Lagu babak akhir Madame butterfly berkumandang dengan kuat sekali. Gallimard masuk, merangkak ke arah kimono dan rambut palsu kepunyaan song.
GALLIMARD: Butterfly Butterfly (Song masih lagi berdiri di kandang saksi memberi keterangan yang tidak didengari oleh audiens. Gallimard becakap kepada audiens) Dalam keadaan aku menanggung malu yang teramat sangat ni, dia boleh berdiri dengan megahnya dalam kandang tu, memberitahu satu dunia yangAku tak sangka betapa murahannya dia tu, betapa cetek pemikirannya dan betapa rendahnya harga diri dia tu..macam perempuanperempuan murahan yang kau jumpa berkeliaran di kelab-kelab malam. Langsung tak macam Butterfly.
Tapi dalam keadaan macam ni pun, aku masih lagi terawang-awang. Aku masih lagi hanyut dalam fantasi aku. Malah pada saat ini aku nampak orang dalam kandang saksi tu bercakap pada aku. (Song berdiri di dalam kandang saksi dan merenung tepat kepada Gallimard)
SONG: Ya. Awak! Lelaki dari Barat! (song keluar dari kandang saksi dan bergerak menuju Gallimard. Lampu bertukar)
GALLIMARD: (kepada Song) Siapa Aku
SONG: Ada orang putih lain ke di tempat ni
GALLIMARD: Ada. Diaorang tu semua orang putih. Kita kan di dalam mahkamah di Perancis.
SONG: Owh jadi awak lah orang putih yang nakal tu Apa yang membuatkan awak lewat sangat sampai ke sini Balik ke tempat ni
GALLIMARD: Balik ke mana Tempat apa
SONG: Balik ke panggung opera cina. Tempat kita berjumpa dulu.
GALLIMARD: (kepada audiens) sekali lagi, aku dibawak masuk ke dalam dunia. Dan aku tak berkuasa menghalangnya. (Lagu opera Cina berkumandang. Song mula menarikan tarian yang ditarinya sewaktu mereka bertemu pertama kali dulu)
SONG: Kau ingat lagi tak Malam pertama kau jatuh hati dengan aku
GALLIMARD: Itu dah lama dulu.
SONG: Tak lama sangatlah. Malam yang menjadikan hidup kau porak poranda.
GALLIMARD: Betullah tu..agaknya..
SONG: Ah, terus terang sajalah. Apa salahnya puji aku sikit kali ni. Kau dah menghabiskan masa 20 tahun kau untuk itu pun. Aku pun heran kenapa aku masih belum lagi besar kepala dengan segala pujipujian dan puja-pujaan kau tu terhadap aku.
GALLIMARD: Siapa aku nak mengiyakan cakap-cakap kau tu..
SONG: Siapa kau kata Takkan malu kut Takkan tiba-tiba pulak kau ada harga diri kut Kau ingat aku boleh buat kerja aku ni selama ni kalau aku tak ada rasa bangga dengan diri aku Bukan saja bangga tau. Aku memang rasa diri aku ni cukup dahsyat. Kalau tak dahsyat, takkanlah aku dengan senang-senang boleh yakin dengan kemampuan aku untuk menakluk kau hanya dengan guna pandangan mata dan bibir dan masa depan kau yang terbentang depan aku tu. (song menari) Dah lah.. mengaku saja lah yang kau tu masih nakkan aku walaupun aku dalam rupa yang macam ni.
GALLIMARD: Aku tak nampak apa gunanya cakap-cakap kau tu sekarang ni..
SONG: Tak nampak Biar aku bagitau.. mungkin.. mungkin aku yang nakkan kau, rene.
GALLIMARD: Ya ke
SONG: Tapi mungkin jugak aku cuma nak mempermainmainkan kau. Kau bukan tau, pun. (Song kembali kepada karakter perempuan dan bergerak ke arah Gallimard) ah, alangkah baiknya kalau di sini ada kafe untuk kita minum-minum kopi sambil mendengar muzik jazz dikelilingi lelaki-lelaki tuksedo. Aku tau.. sekarang kau rasa macam nak cium aku, kan
GALLIMARD: (menolak song) apa yang membuatkan kau..
SONG: Yakin sangat Nampak tak Nampak tak macamana aku boleh tau perkataan apa yang akan keluar dari mulut kau tu aku ambik perkataan kau tu, aku sebut, kemudian aku hanya perlu tunggu kau mempraktikkannya.
GALLIMARD: Kenapa Kenapa kau kejam sangat dengan aku ni
SONG: Dulu, aku kejam. Tapi sekarang.. aku betul-betul maksudkan apa yang aku cakap. Marilah sini, kepunyaan ku.
