DIARI CINTA ROMEO - 26
Hari ahad. Malam. Aku bukak tv. Macam biasa. Tiada apa yang menarik. Mentor. Bosan. Tak habis-habis menyanyi. Sampai satu masa nanti bilangan penyanyi dekat Malaysia ni akan sama banyaknya dengan bilangan guru yang ada dalam Negara ni. Siapa tahu Tak mustahil. Tapi yang bestnya, bosan-bosan pun aku dah dekat rumah. Bosan dekat rumah memang tak sama dengan bosan dekat kolej. Bak kata kawan aku,

Duduk dekat rumah, berada di samping family ibarat terapi semulajadi. Walau banyak mana pun assignment, walau banyak mana pun tutorial yang kita kena buat, tapi bila kita ada dekat rumah, kita akan rasa rilex. Tenang setenang-tenangnya. (@zuliskandar,2012)

Dan ini yang aku rasa. Tenang, aman dan rehat. Walaupun aku rasa bosan, aku rasa tenang. Tapi kalau dekat kolej, rasa bosan ni boleh membunuh. Rasa bosan tapi tak tenang. Rasa bosan tapi tak rehat. Rasa bosan tapi tak aman. Agaknya inilah berkat bila kita dekat dengan keluarga. Dekat dengan ibu bapa, dekat dengan fitrah kita sebagai manusia.

Dalam perjalanan balik hari tu, aku dapat berita.

Kau kenal tak Kak Limah Ala senior masa dekat sekolah menengah dulu Idayati

Kenal-kenal. Dulu aku rapat jugaklah dengan dia. Tapi lepas habis sekolah, lost contact terus. Awat Aku

Dia kahwin ahad ni Idayati

What Kau serius Kau jangan main-main Aku

Ye, aku serius. Aku adik angkat dia. Aku tahulah. Takkan benda ni aku nak main-main pulak Idayati

Kalau betul, kita pergi nak Tapi kenapa aku tak tahu. dia tak jemput aku pun Aku

Ada dia jemput dekat fb. Takkan kau tak dapat kot. Tapi tu yang aku sedih. Aku tak boleh pergi. Majlis dia clash dengan majlis abang saudara aku dekat kl. Sedih kot. Dia dah banyak kali ajak aku pergi. Hari tu masa dia tunang pun aku tak pergi Idayati

La, yeka Aku mana ada fb. Patutlah aku tak tahu langsung. Susah betul kalau takde fb ni. Nampaknya aku takde genglah kalau nak pergi nanti. Yela, kalau kolej aku cuti, budak-budak U tak cuti. Cuti kitorang tak sama Aku

Pulak dah. Ala nanti kau roger-rogerlah budak-budak ni. Mana tahu ada yang tengah cuti. Sorry beb, aku memang tak boleh pergi. Nanti kau kirim salam dekat dia okay. Aku pun berbelah bagi ni. Antara saudara sendiri dengan kakak angkat. Idayati

Okay nanti aku sampaikan. Takpelah, kau bukan sengaja tak pergi. Kau ada sebab. Nanti aku cakaplah baik-baik dengan dia. Nanti mesti dia faham. Aku

Okay, thanks wey. Jasamu di kenang Idayati

Halimah binti Hassan, senior aku masa dekat sekolah menengah dulu nak kahwin. Shock Of course. Tak sangka jodoh dia seawal ni. Awal Okaylah kot sebab umur dia dah 23 tahun. So memang masa yang sesuai. Alhamdulillah, tersenyum aku. Sorang lagi kawan aku dah dapat sampai seru. Dulu masa dekat sekolah menengah, dia antara orang yang aku cari kalau aku tengah sentap-sentap ni. So kitorang rapatlah jugak. Orangnya baik, lemah lembut, ramah. Dan dia seorang yang cute. Dia selalu tersenyum. Senyuman yang buat hati aku tenang bila tengok. Dia pandai sesuaikan diri dalam setiap situasi. Tu yang buat aku selesa dengan dia. Dia seolah-olah faham apa yang aku rasa.

Tapi aku tak tahu pulak si Idayati ni adik angkat kepada Kak Limah. Bukan Hantu Kak Limah Balik Kampung. Nak panggil Kak Halimah, panjang sangat. Panggil Kak Limah jela. Tapi kadang-kadang aku panggil dia Alim je. Simple. Pandai Kak Limah sorok rahsia. Takut aku tackle adik angkat dialah tu. Idayati ni pulak sama batch dengan aku masa dekat sekolah menengah dulu. Tapi lepas form 3, dia pindah teknik. Sebab dia tak tahan dengan Sistem Periuk Tekanan yang diamalkan dekat sekolah masa tu. Nak tahu apa tu Sistem Periuk Tekanan, korang kena tengok cerita 3 Idiots. Nanti korang faham.

