CINTAI AKU DENGAN RESTU-NYA - 26
SAYA nak kahwin dengan awak.

Afi... keadaan kita berbeza. Nanti mak ayah awak cakap apa kalau mereka tahu awak nak kahwin dengan saya ni Linor bingkas dari kerusi. Dia berdiri menghadap laut membiru sambil berpeluk tubuh.

Afi Lukman merenung permukaan meja. Rezeki terhidang, langsung tak dijamah. Hanya minuman membasah anak tekak. Dia bawa Linor keluar makan tengahari itu semata-mata ingin menyampaikan hasrat. Dia fikir Linor akan bersetuju, tapi sebaliknya berlaku. Wanita itu mentah-mentah menolak.

Nor, duduklah. Mari kita makan dulu. Nanti kita bincang lagi.

Saat itu Linor berpaling. Senyum tawar diberi dan dia mengangguk perlahan. Kerusi ditarik seraya punggung dilabuh dengan selesa.

Maafkan saya kerana menolak niat suci awak. Bukan saya tak sukakan awak, tapi saya fikir status saya yang tak padan nak kahwin dengan awak.

Afi Lukman tak setuju dengan pendirian Linor. Jangan bezakan soal status dan kedudukan. Cuba kita spin keadaan kita sekarang. Katalah kalau saya duda dan awak anak dara, awak akan terima saya

Afi, tolong jangan pusing cerita.

Saya cuma nak awak fikir. Soal kedudukan, dah tak penting zaman sekarang. Orang dah tak pandang semua tu.

Linor tunduk memandang nasi ayam yang belum terusik. Selera tersekat dengan cara Afi Lukman menidakkan pendiriannya. Saya bukan orang macam tu. Kalau saya anak dara dan awak duda, saya tetap akan terima awak.

Sama macam saya. Saya tak kisah awak siapa. Tak peduli apa status awak pegang. Titik.

HARI ini adalah hari terakhir Idlan di kampung. Ika yang duduk mengupas bawang membuat perkiraan. Sejak tadi Mak Wan memerhati kelakuan. Anak gadisnya mengelamun seolah-olah tak berada dalam dimensi sekarang.

Ika, jauh sangat mengelamunnya. Nanti bukan bawang dikupas, jari pula terpotong, Tegur Mak Wan.

Ika tersedar. Ingatan terhadap Idlan pergi berterbangan. Pisau diletak ke tepi. Bawang yang belum siap dikupas, diletak atas piring.

Mak...

Mak Wan mengambil tempat di sebelah Ika. Hasrat nak memotong ayam, ditinggalkan sebentar. Anak gadisnya nampak serba-serbi tak kena. Dia harus beri tumpuan pada Ika sebentar.

Ika nak cakap apa dengan mak

Keputusan Ika tu tak salah, kan Kesian Abang Idlan.

Mak Wan menghela nafas. Masih tak selesai rupanya urusan hati Ika terhadap Idlan. Mak tak tahu nak cakap macam mana. Tak tahu nak beri pendapat apa. Kalau Ika rasa keputusan tu silap, tak apalah. Anggap saja ia silap untuk kebaikan Ika dan kebaikan semua orang.

Ika mengesat mata. Tiba-tiba ada butiran jernih mengalir ke pipinya, Keputusan tu hanya di mulut, mak. Tapi, hati Ika tak rela... Ika berterus-terang. Dah tak berdaya nak sembunyikan apa-apa dari Mak Wan.

Mak Wan meletak sebelah tangan di bahu Ika dan digosok perlahan dengan aksi memujuk.

Sabarlah. Dalam usia Ika macam ni, mak faham perasaan Ika. Tapi, Ika harus kuat. Ika masih muda, ujar Mak Wan berbaur nasihat.

Tapi Mak Wan menyambung. Kalau jodoh Ika dengan Idlan tu kuat, mak dan ayah tak boleh nak kata apa dah...

Walaupun ditakdirkan Ika bermadu

Lambat-lambat Mak Wan mengangguk. Sukar mengiakan pertanyaan, tapi kalau dah tertulis jodoh anak gadisnya dengan lelaki berkahwin, siapa dia nak halang ketentuan Ilahi Layakkah dia mencabar takdir

Ika tersenyum pahit, Mak... hari ni Abang Idlan dah nak balik sana. Dia nak selesaikan masalah dengan isteri dia.

Dia nak bercerai ke Mak Wan lekas-lekas menyoal. Nampak berminat ingin tahu cerita keseluruhan.

Ika harap, tak adalah sampai macam tu. Kalau selesai, biarlah mereka berbaik semula dan bukan selesai dengan perceraian. Ika tak mahu itu berlaku sebab Ika risau kalau Abang Idlan ceraikan isteri dia hanya sebab nak kahwin dengan Ika.

Mak Wan diam. Tak tahu nak membalas kata. Cuma anggukan sebagai tanda memahami pendirian Ika.

Ika bingkas dari kerusi. Laju dia menapak ke arah kabinet. Kedua-dua pintu kabinet dibuka dan tepung gandum dikeluarkan.

