Tidak sampai pun lima minit, motosikal tersebut sudah berhenti di sekitar rumah sepupunya. Lama mata Syakila memerhati rumah itu sebelum dia mula memberi salam.
Assalamualaikum.
Waalaikumussalam sahut seseorang yang kebetulan keluar dari rumah. Terhenti langkahnya apabila memandang raut wajah Syakila.
Eh, Syak ke ni soal gadis itu. Seperti tidak percaya dengan apa yang dilihat.
Yalah, Ilah! Akulah ni, jawab Syakila. Dihampiri Fazilah yang seakan tidak percaya melihat dirinya.
Bila kau balik ni Fazilah menyoal lagi. Mereka berdua segera duduk di kerusi yang berada di luar.
Pandangannya terhala pada wajah Syakila. Dalam tiga hari lepas
Asal tak beritahu aku nak balik
Syakila tersengih, Saja nak bagi kejutan kat kau
Kejutanlah sangattt!
Eh, ibu kau mana
Ibu pergi ke pekan sekejap, cari barang. Kejap lagi baliklah tu
Ohhh
Kau ni, mentang-mentanglah dah jadi popular sekarang.
Popular Tak adalah!
Eleh, kau ingat aku tak tahu ke, kau ada apaapa dengan model terkenal tu Zairis Haikal kan
namanya
Ehh, kau tahu juga ke pasal tu
Mestilah aku tahu. Bab-bab hiburan ni, aku memang ambil tahu.
Kau tak benci dekat dia ke
Dahi Fazilah sedikit berkerut. Benci dekat dia
Dia tu siapa
Alah, Zairislah. Takkan kau tak benci kut
Mula-mula, bila aku tahu pasal gosip lelaki tu, memanglah aku tak suka. Tapi, lepas aku tengok videovideo dekat satu akaun tu, tiba-tiba aku jadi suka balik. Suara Zairis memang sedap.
Syakila hanya mendengar. Walhal, hatinya gembira mendengar pengakuan saudaranya itu.
Kau dengan Zairis tu, serius ke Kedengaran serius suara Fazilah bertanyakan soalan padanya.
Syakila terdiam seketika. Pertanyaan itu seperti tiada jawapan untuknya.
Aku dengan dia tak ada apa-apa hubungan. Kita orang kawan aje. Syakila lekas menafikan.
Nasib baik Fazilah tidak bertanya lagi selepas itu. Terus mengubah ke topik yang lain. Kalau tak, memang terpaksalah dia karang ayat untuk menjawab soalansoalan cepumas. Huhhh
Eh, tengah hari ni makan dekat sini tau! Kau jangan nak balik awal pula. Dahlah susah nak jumpa. Ibu pun mesti gembira kalau tahu kau balik, arah Fazilah sambil memeluk bahunya.
Rindu pada Syakila yang sudah dianggap seperti adik-beradiknya juga. Maklumlah mereka membesar bersama-sama.
Syak...
Hmm...
Aku doakan kau dengan Zairis tu betul-betul ada hubungan!
Ilahhhh!
Iyalah, bolehlah aku tumpang glamer nanti sebab ada sepupu kahwin artis!
Cisss! Berdebah punya sepupu. Ada ke situ pula dia fikir.