Lepas form 3 tu, kitorang pun lost contact. Jumpa balik dekat twitter. Terima kasih Encik Twitter. Kebetulan hari jumaat tu dia free, so dialah yang jemput aku dari aku turun bas dan hantar aku sampai rumah. Thanks old friend. Ill appreciate it.

CapitalM : Salam awak.. Awak maaf gnggu.. skg sy kat blai blepas..xlma lg sy akan trbg..doakan sm0ga slmt smpai.. Awak..sy minta maaf byk2..sy thu sy byk bt sy..hrap awak maafkan..awak.. Trima kasih krna byk bntu sy,jga sy dan trma kc krna hdir dlm hdup sy..halalkan mkn minum sy ye klu sy ada htg pun hrap awak halalkan Awakmaafkan sy ye.. Sy xkan lupakan awak.. Wlaupun awak jauh dan jauh Ma kasi wak Assalamualaikum

Jam 5.18 minit pagi, 26 Mei 2012. Masa dan tarikh aku terima mesej ni. Aku mengaku malam ni aku tidur awal. Tak macam dekat kolej. Memang lambat. Kalau naik katil pukul 4 pagi, pukul 5 belum tidur lagi. Tapi malam ni memang aku tidur awal. Mungkin aku letih. Penat.

Aku baca mesej ni bila aku dah bangun tidur. Dalam pukul 9 pagi macam tu. Dalam keadaan mamai, aku ambik handset bawah bantal. Aku tengok ada 1 mesej. Aku bukak, unknown number. Bila aku baca, aku tahu mesej ni daripada siapa. Ya, memang aku dah padam nombor dia. Sejak aku dekat kolej lagi. Sejak aku habis exam lagi aku terus padam nombor dia. Sebab aku dah tak nak ada kaitan dengan dia lagi secara fizikalnya. Nombor telefon, twitter, blog atau apa sahaja. Semuanya aku dah putuskan. Biarlah tiada cara langsung yang boleh menyambungkannya kembali. Sebab aku tak sedia. Aku dah tawar. Dan aku rasa ni memang mesej terakhir dari dia. Soal hati, biarlah aku, dia dan Allah sahaja yang tahu.

Memang aku tahu dia akan balik pagi sabtu. Sebab aku pernah cakap yang aku nak hantar dia sampai LCCT. Aku cakap, bukan janji. Tapi bila dia cakap yang bas kolej akan hantar student-student dari Sabah Sarawak ke LCCT, aku batalkan niat aku. Dia pun tak mengizinkan. Takut menjadi gossip atau fitnah dunia. Sudahnya aku memang tak hantar diakan. Aku baca mesej tu lagi. Dan lagi dan lagi dan lagi dan lagi. Aku hayati setiap bait ayat. Setiap kata yang dia tulis. Ikhlas. Sangat ikhlas. Aku dapat rasa. Sebab aku sebak. Sebak dalam keadaan mamai bukan sesuatu yang boleh dibuat-buat. Jelas dia betul-betul minta maaf. Aku rasa bersalah. Rasa bersalah sebab aku tinggalkan dia. Di saat-saat akhir hubungan kami. Di sisa-sisa percintaan dunia.

Menyesal. Itulah manusia. Bila sesuatu dah terjadi, baru nak menyesal. Barulah rasa nak undur masa. Aku ingat aku dah boleh lupakan dia. Aku ingat aku dah boleh hidup tanpa dia. Tapi aku salah. Aku masih perlukan dia. Aku masih nak dia jadi kekuatan aku, di setiap degupan jantungku.

Awak, saya minta maaf. Saya bukan sengaja nak tinggalkan awak. Tapi saya nak awak betul-betul lupakan saya. Pergi kembali dalam kehiduoan lama sebelum kita pernah bersua. Itu niat saya. Tiada lebih atau kurangnya.

Benda dah jadi. Tak guna menyesal. Dan aku tak berniat nak terangkan pada dia. Nanti panjang lagi ceritanya. Aku pun dah tak nak kacau dia. Tentu dia sedang bahagia sekarang ni. Di samping keluarga dan adik-adik dia. Aku yakin dia mampu lupakan aku. Sebab dia selalu cakap, Saya boleh lupakan awak. Ya, saya boleh, perlahan-lahan. Aku exit dari inbox. Capai tuala dan mandi. Jiran aku bagi Mee bandung. Lepas mandi, aku lahap.