqa tersenyum.

Semakin melebar lagi apabila wajah Rayhan penuh dengan kejutan apabila Afiqa menuturkan kata-kata itu. Pasti dia terkejut besar, telah Afiqa sendiri. Berharap Rayhan berhenti dari terus menggangu kehidupannya. Abang akan tunjukkan betapa jahatnya Airish bila dia berada di London nanti!

Langkah Afiqa mati serentak dengan gemaan suara itu.

Fiqa tak tahu ke Pelik. Kenapa Airish tak bagitahu Fiqa Does he plan something right there

Afiqa membuat muka bodohnya. Dia mahu menyambung kembali langkahnya yang tergendala itu.

Fiqa tak percaya Abang akan tunjukkan! Lelaki tu lebih teruk nanti di sana. Malah, dia lebih teruk daripada abang.

Afiqa berhenti melangkah. Nafas yang berombak kencang ditenangkan dengan memperlahankan rentak jantungnya dan mencuba bernafas dengan perlahanlahan agar kembali normal.

Terima kasih kerana bagitahu. Paling tak, aku boleh bersedia.

Rayhan mengancingkan giginya. Lengan kemeja panjangnya disisip kemas ke atas. Panas! Panas hati serta habis seluruh tubuh badannya terasa akan kepanasannya. Tak guna!

AFIQA mengeluh. Langkahnya longlai sahaja sekali dengan liang lentuk tubuhnya yang menunduk sedari tadi. Pintu pagar rumahnya dibuka, berkali-kali keluhan terdengar dari bibirnya. Nafas panjang ditarik sebelum dihembuskan perlahan-lahan.

Tiba-tiba, matanya terarah pada satu sudut. Terus membulat mata Afiqa dibuatnya. Tidak percaya dengan apa yang dilihat. Matanya dipejam celik berulang-ulang. Mahu memastikan bahawa dia tidak berimaginasi. Spontan, senyuman indah terlukis di bibir Afiqa.

Dia berdiri megah membawa langkahnya ke arah peti masuk surat itu. Bukan surat dicari tapi ada sesuatu objek yang besar sedang bersandar di situ. Objek itu tersenyum manis padanya. Comel betul! Desis Afiqa sendiri. Kakinya mendekat dan terus mendekat.

Terpegun Afiqa melihatnya. Dia teruja dan gembira. Semuanya bersatu menjadi satu. Teddy bear yang cukup besar terpampang di hadapannya. Afiqa kemudian berkalih pandang pada sejambak bunga yang digengam teddy bear tersebut.

Mulutnya menganga luas. Bunga mawar merah. Cantiknya! Lantas, sejambak bunga tersebut dicapai Afiqa. Nampak sungguh cantik. Tiba-tiba, dia terperasankan sesuatu di celah-celah bunga mawar merah tersebut. Ada sekeping kad terselit di situ.

Kad itu ditarik Afiqa, lalu dibuka. Rasa terujanya semakin membara tatkala membaca pesanan Airish itu. Afiqa tersengih sendiri. Sukar untuk membuang senyumannya yang ternyata semakin melebar itu. Satu persatu patah perkataan diperhati Afiqa dan ditelitinya betul-betul. Diulang dan terus diulang bacaannya.

Matanya kemudian terhenti pada sebaris ayat yang tertulis di bawah pesanan di atas kad Airish itu.

Aku bagi kau 3 permintaan, dan sebagai balasannya, MAAFKAN AKU! Tapi, kalau kau tak maafkan aku, aku tak ada pilihan. Aku bunuh kau, tiga kali!

*P/S: Siap-siap malam ni. Kita makan dekat luar!

Afiqa mencebik. Tak gentlemen langsung. Dahlah, tulis atas kertas aje. Tak nak face to face. Namun, marahnya tidak lama. Orang bilang, marah-marah sayang! Aduh! Dah sayang gila ke dia Afiqa menggeleng. Menafikan kata hatinya sendiri. Bunga mawar merah itu direnung Afiqa. Alahai, bunga kenapa kau bagi pada aku sejambak macam ni. Kenapa tak bagi tiga kuntum aje