Reen! Amanda terus menerpa ke arah Qaireen.
Dia memeluk erat kakak ipar merangkap teman baiknya itu. Sungguh dia tidak tahu nak menggambarkan apakah perasaannya tika ini. Sedih, gembira, rindu. Semuanya bercampur-baur.
Allahurabi! Besar sungguh rahmat-Mu, Ya Allah! Hati diruntun rasa sendu. Rindu yang bersarang di dada bagaikan terhakis sedikit demi sedikit. Sangkanya, tiada ahli keluarga yang mampu mengecam dirnya yang sudah semakin cengkung dan susut sekarang ini.
A A Amanda Ditenung wajah sahabat baiknya itu dalam-dalam.
Amanda mengangguk laju dan tersenyum. Lantas, Amanda menoleh ke pintu.
Sekejap, kata Amanda dan bingkas bangun untuk mendapatkan Adwan yang dipimpin Akid masuk ke dalam wad ini.
Pandangan mata Qaireen menurut langkah Amanda. Dia merenung tajam pada dua susuk lelaki yang sedang menghampiri dia.
Adwan yang hanya menunduk sambil menggenggam baju merah di tangan didongakkan wajahnya oleh Amanda sebaik sampai di katil Qaireen.
Mata Qaireen mengecil. Lama dia mengamati lelaki di depannya ini. Dia memandang Mak Jah yang masih setia duduk di sisinya. Jarinya menuding pada lelaki yang kelihatan cengkung dan bagaikan tidak terurus.
Ya, Allah! Apa yang telah berlaku pada lelaki itu Mana hilangnya susuk sasa tubuh lelaki itu Mana perginya gaya macho lelaki itu
Ad Adwan, dia menggumam. Memberitahu Mak Jah siapakah lelaki di depannya sekarang. Automatik air matanya berjurai. Laju menuruni pipi. Tangannya spontan menekap dada.
Mak Jah mengangguk. Inilah Adwan yang selalu Qaireen mimpikan. Elok paras rupanya. Patutlah lidah Qaireen tak berhenti menyebut nama lelaki ini. Tapi, apa kaitan Qaireen dengan lelaki ini
Along Ini Nada Qaireen, isteri Along. Datin Afia berbisik di telinga Adwan.
Ikutkan hati tuanya mahu sahaja dia memeluk menantunya itu. Namun bila dia terperasankan ada air mata yang bergenang pada tubir mata Adwan, biarlah anaknya itu mendakap Qaireen dahulu. Mata dia sendiri sudah berkaca. Suaminya yang berdiri di sebelah turut menyeka air mata yang hampir tumpah.
Akid dan Amanda saling menggenggam tangan.
Sabar menanti reaksi Adwan dan Qaireen.
Zuhayr Affan pula memilih untuk berborak dengan Doktor Syakir. Dia mengelak untuk jadi pemerhati. Bukan dia tak suka dengan pertemuan abang dan kakak iparnya. Dia gembira, tapi dia tidak mahu menampakkan rasa syahdu yang kini menyapa di dada.
Adwan merenung Qaireen. Lama. Tajam. Bibirnya bergerak-gerak. Menggumam sesuatu. Namun tidak kedengaran di telinga mereka yang ada di situ.
Qa Qa Qaireen Qa Qaireen Along, Ma! Akhirnya terkeluar juga suaranya. Dia memandang Mamanya.
Datin Afia yang sudah basah matanya mengangguk pantas. Adwan mendekati Qaireen. Mak Jah bangkit. Memberi ruang pada Adwan.
JEMARI Adwan naik menyentuh pipi Qaireen. Mengusap pipi itu penuh kasih. Ini Qaireen dia.
Qaireen yang dia tunggu-tunggu. Qaireen dia masih hidup!
Baju merah yang digenggamnya sedari tadi terlepas dan jatuh ke lantai. Tuan punya baju sudah ada di depan mata. Itu lebih bermakna.
Qaireen hanya mengangguk. Jemarinya dilekatkan pada pergelangan tangan Adwan. Mengikut gerakan tangan Adwan sebelum jemari dia turut sama naik ke pipi Adwan. Mengelus wajah itu yang nampak seperti tidak terurus. Kusut. Cengkung. Hilang kekacakannya.
Qaireen Sayang. Adwan menarik tubuh Qaireen ke dalam dakapannya.
Dia memeluk Qaireen erat. Tidak dipedulikan mata-mata yang memandang. Rindunya pada Qaireen sudah tidak tertanggung lagi. Hanya dia dan Allah sahaja yang tahu betapa sarat rasa itu.
Qaireen turut membalas pelukan Adwan. Air matanya semakin lebat mengalir. Sama lebat dengan air mata Adwan. Betapa perpisahan lebih dua minggu lamanya, sangat menyeksakan jiwa. Puas dia meratap merayu pada Allah. Alhamdulillah doanya dimakbulkan.
Adwan rungkai pelukannya. Kedua-dua rahang Qaireen dipegang. Matanya menatap sayu wajah Qaireen.
Jangan tinggalkan saya lagi, sayang. Jangan berani-berani tinggalkan saya lagi, sayu suara Adwan berbicara.
Dia menunduk sedikit. Mencium pipi Qaireen. Kiri dan kanan. Bertalu-talu. Ciumannya beralih selepas itu. Selamba sahaja dia melabuhkan bibirnya pada bibir Qaireen. Lama tautan bibir mereka.
Awak tak tahu betapa saya rindu sangat dengan awak, dia berbisik setelah bibirnya diangkat dari bibir Qaireen.