Mak Wan terpinga. Ika nak buat apa dengan tepung tu

Ika menoleh dan menunjuk wajah serba salah, Mak... kalau Ika nak buatkan kek untuk Abang Idlan, boleh tak Ika nak bagi bekal kat dia. Boleh kan, mak Soal Ika bertubi-tubi. Berharap benar ibunya tak membantah.

Senyum Mak Wan menipis. Nak digeleng, risau pula Ika berkecil hati. Nak diangguk, nampak benar dia mendorong.

Erm, suka hati Ikalah... Hanya itu jawapan yang mampu diberi. Kasihan dia melihat Ika.

Terima kasih, mak.

Dahlah. Siapkan cepat. Nanti tak sempat Ika nak bagi kek tu pada dia, Mak Wan menggesa dan berlalu. Ditinggalkan Ika seorang diri menggunakan dapur. Dilupakan dulu hasrat nak memasak tengahari itu.

IKA senyum lebar. Cuba berlakon sebaik mungkin macam tak pernah berlaku apa-apa. Tupperware berisi kek coklat yang disangkut pada cermin sisi

skuter, dipegang kemas. Risau kalau terjatuh.

Sampai di halaman rumah Che Jah, perasaan bercampur-campur datang bermukim tak semena. Cuba dihalau pergi walau kehendak hati tak begitu. Apabila menangkap kelibat Idlan memasukkan bagasi ke dalam bonet kereta, dadanya bagai dipalu hebat. Terasa macam ditendang-tendang dari dalam.

Ingin dia menjerit, Abang Idlan tolong jangan tinggalkan Ika! Tapi, siapa dia nak kata begitu. Siapa dia di sisi Idlan untuk halang lelaki itu pergi. Dia bukan sesiapa.

Assalamualaikum, abang. Dengan suara perlahan, Ika memberi salam.

Saat Idlan berpaling, senyum manis dihadiahkan untuk gadis yang kini bertakhta di hati, Ika...

Abang dah nak bertolak

Ya, seperti yang Ika mahu, jawab Idlan. Sengaja kata begitu.

Ika tunduk. Plastik berisi tupperware dipegang kemas. Menggenggam kedua-dua tangkai plastik itu ibarat mencengkam dada sendiri.

Abang jangan cakap macam tu. Pasanglah niat dengan betul. Abang nak balik sana, bukan sebab Ika yang suruh. Tapi, abang nak betulkan semula hubungan abang dengan Kak Irdiana.

Senyum manis Idlan berganti sinis. Dia mendekati Ika, tapi gadis itu mengundur. Macam tak mahu berada dekat dengannya. Idlan mematikan langkah. Buat apa nak dekati Ika kalau dia tak sudi. Baru saja nak buka mulut, plastik di tangan Ika mengalih fokus.

Ika bawa apa tu

Ika hulurkan plastik, Untuk abang...

Idlan menyambut., Apa ni

Kek coklat. Maaf, kalau abang tak suka makan kek coklat.

Abang tak kata pun tak suka. Ika jongket bahu.

Kalau Ika tak yakin samada abang suka atau tak, kenapa Ika susahkan diri Kenapa buat semua ni untuk abang Tak perlulah...

Tak nak sudah. Bagi aje kat kambing-kambing tu, Ika memuncung ke arah sekumpulan kambing sedang meragut daun-daun di tepi jalan.

Idlan tertawa halus. Cepat betul Ika nak marah. Buat kek untuk abang ikhlas ke tak

Ikhlaslah.

Betul ikhlas ni

Betullah.

Tapi, kenapa macam tak ikhlas Abang usik sikit Ika dah terasa.

Ika ketap bibir. Berkecil hati pun ya, Kalau tak sudi terima kek tu, tak apalah. Pulangkan aje...

Ika cuba mengambil semula plastik di tangan Idlan, tapi tak berjaya apabila Idlan sengaja naikkan tangannya lebih tinggi. Ika terpaksa menjengke, bersungguh-sungguh untuk mencapai plastik itu. Teruk betul Idlan!

Ika tak cukup tinggi. Lupakan sajalah nak ambil semula. Buruk siku... Idlan tergelak kecil apabila melihat Ika bersemangat.

Ika berdecit geram. Idlan menilik plastik di tangan. Dia tersenyum. Rasa diri bertuah dan dihargai. Kalau dengan Irdiana, jangan harap dia nak merasa begini. Jam diperhatikan agak lama. Cuba mencongak-congak tempoh perjalanan dari Kelantan ke Johor Bharu. Melantun keluhan berat apabila tiba masa dia bertolak. Abang pergi dulu.

Ika mengangguk kecil sambil memandang langkah Idlan menghampiri kereta, Jaga diri abang baik-baik. Drive kereta jangan laju-laju. Sempat dia berpesan.

Senyum tawar menghias bibir Idlan saat itu. Pintu kereta dibuka. Nampak berat melangkah masuk.

Abang nak Ika tahu... abang sentiasa tunggu hati Ika terbuka untuk abang. Terimalah kenyataan Ika cintakan abang.

Ika kelihatan sebak. Air mata cuba ditahan. Namun, sebaik saja kereta Idlan meluncur keluar dari halaman, tak berupaya lagi untuk ditahan air mata itu.

Akhirnya, dia menangis juga.