CINTA RIMAU - 26
Kembali ke realiti: Sambil menunggu namanya dipanggil, Hasya bertanya Akmar Aini, Mommy, kalau pasangan bercinta tengah bergaduh, boleh tak perempuan dulu yang menelefon pujuk dan minta maaf

Ternyata Bahrain sentiasa dalam ingatan Hasya tidak pernah lekang dari hatinya walau sesaat pun. Eh jangan!

Jeritan Akmar Aini yang sentiasa konservatif itu membuatkan Hasya memandangnya dengan pandangan tidak puas hati, mohon penjelasan. Bukan Leela tak tahu mana-mana buku panduan dating sekalipun, mesti tertulis yang perempuan kena jual mahal! Thats the rule of dating.

Tanpa berfikir panjang, Hasya membalas, But the thing is mommy, I dont follow rules. Rules follow me!

Uncle Anuar yang duduk di sofa berhampiran, ketawa besar sambil menggeleng-gelengkan kepala mendengar jawapan Hasya.

Telefon bimbit dikeluarkan dari jeans dipakai Hasya yang mempunyai kesan koyak pada lutut; yang sering dibebelkan Akmar Aini agar berhenti memakainya kerana nampak comot dan bertentangan dengan nilai ketimuran,

katanya. Hasya tidak pernah peduli. SMS segera dihantar:

I miss u Bahrain