GALLIMARD: Tolonglah. Aku bukan kepunyaan kau.
SONG: Oh silap. Aku ni kepunyaan kau, kan
GALLIMARD: Ya.aku..
SONG: Datanglah. Datanglah ambik kepunyaan kau ni. Kalau kau nak, aku boleh bogelkan diri aku ni untuk kau.
GALLIMARD: Itu dulu. Sebelum tapi sekarang tak lagi..
SONG: Dulu Sekarang ni pun, kalau kau renung dalamdalam, kau akan nampak yang aku ni masih tetap aku lagi. (Song mula menanggalkan pakaiannya satu persatu)
GALLIMARD: Apa yang kau buat ni
SONG: Menolong kau melihat aku.
GALLIMARD: Tolonglah berhenti! Aku tak nak pun! Aku tak..
SONG: Eh, tapi kau yang beriya sangat nak suruh aku bogel depan kau. Tak ingat ke
GALLIMARD: Itu dulu. Aku dah tarik balik pun permintaan bodoh aku tu.
SONG: Silap tu. bukan permintaan di tarik balik. Permintaan ditangguhkan ke waktu yang sepatutnya. Dan sekarang, waktu tu dah pun tiba (bunyi gong Cina berkumandang)
GALLIMARD: Tolonglah! Jangan! aku tak nak tengok!
SONG: Tak payahlah tengok kalau tak nak.
GALLIMARD: Kau tak wujud! Kau hanya wujud dalam kepala aku! Dan aku ada kuda ke atas pemikiran aku. Aku boleh suruh kau berhenti! Berhenti!
SONG: Apa dia Suruh aku apa Bogel Itulah yang aku nak buat sekarang ni..
GALLIMARD: Bukan! Berhenti! Aku nak kau..
SONG: Kau nak aku
GALLIMARD: Berhenti!
SONG: Kau nak tau satu rahsia tak, rene mulut kau kata tak nak, tapi mata kau kata ya. Cubalah. Cubalah palingkan mata kau tu dari menengok aku. Cubalah. Aku cabar kau.
GALLIMARD: Perlu ke Tiap-tiap malam pun kau guna taktik yang sama. Kau akan mula tanggalkan baju kau tu dan kemudian aku pun merayu jangan dan kemudian semuanya balik ke asal, macaman yang kau nak.
SONG: Tapi malam ni lain.
GALLIMARD: Apa yang lainnya Kenapa pulak kena lain
SONG: Mungkin sebab aku kecewa. Mungkin sebab dalam hati aku ni meronta-ronta nakkan kau tengok siapa aku sebenarnya. Atau mungkin .. aku rasa aku lebih seksi malam ni dari malam yang lain-lain. (pada ketika ini song hanya memakai seluar dalam)
GALLIMARD: Tolonglah. Tak perlu dah semua ni. Aku tau kau siapa.
SONG: Ya Siapa
GALLIMARD: Kau.. lelaki.
SONG: Dari cara kau menyebut tu, kau macam tak berapa nak percaya je..
GALLIMARD: Aku percaya! Aku dah lama sebenarnya terasa dalam hati aku ni yang kebahagiaan aku ni sementara je. Yang satu hari nanti aku akan dikecewakan oleh kebahagiaan aku yang melampau-lampau ni. Tapi aku simpan jauh-jauh dalam hati aku. Supaya penantian aku terhadap satu hari tu takkan mengejutkan sangat.
SONG: Tuan Gallimard.. penantian tuan tu dah pun berakhir. (Song menanggalkan seluar dalamnya dan berdiri mengadap gallimard dalam keadaan bogel. Bunyi latar gendang padam dan kita tersedar bahawa bunyi seperti tangisan Gallimard yang kita dengar tadi adalah sebenarnya bunyi dia ketawa) GALLIMARD: Ya tuhan! Bodoh! Memang lah.. memang!
SONG: Apa dia, rene
GALLIMARD: Tengoklah diri kau tu! kau tu lelaki! (Gallimard ketawa lagi)
SONG: Aku tak nampak apa benda yang lawak sangat.
GALLIMARD: Kau tak nampak.. memanglah kau tak nampak! Kau tu bukannya suka melawak pun. Tapi lawak! memang lawak! Aku menghabiskan hidup aku selama ni berhempas pulas berkorban untuk seorang lelaki rupanya! Kau tak rasa lawak ke
SONG: Tapi aku bukan sebarangan lelaki.
GALLIMARD: Oh, bukan Oo.. itu ke yang kau cuba buktikan pada aku selama ni
SONG: Ya. Tapi maksud aku..
GALLIMARD: Dan sekarang bila aku dah percaya seratus peratus yang kau ni lelaki, kau nak kata bukan pulak Kau ni ada masalah mental ni aku rasa..