Adwan rapatkan dahinya pada dahi Qaireen. Hujung hidungnya menyentuh hidung Qaireen. Matanya merenung redup anak mata Qaireen. Betapa kasihnya kepada Qaireen sangat mendalam. Betul kata hatinya, Qaireen masih bernyawa.
Saya tahu, Adwan. Saya tahu. Saya juga rindu pada awak. Rindu sangat-sangat! Hanya itu sahaja yang mampu Qaireen luahkan. Selebihnya dia mendakap kembali tubuh Adwan. Betapa dia rindu dengan bau badan suaminya ini.
MAK JAH kesat hujung matanya. Rasa beban yang digalas selama ini bagaikan sudah terangkat. Dia memandang Datin Afia di
sebelah.
Datin, Dato Saya bagi pihak suami saya nak minta maaf, ucap Mak Jah merendah diri.
Mujurlah sewaktu dia sampai awal pagi tadi, Doktor Syakir sudah pun memaklumkan mengenai keluarga mentua Qaireen. Jadi serba sedikit dia sudah tahu pangkat dan gelaran mereka.
Maaf Maaf untuk apa Berkerut dahi Datin Afia.
Kami Kata-kata Mak Jah termati bila semua memandang pada pintu bilik yang dibuka dari luar.
Pak Din masuk ke dalam bilik rawatan. Memperkenalkan dirinya sambil bersalam-salaman dengan Doktor Syakir, Zuhayr Affan, Akid dan Dato Zayd.
Ini keluarga mentua Reen. Ini Datin Afia. Itu Dato Zayd. Mak Jah bertindak memperkenalkan kedua-dua mentua Qaireen.
Ooo Dato, Datin. Maafkan Pak Din dan Mak Jah ya Kami tak berniat pun nak sembunyikan Qaireen dari sesiapa. Pak Din seperti tahu-tahu sahaja apa yang isterinya sedang perkatakan tadi cepat-cepat meminta maaf.
Dia risau andai keluarga mentua Qaireen menganggap dia dan isterinya sengaja merahsiakan Qaireen di mana. Apatah lagi kalau-kalau mereka mendakwa dia dan isterinya menculik Qaireen.
Ya Allah, Abang Din! Buat apalah nak minta maaf pada kami. Bukannya Abang Din ada buat salah apa pun. Malah kami bersyukur sangat-sangat sebab Abang Din dan Kak Jah dah menyelamatkan serta sudi menjaga Qaireen untuk kami. Dato Zayd menepuknepuk bahu Pak Din. Cuba menghilangkan rasa sesal yang timbul dalam diri Pak Din.
Yalah, Kak Jah, Abang Din. Sekurang-kurangnya kami lega bila tahu Qaireen selamat dan sihat. Datin Afia turut mengiakan kata-kata suaminya. Matanya menyorot pandang pada Adwan dan Qaireen. Alhamdulillah. Kami cuba menjaga dia seadanya. Mak Jah mengangguk.
Maaf mencelah.
Semua memandang Doktor Syakir yang menghampiri mereka. Rasanya lebih elok kita tinggalkan mereka berdua dulu. Jemput semuanya ke kaf. Boleh kita borak-borak lebih panjang lagi, ajak Doktor Syakir.
Elok juga tu. Nak ajak Dato dan Datin ke rumah saya rasa segan pula. Lagipun rumah saya jauh dari sini. Dekat satu jam juga baru sampai. Pak Din mengangguk. Bersetuju dengan saranan Doktor Syakir.
Apa nak segannya, Abang Din. Insya-Allah, satu hari nanti kita kena ke sana juga, kan Afia Marilah. Dato Zayd menepuk-nepuk bahu Pak Din sambil mereka semua bergerak keluar dari bilik rawatan itu.
Datin Afia mengangguk. Berjalan seiringan dengan Mak Jah. Sementara Akid dan Amanda terlebih dahulu keluar diikuti Zuhayr Affan dan Doktor Syakir.
KAdwan yang sudah tarik sila di atas katil ENAPA sayang saya ni cengkung sangat
Qaireen membelek tubuh Qaireen dari atas ke bawah.
Awak mengata saya tapi awak pun sama. Kenapa tak jaga diri, Adwan Kenapa biarkan rupa awak tak terjaga Saya tak suka tengok awak macam ni, jemari Qaireen meraba ke seluruh wajah Adwan.
Sungguh sebak hatinya melihat keadaan diri Adwan yang tidak terurus. Malah dia dapat rasa tulang pipi Adwan yang timbul. Teruk sangatkah keadaan Adwan merindui dia sampai begini jadinya
Awak hilang di depan mata saya, sayang. Saya bersalah membenarkannya terjadi. Sebab itulah saya hukum diri saya. Selagi awak tak ditemui selagi itulah saya tak hiraukan diri sendiri.
Adwan bawa jemari Qaireen ke bibirnya. Dikucup lama. Matanya terpejam. Bau Qaireen. Bau Qaireen masih sama. Syukur dia masih lagi mengingati bau Qaireen.
Maafkan saya, Adwan. Kalaulah hari itu, saya tak
Ssshhh jari telunjuk Adwan hinggap di bibir Qaireen. Menghalang Qaireen dari meneruskan bicaranya.
Mata saling berbalas pandang. Kasih kian bersemi. Rindu mula terungkai. Baik Adwan mahu pun Qaireen. Mereka tahu perjalanan hidup mereka baru sahaja bermula.