SONG: Dengar dulu cakap aku ni..
GALLIMARD: Perlu ke Aku dah jenuh mendengar cakap kau. Dah 20 tahun. Sekarang aku nak rehat.
SONG: Tapi aku bukan macam lelaki biasa.
GALLIMARD: Apa yang tak biasanya dengan kau tu
SONG: Kau boleh tanya soalan tu, rene Ini (Song memakai pakaian Butterfly dan mula mari tanpa muzik)
GALLIMARD: Ya. Cantik. Aku mengaku, memang cantik. (Song menghulurkan tangannya kepada Gallimard)
SONG: Pegang tangan aku ni. Kulitnya sama kan Kulit mulus yang kau gilakan selama 20 tahun ni.
GALLIMARD: Ya, betul. Rasa maca sama.
SONG: Cuba kau pejamkan mata kau. (Song menutup mata gallimard dengan sebelah tapak tangannya sementara sebelah tangan lagi menarik tangan Gallimard untuk menyentuh mukanya. Gallimard hanya menurut apa yang diperlakukan oleh song terhadap dirinya)
GALLIMARD: Ya, aku ingat..pipinya yang lembut, rambutnya yang jatuh dibelakang tapak tangan aku..
SONG: Akulah butterfly kau. Di dalam baju apa pun, akulah orangnya. Sekarang bukak mata kau dan mengakulah yang kau memang cintakan aku. (Song mengalihkan tangannya dari mata Gallimard)
GALLIMARD: Tapi kau silap. Aku heran macamana kau yang tau semua tentang keinginan aku boleh buat silap besar macam ni..
SONG: Apa maksud kau ni
GALLIMARD: Kau silap. Yang aku cinta adalah kau yang palsu, bukan kau yang betul. Kau yang menipu.
Bukan kau yang bercakap benar. Jadi sekarang semuanya dah hilang.
SONG: Oo.. jadi kau memang tak pernah cintakan aku lah Kau hanya cintakan lakonan aku
GALLIMARD: Ya. Aku adalah seorang lelaki yang cintakan perempuan yang dicipta oleh seorang lelaki. Tak lebih dari itu. (senyap)
SONG: Jadi, apa yang patut buat sekarang
GALLIMARD: Berambus dari hidup aku. Aku mengaku yang kau ni memang pelakon yang hebat, pengintip yang dahsyat.
SONG: Berambus ke mana, rene Kau tu tak boleh hidup tanpa aku. Terutamanya bila kau dah habiskan 20 tahun hidup kau tu untuk aku.
GALLIMARD: Betul.aku tak boleh hidup tanpa kau. Tanpa penipuan kau yang hebat selama 20 tahun tu.
SONG: Tak payahlah nak berdegil sangat! Kau tu, nak pergi mana
GALLIMARD: Aku ada temujanji.. dengan Butterfly aku!
SONG: Aku lah Butterfly kau.
GALLIMARD: Berambus! Jangan kau dekat pun dengan aku! Malam ni aku baru sedar yang mana satu reality, yang mana satu fantasi. Dan aku pilih fantasi.
SONG: Aku lah fantasi kau tu.
GALLIMARD: Kau Kau tu bukan saja wujud tapi busuk macam yang lain-lain juga. Sekarang, berambus! Aku nak habiskan malam aku ni dengan butterfly aku dan aku tak mau bau busuk kau tu merosakkan temujanji aku tu. (gallimard mencampakkan baju sut ke arah song) ambik baju pondan kau ni!
SONG: Oi! Ini seluar Armani tau! jaga sikit! (song memakai seluar dan baju sutnya) aku kecewa dengan kau, Rene. Kau ni putus cinta macam perempuan.. bukan .. bukan macam perempuan.. macam lelaki! Semua lelaki-lelaki dalam dunia ni! Lelaki-lelaki yang hanya pentingkan rupa! Rupa yang hanya imaginasi dalam kepala masing-masing!
GALLIMARD: Apa dia, Tuan song Kau menuduh aku pentingkan imaginasi Kau Kau adalah satu-satunya orang dalam dunia ni yang patut tau bahawa aku nilah yang sebenarnya imaginasi. Dan kerana aku ni imaginasi, aku dah buat keputusan yang aku nak terus hidup dalam imaginasi aku. Berambus! (Gallimard merampas kimono sambil menolak song keluar dari pentas)
SONG: Rene, aku takkan pakai lagi kimono kau tu. Dan pada saat itu kau akan menyesal, Rene. Kau akan menyesal!
GALLIMARD: (kepada song) aku dah lama menyesal dah! (Gallimard memandang kimono di tangannya) Sama menyesal dengan butterfly.